Wednesday, June 12, 2013

Soal siasat

*entry ini ditulis secara curi2 sebab nanti kena marah dengan big boss besar plak!*

saya sangat terharu bila dia cakap, "makan ubat tu. rest banyak2. jumpa doctor". tapi, yang tak bestnya dalam keadaan marah. adoi, kalau nak marah saya pun perlu ke time saya sakit rasa macam nak mati ni? memang tak berhati perut kan? sangat! tau la busy bagai nak mati kat situ kan..tapi perlu ke nak melenting? *perubahan hormon kut, nak period la tuh..mencikk*. kita kenalah kawal kemarahan kita..bukan asyik nak panas baran jer! *banyak kali cakap dah, bukan nak dengar*. 

tapi bila dia tuduh saya create fake fb, add awak and people around u, saya pulak rasa hangin! dengan keadaan saya yang sangat teruk tu, saya rasa macam nak marah. perlu ke saya buat semua tu? dari dulu lagi saya cakap, bukan saya yang buat semua nie *alah, cakap hape pun bukan dia nak percaya..buat sakit hati je*. ada cakap saya berkomplot plak..adeii~ *macam2*


bila saya disoalsiasat *nama pun abah polis, dah macam kat balai pun hado*, saya hanya diam je. tak tahu nak cakap apa, nak luahkan apa, nak cerita macam mana. walaupun habis kena marah, kena bebel pokpekpokpek, yang saya tahu saya nak melindungi dia *oh ayahanda, biarkan anakanda settle sendiri ye*. saya x salahkan dia atas apa yang terjadi. biarlah ia tersimpul di dalam hati, orang lain tak perlu tahu. *huhu*. 

saya akui, sepatutnya dia yang lagi sakit dari saya. tapi saya pun kena tempiasnya jugak. cuma dia dah menguatkan diri and be strong *macam awak cakap, selamatkan diri sendiri, buat apa fikirkan orang lain kan*, tetapi saya tidak boleh buat macam tu. saya memang seorang yang lemah *asyik nangis je..murahnya air mata..entah hape2 la..adoi*.

by the way, thanks still ambil berat pasal saya walaupun masa tu saya tengah sedap2 tido pada pukul 3pagi *mengganggu ketenteraman awam sikit la*. and, maafkan saya atas segala2nya..

lovenota 1: akhir2 nie saya asyik meluahkan apa yang saya rasa. mintak maaf la ye..hehe!
lovenota 2: nak sambung tidur nie..ubat dah berkesan~



Read More »

Tuesday, June 11, 2013

Ada beza ke?


bila saya mengaku ataupun tidak itu adalah kesalahan saya, ada beza ke pada awak? saya rasa jawapannya adalah



TIDAK! 







sebab? 

awak berhati batu!
tidak memikirkan perasaan orang lain!
pentingkan diri sendiri!
keras kepala!
fikir diri sendiri je yang betul!

semua itu ada pada awak!

saya ingin melindungi semuanya. biar lah saya melakukan dan mengorbankan diri sendiri. ada hikmahnya di sebalik semuanya ini.

doakan saya terus kuat ye wahai kawan2 :)

lovenota 1: makin teruk tahap kesihatan saya
lovenota 2: perlukan rehat dan percutian yang secukupnya =,=" *jangan tawarkan saya ke London. takut kes lain berlaku plak..haha*

Read More »

Monday, June 10, 2013

Peluang kedua

We believes everybody deserves a second chances



wujud ke peluang kedua? sy tak rasa macam tu. sebab sy langsung tidak pernah diberikan peluang sebegitu. ramai yang kata, memaafkan dan memberi peluang itu sangat baik, orang yang pemberi maaf pun mesti yang sangat baik hati. 

tapi, saya langsung tak diberi peluang. kenapa? besar sangat ke salah saya? sangat besar seperti membunuh atau merompak? setiap manusia sudah semestinya melakukan kesalahan, manusia x perfect macam Rasulullah saw. bila saya dah mengakui kesalahan saya, memang baik hati memaafkan saya. alhamdulillah, syukur. tapi saya tak dapat peluang kedua. sy sabar je, sebab saya tahu salah saya. begitu senang melupakan apa yang sudah ditempuh bersama? sampaikan saya tidak layak mendapat second chance itu? di mana hati awak terhadap saya? hilang begitu saja?

saya x minta banyak. beri saya peluang, itu saja. saya sedar saya salah, saya buat semua itu bersebab. dan awak sendiri tahu sebabnya. saya akan tunggu.

lovenota 1: esok da sekolah. mata sembam plak. terbaik!
lovenota 2: jangan judge terlalu cepat. fikirkan apa kebaikan n keburukannya. baru jatuhkan hukuman.


Read More »

Sunday, June 09, 2013

Untuk kali terakhir



mungkin itu adalah pengorbanan saya terhadap dia untuk kesekian kalinya. biarlah saya yang menerima kesalahan itu. mungkin ini jalan takdirnya. jalan terbaik antara aku dan dia. kepercayaan itu pun sudah tiada, apa guna teruskan hubungan ini? ketahuilah, awak adalah yang terbaik dalam hidup saya. saya tidak akan pernah melupakan awak. maafkan saya. maafkan segala kekhilafan saya. 

Once - I Still Love You


Kau hilangkan akal sehatku 
Luluhkan semua keangkuhanku 
Saat kau putuskan cintamu 
Aku tak mampu melupakanmu 

I still love you, really love you 
Di hatiku hanya kamu 
I still love you, always love you 
Hanya kamu yang mengerti diriku 

Terlambat ku memahami 
Terlalu sakitnya hatimu 
Hadapi semua sikap egoku 
Kau semakin jauh dari pelukku 

I still love you, really love you 
Di hatiku hanya kamu 
I still love you, always love you 
Hanya kamu yang mengerti diriku 

Beri aku kesempatan tetap ada di hatimu 

I still love you, always love you 
Hanya kamu yang mengerti diriku 
I still love you, really love you 
Di hatiku hanya kamu 
I still love you, always love you 
Kamu sungguh segalanya bagiku 

I still love you

Read More »

Novel: Pelakon Cinta & Mr. G


Judul: Pelakon Cinta & Mr.G
Penulis: Anabella
Penerbit: Penulisan 2u
Harga: RM 26

Sinopsis:
Mr. G singkatan untuk apa? Bukanlah mr. gemuk atau mr. gila, tapi sudah tentulah mr. G yang dimaksudkan ialah mr...
Dengan ganjaran RM2 juta yang menanti, Tengku Marylin Myacella yang terkenal dengan sikap gediknya telah memenuhi permintaan sahabatnya untuk memastikan seorang pemuda yang dipercayai mr. G berubah menjadi lelaki normal. Tapi, dia sendiri berasa resah dan gelisah!
“You ingat, you cantik sangatlah sampai I teringin nak jadikan you girlfriend I?!”-  Syed Zakuan Zafran.
“I memang sangat cantik. Tapi I tahu, dalam mata you, pasti I tak secantik Aaron Aziz atau tak secomel seperti artis lelaki Korea, kan?! Takkanlah I perlu tukar jantina I semata-mata untuk jadi girlfriend you?” -Tengku Marylin Myacella.
Dalam menjayakan misinya, Mary keliru dengan perasaannya sebenar sama ada dia betul-betul ikhlas jatuh cinta ataupun sekadar lakonan semata-mata. Zafran pula telah merahsiakan cintanya selama tujuh tahun, tapi dia berjaya juga memiliki Mary dari sebuah penipuan yang dicipta. Namun, dalam keasyikan mereka melayari bahtera, sekali lagi mereka diuji dengan rintangan yang mencabar kepercayaan mereka.
“Selama ini I ingat you ikhlas cintakan I…”-  Syed Zakuan Zafran.
“Kalau kau dah tahu aku curang dan tak cintakan kau lagi, kau ceraikan aku Zafran! Ceraikan aku!” –Tengku Marylin Myacella.
Cinta yang bermula dari sebuah penipuan dan sandiwara akankah kekal bahagia? Mampukah Mary mengubah Zafran menjadi lelaki normal? Hanya Pelakon Cinta & Mr. G yang dapat menentukan kesudahan cinta mereka.
Review:
Serius best! rupa2nya novel ini adalah kesinambungan pada novel pertama Anabella iaitu  Bakal Isteriku, Gengsternya! *kalau tahu, dah lama baca novel nie awal2 lagi..haha*. so, cerita nie tak mengisahkan Bella dengan Syam dah, tetapi mengisahkan still lagi perangai nakal macam mamanya juga, si Bella diturunkan kepada anak gadisnya, Mary *gila nakal tak bertempat!*. tapi yang mengharukan Qis, cinta sejati antara Mary dengan Adam Farrien. dah lama meninggal tapi Mary still sayang kepada Adam *sedih je rase*. tetapi yang lagi mengharukan, cinta Zafran pada Mary sejak 7 tahun dahulu lagi hebat. masa zaman sekolah tinggi, semasa Mary bersama Adam, Zafran menghantar ros putih setiap pagi taww *sweet gile..hikhik*. dalam novel nie, Zafran memang seorang lelaki yang setia dan terlalu or teramat menyayangi Mary *jarang2 ada lelaki macam nie..dalam novel ramaiii..hihi*. 
pada mulanya, perjalanan hubungan mereka hanyalah game semata2. tapi lama2 jatuh cinta jugak *well, tau dah novel2 memang cerita macam nie kann..ngee*. jalan cerita pun sempoi, style macam novel Bella tu..hehe. and as usual, cerita cinta anak orang kaya, ada dato', datin, tan sri, puan sri..hehe~
yang menarik minat Qis, ada nama Qis sendiri dalam novel nie *bangga taww* dan nama Darius Farrel De Grandtine..hurmm.. *eh eh*
beli secara online: [link]
baca secara online: [link]
lovenota 1: agak2 anabella buat novel pasal cicit Bella plak tak? haha
lovenota 2: sayangi pasangan anda yang menyayangi anda sepenuh hati. :)


Read More »

Saturday, June 08, 2013

Jambatan Pulau Pinang kedua runtuh



salam takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban. Al-fatihah.

lovenota 1: rasa seram plak bila nak drive bawah flyover..ishk3~

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®