Thursday, April 02, 2009

Waste Water Treatment

haha..aku nie kire ketinggalan la sket..coz enieyy n ecahh da post pasal nih..ak bz siapkan proposal education n chitosan..xder mse..hehe..xpe..eniey n ecah tak payah la bace aku punya entry nih..same jer dengan korang pny..haha~ pada 31 mac lalu..kelas kami kene la carik waste water untuk projek wetland for wastewater treatment..kalo da name waste water..mesti la kene carik waste water kan..so..air yang dicari oleh kami ialah.....

AIR LONGKANG
haha..xde air lain da..air yang paling kedua terkotor selepas air loji..haha..ak memang malas betul nak g carik cz mase 2 ak langsung x tido siapkn multiply blog for alam sekitar punya subjek..or bak kate orang la dikenali sebagai
suply = supli + multiply

tapi disebabkan tanggungjawab atas kelas dan negara termasuk pelajar upsi ak gagahkan diri dan korbankan waktu tidur ku (korang kene belanje ak makan nih..)..ak pon siapkan diri n g la kampus.. setelah cukup korum..kami pun g la mencari zon air tercemar iaitu di pintu utama la ecah..bukan selatan..suke2 ko je menamakan pintu iteww..haha..



ini dia pendokong anak bangsa..si wan yang sanggup mengambil air longkang untuk kami...baik kan kan kan..

yang nie plak golongan ahli lelap yang sesetengahnye memang penakot dgn air longkang..tengok tuu..siap berteduh lagi..wahahaha..ade yang terase tuhh..hehe..



lepas da isi semua air longkang di dalam botol..bawak balek semula ke lab untuk diisi ke dalam tong penapisan..tengok la jaguh2 yang tahan bau air longkang n mengacau sume kandungan air longkang tersebut..tengok muke iqbal..berkerut menahan bau..haha..memang kene bagi award la diorang nih..hehe..tahniah kepada zul, iqbal and nik..


thanx pada yang datang..yang terlibat iaitu mengisi air ke dalam botol..cam akuu..hehe..menolong pegang air longkang..yang melihat sahaje dari jauh macam eniey..haha..yang menangkap gmba jerr, si farah tonjeng..yang mengorbankan tangan dan hidung semata2 kami, si wan..lenkali amik lgi..air 2 kene isi lagi..kang kiter amik air longkang lagi yerkk..haha..


Read More »

Tuesday, March 31, 2009

Slumdog Millionaire



ak bru je abes tgk muvee nih..salah satu citer hindustan dlm english language yang ader 1 je lagu selama 2 jam..klo byk lagu mmg 3jam mcm citer hindustan yang len jgk..hehe..bg aku citer nie agak interesting la..seorang uneducated bule jwb sume soalan dlm who wants to be a millionaire dan jwpn yang dijawabnyer berpandukan semua pengalamannya dr kecik smpai la besar nih..memang menarik..spe xtgk rugi..tgk2 la yerk..hehe..
Read More »

Monday, March 30, 2009

5 ayat tackle da lapuk

Para perempuan (btl ke ayt aku nihh) da busan sgt da dgr lima ayat mengurat ini dengan cara2 mencegah versi aku punyaa..haha..memang ganass..

1. Hai, boleh berkenalan?

Selalunya diorg gne bila jumpe kita berjalan-jalan di pusat beli belah atau bertembung sekumpulan jejaka nakal. Kalau sudah berjumpa di tempat awam macam itu dan kita langsung tidak kenal dia, jangan haraplah nak berkenalan. Lagipun, kita tahu diorang nie main-main jer! mmg meluat la dengar..

cara untuk mengajar orang2 cenggini:

ape kata lps da kena tegur oleh org2 cenggini..korg pandang die sambil senyum2 kambing..lps tuh datang kat tempat diorg maki habis2an sambil cekak pinggang smpai sume org bule dengar..cthnyer "korg nie xtau malu ke hah..kaco anak dara org tgh2 jln..dhla xde kj..dok mlepak je..ingt hensem sgt ke..nk muntah aku tgk.."..gerenti tnduk malu pny la..haha..

2. Larilah laju sikit!

Biasanye kalo kita sedang beriadah atau joging di taman macam joging kat proton city tuh, ayat inilah yang slalu digunakan. Taktik yang sangat menjengkelkan - sudahlah suruh orang lari laju-laju, dia pula melepak tepi bangku sambil menghisap rokok siap bersilang kaki lagi. Tolonglah! tak de maknenyer kami nak pandang orang cenggitu..cess..

cara untuk mengajar orang2 cenggini:
klo jumpa org camnie plak..korg berenti jogging lps tuh air botol kt tangan tuh tuang je kt atas kepala dia tuh..smbil2 tuh melawak la sikit.."eh..ingtkn ada kebakaran..maaf la ye"..haha..x pn kata kt lelaki tuh tak guna jogging kalo merokok..kang mati cepat jugak..bisa2..


3. Hai, boleh tak I minta nombor you?

Sering berlaku di majlis keramaian dan kalau lelaki bertanyakan nombor telefon tidak sampai 10 minit selepas berkenalan, nampak sangat dia terdesak! naper tak mintak je nombor mak ke..ayah ke..abang ke..haii...Lebih elok jika dia beri calling card. desperate kerr..Kalau hendak juga menghubungi kita, sebagai permulaan..e-mel la paling sesuai..

cara untuk mengajar orang2 cenggini:
nk ajar orang camnie..senang jer..korg pon senyum2 kambing amik calling card dier..sembang2 kejap n then korg ckpla cmnie plak.."ex i sebelum nie sume anak org kaya..bila i ajak kua diorg on je..plg suke i g shopping..msti berjam2 la dlm mall tuh..ex i blanje..plg beznye tiap2 ari..u sanggup x..kadang2 die ajak g holiday kt oversea..seronok.." bile dgr tuh msti diorg gerunnn..takott..cmfirm x kaco korg dah..haha..


4. Hai, kawan saya di sana itu kata awak cun!

Selalunya di parti atau majlis sosial tak pun jumpa jer kat mana2 tepi jalan. Kalau seseorang lelaki hantar kawan sebagai wakil, saya rasa kurang kagum..tak gentleman betol..Kalau hendak, datanglah sendiri..kan kan kan..

cara untuk mengajar orang2 cenggini:

bgtau wakil yang laki tuh anta yang die tuh langsung x hensem..xde rupa..penakut mcm tikos..klo nk knl tegur sndri la..xde da pakai org tengah..haha..mse ckp tuh ckp kuat2 ckit bia lelaki yang anta wakil tuh dengar sekali..cmfirm kwn2 die skali kt situ terkulat2 dgr makian korg tuh..die jugak yang malu nanti..

5. Pheeeewit...pheeewit! Hai kak ngah, kak long, Zizah, Yati!

Pelik betul la lelaki yang suka bersiul di depan wanita, macamlah kita ini anak kucing..anak ayam.. Ini contoh lelaki yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati wanita. Pangkah habis-habisan! mcm mengundi jer..

cara untuk mengajar orang2 cenggini:
apa kata korang peewit diorg balek..tp dgn nada perli..x pn korg amik wisel kt umah yg adik u all slalu main tuh tiup depan die kuat2..lps tu bagi la die wisel tuh..ckp kt die baik die jadi pengadil kt stadium sukan kt mane2 dr dok siut2 org tepi jalan..
Read More »

Cara-cara nak cover malu

1. kalo tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...
lepas tu baru bgn bila takde org nampak..

2. kalo terjatuh beskal:
cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak...

3. kalo terjatuh tangga:
trus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...

4. kalo terjatuh dlm longkang:
pungutlah sampah yg ada kt dlm longkang tuh sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangka anda seorang yg amat prihatin terhadap kebersihan...

6. kalo terjatuh di dpn bus stop:
terus buat2 pengsan sehingga ada org membantu anda..
kalo takde..baring trus sampai mlm dan takde org lagi kt bus stop tu...
haa...
ni lah masa sesuai utk bangun semula... .

7. kalo jatuh tergelincir kt lantai licin:
tarik la kawan (atau sesiapa yg ada kt sebelah anda) utk jatuh bersama-sama
supaya tak lah anda sorang je yg dpt malu...
ye tak?

p/s: akoo slalo gaks jatuh2 nih..gara2 high heel ak yg x btol,,smpai skrg ak da xpkai..haha..lps bce nih ak rse klo ak nk jatuh ak tarik si nad n kak da..bule x..haha~
Read More »

..Biarpun Kita Berpisah..

Biarpun kita akan berpisah nanti, namun untuk menghilangkan ingatan saya terhadap awak adalah amat sukar..

Sekali saya dah letakkan awak dalam hati saya bermakna awaklah lelaki pertama dan terakhir yang saya cintai..

Read More »

Sunday, March 29, 2009

A to Z tentang LELAKI

admin: haha..kali nie aku nak cerita pasal lelaki sikit. so yang girl di luar sana tuh berjaga-jaga la dengan semua lelaki-lelaki yang dalam kategori tak boleh dipercayai yer..(boys..jgn anti dgn akuu)



Ini adalah sifat yang ada dalam diri individu bergelar lelaki dari A to Z. Lepas ni mereka tak boleh nak kelentong kamu lagi kan?


A – ALA-ALA
Agak mengelirukan sedikit bila ada yang dikategorikan dalam kelompok ‘ala-ala’ ini. Gaya dan perlakuannya agak mencurigakan..bukan apa, bila ada lelaki yang kita anggap tergolong dalam kelompok ini sering kita anggap mereka itu adalah lelaki lembut atau istilah ‘adik-adik’. Walau begitu, tak semestinya lelaki ala-ala ini tidak berperasaan terhadap perempuan. Ingat tu! Memang perwatakan mereka itu kelihatan agak lembut, namun hakikatnya mereka mempunyai hati dan perasaannya yang sama seperti lelaki-lelaki gagah yang lain! Ada perasaan untuk memiliki teman wanita sendiri.

B – BOHJAN
Tidak! Tidak! Tidak! Kategori yang paling ditakuti. masalah sosial yang hangat menular masyarakat kita khususnya golongan remaja masa kini. Harus diingat, lelaki sebegini mengharapkan cinta semata-mata demi memenuhi nafsunya sendiri dan bukan kerana cinta! Awas!

C – CEMBURU
Cemburu tandanya sayang, tapi kalau sudah keterlaluan itu cemburu buta namanya! Boleh dikatakan kebanyakan kaum lelaki di zaman sekarang ini, masing-masing mengamalkan sikap mengongkong ini wujud kerana adanya syak wasangka dan tidak yakin terhadap pasangannya yang secara tidak langsung turut menimbulkan rasa cemburu yang keterlaluan dalam dirinya. Kebanyakan wanita takkan tahan dengan sifat cemburu ini! Rimas la…

D – DUGONG
Lepas makan tidur! Bila diajak keluar… ha, macam-macam alasan yang diberikan. Tak sihatlah! Panaslah! Banyak kerjalah! Hakikatnya pemalas! Malang bagi wanita yang mempunyai kekasih yang tergolong dalam kategori ini. Si dia tentunya sukar di ajak keluar sebaliknya sering menghabiskan masanya dengan memerap di rumah sambil menonton televisyen atau tidur!

E – EMAS
Jeng! Jeng! Jeng! Pepatah ada menyebut kelapa…kalau lagi tua lagi banyak santannya ha, jangan ingat lelaki veteran tiada peminat. Sebaliknya, ada segelintir kita yang menganggap lelaki yang tergolong dalam kategori warga emas ini memiliki pengalaman yang lebih dari segala segi. Secara tak langsung, pasangannya akan berasa yakin dan selamat setiap kali berdampingan dengan lelaki emas ini! Lebih-lebih lagi sekiranya si lelaki itu bijak bermain-main dengan kata-kata! Lagi mudah nak buat perempuan cair!

F – FIDOFILIA
Harapkan pagar, pagar makan padi! Mintak dijauhi dari ditemukan dengan lelaki yang sedemikian. Individu ini sering menyimpan perasaan sayang yang keterlaluan terhadap pasangannya yang jauh lebih muda dari usianya. Memang bahaya lelaki jenis ini! Sifat luar biasa yang wujud dalam dirinya membahayakan individu lain yang berada di sekelilingnya! Kerana wujudnya lelaki sebeginilah maka terjadinya kes-kes rogol terhadap kanak-kanak!

G – GIGOLO
Ganas bunyinya! Sering menjadi buruan warga emas wanita khususnya yang berada. Hubungan terjalin hanya ingin memenuhi tuntutan materialistic dalam diri semata2. Sanggup mengggadaikan maruah untuk mengecap kemewahan dan kesenangan sekelip mata.

H – HIPOKRIT
Depan lain, belakang lain! Spesies sebegini memang perlu dijauhi. Kalau nak kenal individu yang dikategorikan dalam kategori ini mudaha sahaja! Mereka bijak berkata-kata… pendek kata mulutnya memang sentiasa manis! Hakikatnya, segala kata-kata yang terhambur dari mulutnya itu tidaklah semanis seperti yang digambarkan! Depan kita, pijak semut pun tak mati tapi bila di belakang kita… hanya Tuhan yang tahu! Sebaiknya selidik dahulu latar belakang lelaki itu sebelum kamu tekad untuk mengambil sesuatu keputusan.

I – INTELLIGENT
Berpendidikan dan serba tahu! Mungkin ada yang mengandaikannya sebagai professor serba tahu. Ceritalah walau dalam linkungan topik apa pun, dia tentu bijak berbual… tapi ada kalanya perlu berhati-hati juga kerana adakalanya perasaan ego dan berlagak tahu menjadikan mereka antara yang angkuh! Bukan dengki, tapi hakikat dalam kehidupan… macam itulah! Bila ada kelebihan dalam diri, segelintir manusia seakan mudah lupa diri. Sifat ego, pasti ada dalam diri setiap individu… kalau tak banyak pun pasti ada sedikitkan?

J – JAMBU
mmm… boleh tahan ayu juga mamat ini. Eh, betul ke macam tu! Tak sesuai tau! Memang wujud lelaki jenis yang sedemikian. Lelaki jambu dikategorikan sebagai lelaki lembut! Penampilannya kadang-kadang agak mampan seakan seorang perempuan. Namun ada kelebihannya lelaki sebegini kerana penampilannya sering kelihatan rapi dan kreatif orangnya. Namun seperti lelaki ala-ala, jangan sangka lelaki jambu tiada perasaan pada perempuan kerana mereka adalah lelaki sejati!

K – KAKI KENCING
Minta dijauhi dari ditemukan denga lelaki yang sedemikian perangainya! Pelbagai janji yang ditaburkan, tapi tiba masanya untuk melaksanakannya, hmm… fahm-faham sendirilah! Kesimpulannya di sini, jangan terlalu mudah memberi kepercayaan kepada seseorang. Kalau terus melayan lelaki yang kaki kencing ini alamatnya meranalah kita nanti!

L – LOYAR BURUK
Bercita-cita nak jadi peguam tapi tak berkesempatan kerana taraf pendidikan yang tak mengizinkan. Ha, kemudian jadi loyar buruklah dia! Individu yang tergolong dalam kategori ini memang sukar untuk serius, tak kiralah walau dalam apa jua keadaan sekalipun! Selalunya mereka kerap menjadi penglipur lara yang gemar membuat lawak silap-silap hari bulan, kerana loya buruknya itu, boleh buat gaduh tau!

M – MACHO
Wah! Jejaka macho menjadi idaman setiap wanita. Perwatakan yang cool dan steady pasti menjadi perhatian setiap wanita. Ada kalanya lelaki macho sering mempergunakan kelebihan yang ada dalam dirinya untuk memikat perempuan… tak hairanlah jika dia memiliki lebih dari seorang teman wanita. Namun ramai yang berpendapat, tak semestinya lelaki macho itu tampan!

N – NANGIS
‘Sememah la mamat ni! S. Mudah tersentuh bila terguris. Mungkin boleh dikategorikan sebagai mat jiwang kot! Namun harus berhati-hati juga kerana mungkin mamat tu berlakon sahaja. Sekadar untuk meraih simpati! Awas, jangan mudah terpedaya!ikit-sikit nangis! Macam perempuan lah’. Mungkin hatinya selembut sutera

O – OPSS…
Turut dicurigai! Lelaki dalam kategori ini dipercayai sukar memikul tanggungjawab dan gemar melepaskan diri sendiri! Bijak memberi alasan demi untuk melepaskan diri sendiri sehingga sanggup menyusahkan orang yang disayanginya itu.

P – PERASAN
‘Akulah yang paling hensem kat sini.’ Kalau dah namanya perasan, sememangnya telah tertulis di mindanya bahawa dialah yang terbaik! Kalau berada di mana-mana, khususnya di khalayak ramai tentu dia beranggapan semua orang yang berada di sekelilingya itu kerap memerhatikannya. Hinggakan jika ada sesiapa yang cuba menegur atau berbual dengannya pasti dianggap telah jatuh hati dengannya.

Q – QUALITY CONTROL
Semuanya nak ‘perfect’ baik dari segi penampilannya mahupun apa jua perkara yang dilakukannya. Kualiti adalah yang paling penting bagi dirinya! Memang bagus jika bertemu dengan spesies jejaka yang sebegini namun mungkin sukar untuk dirinya mendapat teman istimewa sendiri! Sudah tentu individu yang tergolong dalam kategori ini agak high taste’!

R – RILEKS
‘Cool’ dan tenang walau dalam apa jua keadaan. Lelaki sebegini bijak mengawal perasaannya dan mampu menenangkan individu lain dengan mudah. Bertuah jika mengenali lelaki rileks ini kerana sesuatu keputusan yang dibuat bukan dengan cara yang terburu2 sebaliknya dia kaan berfikir panjang sebelum bertindak!

S – SYOK SENDIRI
Kes berat ni! Syok sendiri dikhuatiri bakal menimbulkan sifat perasan. Lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan hati dan perasaan individu lain. Mereka yang bersikap syok sendiri ini harus bijak mengawal perasaannya sendiri kerana bimbang sekiranya dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi hati wanita yang diminatinya itu…sedangkan dia hanya syok sendiri! Hal ini bakal menyusahkan orang lain pula.

T – TULEN
Lelaki sejati turut menjadi idaman ramai gadis di luar sana. Lelaki tulen sudah tentu memiliki karakter yang berkarisma. Biarpun dia tidak memiliki rupa paras yang erlalu kacak. Namun sikap kelakiannya itu sudah cukup untuk memikat gadis-gadis di luar sana.

U – UNIVERSAL
Sikap terbuka dan sedia menerima, menjadikan dirinya seorang lelaki yang yang disenangi dan mudah didekati. Selalunya, lelaki yang tergolong dalam kategori ini mudah untuk mendapat teman kerana bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Lebih menarik, lelaki universal ini tentunya tidak memiliki banyak karenah!

V – VOUGE
Wah… sentiasa menjaga penampilannya! Namun agak cerewet sedikit dan gemar mengkritik orang lain. Diakui lelaki vogue ini memiliki penampilan yang menarik dan sentiasa kelihatan kemas! Ha, jangan terkejut bila melihat jenama barangan yang dipakai! Pastinya yang mahal2 demi menjaga status.

W – WAS-WAS
‘Gunakan tanpa was-was’, sekiranya perasaan was-was timbul dalam diri adalah lebih baik kita cuba menghindarinya. Perasaan was-was timbul apabila kita menyimpan perasaan keliru dan curiga terhadap sesuatu perkara! Begitu juga seperti kita berhadapan dengan lelaki kategori ini. Persoalan was-was ini sering melibatkan soal yang berkaitan identiti dalamannya.

X – X-FILES
Misteri dan menjadi tanda tanya. Sukar untuk membongkar peribadi lelaki misteri ini kerana sikapnya yang sentiasa berubah-ubah dan amat sukar untuk ditafsirkan! Mungkin pasangan nya akan mudah bosan dengan sikap lelaki seperti ini kerana tingkah lakunya yang sukar dijangka!

Y – YO-YO
Gemar tarik tali kerana takut terikat dengan komitmen itulah adalah erti kata terdekat untuk membongkar peribadi lelaki yo-yo ini. Kadangkala kerana sikapnya yang kurang matang menjadikan mereka sebagai individu yang takut untuk memikul tanggungjawab.

Z – ZEBRA
Memang bahaya! Lelaki zebra atau hidung belang sering melakukan perkara atas sebab2 tertentu khusus untuk kepentingan diri sendiri. Lelaki dalam kategori ini lebih dikenali sebagai kasanova!



Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®