Wednesday, April 19, 2017

Tak Dapat IPTA, Ada Pilihan Lain?


KALAU TAK DAPAT MASUK UNIVERSITI AWAM... PERLU ADA PLAN B..

Plan B – IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta)


Dalam keghairahan dan keterujaan untuk bersedia menerima keputusan SPM dengan kebiasaannya meletakkan sasaran untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), pelajar juga seharusnya juga melihat peluang-peluang yang ada ditawarkan di IPTS. Jangan sesekali memandang rendah kepada IPTS atau menganggap semua IPTS akan menipu duit anda. Kalau nak menipu duit pelajar, tidak sebanyak mana berbanding dengan denda atau kesan yang akan diterima oleh IPTS yang melakukan kesalahan tersebut.

Setiap pelajar harus ada Plan B yang memfokus kepada IPTS selain daripada plan A – memohon kemasukan ke UA dan ILKA melalui UPU. Untuk masa sekarang setiap pelajar harus telah menyenaraikan program pengajian pilihan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman web UPU. Jika apabila keputusan SPM diumumkan nanti, anda memperolehi keputusan yang mengecewakan dan tidak melayakkan anda untuk memohon ke UA untuk program yang diinginkan, dapatkan satu alternatif – program pengajian di IPTS dalam bidang atau program yang sama untuk dipohon. Secara peribadi, saya berpendapat pelajar harus kekal dengan pilihan bidang pengajian yang diminati dan jangan memohon ke program lain hanya sekadar disebabkan keputusan SPM yang diperolehi hanya layak untuk memohon ke program berkenaan sahaja. 

Mengikuti pengajian dalam bidang yang tidak diminati (walaupun yurannya rendah dan nampak hebat sebab belajar di UA) anda akan menghadapi 3 kesukaran, iaitu: 

  • Kesukaran belajar kerana anda mungkin tidak minat pada bidang tersebut
  • Bila sukar belajar, tentu sukar untuk mendapat keputusan yang baik. 
  • Bila keputusan yang tidak berapa baik, anda akan susah untuk dapat kerja apabila graduasi nanti. 
Senaraikan beberapa buah IPTS yang ada menawarkan program pengajian yang anda inginkan; dan jika sebagaimana disebut di atas anda tidak layak memohon ke UA dalam program yang sama, maka jangan buang masa mengharap kepada suatu yang belum pasti, sebaiknya anda terus mendaftar di IPTS yang ada menawarkan program tersebut.
Ada sesetengah IPTS yang menawarkan suatu yang mungkin jauh lebih baik daripada apa yang ditawarkan di UA. Anda pastinya boleh memilih untuk mengikuti program pengajian yang anda minati. Belajar dalam program yang diminati akan memudahkan pembelajaran anda kelak. Apabila belajar menjadi mudah, maka mudah juga untuk anda mendapat keputusan yang cemerlang, dan boleh menjadi senarai Dekan. Dengan keputusan yang cemerlang, InsyaAllah akan mudah untuk mendapat kerja setelah selesai pembelajaran. 

Tapi awas! Jangan hanya ghairah mahu memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tetapi akhirnya berputih mata apabila mengetahui kursus diikuti tidak diiktiraf kerajaan. Ini kerana banyak IPTS tidak jujur sebaliknya beria-ia menarik pelajar baru semata-mata mahu mengaut keuntungan. Sesetengah kurus yang ditawarkan tidak pernah atau belum mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Oleh itu, luangkanlah masa menyiasat latar belakang IPTS dan program yang ditawarkan. Fikirkan bahawa memiliki sijil yang tidak diiktiraf membuatkan anda tidak laku di pasaran pekerjaan. Malah, sijil, diploma dan ijazah di tangan nanti tidak boleh digunakan jika berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk ijazah sarjana dan doktor falsafah.

Anda boleh menyemak pengiktirafan kelayakan online, yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi maksud pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Semakan perlu dibuat bagi memastikan kursus pengajian tersebut diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana kerajaan hanya melantik pemohon yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh KPT untuk bekerja atau berkhidmat di sektor awam. Anda boleh klik pada pautan ini -> [link]

Selain itu, ada IPTS yang menawarkan program pengajian dengan mendapat pembiayaan (pinjaman) MARA selain daripada pinjaman PTPTN. Untuk makluman, tidak semua IPTS dan tidak semua program mendapat pinjaman MARA dan yang pasti MARA tidak memberikan pinjaman untuk belajar di UA. Satu kelebihan pinjaman MARA adalah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang (diploma atau ijazah sarjana muda) akan mendapat peluang untuk memohon pengurangan bayaran balik pinjaman. Dan bagi pelajar yang bergraduat dengan cemerlang (diploma atau ijazah sarjana muda) akan layak memohon pengecualian bayaran balik sepenuhnya pinjaman dan layak memohon untuk mendapat pinjaman baru bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Senarai Institut Pendidikan Mara (IPMa) adalah seperti berikut:


1. UniKL

Matlamat MARA memberikan pembiayaan kepada pelajar-pelajar adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa. Rujuk -> [link]

Cuma satu peringatan mudah, jika keputusan SPM anda nanti tidak melayakkan untuk memohon program di UA, jangan buang masa, terus sahaja ke IPTS yang ada menawarkan program yang sama. Saya bukan berkempen untuk mana-mana IPTS tetapi berkempen agar pelajar tidak membuang masa menunggu peluang yang mungkin tidak akan sampai pun. Selamat berjaya


Read More »

Tak Malu Ke Pakai Baju Sendat?


Lama juga tidak mencoret-menconteng di sini. selalu juga buka dashboard blogger untuk lihat entry-entry kawan-kawan blogger yang masih aktif. ramai juga yang sudah bersara. dah bersawang pun hado. haha.

Kali ini tergerak hati untuk mengulas isu yang satu nie. bukan nak mengejek awak tu berbadan besar dan gemuk, banyak spare tayar. takdo kojo aih den nak mengejek. tapi ingin menasihati, saling mengingati antara satu sama lain.

Saya terpandang seorang perempuan nie. Sudah bersuami, anak pun dah ada. Tapi suka sangat pakai baju yang menampakkan susuk badan. Pakai baju ketat sampaikan spare tayar yang berlipat-lipat berkedut-kedut tu habis semua orang nampak. memang ada menegur. acap kali menegur tapi tidak diendahkan. ada juga dengar cakap nak pakai longgar-longgar je lepas nie..tapi lama-lama pakai yang ketat balik. saya hanya mampu menggelengkan kepala je. sebab memang tahu dia tu jenis ikut kepala dia je. cakap orang tak nak dengar pun.


Dah kau pakai macam tu mana tak lelaki "woww". Hape dahh. Boleh pulak cakap, lelaki tu tengok bontot dia. Baik bogel bagi nampak terus je kan senang.

Aduh, dah kenapa suka pakai baju ketat-ketat nie? Seksi sangat ke? nak tunjuk pada siapa? kalau pakai ketat nampak body slim takpe jugak. slim pun tak elok juga pakai ketat-ketat. tapi ini yang menggelebeh-gelebeh habis ditunjuknya kat orang. elok tunjuk je pada si suami, dapat pahala. awak pun bukan anak dara lagi. kalau anak dara sekali pun malu juga nak tunjuk body kat orang ramai. 

saya sendiri tak rasa selesa kalau pakai baju ketat ketat sangat nie. nak bernafas pun susah. nak berjalan pun tak selesa. Nampak timbul sana sini..ishkk. saya yang tengok sendiri kaum hawa pakai baju ketat ketat nie pun rasa malu jugak. tapi si pemakai tu tak ada rasa malu ke? Suka kot.

Kajian luar negara mengatakan jika orang yang berbadan besar ingin berfesyen, jangan pakai baju yang longgar kerana lagi menampakkan badan kita lagi besar. pakai baju yang mengikut potongan badan. saya bersetuju dengan cadangan itu, pakai baju tidak terlalu besar dan longgar tetapi tidak terlalu kecil dan sempit. HODOH! pakai baju betul-betul ikut potongan badan tapi longgar sikit. bila terlalu besar nampak seperti besar sangat badan anda. jika pakai terlalu kecil, nampak semua spare tayar anda tu. jangan memaksa untuk memakai baju saiz semasa anda masih anak dara. sah-sah takkan muat. redha je yang badan anda sudah membesar sedikit. 

Dalam kajian yang lain juga menyatakan pakai seluar yang ketat-ketat boleh menjadikan kaki anda nampak kurus seperti model. sebab tu trend perempuan berbadan besar masa kini suka memakai legging kononnya nak nampak seksi. Orang berbadan besar pun mampu berfesyen. Dik non oi, legging tu orang dulu-dulu pakai di dalam kain je buat ganti kain dalam. bukannya dipakai sesuka hati pakai ke pasar-pasar shopping mall bagai. 


Yang lelaki pulak sekarang nie suka pakai seluar londeh-londeh sehingga menampakkan seluar dalam atau boxer. Lagi lahh tak malu. Budak-budak sekolah pun dah ada yang terikut-ikut dengan trend ini. Kalau saya kat sekolah memang sound habis, "nak saya bukak terus ke seluar tu ke? Biar bogel terus". Memang terus budak tu tarik seluar ke atas depan saya jugak la. Hahaha. Hodoh wei. Serius. 



Cuba juga memakai baju dua lapis. maksudnya anda memakai baju sweater atau cardigan. memang boleh menjadikan anda nampak langsing. pilih cardigan yang panjang dan jangan pakai cardigan yang sempit. 
Kan cantik tu..

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab, ayat 59)


lovenota: berusaha berubah menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.


Read More »

Wednesday, March 22, 2017

Tidak Tahu Tunggakan PTPTN RM9 Ribu


Seorang wanita telah menjadi viral di mana dia dimaklumkan mempunyai tunggakan sebanyak RM9 ribu walaupun sudah habis membayar pinjaman foundation @ asasi dan masih lagi membayar pinjaman sarjana muda @ degree secara konsisten. Apabila beliau ingin ke luar negara, dia mendapat email daripada PTPTN yang mengatakan dia masih mempunyai tunggakan dan perlu dijelaskan dalam masa seminggu. Jika tidak melangsaikan tunggakan, nama akan direkodkan dalam senarai hitam Jabatan Imigresen, tindakan undang-undang, potongan gaji mandatori dan juga memberi kesan kepada rekod CCRIS. 

Berikut adalah status facebook yang diambil dari facebook Fatheem Meleana:
PTPTN 
You really make me pissed off! 

Tiba-tiba dapat email nie, pelik. Sedangkan aku tak pernah missed bayar PTPTN, dan loan masa aku foundation dah lama aku settlekan, cuma loan degree yang aku masih disiplin bayar tiap bulan tanpa missed sampai sekarang, dan mungkin sampai umur aku 40 tahun, kalau ikut kontrak. Mana datang RM9,484.74 nie? 
Ini jawapan yang aku dapat daripada adik call-centre.  
Aku: Bla bla bla (bagi details aku) 
Dia: Baik puan, ada apa saya boleh bantu? 
Aku: Saya dapat email yang nyatakan saya masih ada tertunggak RM9k. Saya cuma nak pastikan, dari mana amount nie? Sebab kalau ikut statement saya, saya tak penah missed bayar sejak 2010, dan statement saya nie hanya tunjuk yang Ujrah saja, yang sebelum-sebelum nie masa konvensional saya tak boleh tengok dah. Kalau ikut statement nie, saya tak pernah missed bayar setiap bulan sampai hari nie. 
Dia: Kalau ikut record puan, amount tertunggak nie sejak tahun 2007 (nie lepas aku graduation). Jadi bayaran tertunggak nie diambil daripada pinjaman degree puan yang tak diselesaikan. 
Aku: 2007? Yer saya ada on off bayar, sebab pernah menganggur dan bila dah kerja saya bayar on off dengan bayar ikut kemampuan memandangkan gaji kecil time tu. Saya mula disiplin bayar bila masuk tahun 2008, sampai saya dapat offer tukar ke pelan Ujrah. Selepas tu, saya teruskan bayar setiap bulan, mengikut baki semasa yang saya terima di dalam statement. Jadi saya sentiasa update dengan figure dalam statement saya setiap bulan. Tiba-tiba saya dapat email nie. 
Dia: Maaf puan, tunggakan nie amount sebelum tukar ke plan ujrah. Amount tunggakan nie tak dikemaskinikan sekali dalam statement puan selepas ditukar ke ujrah (what tha?!). Jadi jumlah tunggakan nie terbiar macam tu jek.  
Aku: Macam mana boleh mcm tu? Kenapa ptptn tak bagitau saya awal-awal masa saya dapat tawaran ujrah, dan ini la amount saya kene settlekan. Kenapa sekarang? Kenapa selepas 7 tahun? Kenapa 2 tahun sebelum tu saya tak dapat warning?  
Dia: Maaf puan, saya tak dapat bantu yang tu. Kalau puan nak tengok clear calculation, kena pergi ke kaunter dan puan boleh tengok secara details macam mana tunggakan tu bole jadi RM9 ribu. 
Kepala aku dah start panas, jantung dah laju. Ada la lagi explaination budak tu yang lebih kurang sama dan tak perlu aku share. Yang pasti, aku tertekan dengan PTPTN. Kenapa sekarang baru nak bertindak? 9 tahun aku ade bayaran tertunggak yang dah dikenakan interest, yang mati-mati aku ingat dah diselaras sekali dalam pelan Ujrah. Kenapa tak diberitahu dulu lagi? Why now? 
Tunggakan aku terperap untuk 9 tahun, takde sebarang warning, takde sebarang surat menyurat aku terima mengatakan aku perlu buat settlement. Dari amount yang kecil, sampai 9 tahun, tunggakan aku jadi RM9ribu. Dan senang cerita, aku baru dapat email nie hari nie, dan aku cek, Yer, aku dah kena blacklist. Terima kasih PTPTN! 
Solution yang PTPTN bagi dekat aku, kalau nak fight, kena naik court. Tapi kalau aku insists nak clear daripada blacklist, nak tak nak, aku kena bayar full amount RM9 ribu tu sebelum aku terbang. Yer, aku dah nak fly next week. Why now, PTPTN? Adakah ko nampak rekod aku bayar secara konsisten, baru sekarang ko cari dan aniaya aku? RM9 ribu? Aku tak taulah celah mana nak cari duit sebanyak tu dalam masa seminggu nie. (Tongkat dagu) 
Buat teman-teman yang masih ada hutang dengan PTPTN, pergi la check dan clarify, kot korang pon ade hidden amount yang PTPTN tak bagitau yang diorang nak biarkan beranak pinak sampai amount jadi besar, gamaknya.


Disebabkan viralnya kisah fatheem meleana ini, ramai netizen pun menyatakan kisah yang sama berlaku pada diri mereka sendiri. PTPTN tidak memberikan sebarang notis mengenai tunggakan kepada peminjam jika terdapat sebarang tunggakan dan pembayaran yang tidak konsisten selepas tamat pengajian. 

Selepas tamat pengajian, jika peminjam tidak terus membayar balik mengikut kadar yang telah ditetapkan seperti dalam surat perjanjian, ia akan menyebabkan berlakunya tunggakan tersebut. Kejadian ini juga berlaku pada peminjam yang membuat 2 kali pinjaman PTPTN seperti pinjaman asasi atau diploma dan pinjaman sarjana muda di mana pada pinjaman kali pertama, peminjam membuat permohonan penangguhan pembayaran dan berkemungkinan penagguhan tersebut tidak diluluskan ataupun tidak follow up.  











Untuk mengatasi masalah ini, sepatutnya pihak PTPTN perlu membuat sistem seperti sistem yang dilaksanakan di bank-bank. Tak kira apa jenis bank pun, jika kita membuat pinjaman seperti personal loan @ pinjaman peribadi, setiap bulan bank akan memaklumkan jumlah pembayaran yang perlu dibayar dengan menghantar SMS kepada peminjam. ia seolah-olah seperti reminder kepada kita setiap bulan untuk membayar mengikut waktu yang telah ditetapkan. 

Kami sebagai peminjam tidak tahu jika pihak PTPTN ada mengenakan denda jika tidak membayar kadar pinjaman seperti yang tertera dalam surat perjanjian. Ia menjadi tugas pihak PTPTN untuk memaklumkan kepada kami jika peminjam mempunyai bayaran tertunggak. Kalau dibiarkan sampai beranak pinak, sudah tentu yang untungnya ialah pihak PTPTN. yang ruginya ialah pihak peminjam yang hanya rakyat yang berpendapatan sederhana. 

Berdasarkan Bajet 2017, PTPTN telah menyediakan insentif untuk peminjam yang membuat pembayaran balik pinjaman bermula dari 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017 seperti berikut:
(a) Diskaun 15% untuk penyelesaian keseluruhan hutang (pinjaman)
(b) Diskaun 10% untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan hutang (pinjaman)

(c) Diskaun 10% untuk bayaran melalui potongan gaji atau direct debit

Kalaulah kita ada sumber lain bagi pinjaman pendidikan selain PTPTN kan bagus, betul tak? tapi tiada~

Apa yang perlu dilakukan jika anda pun mempunyai masalah tunggakan pembayaran PTPTN seperti yang dialami oleh Fatheem Meleana? 




Anda boleh membuat aduan di Biro Pengaduan Awam mengenai hal tersebut. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk salurkan aduan anda kepada Biro Pengaduan Awam seperti gambar di bawah.




lovenota: nasib dah settle pinjaman PTPTN. fuh~


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®