Thursday, March 05, 2015

Geram Sangat!


Sepatutnya pemantau dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) datang memantau fail-fail akademik sekolah pada hari ini seperti surat arahan yang dikeluarkan oleh JPNS pada bulan Februari lepas. 2 minggu lepas jugalah saya busy mengemaskini fail terkini, iaitu memilih program yang dijalankan sepanjang tahun 2015, 2014 dan 2013. saya ada dua fail yang harus dikemaskini, iaitu fail Panitia Kimia dan Pemulihan Sains. dua fail tu pun rasa macam nak mati nak update sebab dah terlalu lama kedua-dua fail tersebut tidak dikemaskini oleh ketua sebelum ini. last update pun tahun 2012. so, kiranya saya jadi mangsa keadaan untuk mengemaskini dan mencari semula kertas-kertas program/aktiviti/latihan/LDP/post-mortem/dll untuk dimasukkan ke dalam fail. 

tetapi, pemantau tersebut TAK DATANG dan akan ditangguhkan pada satu tarikh yang lain! itupun tak tahu datang ke tidak nanti..

arghh!!!!! frust gila!!! frust sangat!


kenapa diorang tak datang hari nie???

why? why? why?

2 minggu aku menghambakan diri kepada kerja pentadbiran fail nie sampaikan : 
- tak keluar rumah, 
- tak balik kampung, 
- tak makan sedap-sedap, 
- tak shopping, 
- tak jalan-jalan cuci mata,


kejamnya! uwaaaa!

mesti korang cakap, 'eh bagusla pemantau tak datang. tak perlu nak bersiap sedia kena observe itu ini'. 

takk! makin lambat diorang datang, makin bertambah kerja den! *ini hipotesis*. kalau dia dah datang hari nie, diorang takkan datang dah untuk tahun ini kecuali ada apa-apa pemantauan lain dari kementerian. so, dah boleh relax sebenarnya. ini tidak! arghhh!!!

balik nie nak tidur puas-puas, bayar hutang tidur yang tak cukup sejak 2 minggu yang lepas. yang penting, cuti sekolah dah nak dekat! horayyy!!!


lovenota 1: cuti sekolah wajib cuti betul-betul. jangan on group telegram sekolah, jangan on whatsapp group sekolah, group polis, dll. cuti harus cuti..internet turut cuti. 
lovenota 2: indahnya dunia!


7 comments:

  1. tak sukaa jugak kena macam ni. macam macam dah buat tetiba tak datang

    ReplyDelete
  2. memang sakit hati la dibuatnya kan setelah 2 minggu bermatian menyiapkan..last2 x jadi datang pula..takpe, cuti sekolah nanti cuti betul2 ya.. ^_^

    ReplyDelete
  3. salams, akak dapat bayangkan kedudukan aqish tu....memang pitam kalau semua document last update 2012.....memang aniaya org lain nie.....adoiiilah

    ReplyDelete
  4. heheh..indah nya dunia tanpa internet..ekekekek

    ReplyDelete
  5. Sabarnya CB..cuti nanti relax2 kan diri anda :)

    ReplyDelete
  6. sakit hati tu mmg la, tapi nak buat mcm mna kan. sabar je la. :) prnh gk rasa bnda tu. rasa nak jadi Hulk pun adaaa

    ReplyDelete
  7. x pe susah dulu senang kemudian tapi kalau sis JM x puas hati dgn org sebelum ni kenapa dorang x kemaskini yg tahun2 sblm ni so x de lah kita nk cover semua termasuk tahun nih..penat lah kan

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®