Friday, September 26, 2014

Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM




Assalamualaikum w.b.t.



Klik BANNER untuk join

SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by Yana Pink Blossom secara rasminya bermula pada 23 September 2014, jam 11.00 pagi dan akan berakhir pada 30 September 2014, jam 11.59 malam, 1 minggu sahaja. Tujuan utama giveaway ini adalah memudahkan Yana untuk blogwalking ke bloggerista semua yer. Kita boleh berbalas kunjungan sesama peserta. Semua bloggerista dijemput join giveaway ni.


HADIAH : 

WANG TUNAI RM10 x 5 pemenang
*Pemenang akan dipilih melalui random.org


SYARAT-SYARAT :

1. WAJIB follow blog Yana Pink Blossom
                                               2. WAJIB like Fanpage 
3. Buat entri bertajuk Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM
4. Copy Coding dan paste di ruang HTML entri anda

5. Tinggalkan URL entri korang di SINI
6. Siap & Good Luck (^^,)


da banyak cara dah atas tu.

join je, klik Banner di atas yer~

arigatou :D

Read More »

Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love


Assalamualaikum dan salam sejahtera





Syarat-syarat penyertaan:


  • Follow blog Truly Love;

  • Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;

  • Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love

  • Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.

  • Penyertaan terbuka untuk semua blogger.

  • 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.

  • Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.

  • Tarikh Penyertaan : 25 September 2014 hingga 30 September 2014 (11.59PM)


  • Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini..


    nak join klik banner di atas

    arigatou! 

    Read More »

    Segmen Bloglist Cun Oktober 2014 by Ekinnuar



    Segmen Bloglist Cun Oktober 2014 by Ekinnuar


    meh join reramai eh

    nk join, klik pada banner di atas


    arigatou! 

    Read More »

    Thursday, September 25, 2014

    Blogger Tawar Perkhidmatan Seks



    Alvian Tan dan Vivian Lee sudah lama berpisah awal Januari lalu. eh, baru tau meh. duh..haha~

    Ada sesiapa yang tak kenal mereka berdua ini? haih..sebagai blogger mesti kenal diorang berdua nie. dahsyat tau! Mereka dikenali sebagai "Sex Blogger" atau Blogger Seks.


    KISAH HIDUP ALVIN TAN DAN VIVIAN LEE

    Alvin Tan Jye Yee berusia 25 tahun dan Vivian Lee berusia 23 tahun. Alvin, bekas Sarjana Biasiswa Fakulti Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) ASEAN, bertemu Vivian, siswazah Universiti Multimedia (MMU) melalui Facebook.

    Alvian Tan dan Vivian Lee mula dikenali sejak tahun 2012 selepas mereka mula mewujudkan sebuah blog yang diberi nama "Sumptous Erotica" yang banyak memaparkan gambar bogel dan video aksi hubungan seks mereka. seterusnya, mereka juga mewujudkan fanpage "Alvivi" dan saluran Youtube "Alvin Vivian".  

    Nak tahu facebook mereka? 
    sila baca previous entry saya mengenai mereka : Isu Alvin Tan dan Vivian Lee

    Kalau anda semua masih ingat, pada tahun lepas iaitu pada bulan Ramadhan, sikap keterbukaan mereka semakin melampau apabila mereka mengucapkan "Selamat Berbuka Puasa" di Facebook di dalam gambar hidangan sup babi (Bak Kut Teh).



    Tidak lama kemudian selepas didakwa di mahkamah mengenai isu di atas, hubungan mereka sudah berakhir di mana Alvian Tan mengumumkan bahawa Vivian bukan lagi teman wanitanya menerusi status di Facebook Alvian Tan pada Disember 2013.


    Punca perpisahan Alvian dan Vivian adalah disebabkan pihak ketiga, di mana Vivian dikatakan kantoi melakukan hubungan seks dengan lelaki lain di belakang Alvian. Alvian menjelaskan kepada The Malay Mail, mereka mengamalkan hubungan terbuka di mana mereka setuju bahawa masing-masing boleh melakukan hubungan seks bersama orang lain dengan syarat di hadapan mata satu sama lain.


    Tetapi Vivian dikatakan ingkar akan perjanjian mereka apabila melakukan seks dengan lelaki lain pada bulan Ogos tahun lalu. dan sebagai balasan, Alvin melakukan perkara serupa sebulan selepas itu.


    Kelihatan juga di mana Vivian cuba meminta maaf kepada Alvian disebabkan kecurangannya bersama lelaki lain terbongkar.


    Baru-baru ini pula, selepas Vivian sudah putus hubungan bersama Alvin, Vivian menawarkan perkhidmatan seks kepada sesiapa mengikut jumlah jam. kelihatan juga jumlah yang ditawarkan dalam masa satu jam berjumlah RM 1 300. melalui sebuah forum Malaysia, seorang pengguna forum tersebut telah berkongsi satu gambar yang menunjukkan profil Vivian di dalam laman AshleyMadison.com, sebuah laman web 'dating' atau mencari teman.


    tertulis juga di profile Vivian di mana Vivian adalah High Class Model yang berasal dari Malaysia, seorang sex blogger dan entertainer *memang entertain orang pun keje Vivian neh..|o|*

    mana pergi Alvin Tan?

    dia sekarang berada di United States, minta pelindungan dari orang US disebabkan kesalahan mereka yang telah didakwa tempoh hari. konon nak balas dendam..macam-macam hal la si Alvin nie. duduk la Amerika tu lama-lama. buat semak je kat malaysia nie.

    baca artikel tersebut di:
    ‘Sex blogger’ Alvin Tan seeking political asylum in the US


    update terbaru:



    Alvin Tan hina UMNO dan Perdana Menteri





    sengal jugak mamat nie.


    lovenota : ewww~

    Read More »

    Wednesday, September 24, 2014

    Kenaikan Gaji 2015 Untuk Kakitangan Awam



    iye ke ada kenaikan gaji? penuh message dari rakan-rakan WhatsApp, WeChat dan Telegram yang menyampaikan khabar berita seperti ini. 

    Butiran Khabar Angin Berita Kenaikan Gaji 2015 Naik Untuk Kakitangan Awam :

    1. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dikatakan semalam telah mengumumkan akan berlakunya kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan kerajaan bermula 1 Januari 2015. Ada ke diumumkan semalam?
    2. Kadar kenaikan gaji 2015 naik untuk penjawat awam adalah RM500 untuk semua kakitangan sokongan dan RM1000 untuk pegawai kerajaan
    3. Elaun risiko untuk kakitangan awam sebanyak RM300
    4. Kerajaan Malaysia dikatakan mahu melaksanakan sistem Band to Band 7 andaikata situasi mendesak kerana pelaksanaan GST 6% bermula April 2015
    5. Pengumuman kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan awam ini telah disahkan Ketua Setiausaha Negara (KSU) dalam mesyuarat kabinet pada semalam. 
    6. Usul melibatkan pembentangan kertas kerja antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs bertarikh 21 September 2014 dikatakan telah diluluskan
    7. berita kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan awam ini telah pun disahkan sendiri oleh Presiden Cuepacs


    Boleh percaya ke maklumat seperti ini?

    Baik korang jangan percaya selagi tiada pengumuman yang dibuat sendiri oleh PM kita. semua ini hanya khabar angin belaka. untuk info semua, PM kita tiada di Malaysia pun kerana menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama delegasi menteri-menteri luar dari seluruh dunia dan kini berada di New York, Amerika Syarikat selama tempoh 9 hari untuk menyampaikan ucaptamanya pada 26 September 2014 ini. 

    Jadi, selagi tiada pekeliling mengenai kenaikan gaji bagi kakitangan penjawat awam, selagi itu korang jangan percaya. nanti diri sendiri keciwa :P

    update : 25 September 2014

    KENYATAAN AKHBAR: "PENAFIAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) MENGENAI KAKITANGAN AWAM TERIMA KENAIKAN GAJI BARU MULAI 1 JANUARI 2015"

    PUTRAJAYA, 25 September 2014 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin memaklumkan bahawa penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang disiarkan melalui media-media sosial adalah tidak benar. Mohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita ini sekiranya ada menerimanya.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

    Pasukan Komunikasi
    Jabatan Perkhidmatan Awam
    Putrajaya
    Tel: 03-88853830/3146

    E-mail : komunikasi@jpa.gov.my

    sumber: Portal Rasmi JPA Malaysia


    lovenota : tapi kalau betul gaji naik best jugak kan..tettt~ 

    Read More »

    20 Fakta Menarik Mengenai Kuku

    Terdapat beberapa fakta menarik yang saya kumpulkan berkaitan dengan kuku. Antara fakta-fakta ini adalah tanggapan palsu tetapi kebanyakan mereka adalah methodical, iaitu fakta secara logik. Jadi, di sini adalah beberapa fakta menarik mengenai kuku.



    20 Fakta Menarik Mengenai Kuku

    # 1: Bahagian kuku
    Kuku yang anda lihat dari bahagian atas jari hanyalah satu bahagian kuku sahaja, terdapat banyak bahagian-bahagian lain. Bahagian-bahagian utama kuku adalah Proximal nail fold, Cuticle (Eponychium), Lunula, Nail Plate, Nail bed, Lateral Nail Folds, Distal edge of Nail Plate and Hyponichium.


    # 2 : Kadar Pertumbuhan
    Kuku tumbuh sekitar 0.1 mm per hari, anggaran bahawa jari kuku meningkat akan mengambil masa kira-kira 4 hingga 6 bulan. Tetapi di jari yang lain seperti kuku jari kaki, tempoh masa untuk pertumbuhan kira-kira 12 hingga 18 bulan. Oleh itu kuku jari dipercayai akan berkembang pada kadar yang lebih cepat berbanding kuku kaki. kuku jari tengah adalah kuku yang cepat tumbuh manakala kuku paling perlahan tumbuh adalah ibu jari anda.  
    Manakah tangan yang anda sering gunakan? Kuku tangan yang anda selalu gunakan ialah paling tumbuh lebih cepat daripada kuku tangan yang lain.
    Kuku cenderung untuk tumbuh pada kadar yang lebih cepat pada orang muda berbanding dengan orang-orang tua. 
    Ia biasanya dilihat bahawa selepas sakit, pertumbuhan kuku meningkat dengan ketara.  
    # 3 : Ketebalan kuku
    Ketebalan kuku jari kaki adalah sebenarnya dua kali ganda lebih daripada kuku jari.

    # 4 : Menaip Merangsang Pertumbuhan Kuku
    Ternyata menaip boleh merangsang pertumbuhan kuku menjadi lebih cepat, terutama jika selalu menaip di atas papan kekunci komputer atau laptop. 

    # 5 : Bulan Separuh di Pangkal Kuku

    Yang seperti bulan separuh berwarna putih pucat di pangkal kuku tu disebut ”lunula”. Itu ialah bahagian kuku yang belum cukup mengeras dalam proses pertumbuhannya. Rambut serta kuku diperbuat daripada protein yang sama, iaitu keratin.

    # 6: Tiada Kehidupan selepas Kematian
    Cerita dongeng biasa yang selalu didengar ialah kuku terus tumbuh walaupun selepas kematian. Ia tidak benar bahawa rambut dan kuku terus berkembang untuk beberapa waktu selepas kematian. Ia hanya kelihatan lebih panjang, kerana kulit menegang.

    # 7: Berbeza Mengikut Suhu
    Kuku tumbuh lebih cepat pada musim panas, berbeza dengan kadar pertumbuhan dalam musim sejuk yang lebih dingin di mana pertumbuhannya adalah lambat. Kuku akan tumbuh pada kadar yang lebih cepat pada siang hari daripada waktu malam kerana musim panas mendapat matahari lebih daripada musim sejuk yang meningkatkan Vitamin E untuk membantu pertumbuhan kuku lebih cepat.

    # 8: Wanita VS Lelaki 
    Ternyata kuku lelaki lebih cepat tumbuh daripada wanita, kecuali semasa wanita sedang hamil. Ketika hamil, wanita mengalami pertumbuhan kuku lebih cepat dari biasanya. 

    # 9: Tidak Peluh
    Fakta yang paling menarik tentang kuku ialah kuku tidak berpeluh. puncanya ialah kuku tidak mempunyai kelenjar peluh seperti kulit. 

    # 10: Minum Air untuk Kuku yang sihat
    Air adalah sangat diperlukan untuk badan yang sihat. Jika badan anda kekurangan air, kuku anda boleh juga kering.

    # 11: Mitos dan Tahyul
    Pernah anda dengar pada zaman kanak-kanak yang mengatakan tidak boleh memotong kuku selepas senja atau waktu malam kerana ia membawa nasib malang. Tidak ada teori yang methodical untuk memahami dasar dan penjelasan. yang mungkin hipotesis ini adalah bahawa anda mungkin berakhir dengan mencederakan diri sendiri jika anda tidak Memotong kuku dalam cahaya yang mencukupi.  
    Mungkin anda pernah mendengar juga khabar bahawa bila mempunyai tompok putih di atas kuku bermakna kekurangan kalsium. Itu hanya MITOS yang sangat terkenal. ia juga boleh disebabkan oleh kekurangan kalsium, zink, vitamin atau mungkin ada sebab-sebab lain juga. Biasanya bintik tersebut disebabkan oleh kekurangan nutrien, trauma atau tekanan pada kuku.


    # 12 : Kenapa ngilu bunyi kuku pada papan hitam?

    Hanya memikirkan kuku mencakar pada papan hitam membuat anda ngilu. mengapa kita ngilu? Menurut penyelidikan, bunyi yang dihasilkan dengan kuku pada papan hitam bergema dalam salur telinga dan gegendang telinga bergetar dengan kadar yang kuat. 

    # 13 : Potong Kuku anda
    Kuku panjang boleh menyimpan mikroorganisma yang boleh menjadi sangat berbahaya dan kurang sihat untuk badan anda. anda perlu memotong dan rapi kuku anda dan jika anda mengamalkan rutin ini, anda bebas daripada semua jenis lumpur, mikrob yang membina di bawah kuku anda. memotong kuku secara rutin bagus untuk pertumbuhan. Dengan rutin memotong kuku maka pertumbuhannya akan lebih cepat.

    # 14 : Tekanan dan Tidur menjejaskan Kuku
    Tahap tekanan anda boleh menghalang pertumbuhan kuku. Mendapat tidur yang tidak mencukupi mengakibatkan tekanan meningkat juga boleh memberi kesan kepada pertumbuhan kuku. Tekanan dan tidur yang tidak mencukupi mengalihkan tenaga dan nutrien dari kuku.

    # 15 : Kuku Bernafas ke?
    Kuku tidak bernafas kerana ia adalah sel yang mati. Berbeza dengan kuku, nail bed dan kutikel diperbuat daripada tisu hidup dan memerlukan oksigen, vitamin dan mineral. cat kuku membunuh kuku anda menjadikan kuku anda lemah dan kering. 

    # 16 : Kuku larut dalam air Coke
    Kuku adalah sangat kuat berbanding dengan kulit, kerana kulit dianggap sangat sensitif. Walaupunbagaimanapun, kuku sebenarnya boleh melarut dalam hanya empat hari, jika anda bereksperimen dengan meletakkannya ke dalam air coke @ coca cola kerana air coke sangat mengakis.

    # 17 : Kuku memerlukan Darah untuk hidup



    Kuku perlukan darah, oksigen dan nutrien untuk pertumbuhan. Kecederaan pada kuku kebanyakannya menyebabkan kuku terjatuh keluar selepas menjadi hitam dan biru. Darah yang digunakan oleh plat kuku, tidak lama selepas kecederaan membuat kuku menjadi hitam dan biru.

    # 18 : Kuku adalah kunci kesihatan anda
    Tahukah anda, kuku anda memberitahu banyak perkara mengenai kesihatan anda. Percayalah, bentuk, saiz, warna dan garis-garis pada kuku anda cukup untuk memberitahu doktor mengenai kesihatan anda.  
    Warna kebiruanPenyakit paru-paru setara dengan asma atau emfisema, pada masa yang sama sebagai coretan biru menunjukkan liang dan kanser kulit. 
    Coklat keperangan -  boleh menjadi satu isyarat asid folik kekurangan  
    Warna krim gelap - masalah dalam Hati dan organ dalaman lain
    Jalur-jalur putih - menyebabkan penyakit hati
    Warna hijau atau biru - biasanya simptom kelemahan yang lebih berkesan seperti hipersensitiviti atau ketegangan. 
    Kesan putih - kerap disebabkan oleh kekurangan protein, Zink atau besi  
    Jalur-jalur hitam - sakit jantung atau melanoma malignan. biasanya terjadi pada orang berkulit lebih gelap daripada orang yang berkulit cerah, kerap muncul di seluruh bahagian kuku berhampiran nail bed dan biasanya sangat kecil.
    Warna kekuningan - mengalami masalah seperti gangguan sistem limfa, kencing manis, gangguan hati dan lain-laim 
    warna merah jambu di hujung - gejala yang jelas dalam penyakit sirosis.
     warna kuku yang lain : baca artikel di sini

    # 19: Kuku Terpanjang


    Satu lagi fakta menarik tentang kuku ialah kuku yang paling panjang hingga menjadi saksi kepada orang ramai adalah 48 inci itu daripada negara India.

    # 20 : Rawatan tangan dan kuku telah wujud 4000 tahun
    Di China pada 3,000 SM kuku warna menunjukkan status sosial. (Mengikut manuskrip Dinasti Ming). Orang diraja digunakan untuk cat kuku mereka dengan warna hitam dan merah. Mesir purba pernah merawat tangan dan kuku dari 23000 SM. Ia mengatakan bahawa Cleopatra`s (Ptolemy Ratu Mesir) yang digunakan untuk mengecat kuku dan komander tentera merah juga dicat kuku mereka untuk dipadankan dengan bibir mereka dalam peperangan. 


    menarik kan? lama jugak saya buat research pasal kuku nie..hehe.
    semoga bermanfaat :D

    Read More »
    Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®