
Dah lama saya tak update blog kan? akhir-akhir ini saya betul-betul sibuk sehingga langsung tak ada masa nak online sudah. rasanya sudah 2 minggu kot saya tak berada di dunia blog ini. (T.T)
Pada hari selasa lepas iaitu 22 April 2014, saya ambil MC untuk ke KPJ. sebelum ke Seremban singgah ke Port Dickson sekejap mengambil mak untuk menemani saya ke KPJ Seremban. masa itu saya sudah membuat appointment dengan doktor pada pukul 12 tengah hari. so, dalam keadaan rushing saya memang bawa kereta sangat laju. berhenti pada Petronas Seremban selepas keluar Tol exit Port Dickson untuk mengisi minyak,...