Tuesday, March 03, 2015

Keputusan SPM 2014 Menurun



SPM 2014: 11,289 calon dapat A dalam semua subjek
  
PUTRAJAYA: Seramai 11,289 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 13,970 pada 2013.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang itu terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran. Beliau berkata, nilai Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun lalu adalah 5.08 berbanding 4.93 pada 2013.


KEPUTUSAN ANALISIS BAGI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA

SPM: Negeri Sembilan keempat terbaik Malaysia



Seramai 624 calon SPM di negeri ini memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran. Pengarah Pendidikan negeri, berkata seramai 16,324 calon mengambil peperiksaan di 112 sekolah di negeri itu berbanding tahun 2013 seramai 17,684. Gred Purata Negeri (GPN) bagi keseluruhan mata pelajaran yang diperoleh adalah 4.85 dan menurun berbanding tahun lalu 4.70.

"Walaupun GPN merosot sedikit tetapi negeri ini masih berada pada kedudukan lima terbaik peringkat kebangsaan iaitu tempat keempat berbanding tahun lalu ketiga," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin Nawal Salleh, berkata 776 daripada 23,783 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding 994 daripada 24,483 calon pada 2013.

Katanya, pencapaian GPN bagi negeri adalah 4.73 berbanding 4.55 tahun sebelumnya iaitu penurunan 0.18 mata.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane, SMK Taman Yarl, Sekolah Sukan Bukit Jalil, SMK Raja Ali, SMK Yaacob Latif dan SMK Agama Kuala Lumpur diumumkan antara sekolah yang mencatatkan keputusan cemerlang.

Di JOHOR, Pengarah Pendidikan negeri, Aminudin Adam berkata 1,204 calon memperoleh gred cemerlang A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 1,582 pada 2013.

Beliau berkata sebilangan besar daripada mereka mengambil sembilan, 10 atau 11 mata pelajaran.

"Pencapaian GPN bagi Johor pada 2014 adalah 5.00 mata berbanding 4.87 mata pada tahun sebelumnya," katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Muar.

Di PULAU PINANG, 952 atau 4.36 peratus daripada 21,816 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Jabatan Pendidikan, Datuk Osman Hussain yang turut memaklumkan pencapaian GPN bagi negeri ialah 4.83 berbanding 4.73 tahun sebelumnya.

Seramai 17,912 atau 82.10 peratus calon layak mendapat sijil dan 24 sekolah mencapai prestasi 100 peratus lulus, kata Osman.

Di KELANTAN, 314 daripada 34,032 calon mendapat sekurang-kurang A-, dengan lapan daripadanya mendapat gred cemerlang A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pendidikan Kelantan, Hussain Awang, ketika mengumumkan keputusan itu di Kota Baharu berkata, pencapaian GPN negeri pula adalah 5.03 berbanding 4.89 pada 2013.

"Sebanyak 88.81 peratus atau 22,799 calon layak mendapat sijil peringkat negeri, peningkatan 0.55 peratus berbanding 2013," katanya. Sebanyak 27 sekolah pula lulus 100 peratus berbanding 24 sekolah pada tahun sebelumnya.

Di SELANGOR, Ketua Sektor Pengurusan Akademik negeri Roziah Buang berkata 2,122 daripada 71,615 calon SPM 2014 memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

"Bagaimanapun, hanya 59,402 calon layak mendapat sijil SPM berbanding 60,208 pada 2013," katanya sambil menambah pencapaian GPN negeri pula turun kepada 4.95 berbanding 4.77 pada SPM 2013.

Dua belas sekolah dikategori cemerlang antaranya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Kolej Islam Sultan Ahmad Shah, Klang, Pusat Permata Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Hulu Selangor.

Di MELAKA, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin, berkata daripada 11,268 calon, 86.3 peratus lulus dan layak memperoleh sijil berbanding 87.3 peratus pada 2013.

"GPN negeri turun 0.21 peratus kepada 5.17 peratus bagi 2014 berbanding 4.96 pada 2013," katanya sambil menambah 16 sekolah mencapai keputusan 100 peratus lulus.

Md Yunos berkata, empat calon memperoleh semua A+ berbanding enam tahun sebelumnya, manakala bilangan pelajar yang memperoleh semua A juga turun kepada 333 berbanding 404 pada SPM 2013.

Di PERAK, sejumlah 934 daripada 36,762 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Pendidikan negeri Rozi Puteh Ismail yang turut memaklumkan GPN negeri turun kepada 5.20 berbanding 5.01 tahun sebelumnya.

"Kemerosotan itu disebabkan prestasi mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains menurun," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2014 di Ipoh.

Antara sekolah terbaik di negeri itu ialah Sekolah Menengah Sains Tapah, SMK Horley Methodist Teluk Intan, SMK Tarcisian Covent Ipoh dan SMK Ave Maria Ipoh.

****************

saya masih tak tahu keputusan SPM sekolah saya lagi *Ketua Panitia tak guno den nie..haha*. diharap prestasi Kimia tak menurun..takut jugak nie..huhuhu..

updated : keputusan peperiksaan kimia sekolah saya menurun sedikit berbanding dengan tahun 2013. ramai sekolah juga mengalami penurunan angka GPS bagi beberapa subjek. ini mungkin disebabkan soalan SPM tahun 2014 berbentuk KBAT dan mempunyai soalan beraras tinggi (HOTS). tak per, tahun nie cuba lagi. insyaAllah :)


7 comments:

  1. Tahniah buat semua calon SPM yang mendapat keputusan cemerlang :)

    ReplyDelete
  2. sekolah saya kimin meningkat. alhamdulillah. tahun ni banyak KBAT kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skola sy turun ckit..tp sedih aa jgk..huhu..nnt post mortem nk jwb ape pn xtau..huhu

      Delete
  3. kalau cikgu, perasan la graf menaik ke menurun. xpelah, maybe susah sangat kot soklan. sampai dorang terkejut. hehehe

    ReplyDelete
  4. harap prestasi pelajar cik balqis tak merosot..

    ReplyDelete
  5. walau result SPM menurun tahun ni .semoga mereka x lalai ketika di universiti nanti

    ReplyDelete
  6. can we talk in person , please

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®