Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Dapat SMS 'is this your photo'?


Baru-baru ini beberapa orang dari Singapura (kod negara 65) telah melaporkan kempen SMS spam baru dengan mesej "Adakah ini gambar anda?" Dan URL tertentu. Anda pernah dapat mesej @ sms 'is this your photo?' seperti di bawah ini?



Ada beberapa pengguna facebook yang forwardkan mesej ini. memang sudah tersebar rasanya. cuma saya belum kena lagi. mesej @ sms tersebut juga ada dihantar sama ada melalui sms biasa di telefon bimbit anda. 

Jika anda terima mesej tersebut, JANGAN TEKAN! itu adalah MALWARE! Malware adalah sejenis perisian yang dicipta khusus untuk merosakkan sistem komputer. Apabila URL itu diklik, perisian itu akan dimuat turun dan satu perisian Photo Grid akan dipasang. 


Pernah nampak kan logo ini? ini adalah Photo Viewer. Aplikasi berkenaan akan cuba mendapatkan wang sebanyak mungkin daripada bilangan klik yang dilakukan pada iklan yang akan sentiasa muncul dalam aplikasi itu. Malware itu juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan penerima berdasarkan maklumat yang ada dalam peranti dan kad SIM. SMS itu berkemungkinan dimajukan oleh peranti seorang daripada kenalan anda yang sudah dijangkiti malware itu. 




lovenota : ada dapat? delete terus!


Read More »

Saturday, December 13, 2014

Penumpang ganas, pesawat Thai AirAsia terpaksa patah balik



BANGKOK: Sepasang kekasih warga China dan beberapa rakan mereka ditahan polis selepas mencurah air panas dan mengasari seorang pramugari penerbangan Thai AirAsia menyebabkan pesawat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK), Bangkok.

Kesemua mereka dalam perjalanan ke Nanjing, China menaiki pesawat tempahan khas yang dinaiki 174 penumpang dan empat anak kapal.

Saksi berkata lelaki berkenaan turut mengancam untuk meletupkan pesawat manakala kekasihnya pula mengugut untuk membunuh diri. Kejadian dipercayai berpunca apabila tempat duduk pasangan berkenaan diletakkan berjauhan kerana disusun mengikut abjad.

Sebaik mendarat, polis membawa pasangan terbabit dan dua rakan mereka ke balai polis lapangan terbang. Difahamkan, insiden berkenaan selesai selepas perbincangan bersama kapten pesawat dan pramugari terbabit.

Thai Airasia dalam satu kenyataan berkata, penerbangan FD9101 dari berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa DMK pada jam 5.43 petang semalam, berpatah balik berikutan tindakan penumpang memarahi kru pesawat sebelum menyimbah air panas.

"Kapten dan anak kapal terpaksa memujuk penumpang warga China itu untuk berbincang di pejabat lapangan terbang DMK selepas perbuatannya boleh mengancam keselamatan pesawat," kata kenyataan itu. - Bangkok Post

****

Gaduh sebab tempat duduk jauh? lol!
Tak ke pelik tu gaduh pasal benda kecik macam tu
Kalau gaduh sebab curang lain la cerita kan
Buat orang gelak jela diorang nie. 
Main ugut bunuh diri, letupkan kapal terbang
Senget la..hahaha
Nak mengamuk pun atas kapal terbang.
Kan menyusahkan orang lain tu
Kalau tak puas hati gaduh la kat darat..bukan di udara..
Hadeii..

Entah-entah pasangan couple tu budak bawah umur lagi kot..sebab tu beria-ia nak bunuh diri bagai..hikhik


lovenota : dah sampai Langkawi. Nak cuci mata :D





Read More »

Tuesday, December 02, 2014

Cikgu Tak Layak Dapat Gaji DG41



Sumber : Berita Semasa

Cantik bahasa cik wanie kita nie kan. 
Saya tak nak cakap banyak. 
Saya tak nak ungkit satu pun kerja saya di sekolah

Saya nak cabar satu benda je. 
Nak tak ganti tempat saya selama sebulan? 
Tak banyak, sebulan je dah cukup.

Nak tengok macam mana pula cik wanie handle sekolah tu. Nak jugak tengok cik wanie balik pukul 2 ke tak. Oh ya, sekolah saya habis jam 2.40 tau. Lepas tu kalau ade meeting, masuk la. Ade kokurikulum handle la. Kalau ade program perkhemahan or aktiviti luar, buat la. 

Kita pekerja perkhidmatan awam nie sama je. Semua kerja susah, semua kerja perlukan komitmen tinggi, tak kira la awak tu cikgu, doktor, engineer, polis, askar..tak ada beza pun. Walaupun setiap pekerjaan dapat klien yang berbeza. Bidang tugas pun berbeza. Kerja cikgu tak sama dengan kerja yang lain. Kerja doktor pun tak sama dengan yang lain. Tetapi keperitan, kepenatan, kesusahan memang semua bidang kerja lebih kurang sama. Kerja apa-apa pun,  matlamatnya adalah sama, iaitu berkhidmat untuk negara.


lovenota : jangan cakap main sedap mulut je


Read More »

Sunday, November 30, 2014

RON95 turun Empat Sen


Gembira tak? ok la kan. asalkan tak naik lagi. letih nak melayan harga minyak yang kerap naik turun sekarang ini. kalau orang kaya macam pak menteri-menteri, dato' datin, tan sri puan sri takpe jugak kan. hehehehe :P


Putrajaya: Harga jualan runcit bagi petrol RON95 akan diturunkan kepada empat sen seliter kepada RM2.26 seliter selari dengan penurunan harga minyak global, bermula esok. Itu kandungan surat tersebar di media sosial, hari ini, yang dikeluarkan Kementerian Kewangan kepada pengusaha stesen minyak di seluruh negara.

Surat berkenaan antara lain turut mendedahkan pengguna kenderaan di negara ini turut berpeluang menikmati penurunan sembilan sen seliter bagi RON97 kepada RM2.46 seliter (1 Disember) selain kenaikan tiga sen seliter bagi diesel kepada RM2.23 sen seliter.

Sumber Kementerian Kewangan ketika dihubungi mengesahkan penyebaran surat berkenaan beserta arahan penurunan harga bagi RON95 dan RON97 dan kenaikan diesel. Menurutnya, penurunan harga runcit petrol itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan mengguna pakai kaedah pengapungan terkawal bagi menetapkan harga petrol RON95 dan diesel setiap bulan.

"Langkah itu dibuat selagi harga minyak dunia berada pada paras USD 80 setong ke bawah.
Sebelum ini, harga runcit RON95 ditetapkan pada harga RM2.30 seliter manakala, diesel pula ditetapkan kepada RM2.20 seliter,".

sumber : Harian Metro
*************

Harga petrol terkini bagi RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Disember 2014:
  • RON95 RM2.26 seliter - turun 4 sen seliter 
  • RON97 RM2.46 seliter - turun 9 sen seliter
  • Diesel RM2.23 seliter - naik 3 sen seliter


lovenota : esok jangan isi minyak banyak-banyak ye..hoho

Read More »

Wednesday, November 26, 2014

Pelajar SPM Sujud Syukur Lepas SPM


Pelajar SPM 2014 di Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA) membuat Sujud Syukur sejurus habis peperiksaan SPM iaitu Biologi Kertas 3 petang tadi di dalam dewan peperiksaan.


Pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) sujud syukur selepas peperiksaan SPM tamat



Pengertian sujud syukur:

Jika hajat kita telah tercapai, maka hendaklah menzahirkan rasa penghargaan kita terhadap ALLAH SWT melalui sujud syukur. Sujud syukur bermaksud sujud yang dilakukan kerana mensyukuri nikmat ALLAH SWT. Sujud syukur ini disunatkan kepada seseorang yang terlepas dari bahaya atau orang yang mendapat nikmat dari ALLAH SWT.

Abi Bakrah meriwayatkan "bahawa Nabi Saw apabila datang kepadanya sesuatu yang menggembirakan atau khabar suka, baginda terus sujud berterima kasih kepada ALLAH" (Riwayat Abu Dawud & Tarmizi)

Firman ALLAH SWT:
"Dan (ingatlah juga), ketika Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Surah Ibrahim 14:7)

sungguh elok didikan agama di sekolah tersebut. syabas kepada para guru, ustaz dan ustazah yang mendidikan mereka semua. semoga pelajar-pelajar ini dirahmati Allah SWT dan cemerlang dalam SPM 2014

jangan buruk sangka. fikir yang positif. mereka bukan riak, mereka tidak diminta untuk upload ke media sosial. yang tangkap gambar ini mungkin guru-guru yang menjadi Pengawas SPM di sekolah tersebut. 

lagi elok buat sujud syukur daripada melalak-lalak di dalam dewan peperiksaan menjerit MERDEKA banyak kali, main lari kejar-kejar baling tepung, conteng baju sekolah penuh dengan tandangan kawan-kawan, buat vandalism sepak meja kerusi. huhu.

ini adalah satu perkembangan yang baik dalam syiar Islam. mohon teruskan wahai warga penegak ISLAM!


lovenota : hendaklah kita sentiasa syukur kepada Allah SWT


Read More »

Monday, November 24, 2014

Temui Plastik Berisi Kepala Manusia


Penduduk gempar temui plastik berisi kepala manusia


ISNIN, 24 NOVEMBER 2014 @ 8:16 PM  

BUKIT MERTAJAM: Penduduk Taman Impian Ria dekat sini gempar apabila menemui satu plastik hitam berisi kepala manusia dipercayai warga asing yang diletakkan di sebuah kedai, di Lorong Impian Ria 5, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, orang awam yang menyedari bungkusan beg plastik berkenaan kemudian menghubungi polis untuk siasatan.


sumber : Berita Harian

******

buang kepala manusia macam buang sampah. 
memang BERANI

senang betul nak bunuh orang sekarang nie
dah bunuh orang, lepas tu penggal kepala mayat 
badan mayat tu entah kat mana pulak orang tu campak 
jangan kau campak badan mayat tu kat Jambatan Pulau Pinang sudah 

mayat itu dipercayai warga asing. 
mungkin pembunuh tu pun warga asing jugak 
mungkin indonesia, bangladesh, myanmar, negro? 
sebab tu lah memang takut kalau terserempak dengan warga asing nie. 
takut apa-apa jadi pada kita

orang dah tak takut undang-undang gamaknya 
kalau tak takut pun, 
takut la pada Tuhanmu! 
kalau kau terlepas di dunia, 
di akhirat kau takkan terlepas dari Allah SWT, pembunuh!


Amankah lagi MALAYSIA kita?


lovenota : SERAM!

Read More »

Terperangkap Dalam Lif


16 termasuk dua bayi terperangkap


Isnin, 24 November 2014 @ 6:00 PM

Melaka: Seramai 16 individu termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak terperangkap kira-kira 40 minit dalam lif di Hospital Melaka tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, terdapat 13 orang dewasa termasuk dua warga emas bersama dua bayi dan seorang kanak-kanak di dalam lif berkenaan yang terhenti di antara tingkat dua dan tingkat tiga hospital terbabit. Kejadian mengakibatkan, tiga daripada mereka termasuk dua wanita sesak nafas manakala, kedua-dua bayi berkenaan menangis akibat kepanasan sebelum semua mereka berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang ramai.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Ridhuan berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 2.12 petang. 

"Seramai enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi dan tiba jam 2.25 petang, namun sebaik tiba semua mangsa sudah dikeluarkan kira-kira lima minit sebelum itu. Mangsa dipercayai berjaya keluar selepas seorang anggota keselamatan mengumpil pintu lif menggunakan batang kayu penyapu," katanya.



sumber : Harian Metro

******

bila saya baca berita macam nie, saya teringat cerita drama korea, iaitu Secret Garden
siapa-siapa yang memang peminat tegar drama korea, mesti tahu cerita itu, kan?


kes yang sama iaitu terperangkap di dalam lif, tapi takde la terbakar macam dalam drama nie. kalau pasal lif je, saya memang seram, takut kalau-kalau terjadi seperti dalam drama ini di mana lif tersebut jatuh menjunam ke bawah

astagfirullah! 
minta dijauhkan!
jangan ada yang trauma nak naik lif dah lepas nie!






ingat tak babak di gambar di atas?

Firefighter Gil selamatkan Kim Joo Woon di dalam elevator lift, 
kemudian dia dapat rasa dia tidak mungkin dapat selamatkan dirinya.

yang sedihnya, dia tinggalkan amanat kepada Kim Joo Woon,
"Hurry and go. Go and tell my daughter that I'm sorry I couldn't get home early. Tell her I love her. That her father loves her very much. Tell her that for me"

babak ini memang betul-betul touching. 
sedih mak non! huhu
eh! lari dari tajuk pulak!

jom layan komik kejap!




snowcream kiss XD


tengok babak nie tersenyum sorang-sorang..
hohoho XD


lovenota : rindunya nak layan drama korea..hoho!

Read More »

Saturday, November 22, 2014

Gilis Jiran Sebab Ditegur


Amukan maut berang ditegur


Sabtu, 22 November 2014 @ 5:19 AM

Georgetown: Asalnya pertengkaran mereka hanya kerana sampah, namun ia bertukar menjadi tragedi ngeri buat seorang lelaki apabila dia hanya mampu menyaksikan tubuh isterinya dilanggar dan digilis sebuah kereta dipandu jirannya yang berang selepas perbuatannya ditegur pasangan terbabit di kawasan rumah mereka di Flat Desa Intan, Bandar Baru, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian menyayat hati pada jam 1 pagi itu menyebabkan mangsa, Lee Seok Pheng, 47, meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas parah di seluruh tubuhnya.

Pasangan terbabit tinggal di tingkat bawah flat berkenaan dan ketika kejadian, suspek yang menginap di tingkat atas turun membawa bungkusan plastik sampah sebelum dia meninggalkan sampah itu di depan rumah mereka.

Suspek tanpa rasa bersalah mengambil kereta di tempat parkir dan pasangan suami isteri itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan jiran mereka itu menghampirinya sebelum berlaku pertengkaran. Menurut sumber, ketika itu suspek masih berada dalam kereta, manakala pasangan suami isteri itu berdiri di luar berhampiran kereta suspek dan saling bertikam lidah.

“Suspek yang berang cuba melanggar suami mangsa, namun lelaki terbabit dapat mengelak, manakala isterinya yang melihat kejadian itu mengetuk but kereta berkenaan. Suspek mengundurkan keretanya dan terkena mangsa sebelum mangsa pergi ke bahagian pemandu dan memarahi jirannya itu kerana bersikap biadab,” kata sumber itu.




Tak peduli rayuan henti seret isteri

Georgetown: “Saya sudah menjerit dan merayu kepadanya beberapa kali supaya tidak terus memandu kerana mahu menarik isteri keluar dari bawah kereta. Tapi, dia tetap berdegil dan terus menggilis isteri saya,” kata Yeoh Beng Kooi, 56, menceritakan detik isterinya dilanggar jiran mereka hingga maut dalam kejadian di Flat Desa Intan, Bandar Baru. Menurut penjaja di pasar malam itu, perbuatan suspek memang kejam dan dia langsung tidak menyangka lelaki terbabit sanggup bertindak di luar batasan apabila melanggar dan menggilis isterinya hingga maut.

“Ketika itu, saya bersama isteri dan anak saudara pulang daripada menonton konsert opera berhampiran rumah dan ternampak lelaki itu membuang dua bungkusan sampah di tepi rumah kami. Saya dan isteri menegur perbuatannya itu, namun dia langsung tidak mengendahkannya malah cuba melanggar kami,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mampu melihat isteri yang ketika itu berada di bawah kereta dan menjerit meminta suspek memberhentikan kenderaannya kerana mahu mengeluarkan isterinya terlebih dulu. “Ketika itu, saya terjatuh dan cedera. Saya hanya mampu melihat tubuh isteri dilanggar dan digilis lelaki itu sebelum anak saudara menghentikan perbuatannya. Lelaki itu yang ketakutan keluar dari kereta dan cuba lari, namun anak saudara saya mengejarnya dan beberapa penduduk mengalih keretanya untuk mengeluarkan isteri saya di bawah kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, ketika cuba melarikan diri, suspek terjatuh ke dalam longkang dan meminta pertolongan anak saudaranya. “Namun, sejurus dikeluarkan, dia sekali lagi dia cuba melibas anak saudara saya dengan sebatang besi. Mujur orang ramai melihat kejadian itu dan lelaki itu diberkas sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

sumber : Harian Metro

*******

Wahh wahh wahh, main langgar-langgar pulak ye. ikut suka hati dia pulak nak melanggar orang sesuka hati. apa ingat ni game 'Need For Speed Most Wanted' ke boleh langgar-langgar ikut suka dia je. nyawa orang tu. meringkuk la kau dalam penjara lepas nie atas sebab kesalahan yang menyebabkan kematian. bagi hukuman gantung sampai mati pun takper! bagi dia rasa mati tu macam mana pulak.

Betul la cara si mangsa dan suami tu. nak buang sampah, buanglah dengan cara yang betul. buang sampah di tempat pembuangan sampah. bukan buang di depan rumah orang. ingat dia tu ada kuli nak buang sampah untuk dia kot. ke kau tak tahu tong sampah yang mana satu? tak kenal tong sampah ke? 

ini tong sampah besar. ada kat kawasan rumah kan? kenal kan??

Mangsa iaitu si isteri tu dah tegur pun nampak macam biadap dan kurang ajar lagi. bukan nak turun dari kereta dan ambil sampah tu. buat bodoh duduk dalam kereta adalah. lepas tu cuba nak langgar si suami. bila si suami elak, langgar si isteri pulak. suka sangat main langgar-langgar nie. entah-entah si suspek nie selalu terlibat dalam kejadian langgar lari. bukan kira dia nie. orang depan mata pun boleh dilanggarnya. 

Ok, kalau saya cuba fikir positif pulak. suspek cuma tinggal sampah sekejap je depan rumah jiran sebab nak ambil kereta untuk buang sampah. walaupun nampak pelik reasonnya, *sebab mana ada orang buang sampah pakai kereta kan?* takper. walaupun tinggal sekejap pun, bagitahu la jiran tu, "saya mau tinggal sampah ini sekejap, ye? mau ambil kereta". kalau bagitahu macam tu, tak adalah jiran tu mengamuk menegur. dah kau buat salah, sebab tu jiran tu tegur. kan kita hidup nie mesti saling tegur-menegur.

Mana perginya adab berjiran? adab menghormati jiran tetangga? saya bukan kira agama, ini adalah kesedaran sivik masing-masing. lagipun setiap agama mengajar manusia menghormati jiran masing-masing. 

Meh cikgu nak ajar adab-adab berjiran. bagi ada kesedaran sivik sikit kat dalam hati tu.




Memang elok kalau kita hidup berjiran nie. banyak sangat kelebihannya. kalau kita tiada di rumah, siapa yang tengok-tengokkan rumah kita? jiran jugak, kan? kalau dah tak selesa dengan jiran sekarang tu, buat tak tahu jelah. tak payah peduli sangat pasal aktiviti diorang tu. tak pun pindah je rumah. habis cerita. jangan nak main langgar-langgar pulak ye. ishkk!


lovenota : nasib baik jiran saya baik hati. rasanya dia pun ada baca blog saya, kan? hai jiran, the silent reader! :P

Read More »

Wednesday, November 19, 2014

Bas Terjunam Dalam Sungai


Sebuah bas terjunam ke dalam Sungai Muda. semoga tiada mangsa kemalangan jiwa dilaporkan. amin. 

Bas terjunam ke Sungai Muda

RABU, 19 NOVEMBER 2014 @ 6:15 PM

BALING: Sebuah bas henti-henti terbabas dari sebuah jambatan dan terjunam ke Sungai Muda, berhampiran Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, sebentar tadi. Nahas berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika bas itu dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil ke Sungai Petani.

Maklumat awal mengesahkan pemandu bas serta tiga penumpang berjaya menyelamatkan diri dan dihantar ke Pusat Kesihatan Kuala Ketil untuk rawatan. Pada masa ini, pasukan mencari dan menyelamat sedang melakukan usaha untuk mengesan jika terdapat penumpang lain dalam bas terbabit.



sumber : Berita Harian

*********

Sungai Muda juga adalah lokasi yang sama di mana seorang Guru Wanita ditemui mati di sungai tersebut.

Agak seram berita kali ini. apa yang seramnya? semasa bas itu terbabas lalu jatuh dan terjunam ke sungai tersebut. bukan bas je, kalau kita bawa kereta pun, bila lalu tepi jambatan je mesti rasa seram sangat. takut kalau-kalau kereta yang kita bawa terbabas dari jalan, terus terjunam ke sungai di bawah kita. bukan cerita sungai je, kalau lalu tepi kawasan yang ada gaung dan berjuram pun takut dah. 

Ada juga kes saya sendiri, bila sedang membawa kereta di tepi jambatan, ada juga kereta di belakang saya gagahkan diri nak memotong kereta saya. di jambatan pulak tu! tak boleh sabar ke kalau nak potong pun. jambatan tu kot! kalau terbabas macam mana? nak ganti rugi? nyawa orang boleh ganti rugi ke? sepatutnya si driver tu patut takut dan rasa seram. ini saya pulak yang rasa seram! huhuhu. 

Please para driver-driver di luar sana, be a smart driver. walaupun anda confident nak memotong kereta di hadapan anda, jangan lakukan di kawasan yang ada risiko bahaya yang tinggi seperti jambatan sungai, kawasan gaung dan juram. kita tak tahu apa yang berlaku, so berhati-hati bawa kenderaan anda apabila melalui jalan yang berisiko.

nauzubillah!


lovenota : sayangi nyawa anda sendiri. 


Read More »

Thursday, November 13, 2014

Lepas Gaduh Dapat iPhone 6



gambar diambil di instagram wandianaomar
boleh la korang nak berkenalan kan? hehe



Cukup kaya boyfriend die ye. Lepas gaduh, sebab nak pujuk girlfriend yang merajuk, sanggup tu hadiahkan sebuah handphone yang baru keluar di pasaran. Bagi iPhone 6 kat awek? Lol! Mesti pakwe dia sayang sangat kat awek dia nie. Yang aweknya tu of course suka sangat, kan? siapa tak suka dik non oii! XD

Lepas tu bungkus iPhone 6 tu dengan surat khabar jer dan ditulis 'nasi ayam'. 
dahsyat cara dia suprisekan awek dia tu. 
Mak aih! Mesti orang kaya-kaya nie. 
*Hafiz adalah seorang businessman. no wonder la kan?*
Kalau saya, ketar dapat iPhone 6 free dari boyfriend..hohoho. 

sweet pulak tengok Hafiz dan Diana nie. 
dengarnya dah bertunang. semoga cepat-cepat kahwin yer :D

rupanya ramai jugak yang dengki pada diorang berdua. bersepah kutukan dan hinaan di twitter dan instagram. apahal la korang yang kaki dengki tu. tak payah nak kutuk-kutuk orang, takde kerja eh? patutnya benda macam nie dijadikan semangat untuk para lelaki di luar sana untuk berusaha memajukan hidup dan berjaya seperti Hafiz. biarkan mereka hidup bahagia. jangan nak sibuk hal orang. cemburu lettew..ishkk. 

tapi kalau terlalu menunjuk boleh menimbulkan riak, kan?
oookeyy~

takpelah, biarkan mereka dan keluarga mereka.

Saya tanya jugak kat incik boyfie.
Kalau saya merajuk, agak-agak dapat iPhone 6 tak?
Dengan lajunya dia menjawab, TAKK!!

CESS..HAHAHA

[update] Mak Su saya pun dapat iPhone 6 tadi, dibeli oleh Pak Su saya sebagai hadiah advance hari jadi Mak Su. bestnya! untungnya Mak Su! Happy Birthday! :)


Apa pendapat korang?

Read More »

Kakitangan Awam Johor dapat BONUS Setengah Bulan Gaji


Kerajaan Johor umum bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan
  
MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menunjukkan teks ucapan Bajet 2015 Negeri Johor ketika hadir pada penggal persidangan kedua Dewan Negeri Johor ke-13 di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar Nusajaya, hari ini

KHAMIS, 13 NOVEMBER 2014 @ 11:55 AM

NUSAJAYA: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 untuk kakitangan kerajaan negeri.

Mohamed Khaled turut mencadangkan kenaikan elaun wakil rakyat Johor kepada satu kadar bersamaan Gred 54 berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Bajet Johor 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar di sini, sebentar tadi.

*******

oh, okay. agak tidak adil di situ. 
bagaimana dengan kerajaan negeri yang lain? 
bagi la jugakk! alahhhh!

mana bonus bagi kakitangan awam Negeri Sembilan? ada ke?
selalu dengar Selangor bagi bonus bagi kakitangan awam negeri mereka.
negeri sembilan tak pernah dapat..huhu.

wahai Menteri Besar Negeri Sembilan, 
YAB Dato' Seri Utama Haji Mohammad Bin Haji Hassan, 
kami warga kakitangan kerajaan Negeri Sembilan nak bonus jugak!

wuuuu~


lovenota : awal bulan banyak nak guna duit. untuk anak tekak, anak telinga, anak mata, anak etc etc

Read More »

Saturday, November 08, 2014

Perkenalkan Semula Hukuman Merotan di Sekolah



Hukuman merotan harus diperkenalkan semula di sekolah. kenapa? cuba tanya mak ayah datuk nenek kita, macam mana sekolah mereka pada zaman dahulu. semuanya DIROTAN! kalau buat salah, memang akan diberi hukuman. 

Abah saya pernah bercerita, semasa dia remaja dulu, abah jenis yang suka mencuba sesuatu benda tanpa mengharapkan bantuan orang lain. pada masa itu, dia nak belajar bawa kereta arwah Tok Wan. so, dia pun cuba la start enjin kereta. tiba-tiba masuk gear reverse pulak tu, terlanggar la batang pokok kelapa di belakang. bila arwah Tok Wan dapat tahu *arwah Tok Wan berkhidmat sebagai polis ketika itu dan sangat garang*, dia memang naik marah lalu mengikat abah di pokok kelapa yang masa tu memang ada kerengga yang lalu lalang. tak boleh bayangkan rasa sakitnya digigit kerengga pada masa itu. kita yang digigit seekor pun dah rasa sakit, apatah yang berpuluh-puluh ekor. itu cara didikan arwah Tok Wan dulu. saya dengar pun naik takut..seram..huhu



Saya sendiri pernah merasa rotan-rotan di pada waktu persekolahan. bukan sekolah je, abah saya pun merotan saya jugak sebab selalu dapat 'bunga merah' pada report card. dah 'dapat' di sekolah, 'dapat extra' di rumah. apa, ingat guru seperti saya nie tak pernah kena rotan? anda silap! rotan tu juga yang telah banyak mendidik saya sehingga jadi seorang yang berjaya kini. sebab saya dulu pemalas dan nakal, kekeke. saya kadang-kadang tu memang malas buat kerja sekolah. 


Saya ingat lagi, cikgu sejarah saya semasa tingkatan 1, Cikgu Rosli namanya. walaupun dia mengajar best, seronok, ada sense of humour, kalau tak siap kerja sekolah dia, habis dirembatnya budak tu. saya terlupa nak siapkan, kena la rotan kat tangan sedas-dua. masa tu, saya assume cikgu rotan perlahan kot, sebab perempuan kan? tapi bila dapat, bukannya perlahan, sama kuat dengan lelaki. sakit woo..huuuu. 


Saya juga pernah didenda berdiri di luar kelas kerana tidak menyiapkan kerja matematik semasa di sekolah rendah. perasaan malu tu, hanya Allah swt je yang tahu. kita pelajar perempuan, lebih malu berbanding pelajar lelaki. tetapi, saya redha jela masa tu..hehe.


Menurut laporan jawatankuasa kabinet yang mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran, hukuman rotan boleh didefinisikan sebagai perihal menghukum dengan menggunakan sebuah rotan bagi kesalahan serius. Kemelut ini sering dipaparkan di dada-dada akhbar ibarat barah yang menular di dalam badan. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi membendung masalah ini. Ada yang mengesyorkan supaya hukuman rotan diwujudkan semula.


Turut dikongsikan di sini, bentuk-bentuk hukuman yang dilarang berdasarkan maklumat terkini dari Unit Disiplin KPM iaitu :

Hukuman terhadap fizikal
  • Berdiri lama di tengah panas
  • Lari keliling padang
  • Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
  • Memukul diri sendiri/sesama sendiri
  • Berdiri di atas kerusi / meja
  • Menarik rambut / tarik telinga
  • Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris.
  • Junjung kerusi atau buku
  • Cubit
  • Enjut/ketuk ketampi
  • Ketuk/ sekel kepala

Hukuman terhadap mental dan emosi
  • Gunting rambut
  • Berdiri membuat latihan
  • Berleter
  • Gantung tulisan dibadan
  • Memalukan di khalayak ramai
  • Kelas tahanan pada waktu rehat
  • Memaki hamun
  • Conteng muka dengan kapur
  • Koyak buku latihan
  • Mengugut atau menggertak murid
  • Tidak menanda buku latihan
  • Tidak menghiraukan murid

Saya menyokong supaya hukuman rotan ini diwujudkan semula. ini tidak bermaksud bahawa guru-guru boleh merotan pelajar sesuka hati. ianya harus berlandaskan kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut sama ada kesalahan kecil atau kesalahan besar dan serius. bukan main sesahh je!


Saya juga tahu para ibu bapa lazimnya amat bimbang berikutan hukuman rotan ini yang mungkin akan memberi kesan kepada perkembangan moral dan mental anak-anak mereka. mungkin ada juga ibu bapa yang menganggap dan mengatakan bahawa hukuman rotan di sekolah diklasifikasikan sebagai dera secara terbuka, bukan tujuan mendidik. itu adalah salah sama sekali. dera itu membawa maksud merotan atau mencederakan tubuh beberapa kali. bagi rotan di sekolah pula, selalunya hanya diberi sekali sahaja. Masalah ini timbul kerana mentaliti segelintir masyarakat yang tidak faham dan sering menyalahkan guru walaupun guru menggunakan rotan untuk mendisplinkan sikap murid di sekolah dan bertujuan untuk membendung salah laku displin kembali berulang.


Saya juga faham ibu bapa takut jika anak-anak mereka didera sehingga meninggalkan kesan parut dan lebam di bahagian badan. sebenarnya, guru tidak boleh merotan sehingga meninggalkan kesan. sepatutnya, guru harus merotan dengan menggunakan teknik yang betul dan tidak mencacatkan anggota badan pelajar dapat memberi tekanan mental dan fizikal ke atas pelajar-pelajar sekolah. jika ia meninggalkan kesan terhadap pelajar tersebut, dipersilakan ibu bapa untuk saman guru tersebut. hehe. merotan sebenarnya tidak sampai mencederakan, cuma sekadar mengajar.



Nilai moral dan sahsiah diri dalam kalangan generasi muda, iaitu Generasi Y ketika ini semakin rendah dan merosot. Tahap disiplin pelajar pada masa kini semakin membimbangkan. kebanyakan sekolah pada zaman kini, isu pelajar tidak berdisiplin sudah semakin menjadi-jadi dan sering diperkatakan di dada akhbar, seperti kes buli singlet hitam baru-baru ini, kes mencuri, ponteng kelas, kes merokok, kes bergaduh, kes pukul guru dan sebagainya. 


Ibu bapa hari ini pula terlalu melindungi anak mereka. Dulu, kalau guru denda atau rotan pelajar, tak ada yang berani beritahu ibu bapa, takut dipersalahkan kembali. Tetapi, kini, anak pantang disentuh. pelajar mesti mengadu kepada ibu bapa jika guru menyentuhnya walaupun sedikit. sekarang, menjeling pada pelajar pun tidak boleh. ibu bapa sekarang sudah berani untuk mengeluarkan saman kepada guru, hanya kerana kesalahan mencubit pelajar sahaja. Ibu bapa seharusnya tidak cepat melatah dan terburu-buru membantah pelaksanaan hukuman ini sebaliknya menilainya dari sudut yang positif. Namun, para guru diingatkan untuk bertindak secara bijak agar tidak menyalahgunakan hukuman rotan ini dan bertepatan dengan tujuan pelaksanaannya.



Semalam, rakan perguruan saya dimaki, diherdik dan dipukul di lengan oleh seorang pelajar kelasnya. perasaan malu terbit dari hati seorang guru yang ikhlas ingin membantu anak-anak muridnya menempuhi kejayaan hidup. tetapi, inilah akibat yang guru tersebut dapat.


Semua yang berlaku adalah kesan daripada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 7/2003, hanya Guru Besar yang dibenarkan melaksanakan hukuman rotan kepada murid yang melakukan kesalahan tertentu. Oleh itu, setiap salah laku murid perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum sebarang hukuman diberikan. Guru biasa tidak dibenarkan menjatuhkan hukuman rotan kepada murid yang melakukan sebarang kesalahan. disebabkan itu, pelajar sudah tidak takut dan tidak hormat pada guru biasa, malah mampu mencederakan guru, merosakkan harta benda guru, seperti mencalarkan kereta guru sudah sinonim dengan mana-mana sekolah di Malaysia. 


Jika kita melihat dari sudut yang positif, hukuman rotan ini memberikan impak yang besar kepada keseluruhan pelajar di sekolah tersebut. hukuman rotan ini memang penting untuk menjinakkan pelajar yang degil dan keras kepala. Hal ini kerana tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelajar yang jahat dan nakal, malah tidak mempedulikan teguran atau nasihat guru


Pelajar tersebut wajar dirotan kerana tindakan ini akan menyebabkan mereka berasa malu dan takut serta serik untuk mengulangi perbuatan yang melanggar peraturan sekolah dan malu untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka selepas mereka disebat di khalayak ramai. Bak kata pepatah "mencontengkan arang di muka sendiri". bagi pelajar-pelajar lain, mereka yang melihat juga akan merenung dan melakukan muhasabah diri. Oleh itu, dengan adanya keinsafan dalam diri para pelajar, mereka tidak akan melanggar peraturan sekolah dan ini dapat mengurangkan kes disiplin di sekolah bak kata pepatah "pencegahan itu lebih baik dari rawatan". 


Hukuman rotan juga dilihat mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan selamat. kebanyakan kelas yang lemah cenderung membuat bising semasa pembelajaran berlaku. Saya sendiri menggunakan rotan untuk mengawal kelas terutama kelas yang lemah. tetapi, saya hanya menggunakan rotan sebagai modal untuk menjadikan pelajar tersebut takut dan senyap semasa pembelajaran berlaku, bukan untuk merotan. maka, sesi pembelajaran akan menjadi lebih kondusif dan efektif malah para pelajar dapat belajar secara tenang. 


Tujuan merotan adalah untuk mendisiplinkan pelajar bagi membentuk sahsiah diri yang sempurna. Ini termasuklah kesempurnaan moral dan etika. Memukul pelajar dengan tujuan hendak mengubah perangai mereka menjadi baik berlainan daripada penderaan kanak-kanak bagi tujuan mendisiplinkan mereka. merotan sebenarnya tidak terlalu teruk dan tidak mencederakan anggota pelajar walaupun mereka akan berasa pedih dan sakit dalam tempoh masa yang singkat sahaja. Ia cuma bertujuan bagi menyatakan hukuman yang diberikan adalah kerana kesalahan yang sudah beberapa kali dinasihati dan diberi amaran. 

*entry ini adalah pendapat saya dan beberapa fakta dari internet. hormati pandangan saya dan segala pandangan anda, saya juga akan hormati*


lovenota : pelajar takut dengan saya kerana dua faktor, garang dan rotan. 

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®