Thursday, November 06, 2014

Banjir Lumpur di Cameron Highlands


Teruk jugak banjir lumpur di Cameron Highlands. habis semua lumpur dihanyutkan oleh banjir gara-gara hijan lebat yang masih melanda di negara kita nie sejak akhir-akhir ini. saya baru berangan-angan nak ke Cameron Highlands cuti sekolah nie sebelum mula menanda kertas peperiksaan SPM. macam tak jadi je..takut..hehe 

Seram pulak kalau tengok gambar-gambar kat bawah nie. semua benda dihayutkan oleh banjir. ada beberapa rumah yang dah tenggelam dek banjir lumpur. kereta-kereta pun habis rosak teruk. tak tahu la apa nasib mangsa banjir di sana. 

Kita hanya boleh doakan semoga semuanya pulih seperti sediakala. 
Wallahu'alam.


RABU, 5 NOVEMBER 2014 @ 10:32 PM

Banjir lumpur landa beberapa kawasan di Cameron Highlands


Banjir Lumpur di Cameron Highlands

LEBIH 20 rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di pekan Ringlet, Kg. Baru Ringlet dan Kg. Ulu Merah, Cameron Highlands, 7 malam ini

CAMERON HIGHLANDS: Hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air Sungai Ringlet di sini menyebabkan banjir lumpur yang menjejaskan lebih 20 rumah penduduk selain merosakkan beberapa kenderaan.

Difahamkan sehingga kini sekurang-kurangnya dua penduduk cedera ringan dalam kejadian lewat petang tadi. Antara kawasan penempatan terjejas dengan banjir lumpur paras lutut itu ialah pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet, Kampung Ulu MerahKawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu.



Banjir itu berpunca daripada limpahan air Empangan Sultan Abu Bakar (SAB) berikutan kenaikan mendadak paras air sehingga 0.6 meter sejam dan berbahaya kepada struktur empangan berkenaan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lesley berkata, air lumpur hingga paras lutut bersama sampah sarap menghentam kawasan terjejas.

"Seorang rakan saya cedera dan terpaksa dibawa ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kejadian itu. Selain itu beberapa kenderaan turut terjejas akibat hentaman banjir berkenaan," katanya. Lesley berkata, hujan masih lebat di kawasan berkenaan sehingga jam 9.30 malam dan bimbang keadaan menjadi lebih buruk.

Sementara itu, Ketua Kampung Ringlet, Looi Chin Chin, berkata lebih 20 rumah terjejas berikutan kejadian itu. Katanya, kebanyakan kawasan terjejas yang berada di tebing Sungai Ringlet.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands pula berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 petang tadi.

Seorang budak lelaki berusia 13 tahun dilaporkan lemas dihanyutkan air manakala seorang pekerja kebun sayur warga Nepal maut ditimbus tanah runtuh susulan hujan lebat dan banjir lumpur di beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands sejak lewat petang tadi.

Banjir Lumpur di Cameron Highlands

Banjir Lumpur di Cameron Highlands

Banjir Lumpur di Cameron Highlands

Video kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands



KHAMIS, 6 NOVEMBER 2014 - 9:22AM 

20 kediaman, 20 kenderaan terjejas dan rosak

Polis mengesahkan 20 kediaman dan 20 kenderaan terjejas dan rosak akibat banjir lumpur di Kampung Baru Ringlet. pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar Dilakukan untuk menstabilkan takungan air di empangan itu malam tadi yang mencapai paras bahaya. Jadi bagi mengelak bahaya, air empangan terpaksa dilepaskan melalui Sungai Bertam.






sumber : Harian Metro dan Berita Harian


lovenota : makin banyak bencana alam berlaku di negara kita, kan?

Read More »

Wednesday, November 05, 2014

Wordless Wednesday # 35 : Sangat Sibuk!


keadaan saya yang terkini:


banyak kerja yang harus disiapkan. 
serupa zombie pun ada 
diri sendiri memang dah tak terurus..sob3


 nasib baik saya tak tidur kat sekolah je
semua kerja saya angkut bawa balik rumah. 
lebih afdhal buat di rumah. 

p/s : kepada blogger yang datang singgah dan komen, 
saya akan balas balik kunjungan anda semua, tetapi bukan pada waktu ini. 
tak termampu saya nak terjah semuanya, kerana saya sekarang mengutamakan kerja hakiki saya. 


lovenota : doakan saya supaya semua kerja saya berjalan dengan lancar. amin.

Read More »

UPSR Bocor: 2 Guru Mengaku Tidak Bersalah



SUBBARAU (kiri) dan P Murugan ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban. 

Dua guru mengaku tidak bersalah miliki kertas soalan UPSR secara tidak sah

SEREMBAN: Dua orang guru Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini kerana memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara tidak sah, September lalu.

Guru SJKT Ladang Batang Benar, Nilai, Subbarau @ Kamalanathan, 34, dan guru SJKT Ladang Lenggeng, P Murugan, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan masing-masing di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Subbarau menghadapi lima pertuduhan memiliki soalan UPSR bagi subjek Matematik 035/1, Matematik 015/1, Bahasa Tamil Pemahaman, Bahasa Tamil Penulisan dan Sains 018. Murugan pula menghadapi satu pertuduhan yang sama bagi subjek Matematik 015/1.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 8 (1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan boleh dihukum mengikut akta sama, memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun atau maksimum tujuh tahun.

Hakim menetapkan Subbarau dikenakan ikat jamin RM3,000 manakala Murugan (RM2,000) dan kes akan disebut semula pada 15 Disember depan.


Entry yang berkaitan dengan kes "UPSR Bocor":





Oh, yang ini final siasatan la kut. sebab dah ada dakwaan kot. 
rupa-rupanya Cikgu Sekolah Tamil. entah la. malas nak komen dah. 


lovenota : semoga peperiksaan SPM berjalan dengan lancar. amin :)

Read More »

Kes Buli Pelajar Asrama Lagi




rupa-rupanya ada dua video buli yang disebarkan di internet. semalam saya dah share satu video dari pelajar singlet hitam yang membelasah 9 pelajar lain. 

Kes Buli Budak Singlet Berwarna Hitam di Asrama Sekolah <

kali ini video kedua dari pelajar yang masih lagi tidak ketahui dari sekolah mana, di mana klip video itu berdurasi 6 minit 51 saat memaparkan seorang remaja lelaki dipukul oleh beberapa remaja lelaki di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.

teruk dah nie. kejadian buli semakin menjadi-jadi. nauzubillah!




Mangsa buli itu dipukul menggunakan tangan dan kaki oleh beberapa sekumpulan lelaki dan dia berkali-kali menangis dan menjerit kesakitan tetapi tidak diendahkan oleh kumpulan pemukul berkenaan.

Dilihat juga kumpulan pemukul ini bersuka ria memukul mangsa buli berkenaan dengan berjoget-joget sambil mendengar lagu.

kurang ajar pembuli tuh!

tunggu la polis dapat cari korang. korang berjoget la kat penjara nanti



Polis siasat lokasi video buli pelajar


Rabu, 5 November 2014 @ 8:14 PM

Polis sedang mengenal pasti lokasi dua video klip aksi buli dipercayai membabitkan pelajar sekolah berasrama yang tersebar di laman sosial baru-baru ini. Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan hari ini berkata, arahan telah dikeluarkan kepada semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri untuk mengesan sekolah serta remaja yang terbabit dalam dua klip video berkenaan.

"Pihak polis merayu kepada orang ramai, pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar terlibat yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu untuk tampil ke hadapan membantu siasatan," katanya.

Baru-baru ini, satu klip video berdurasi empat minit 37 saat dimuat naik di laman sosial memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.


Manakala sebuah lagi klip video berdurasi enam minit 51 saat memaparkan seorang remaja lelaki dipukul oleh beberapa remaja lelaki di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah. 


Rabu, 5 November 2014 @ 10:22 PM

Tunggu tarikh pertuduhan kes buli di Perlis

Kangar:"Kes lama, kita sedang menunggu tarikh pertuduhan ke atas ketujuh-tujuh suspek berkenaan," demikian kata Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengenai penyebaran satu lagi klip video kejadian buli membabitkan seorang pelajar dibelasah tujuh pelajar di sebuah asrama yang didakwa berlaku di sini.

Berdasarkan klip berkenaan, mangsa berpakaian sukan serta baju T berwarna merah dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa pelajar lelaki di dalam bilik asrama di sebuah rumah anak yatim di negeri ini, membabitkan sekumpulan penghuni premis itu yang membuli penghuni junior lain. Abdul Rahman berkata, kes berkenaan sudah dilaporkan kepada polis pada 6 Jun lalu.

"Kita sudah membuat siasatan berkenaan kejadian ini dan sudah menahan tujuh suspek berusia 13 sehingga 15 tahun kerana membelasah seorang penghuni lelaki berusia 11 tahun di situ.

Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, mangsa berusia 11 tahun itu dibelasah suspek berkenaan satu perkara sebelum diketahui pihak pengurusan asrama selepas penyebaran video berkenaan. Katanya, pihak asrama kemudian membuat laporan polis pada 6 Jun bagi tindakan seterusnya.

Menurutnya, kertas siasatan kes sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu pihak pendakwaan bagi membuat pertuduhan ke atas ketujuh-tujuh remaja berkenaan. Abdul Rahman berkata, kes berkenan difahamkan sudah selesai di peringkat pentadbiran dan pengurusan asrama berkenaan.


Khamis, 6 November 2014 @ 1:27 PM

Pembuli di asrama dibuang sekolah

Kangar: Pengarah Pendidikan negeri (JPN) Dun Kasa sahkan dua daripada tujuh pelajar sekolah menengah berusia 14 dan 13 tahun yang membelasah seorang murid tahun lima di sebuah asrama di Jejawi, Kangar seperti dalam klip video disebarkan di Internet sudah dibuang sekolah.

Katanya, beliau hanya mengetahui dan dimaklumkan mengenai dua pelajar itu dibuang sekolah tetapi tidak dimaklumkan mengenai kejadian itu kerana bukan di bawah pengurusan JPN. Kedua-dua mereka juga mempunyai kesalahan disiplin lampau dan tindakan diambil bukan hanya berikutan kejadian buli itu.

Menurutnya, mangsa juga masih belajar di sekolah yang sama dan menginap di asrama berkenaan. Dun berkata, lima pelajar lagi termasuk dua yang dibuang sekolah kerana membelasah mangsa juga perlu menghadiri kaunseling bagi tempoh tertentu.


5 remaja mengaku salah merusuh di asrama anak yatim di Perlis

KHAMIS, 6 NOVEMBER 2014 - 5:44PM 

TERTUDUH kes buli pelajar asrama anak yatim di sini dibawa ke Mahkamah Juvana Kangar, hari ini. 

KANGAR: Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini, petang tadi atas tuduhan merusuh di sebuah asrama anak yatim pada 24 Mei lalu.

Semua tertuduh yang berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun itu dituduh di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Seorang daripada tertuduh yang berusia 15 tahun bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.

Norhayati menetapkan kes dibicarakan semula dan jatuh hukum pada 24 Disember 2014 sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Badius Zaman Ahmad.

Selepas pertuduhan, kelima-lima remaja berkenaan yang tidak diikat jamin dibawa ke lokap untuk ditahan.

Sumber : Harian Metro dan Berita Harian




Inilah wajah adik Noor Azhar bin Saad mangsa buli di asrama anak yatim jejawi Perlis. Yang comel di sebelah beliau adalah adiknya. Semoga adik ini dapat meneruskan kehidupan normal seperti biasa, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat insyallah.

Pertubuhan kebajikan Anak Yatim Perlis,
Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, 
Jejawi Dalam,
02600 Arau, Perlis.
Tel : 04 - 9763455
Fax : 04 - 9763455

Person in Charge: En Ali Ismail

sesiapa yang ingin membuat sumbangan/derma boleh hubungi mengikut nombor yang tertera di atas.  wassalam.


lovenota : saya tak tengok video tu. tak sampai hati!

Read More »

Kes Buli Budak Singlet Berwarna Hitam di Asrama Sekolah


Kes Buli Budak Singlet Berwarna Hitam di Asrama Sekolah


hampeh punya budak!

semua orang dalam dorm tu dibelasahnya!
ganasnya dik! suka tengok wrestling eh..nak join WWE?

apa yang kau tak puas hati nie dik? 
sampaikan semua orang jadi mangsa kau nie.
yang hairannya, cameraman atas katil double-decker nie tak kena pulak. 
oh, mungkin dia sekutu kau kot. 

adik, kat asrama tu boleh la jadi ketua pembuli 
kat luar asrama nie, orang pandang kau tu kecik je dik.
tunggu la sehingga polis jumpa kau dik,
tengok siapa belasah siapa pulak masa tu yer




Klip video selama 4 minit 37 saat itu yang tidak diketahui tarikh rakaman atau lokasi kejadian itu menjadi viral selepas dimuat naik oleh laman Facebook yang menggunakan nama > Amran Fans <. Ia memaparkan nasib sembilan pelajar lelaki yang menjadi mangsa belasahan kira-kira lima pelajar lain dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh dan dirakam seorang lagi rakan mereka.

Malah salah seorang pelajar berpakaian baju dalam hitam terus bertindak agresif dengan membelasah kesemua mangsa berulang kali tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan kesemua mangsa ketakutan dan hanya mampu menangis teresak-esak.

"Kenapa kamu menangis?," kata pelajar samseng itu sebelum bertindak terus memukul seorang daripada mangsa berkenaan.

Klip video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit itu dikongsi lebih 14,200 pengguna sehingga kini yang rata-ratanya marah dan mendesak agar pihak berkuasa menyiasat berhubung kejadian itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

Pengurusan Maktab Mahmud di Padang Terap, Alor Setar, Kedah menafikan kejadian buli yang dimuat naik menerusi satu video di laman sosial Facebook, malam tadi berlaku di sekolah berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap Asisten Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar membuat lawatan di bilik asrama lelaki Maktab Mahmud Padang Terap, hari ini dan turut menafikan kejadian itu berlaku di sekolah berkenaan berdasarkan perbezaan yang terdapat di dalam video terbabit.




semoga pihak polis dapat mencari asrama tersebut terutama cari ketua Buli tu, pelajar yang pakai singlet hitam tuh. geledahlah asrama lelaki di seluruh Malaysia, tak kira Asrama Penuh atau Sekolah Harian. 


[update]video kedua kes buli di asrama:

> Kes Buli Pelajar Asrama Lagi <


Polis nafi video buli di MRSM Balik Pulau


Rabu, 5 November 2014 @ 3:58 PM

Balik Pulau: Polis menafikan video membabitkan sembilan pelajar menjadi mangsa buli dalam sebuah bilik asrama yang tersebar luas dan menjadi viral di Facebook berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, polis sudah menjalankan siasatan terperinci selepas meneliti video berkenaan dan mendapati ia bukan terjadi di MRSM berkenaan.

"Kita sudah melakukan siasatan sejak dua hari lalu dan mendapati video ini bukan membabitkan kes rusuhan pelajar MRSM berkenaan yang berlaku pada 22 Oktober lalu. Selain itu polis juga turut melakukan siasatan di asrama lain di sekolah di daerah ini dan mendapati kes berkenaan bukan berlaku di kawasan Balik Pulau," katanya.

sumber: Harian Metro dan Berita Harian


[update]: sesiapa yang terbaca di blog lain mengenai pendedahan wajah pembuli singlet hitam seperti gambar di bawah adalah palsu. itu adalah tidak benar.


Si Amran Fans nie saje je melawak. 
buat prank pada si kaki update yang kejar traffic *erkk*




tapi betul kata Arman Fans tu, tunggu info yang sahih dari media baru la sebarkan pada orang lain. ini tak, jumpa cerita pelik-pelik sikit update tanpa ada kesahihan berita. kononnya nak jadi orang pertama yang update cerita kat media. last-last, kalau salah malu sendiri. jangan gelojoh update benda yang kita tak pasti lagi ye.
peringatan untuk semua blogger di luar sana. :D


fikir-fikirkanlah :D


Khamis, 6 November 2014 @ 3:07 PM

Buru pembuli `singlet hitam’ sampai dapat

Kuala Lumpur: Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan sumber pertama yang menyebarkan klip video berdurasi 4 minit 37 saat yang memaparkan sekumpulan pelajar diketuai remaja bersinglet hitam memukul pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama bagi membolehkan pihak polis mengetahui lokasi kejadian dan mengenal pasti mangsa dan suspek yang terbabit dalam insiden itu.

"Kami mohon kerjasama mangsa yang dibuli supaya tampil kerana ia akan membantu siasatan pihak polis," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini lokasi sekolah berasrama itu masih belum dikenal pasti namun sudah mengarahkan setiap ketua polis negeri dan pesuruhjaya polis negeri mengenal pasti lokasi kejadian.

Sehingga kini, polis tidak menerima sebarang laporan polis membabitkan penyebaran video berkenaan selepas ia mula menjadi virai di laman sosial.

Pembuli ‘singlet hitam’ dikenal pasti

Khamis, 6 November 2014 @ 7:09 PM

Kuala Lumpur: Polis sudah kenal pasti insiden buli diketuai seorang pelajar memakai singlet hitam yang viral di Facebook berlaku di Pontian, empat tahun lalu. Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada 2010.

"Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama sudah dibuang sekolah pada Ogos 2011 ekoran pelbagai masalah disiplin. Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti, bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak turut mengesahkan tiada sebarang aduan dibuat berhubung insiden terbabit," katanya.

Menurutnya, pihak sekolah mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.


say NO to bullies!


lovenota : asrama sekolah saya tak guna katil jenis nie. hoho XD

Read More »

Tuesday, November 04, 2014

Pelajar marathon yang hilang ditemui Mati

Ahmad Rafikin Azman

Ahmad Rafikin Azman, Pelajar lelaki SM Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu yang menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu hilang pada Ahad lepas sudah ditemui tetapi sudah meninggal dunia. Innalillah. 

Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu


Memang dah boleh sangka keputusannya. kalau pihak bomba dah cari di seluruh ceruk hutan tetapi masih tak jumpa, memang kita boleh dapat berita yang buruk. sebab saya target, kalau tak ada di hutan, mesti akan ada di celah-celah sungai atau batu. dan betul tekaan saya. huhu.


Pelajar hilang ketika sertai maraton di Sekayu ditemui mati


  

SELASA, 4 NOVEMBER 2014 @ 7:13 PM



ANGGOTA pasukan keselamatan turut serta membantu mencari Ahmad Rafikin Azman di sekitar anak sungai di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu.

KUALA TERENGGANU: Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.

Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, di dalam sungai kira-kira 2.4 kilometer dari trek kejohanan maraton itu selepas tiga hari operasi dijalankan.

Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat. Beliau berkata, operasi membawa turun mangsa ke pintu masuk hutan lipur mengambil masa lebih dua jam berikutan hujan lebat dan trek hutan yang licin.

Pelajar hilang di Hutan Lipur Sekayu mati akibat lemas


RABU, 5 NOVEMBER 2014 @ 6:10 PM

KUALA TERENGGANU: Laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, menunjukkan kematian akibat lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir, berkata menerusi bedah siasat di Hospital Hulu Terengganu, pihaknya tidak menolak mangsa telah meninggal sekitar 72 jam (3 hari) sebelum mayatnya ditemui di celah batu oleh anggota penyelamat petang semalam.

"Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa," katanya.


sumber: Harian Metro dan Berita Harian


Ada sumber di blog yang mengatakan mayat arwah dijumpai dalam keadaan duduk di celah batu, tetapi tidak disebarkan di media. iye ke? macam tak je..ishkk


dan ada juga cerita di blog yang mengatakan seorang ustaz membuka pintu ghaib di kawasan tersebut. entah la, saya pun tidak pasti kesahihan cerita tersebut.

dan yang terbaru, saya menjumpai gambar lokasi sebenar arwah Ahmad Rafikin Azman ditemui. itu pun tak pasti jugak sebenarnya. dalam berita pun tak diwar-warkan. 



lovenota : Ajal maut di tangan Allah swt


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®