Saturday, November 20, 2010

:: Mr Nuffnang Merajuk laaa ::

wahai nuffnang ku sayang..
jangan la merajukk..
kesian kat balqis taww..
dulu BE balqis beranak pinakk..
seminggu selalu bagi 3-4 BE..
sekarang nie dah tak masuk daa..

kenapa Mr Nuffnang?
why why?
 jangan la cari awek lain..
kesian cik balqis..dala takde boipren..(hoho!)


sekarang nie tinggah 2 BE jee..

*NOKIA C3*


lawa kan pink nie..kalau dapat memnag best!

*DIGI Broadband*


tengkiu jugak laa pada advertiser nie..
kalau diorang takde senyap laa blog balqis nie..
sob3~~ (T_T)

yang nie pulak yang dah jadi ME..
tengkiu laa berjalan lame jugak kat blog balqis nie..
(n_n)


:: dah lama tak update pasal nuffnang..sebab tu takde BE kot..haha..lepas nie bagi BE kat balqis yee Mr Nuffnang..jangan majok2 lagi..love u Mr Nuffnang..chewahh!!! ::
Read More »

Tuesday, November 16, 2010

:: Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) ::

yahh..siapa yang tak check lagi?
rasanya semua dah check kan..haha..
i means rakan2 graduan Sarjana Muda Pendidikan seluruh malaysia..

dari semalam lagi aku check kat web KPM..
tapi takde keluar notis lagi..
petang tadi dapat mesej dari kawan2 kata dah boleh check..
aku ape lagi teruslah online..
(masa tuh kat pizza tengah kerja..lari terus ambil henpon nak online punya pasal!)

aku bukak laa laman web semakan
so..keluar la kenyataan seperti di bawah ini..

(tak jelas sila klik untuk lihat sampai lebam!)

yess!! dapat Negeri Sembilan! haha!
best la dapat tempat sendiri!
biar la orang kata tak keluar daerah ke ape ke..
tapi rasanya aku tak terokai lagi negeri sembilan nie..
baru je 6 tahun duduk PD..lagipun bukan duduk PD pun..
dok Perak blaja kat KMPk n UPSI haa..hehe..

lepas dapat tahu tu terus call JPN Negeri Sembilan..
so..diorang cakap taklimat akan dilakukan pada 22 November 2010..
di SK Wawasan di Seremban 2 pada pukul 8 pagi..
lepas habis taklimat baru tahu dapat sekolah mana and daerah mana..
so kena lah tunggu isnin depan..

tak sabar rasanya nak posting..
penat kerja pizza nie..haha..

:: kang dah berhenti kerja pizza mesti mengidam nak makan pizza..ishk2! ::
Read More »

Sunday, November 14, 2010

:: Award Blog Cantik ::

ohh..cantik kerr? haha..
ada je orang kritik sakit mata laa..
semak laa..
banyak bunga laaa..
berat laa..(memang pon! haha!)
 tapi ada jugak yang pandang blog balqis nie kn..
tengkiu pada semua visitor and nuffnangers..


lepas tu da dapat award nie kena jawab soalan dier:

berikan satu nickname untuk pemberi award:
ohh..nie siap bagi nama penoh kay..nurul hazwani..nickname wanie (saye pon wanie jugak taw!)
tapi orang panggil dia ayu..lari jauh dari nama asal naa..haha..

ucapan untuk pemberi award:
tengkiu very2 much laa bagi award pada blog balqis yang tak lah cantik sangat nie kan..hehe..

berikan 6 artis/band/ yang korang minat?
err..saya tak da kipas-susah-mati kat mana2 band pun..haha..

bagi award kepada 10 blog yang cantik dan cun:
yang ini akanku khabarkan bila BW kat blog korang..
(n_n)

:: sekarang nie tengah tunggu keputusan posting KPM..berdebar2 rasanya ::
Read More »

:: Lawak SAMDOL ::



SAM: Apa yang tak kena tu Dol? 
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah! 


SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu? 
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya.....

SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak? 
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut? 
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati. 


SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu? 
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit..

SAM: Hantu Bungkus! 
DOL: Kat mana? 
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas? 
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu! 
DOL: Uih! kau terkejut tak? 
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku. 
DOL: Mana kau tahu? 
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer..


SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu.. 
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali. campurkan semua markah, dapatlah 200 markah


SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja? 
DOL: Kat kampung aku ni, biasa jer. 
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak. 
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat. 
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirap kau Dol? 
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan! 
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin? 
DOL: Gula dah habis! 
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal? 
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka. 
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong! 


SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit. 
DOL: Biasalah tu, "consulation fees". 
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah. 
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah? 
DOL: Buat dono jer..

SAM: Aku ada AIDS? mana ada... 
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

CIKGU: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor? 
MURID: Francis Mild, cikgu! 


SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk! 
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi. 


SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase? 
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita. 
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"




sumber: google
Read More »

Wednesday, November 10, 2010

:: Proton Inspira ::


hari ini baru lah dilancarkan secara rasminya
kereta model baru PROTON

Proton Inspira

siapa2 yang gila kereta mesti nak dapat kereta baru nie kan..
cantik jugak ape kereta baru buatan malaysia nie..
kita sebagai rakyat malaysia harus sokong dan belilah kereta buatan Malaysia
(macam politik pulak!)

layan jela gambar kat bawah nie:



kat sini ada disertakan harga kereta neh..
(tak mampu nak beli..huhu (T_T)

Peninsular Malaysia Prices
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
East Malaysia Prices
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
Langkawi Prices
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999

nak dapat maklumat lanjut sila ke laman web ini :

:: cik balqis pun pakai kereta kelisa..bila dah kaya baru pakai kereta inspira kot.. =P ::
Read More »

:: 30 Perkara yang Perempuan tak sempat bagitahu Lelaki ! ::

Dahsyat sungguh pompuan nie (erk! aku pun kira dahsyat jugak ker?)..
banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat..
ye ke tak sempat bagitahu? silakan baca..
err..untuk yang single2 n bujang2 yee..yang dah ada jangan menggatal! haha!

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!  

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Note: tidak semestinya 30 perkara di atas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-)

sumber: facebook
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®