Wednesday, March 25, 2015

Pesawat Airbus A320 Terhempas


150 korban nahas pesawat


La Javie (Perancis): Sebuah pesawat Airbus milik Germanwings, syarikat yang mengendalikan penerbangan tambang murah syarikat penerbangan Lufthansa terhempas di kawasan terpencil bersalji di Pergunungan Alps Perancis, semalam.

Semua penumpang dan anak kapalnya dikhuariti terbunuh.

Presiden Perancis Francois Hollande berkata, pihaknya percaya tiada yang terselamat dalam pesawat A320 itu manakala Ketua Eksekutif Lufthansa Carsten Spohr menyifatkan semalam sebagai hari yang kelam untuk penerbangan Jerman itu.

Germanwings mengesahkan penerbangan 4U9525 dari Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf, Jerman, terhempas di Pergunungan Alps dengan 144 penumpang dan enam anak kapal.

Hollande berkata: “Berdasarkan keadaan nahas ini - yang masih belum dapat dipastikan sepenuhnya - kami melihat kemungkinan besar tiada yang terselamat.”

Menurut pihak berkuasa, pesawat itu membuat panggilan kecemasan pada 9.47 pagi (waktu tempatan) atau 52 minit selepas berlepas. Kejadian berlaku di kawasan pergunungan bersalji yang menyukarkan pasukan penyelamat tiba di situ.

Hollande berkata, ramai penumpang pesawat itu warga Jerman. Timbalan Perdana Menteri Sepanyol berkata, 45 penumpang mempunyai nama Sepanyol.

Kejadian itu ialah nahas pertama membabitkan pesawat penumpang besar di Perancis sejak kemalangan Concorde di luar Paris pada Julai 2000. Pesawat A320 jet paling popular digunakan syarikat penerbangan dunia dan mempunyai rekod baik.

Jurucakap pihak berkuasa penerbangan Perancis, DGAC berkata, pesawat itu terhempas berhampiran pekan Barcelonnette, kira-kira 100 kilometer ke utara Nice.

Sementara itu, pihak berkuasa di lapangan terbang Barcelona berkata, pesawat itu berlepas pada jam 8.55 pagi (waktu tempatan). Pesawat yang terhempas itu sudah digunakan sejak 24 tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata satu daripada kotak hitam pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis sudah ditemui.



keadaan kotak hitam pesawat Germanwings



lokasi pesawat Germanwings Airbus A320 terhempas di Banjaran Alps




Serpihan pesawat termasuk bahagian pesawat

Sumber : Reuters


lovenota: takziah pada keluarga mangsa. 


5 comments:

  1. banyak betul kes yang melibatkan kapal terbang sekarang ni kan

    ReplyDelete
  2. Seram pula asyik dgr terhempas ni...
    Salam takziah utk klrga mgsa..

    ReplyDelete
  3. merembang bulu baca..rasa seram nak naik kapal terbang..huhu

    ReplyDelete
  4. jatuh pun kat kawasan batu..memang tak de yang selamat la...

    ReplyDelete
  5. makin byk plak pesawat yang jatuh kan..
    t

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®