Wednesday, September 24, 2014

Wordless Wednesday # 32 : Apa Dah Jadi pada Azam 2014?



apa dah terjadi dengan azam 2014 korang?

saya? rujuk pada gambar di atas..tettt~ :P


lovenota : terjumpa sesuatu yang tak diduga. dendam sangat. tunggu kau! 


Read More »

Tuesday, September 23, 2014

10 Makanan yang Mempunyai Kolesterol Tinggi



Kolesterol adalah berasaskan minyak dan tidak dapat bercampur dengan darah. ia dibawa seluruh badan dalam darah oleh lipoproteins.1-3


kolesterol dibawa oleh dua jenis lipoprotein:
  • Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL @ Low-density lipoprotein  - kolesterol yang dibawa oleh jenis ini dikenali sebagai kolesterol 'jahat')
  • Lipoprotein Berketumpatan tinggi  (HDL @ High-density lipoprotein - kolesterol yang dibawa oleh jenis ini dikenali sebagai kolesterol 'baik').


Kolesterol adalah kedua-dua teman dan musuh kita - pada tahap normal, ia adalah bahan penting untuk fungsi normal badan, tetapi jika tahap dalam darah terlalu tinggi, ia menjadi bahaya yang senyap yang meletakkan kita pada risiko serangan jantung.

10 Makanan yang Memiliki Kolesterol Tinggi



1. Kuning Telur


kuning telur mengandungi kolesterol yang lebih tinggi berbanding dengan makanan yang lain. sebiji kuning telur mengandungi 1234 mg kolesterol dalam 100 gram kuning telur. 

2. Hati 


kolesterol dihasilkan oleh hati. dalam 100 gram hati terdapat 564 mg kolesterol atau sekitar 188% total kolesterol harian. 

3. Mentega


margerin, mentega atau butter digunakan pada hampir semua makanan seperti kuih, roti dan masakan yang lain. 100 mg mentega mengandungi 215 mg kolesterol. 

4. Makanan laut


Jenis yang LDL nya tinggi adalah sotong, udang, udang, ketam, dan kerang. antara makanan laut @ seafood yang mengandungi kolesterol yang paling tinggi adalah Udang iaitu sebanyak 196 mg dalam 100 gram.

5. Ayam


kulit ayam yang digoreng mengandungi banyak kolesterol

6. Fast Food 


1 burger keju mengandungi 175 mg kolesterol. Ini belum termasuk jika anda menambah kentang goreng, ayam goreng, atau donat. 

7. Keju


keju merupakan sumber protein dan kalsium yang baik. akan tetapi, dalam 100 mg keju terdapat 123 mg kelosterol. jadi, kurangkan pengambilan keju dalam masakan.

8. Daging proses


jumlah kolesterol yang ada dalam daging proses bergantung kepada kepingan daging dan jumlah garam yang ditambah semasa diproses. 

9. Ais krim


Kandungan lemak dalam segelas ais krim lebih tinggi dari hamburger dan 10 biji donat. 

10. Makanan rapu


Snack pengilang yang mengandungi lemak trans, misalnya kerepek kentang, biskut, dan Krakers yang mengandungi 172 mg kolesterol di dalam setiap 100 mg. 

Read More »

UPSR : Kertas Matematik dan Bahasa Tamil Sah Bocor




Pembatalan Ujian Mata Pelajaran  Mathematics & Bahasa Tamil 
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

1. Pada tarikh 21.9.2014 Lembaga Peperiksaan (LP) telah mengesahkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1 (SK), 025/1 (SJKC), 035/1 (SJKT), Bahasa Tamil 036, 037  bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah didapati bocor. 

2. Sehubungan dengan ini, pihak LP memaklumkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 10 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037  adalah pada 9 Oktober 2014 setelah mengambilkira cuti umum Hari Raya Aidil Adha, dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran). Selain itu, KPM menegaskan bahawa peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut.

3. Saya amat memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua.  Selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia saya memohon maaf kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat ekoran insiden ini.  Saya telahpun mengarahkan semua Guru Besar dan guru untuk mengenalpasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan.

4. Dengan itu, saya telah pun mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September 2014. #UPSR leak investigation

5. Sebagai langkah serta-merta, saya sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam.  Di samping itu, saya juga mengambil langkah mengetatkan lagi semua aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian kertas peperiksaan dari peringkat Lembaga Peperiksaan sehingga ke pusat peperiksaan.

6. Saya memberi jaminan dan komitmen bahawa insiden kebocoran kertas-kertas peperiksaan awam  tidak akan berulang.

7. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran berita palsu, saya menyeru pihak awam untuk melayari laman web LP www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini. Pihak awam juga boleh menghubungi HOTLINE UPSR 2014 LP di talian 03-88893601 @ 3551 @ 3809 @ 3520 @ 3030.


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

22 September 2014

sumber: KPM
***********************

buat adik-adik yang mengambil UPSR, tabahkan hati anda. anggap peperiksaan yang sudah berlaku itu hanya latihan semata-mata. kepada semua ibu bapa yang terlibat, anda hendaklah sentiasa memberi semangat dan dorongan pada anak anda untuk mengambil UPSR kelak. 

ini membuatkan jumlah kertas soalan UPSR yang akan diduduki semula oleh Pelajar Tahun 6 adalah sebanyak 4 kertas, iaitu Kertas Sains, Kertas Bahasa Inggeris, Kertas Matematik dan Kertas Bahasa Tamil. berikut adalah tarikh peperiksaan semula UPSR:

  • tarikh baru Kertas Ujian Sains dan Bahasa Inggeris : 30 September 2014
  • tarikh baru Kertas Ujian Matematik dan Bahasa Tamil : 9 Oktober 2014

lihat juga entri saya yang berkaitan mengenai UPSR:

lovenota : pembocoran paling besar dalam tahun 2014

Read More »

Monday, September 22, 2014

Kertas UPSR Bocor: Luahan Hati Seorang GURU!


UPSR: Kertas Matematik dan Bahasa Tamil bocor juga?


KUALA LUMPUR: Dua lagi laporan polis dibuat berhubung kes pembocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membabitkan subjek Matematik dan Bahasa Tamil.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, ketika dihubungi BH, mengesahkan menerima laporan terbabit yang dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, tengah hari tadi.

"Saya mengesahkan ada menerima laporan mengenai pembocoran kertas UPSR subjek Matematik dan Bahasa Tamil. Polis akan menyiasat dalang di sebalik kes ini," katanya.

Beliau berkata, pasukan khas yang sama yang sedang menyiasat pembocoran kertas UPSR subjek Sains dan Bahasa Inggeris kendalian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Gan Kong Meng, akan membuat siasatan berhubung kes ini.

Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan 30 individu yang terdiri daripada pegawai LPM, guru, wartawan, ejen insurans dan jurutera bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

sumber: berita harian

**********************************

saya dah banyak membebel mengenai isu soalan UPSR nie. so, malas nak membebel lagi. nak tengok view entry yang lepas: 

kenapa tak cakap je semua kertas UPSR bocor? kan senang. satu-satu kertas dikatakan bocor. apa nak jadi sebenarnya? huhu :(

bukan itu tujuan entri saya, tetapi ingin memperketengahkan luahan guru mengenai kejadian yang dikatakan MEMALUKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. 


Luahan hati dari salah seorang Guru di Malaysia:

"Sejak peristiwa kebocoran soalan UPSR beberapa minggu lalu, aku sebenarnya rasa sedih. Tak tau kenapa..tapi aku amat terasa dengan apa yang berlaku sekarang. 
Semuanya mengenai PROFESION PERGURUAN 
Aku yakin semua rakyat Malaysia setiap hari dihadapkan dengan berita di akhbar, televsion, radio dan tak cukup dengan itu..dengan hebahan berita melulu media lain seperti WhatsApp, LINE, WeChat dll..semuanya menceritakan 2 lagi CIKGU di TANGKAP..3 lagi CIKGU di TANGKAP..ditujukkan di media, polis mengheret guru ke hulu ke hilir dengan memakai baju cap PENJARA. 
Persoalannya: HINAKAH CIKGU sehingga KAU perlakukan begitu??? PERLUKAH KAU highlight kan di Media atas kesalahan yang sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan pun pada seorang GURU itu???? 
TIDAKKAH KAU rasa apa perasaan 500 ribu GURU yang lain??? Semua kesalahan dilemparkan kepada CIKGU. Semua mempersoalkan kredibiliti seorang CIKGU. 
Semua cakap "TAK ADA KEJA LAIN, SEBAB ITU PILIH JADI CIKGU," 
Semua cakap "CIKGU SENANG: GAJI BANYAK SIKIT." 
TIDAKKAH KAU tahu berterima kasih kepada CIKGU yang mencurahkan ilmu kepada seorang manusia yang jahil? 
TIDAKKAH KAU nampak betapa hatinya REMUK disebabkan tindakan MURID, IBU BAPA, PIHAK PENTADBIR, PIHAK ATASAN? 
TIDAKKAH KAU tahu bagaimana DIA merawat hatinya setiap hari?
Siapa yang buat garis di padang sekolah guna minyak hitam? CIKGU 
Siapa yang berjaga sampai tengah malam menanda buku? CIKGU 
Siapa yang batalkan bercuti pada cuti sekolah sebab nak buat kelas tambahan? CIKGU 
Siapa yang hantar budak sakit ke Hospital? CIKGU 
Siapa yang latih budak sukan sampai 7 petang? CIKGU 
Siapa yang belanja budak makan dan minum? CIKGU 
Siapa yang potostat bahan sendiri untuk pelajar? CIKGU 
Siapa yang tolong jelaskan bayar buku tambahan yang budak tak mampu bayar? CIKGU 
SEMUANYA CIKGU... 
Kerani... Driver... PAR pun dapat baju, seluar dan kasut percuma dari kerajaan...tapi cikgu??? Nak beli baju rumah sukan SENDIRI... Nak beli baju badan uniform SENDIRI... Nak beli seluar kerja SENDIRI... Nak beli kasut kerja SENDIRI... 
CUTI SETAHUN PUN CUMA 7 HARI... 
APA LAGI YG ANDA MAHU DARI GURU??? Yang MENDIDIK dari pagi hingga ke petang.... Sebenarnya CIKGU sanggup korbankan NYAWA untyk semuanya...Siapa yang MAMPU menjadi CIKGU??? 
Atas kesalahan yang kecil menjadi punca CIKGU di COP sebagai SEORANG yang tidak BERINTEGRITI... DIHEBAH DI MEDIA-MEDIA KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN GURU DITANGKAP! ORANG YANG DI ATAS YANG DIHARAP MENJADI PENJAGA MARUAH GURU JUGA LANTANG MENYALAH DAN MENGHINA GURU... 
ADA YANG MEMPERJUANGKAN HAK GURU??? 
apa yg tinggal pada GURU??? 
BAHAN HINAAN?? 
BAHAN CACIAN??? 
BAHAN MAKIAN??? 
BAHAN KETAWA??? 
Ingatlah... GURU itu PELITA...Yang menyuluh dalam kegelapan...Aku yakin dan pasti... walau sehebat mana pun anda, anda tidak mampu menjadi seorang GURU."

lovenotarasa macam, habis madu sepah dibuang. betul tak?

Read More »

Sunday, September 21, 2014

Blog saya masuk TV!



blog ada di depan TV. besaq baq hang!  hahaha!

tak mungkin blog saya masuk TV. saya bukannya blogger popular pun.
tapi, disebabkan tak pernah masuk TV, saya masukkan sendiri dalam TV..haha.

alah, korang pun boleh buat jugak. just display laptop di TV korang, tu je pun..hehe

btw, esok dah mula sekolah. siapa yang sekolah lagi tu, jangan ponteng2 sekolah dah. cikgu balqis pun masuk sekolah balik esok..haiyaya..haha.

selamat memulakan persekolahan semula.
cuti dah habis!


lovenota : bila lagi dapat bercuti lagi..nak bersenang-lenang lagi..hihi :D

Read More »

Saturday, September 20, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com






Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :


1. Wajib Follow Blog Sponsor


2. Wajib Like Fanpage Sponsor






















3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®