Ajal rempuh treler
Nilai: Seorang wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser dipandu merempuh treler di Kilometer 287.4 PLUS arah selatan, berhampiran susur Nilai, semalam.
Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa, Hayati Mohamad Sahari, 44, bersama seorang ahli keluarganya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seremban.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 8 malam dan siasatan di lokasi mendapati kenderaan dipandu mangsa merempuh belakang treler membawa muatan sayur menyebabkan kenderaannya berpusing beberapa kali sebelum terbalik. Treler berkenaan turut terbabas lalu merempuh pembahagi jalan dan terbalik di laluan bertentangan.
Menurutnya, pemandu Unser meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpangnya parah dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk dirawat.
****
Takziah pada keluarga mangsa. Semalam memang jalan jem teruk sangat. Berhati-hati membawa kenderaan terutama sekarang musim hujan setiap petang. Saya dapat beberapa keping gambar dari tempat kejadian untuk dikongsi bersama.
Gambar kemalangan di Lebuhraya PLUS Nilai, Seremban.
Gambar kemalangan di Lebuhraya PLUS Nilai, Seremban.
Oh ya, berita kemalangan malam tadi yang melibatkan 30 penunggang motosikal maut di Port Dickson adalah palsu.
Berita palsu itu menjadi ‘viral’ di aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook kononnya berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal yang berkonvoi ke Port Dickson hingga menyebabkan 30 penunggang motosikal maut, 80 parah dan 60 cedera ringan.
Jangan percaya ye.