Friday, June 17, 2016

Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2016 Bangunan / Binaan Bersejarah


Contoh Jawapan Penuh Lengkap Tugasan / Folio / Kerja Kursus Sejarah PT3 2016


*LIHAT TUGASAN 2016Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2016 Pengangkutan

Tajuk : Bangunan / Binaan Bersejarah
"Anda dikehendaki membuat kajian tentang bangunan/ binaan bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan"
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek utama berikut: 

(a) Tajuk kajian : *tajuk terpulang pada anda mengikut kreativiti sendiri*
     contoh : Bangunan Bersejarah - Kota A' Famosa

(b) Nama penulis - *Nama anda*

(c) Isi kandungan:

1) Pengenalan - Latar belakang bangunan / binaan 
2) Menerangkan struktur bangunan / binaan 
3) Menghuraikan sebab bangunan / binaan tersebut dibina
4) Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini
5) Mencadangkan langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan / binaan

(d) Rumusan - pengetahuan, iktibar, nilai dan harapan yang releven
  
(e) Sumber rujukan - Menyenaraikan jenis sumber: buku / internet / akhbar / majalah

Tarikh kerja kursus bermula: 19 Jun 2016 (Ahad)
Tarikh kerja kursus dihantar: 1 Julai 2016 (Jumaat)

PERANCANGAN KERJA 


Perancangan (10 Markah) ialah aktiviti menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan keseuruhan kandungan hasil penulisan. ia meliputi aspek berikut:
  • jadual kerja / senarai semak
  • objektif kajian
  • menetapkan kaedah kajian
  • menetapkan tajuk
  • menyediakan kerangka kasar penulisan
  • menyatakan sumber

Contoh:
JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK
Bil
Tarikh
Perkara
Catatan
1
20 Jun 2016
Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah berkaitan penulisan tugasan

2
21 Jun 2016
Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan tajuk yang diberi sebagai persediaan awal

3

Mengenalpasti cara penulisan tugasan

4

Menentukan tajuk penulisan

5

Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, majalah, akhbar, makalah, jurnal untuk mendapatkan bahan penulisan

6

Menulis kerangka kasar penulisan

7

Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru dengan lebih teliti dan kemas

8

Menulis Pengenalan Bangunan Bersejarah

9

Menulis penerangan mengenai struktur bangunan / binaan

10

Menulis sebab bangunan / binaan tersebut dibina

11

Menulis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini

12

Menulis langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan / binaan

13

Rumusan pengetahuan nilai / unsur dan harapan

14
1 Julai 2016
Mengemaskini tugasan. Semak dan hantar tugasan


ISI KANDUNGAN
Ianya tidak wajib. nak tulis boleh, tak nak tulis pun takpe. 
*mengandungi penghargaan, objektif kajian, kaedah kajian, hasil kajian, rumusan, lampiran, rujukan*




OBJEKTIF KAJIAN

*contoh*
Kerja khusus ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa objektif :-
1. Melalui kajian yang dijalankan saya mendapat kemahiran mencari dan mengumpul fakta sejarah berkaitan dengan sejarah Negara kita sepeti Muzium Negara.
2.Saya dapat menerangkan dengan nama lain bagi bangunan yang dikaji.
3.Saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci dengan latar belakang bangunan 
4.Saya dapat menghuraikan keistimewaan bangunan yang saya kaji.
5.Dapat melahirkan perasaan bangga terhadap terhadap bangunan bersejarah yang terdapat di Negara kita. Seterusnya menanam perasaan menghargai dan memelihara bangunan tersebut.
6.Melalui kajian kerja khusus ini juga saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganilisis maklumat berkaitan bangunan bersejarah

KAEDAH KAJIAN

Sebanyak 4 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik, iaitu: 

(a) Kaedah analisis dokumen/buku/akhbar

Saya juga turut merujuk dokumen/buku/akhbar dari ............ untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

(b) Kaedah penyelidikan Pusat Sumber Sekolah / Perpustakaan Desa/Daerah/Negeri
Saya juga turut mengunjungi Pusat Sumber Sekolah untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya. *Nyatakan jika anda juga melawat Perpustakaan luar dari sekolah, contohnya : Perpustakaan Negara*

(c) Muat turun sumber dari internet
Saya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

(d) Bimbingan Guru

Saya telah mendapat bimbingan guru Sejarah, iaitu Encik/Puan/Cik ………………………….

*Contoh skrip kaedah temu ramah ada di bawah. sila scroll ye*

PROSES AWAL

Proses awal (20 markah) ialah proses di mana anda mencari maklumat mengenai bangunan / binaan bersejarah yang anda pilih dari pelbagai sumber. Cari beberapa bahan/sumber seperti buku, jurnal, majalah, surat khabar, broshur, pamplet ataupun bahan dari internet untuk dibawa ke sekolah dan tunjukkan pada guru anda. maklumat anda mestilah sangat tepat dan lengkap serta sangat sesuai dengan tugasan.


KERANGKA AWAL / KASAR PENULISAN

Kerangka awal / kasar dibina sebagai draf kepada tugasan anda. anda perlu menghuraikan serba sedikit secara ringkas isi yang anda akan huraikan di dalam tugasan penuh. 

Contoh:

Bil
Perkara
Huraian
1
Pengenalan
Huraikan latar belakang bangunan / binaan yang dipilih:
Lokasi: ..................................
Tahun dibina: ........................
Sejarah dibina: ......................
Kos pembinaan: ....................             (tulis sumber isi)
2
Struktur
bangunan /
binaan
Huraikan struktur bangunan / binaan:
Struktur 1: ..................................        (sumber isi dari mana)
Struktur 2: ..................................        (sumber isi dari mana)
Struktur 3: ..................................        (sumber isi dari mana)
Struktur 4: ..................................        (sumber isi dari mana)
3
Sebab
bangunan /
Binaan
Tersebut
dibina
Huraikan sebab mengapa dibina:
Sebab 1: .....................................         (sumber isi dari mana)
Sebab 2: .....................................         (sumber isi dari mana)
Sebab 3: .....................................         (sumber isi dari mana)
Sebab 4: .....................................         (sumber isi dari mana)
4
Fungsi dan
Keadaan
Bangunan
pada masa
kini
Huraikan fungsi dan keadaan bangunan pada zaman dahulu
Fungsi 1: .....................................        (sumber isi dari mana)
Fungsi 2: .....................................        (sumber isi dari mana)

Huraikan fungsi dan keadaan bangunan pada zaman kini
Fungsi 1: .....................................        (sumber isi dari mana)
Fungsi 2: .....................................        (sumber isi dari mana)
5
Langkah
Untuk
Memelihara
Dan
Memulihara
bangunan /
binaan
Isi 1: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................

Isi 2: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................

Isi 3: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................

Isi 4: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................
6
Rumusan
Pengetahuan: melalui kajian ini saya mendapati banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan bangunan / binaan bersejarah ini dijaga dan dipelihara. Selain itu, ......

Nilai: Saya sedar bahawa usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan / binaan bersejarah bukanlah sesuatu usaha yang mudah dan perlu dipertahankan...

Harapan: Saya berharap supaya bangunan / binaan bersejarah dapat dijaga dan dikekalkan bagi memastikan khazanah negara...
7
Sumber
Mesti lengkap menurut turutan di atas



PENGENALAN

Pengenalan (5 markah) ialah aktiviti menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan kandungan hasil penulisan. 


Contoh:

Jabatan Warisan Negara (2009) mendefinisikan bangunan bersejarah sebagai suatu bangunan atau kumpulan bangunan yang berasingan atau bersambungan yang disebabkan seni binanya, kehomegenannya atau tempatnya dalam lanskap, mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains. 

Sementara itu, Fielden (2000) pula mendefinisikan bangunan bersejarah sebagai sesebuah bangunan yang dapat memberikan kita perasaan kagum dan menjadikan kita ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bangsa dan budaya yang menghasilkannya. Beliau turut menambah bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu telah bertahan sehingga 100 tahun usia penggunaannya, sewajarnya ia patut digelar bangunan bersejarah. Dalam erti kata yang lain, sesebuah bangunan itu bolehlah digelar sebagai bangunan bersejarah sekiranya ia mempunyai nilai seperti seni bina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial, politik, rohani dan simbolik.

Sumber: [link]

By the way, sudah banyak contoh yang ada di dalam internet, cuma kesahihan itu tak dapat saya janjikan. disarankan anda mencari sumber yang sah, bukannya copy paste dari blog-blog yang lain supaya markah tugasan anda tidak ditolak. jika anda hendakkan sumber yang sahih dan tepat, cari maklumat ini di buku-buku sejarah di Perpustakaan. 

LATAR BELAKANG

Di dalam tugasan ini, anda boleh jelaskan dan huraikan isi-isi berikut:

  • sejarah dan latar belakang mengenai bangunan / binaan dengan memberi gambaran keseluruhan kandungan penulisan / kajian
  • tahun dibina dan lokasi di mana bangunan tersebut
Terdapat pelbagai bangunan / binaan bersejarah di Malaysia. Anda boleh memilih satu bangunan bersejarah di negeri anda sendiri seperti di bawah. Contoh bangunan / binaan bersejarah popular di Malaysia:

1. JohorMajlis Bandaraya Johor Bahru, Masjid Sultan Abu Bakar, bangunan Sultan Ibrahim, Kota Batu Johor Lama, Galeri Dato' Onn, MUzium Sultan Abu Bakar, SMK Tinggi Muar, Hospital Sultanah Aminah, Balai Polis Bukit Kepong

2. KedahMasjid Zahir, Lembah Bujang, Maktab Mahmud, Jambatan Merdeka, Muzium Diraja Kedah, Balai Besar Alor Setar,   

3. Kelantan: Pintu Kota Istana Balai Besar, Istana Jahar, Kubu Pantai Sabak, Jambatan Gantung Sultan Ismail Nal, Muzium Perang, Muzium Islam, Wat Phothivihan, Jambatan Guillemard, Masjid Kampung Laut, Masjid Muhammadi, Muzium Diraja Istana Batu, 

4. Kuala LumpurMuzium Negara, Stadium Merdeka, Stesen Keretapi, Bangunan Parlimen Malaysia, Victorian Institution, Perpustakaan Negara Malaysia, Carcosa Seri Negara, Tugu Negara, Istana Budaya, Convent Bukit Nanas, Muzium Diraja Kuala Lumpur, 

5. Labuan: Kompleks Bersejarah Chimney, Terowong Tanjung Kubong, Tugu Penyerahan Jepun, Tugu Peringatan Perang Dunia Ke II

6. Melaka: Kota A-Famosa, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Replika Istana Kesultanan Melaka, Bangunan Stadthyus, Perigi Hang Tuah, Gereja St Paul, Bangunan Lama Hong Kong dan Shanghai Bank, Masjid Tengkera, Muzium Islam Melaka, Rumah Api Tanjung Tuan

7. Negeri SembilanIstana Lama Seri Menanti, Masjid Negeri, Masjid Kuala Dulang, Teratak Za'aba, Tugu Peringatan Sungai Kelamah, Muzium Kota Lukut, Tugu Peringatan Kuala Klawang, SMK King George V, Muzium Tentera Darat, Istana Ampang Tinggi, 

8. Pahang Muzium Diraja Pekan, Pejabat Kerajaan Kuala Lipis, Muzium Sultan Abu Bakar, Jambatan Gantung Sungai Lembing

9. PerakIstana Iskandariah, Istana Kenangan Kuala Kangsar, Kota Belanda, Kota Long Jaafar, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Maktab Melayu Kuala Kangsar, Maktab Perguruan Sultan Idris, Muzium Negeri Perak, Istana Kelli (Kelli's Castle), Masjid Ihsaniah Iskandariah, Penjara Kinta, Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh, Convent Taiping, Menara Jam Condong Teluk Intan, Galeri Sultan Azlan Shah, Menara Pavillion, Jambatan Victoria,  

10. Perlis: Kota Indera Kayangan, Majlis Perbandaran Kangar, Masjid Lama Arau, Ruah Tetamu Kangar, Stesen Keretapi Padang Besar, Jabatan Imigresen Malaysia, Muzium Kota Kayang,

11. Pulau Pinang: Kota Cornwallis, Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang, Penang Free School, Rumah Kelahiran P.Ramlee, Muzium Perang, Muzium Negeri, Gereja St Anne, Masjid Kling, Gereja St.George, Menara Jam Victoria, Bukit Melawati, 

12. Sabah: Rumah Agnes Keith, Masjid Jamek, Muzium Warisan, Tokong Sam Sing Kung, Sekolah St Michael and Gereja All Angels, Muzium Agop Batu Tulug, Menara Jam Atkinson, SMK Tambunan, 

13. Sarawak: Kubu Margherita, Muzium Sarawak, Muzium Etnologi (Bangunan Lama)

14. SelangorBangunan Abdul Samad, Bukit Malawati, Istana Bandar / Alaeddin, Kuala Kubu Baru, Gedung Raja Abdullah, Kota Raja Mahadi, Selangor Chinese Association Hall, High School Kajang, Balai Bomba Kota Raja Klang, Jambatan Kota, Penjara Kajang, Madrasah Muhammadiyah Sabak Bernam, Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Muzium Petaling Jaya, Istana Alam Shah, Muzium Sultan Alam Shah, SMK Tuanku Abdul Rahman Arang Batu, 

15. Terengganu: Istana Maziah, Bangunan PSMCT, Masjid Ulul Albab Jerteh, Batu Bersurat Padang Tara, Istana Maziah, 

Contoh huraian lain: [link 1]


STRUKTUR BANGUNAN / BINAAN

Dalam tugasan struktur bangunan / binaan (15 markah), anda harus menerangkan struktur bangunan bersejarah yang anda pilih dengan tepat dan sangat lengkap. Anda harus menerangkan:
  • reka bentuk, bentuk atau pelan bangunan bersejarah yang anda pilih. boleh masukkan pelan bangunan jika ada, huraikan reka bentuk bangunan tersebut
  • pengaruh seni bina / unsur-unsur dalam islam @ india @ cina @ inggeris - contohnya menggunakan ukiran-ukiran kayu yang berunsurkan kaligrafi cina di dinding-dinding masjid, bumbung seperti tokong cina, etc 
  • bahan binaan yang digunakan - contohnya jenis kayu yang digunakan
  • cara membina bangunan tersebut - contohnya menggunakan khidmat rakyat tempatan / buruh binaan yang diimport dari India / 
Anda harus menggunakan sumber yang asal dan sahih sahaja, tidak boleh gunakan isi atau sumber daripada blog-blog lain kerana ia tidak akan diterima oleh guru anda.    

Contoh huraian: [link 1]

SEBAB BANGUNAN / BINAAN DIBINA

Anda harus menerangkan (15 markah) sebab mengapa bangunan bersejarah yang anda pilih tersebut dibina pada zaman tersebut mengikut kepentingan dan fungsinya. kemungkinan setiap bangunan mempunyai alasan yang berlainan mengapa bangunan tersebut dibina. huraikan fungsi bangunan pada masa dahulu dan pada masa kini. seperti contoh, 
Pada masa dahulu, bangunan kota A' Famosa dibina sebagai kubu pertahanan. pada masa kini, ia digunakan sebagai tarikan pelancongan.
Anda harus menggunakan sumber yang asal dan sahih sahaja, tidak boleh gunakan isi atau sumber daripada blog-blog lain kerana ia tidak akan diterima oleh guru anda.  

lihat juga:

  • sebab muzium dibina -> [link]  


FUNGSI DAN KEADAAN BANGUNAN PADA MASA KINI

Anda harus menghuraikan dan menerangkan (15 markah) fungsi dan keadaan bangunan bersejarah yang anda pilih tersebut pada zaman kini sama ada dikekalkan ataupun telah diubahsuai menjadi pusat pentadbiran negeri, pejabat, sekolah atau muzium. adakah bangunan / binaan tersebut kekal teguh sehingga kini, adakah bangunan tersebut terpelihara keaslian bentuknya seperti ia pertama dibina ataupun telah diubahsuai disebabkan sebab-sebab tertentu. Sekiranya bangunan / binaan tersebut dipulihara (dibaikpulih) semula, apakah faktor yang menyebabkan pengubahsuaian pada bangunan / binaan tersebut. Siapakah pihak atau agensi manakah yang bertanggungjawab dalam memelihara tinggalan bangunaan / binaan tersebut. 

Anda harus menggunakan sumber yang asal dan sahih sahaja, tidak boleh gunakan isi atau sumber daripada blog-blog lain kerana ia tidak akan diterima oleh guru anda. 

Contoh penulisan pelbagai jenis bangunan di Malaysia:

1. Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur -> [link 1], [link 2]

Contoh sumber yang TEPAT DAN SAHIH yang saya dapati dari Repositori Digital Muzium Negara, Portal Rasmi Arkib Negara:


JOHOR
 Tempat Bersejarah dan Menarik di Johor 
  • fakta sejarah -> [link]
  • sumber monograf -> [link]
  • sumber jurnal dan majalah -> [link]
  • sumber internet -> [link]
  • sumber elektronik -> [link]
✿ Majlis Bandaraya Johor Bahru
  • fakta sejarah -> [link]
  • sumber monograf, jurnal dan majalah -> [link]
  • sumber internet -> [link]
  • sumber elektronik -> [link]
✿ Masjid Sultan Abu Bakar
✿ Bangunan Sultan Ibrahim
✿ Kota Batu, Johor Lama
  • sumber internet -> [link]
✿ Galeri Dato' Onn
  • sumber internet -> [link], [link]
  • sumber surat khabar -> [link]
  • contoh kerja kursus -> [link]
✿ Muzium Sultan Abu Bakar
  • contoh kerja kursus -> [link]
✿ SMK Tinggi Muar (Muar High School)
✿ Hospital Sultanah Aminah 
✿ Balai Polis Bukit Kepong (Muzium Bukit Kepong)
✿ Penjara Johor Bahru

KEDAH
 Tempat Bersejarah dan Menarik di Kedah
  • fakta sejarah -> [link]
  • sumber monograf -> [link]
  • sumber jurnal dan majalah -> [link]
  • sumber internet -> [link]
  • sumber elektronik -> [link]
✿ Masjid Zahir
✿ Lembah Bujang
✿ Maktab Mahmud, Alor Setar
  • sumber internet -> [link]
 Jambatan Merdeka, Kedah-Penang
  • sumber surat khabar -> [link]
✿ Muzium Diraja Kedah
✿ Balai Besar, Alor Setar
✿ SMK Sultan Badlishah

KELANTAN
✿ Pintu Kota, Istana Balai Besar, Kota Bharu
  • sumber internet -> [link]
 Istana Jahar, Kota Bharu
 Kubu Pantai Sabak
  • sumber internet -> [link]
✿ Jambatan Gantung Sultan Ismail Sungai Nal
  • sumber internet -> [link], [link]
  • sumber surat khabar -> [link]
✿ Muzium Perang (Bank Kerapu)
✿ Muzium Islam
  • sumber jurnal -> [link]
✿ Wat Phothivihan
  • sumber internet -> [link]
  • sumber elektronik -> [link]
✿ Jambatan Guillemard @ Jambatan Kursial
✿ Masjid Kampung Laut, Nilam Puri
✿ Masjid Muhammadi Kota Bharu
✿ Muzium Diraja Istana Batu

KUALA LUMPUR
 Muzium Negara
 Stadium Merdeka
  • fakta sejarah -> [link]
 Stesen Keretapi Kuala Lumpur
 Bangunan Parlimen Malaysia
  • sumber surat khabar -> [link]
 Victoria Institution Kuala Lumpur
  • fakta sejarah -> [link]
  • sumber internet -> [link]
 Perpustakaan Negara Malaysia
 Carcosa Seri Negara
  • fakta sejarah -> [link]
✿ Tugu Negara
✿ Istana Budaya
  • sumber internet -> [link]
✿ Convent of Holy Infant Jesus (Convent Bukit Nanas)
  • sumber internet -> [link]
✿ Muzium Diraja Kuala Lumpur (Istana Negara Lama)
✿ Cathederal Saint Mary
 Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
  • sumber internet -> [link], [link]
  • sumber surat khabar -> [link]

LABUAN
✿ Kompleks Bersejarah Chimney
✿ Terowong Tanjung Kubong
  • sumber internet -> [link], 
  • sumber surat khabar -> [link]
  • sumber elektronik -> [link]
✿ Tugu Penyerahan Jepun
  • sumber internet -> [link]
✿ Tugu Peringatan Perang Dunia Ke II

MELAKA
 Bangunan Kota A' Famosa
  • fakta sejarah -> [link]
  • sumber monograf -> [link]
  • sumber jurnal dan majalah -> [link]
  • sumber internet -> [link], [link]
✿ Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
  • fakta sejarah -> [link]
  • sumber monograf -> [link]
  • sumber jurnal dan majalah -> [link]
  • sumber internet -> [link]
✿ Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
  • sumber internet -> [link], [link]
  • sumber surat khabar -> [link]
  • sumber elektronik -> [link]
✿ Replika Istana Kesultanan Melaka
  • sumber internet -> [link]
✿ Bangunan Stadthuys
✿ Perigi Hang Tuah
  • sumber internet -> [link]
  • sumber elektronik -> [link]
✿ Gereja St Paul
✿ Bangunan Lama Hongkong and Shanghai Bank (HSBC)
  • sumber internet -> [link],
✿ Masjid Tengkera
  • sumber internet -> [link],
✿ Muzium Islam Melaka
  • sumber internet -> [link]
✿ Muzium Pertanian Jasin
  • sumber internet -> [link], [link]
  • sumber surat khabar -> [link],
✿ Rumah Api Tanjung Tuan 
- terletak di Melaka tetapi ada di kawasan Telok Kemang, Port Dickson


NEGERI SEMBILAN
✿ Istana Lama Seri Menanti
✿ Masjid Negeri
✿ Masjid Kuala Dulang
  • sumber internet -> [link]
✿ Teratak Zaaba
  • sumber internet -> [link], [link]
  • sumber elektronik -> [link]
✿ Tugu Peringatan Sungai Kelamah, Gemencheh
✿ Muzium dan Kota Lukut
  • sumber internet -> [link]
  • sumber elektronik -> [link], [link]
✿ Tugu Peringatan Kuala Klawang
  • sumber internet -> [link]
✿ SMK King George V
✿ Muzium Tentera Darat 
  • sumber internet -> [link], [link]
  • sumber surat khabar -> [link]

PAHANG
 Muzium Diraja Pekan
  • sumber internet -> [link]
✿ Pejabat Kerajaan Kuala Lipis
  • sumber internet -> [link]
✿ Bangunan Muzium Sultan Abu Bakar
✿ Jambatan Gantung Sungai Lembing
✿ Masjid Sultan Ahmad Shah


PERAK
✿ Istana Iskandariah Kuala Kangsar
  • sumber surat khabar -> [link]
  • sumber internet -> [link]
 Istana Kenangan Kuala Kangsar
✿ Kota Belanda, Pulau Pangkor
  • sumber internet -> [link]
  • sumber elektronik -> [link]
✿ Kota Long Jaafar, Bukit Gantang
  • sumber internet -> [link]
✿ Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar
✿ Maktab Melayu Kuala Kangsar
  • sumber internet -> [link]
✿ Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
  • sumber internet -> [link]
✿ Muzium Negeri Perak
✿ Istana Kellie (Kellie's Castle)
✿ Masjid Ihsaniah Iskandariah
  • sumber internet -> [link]
✿ Penjara Kinta
  • sumber internet -> [link]
✿ Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
  • sumber internet -> [link]
✿ Convent Taiping
  • sumber internet -> [link],
✿ Menara Jam Condong Teluk Intan
✿ Galeri Sultan Azlan Shah
✿ Menara Pavillion
  • sumber internet -> [link]
✿ Jambatan Victoria

PERLIS
 Kota Indera Kayangan
  • sumber jurnal -> [link], [link]
  • sumber elektronik -> [link]
✿ Majlis Perbandaran Kangar
  • sumber jurnal -> [link]
 Masjid Lama Arau
  • sumber jurnal -> [link]
 Rumah Tetamu Kangar
  • sumber jurnal -> [link]
✿ Stesen Keretapi Padang Besar
  • sumber jurnal -> [link]
✿ Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis / Pos Imigresen Wang Kelian


PULAU PINANG
✿ Kota Cornwallis
✿ Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang
✿ Penang Free School
✿ Rumah Kelahiran P.Ramlee
✿ Muzium Perang Pulau Pinang
✿ Muzium Negeri Pulau Pinang
  • sumber internet -> [link]
✿ Gereja St Anne, Bukit Mertajam
✿ Gereja St George, Anglican


SABAH
✿ Rumah Agnes Keith
✿ Masjid Jamek
  • sumber jurnal -> [link]
✿ Muzium Warisan Sandakan
✿ Tokong Sam Sing Kung
  • sumber jurnal -> [link]
✿ Sekolah St Michael and Gereja All Angels
  • sumber jurnal -> [link]
✿ Muzium Agop Batu Tulug, Kinabatangan
✿ Menara Jam Atkinson (Atkinson Clock Tower)
✿ SMK Tambunan

SARAWAK

 Bangunan bersejarah di Sarawak 
  • sumber monograf -> [link]
  • sumber jurnal dan majalah -> [link]
  • sumber internet -> [link]
  • sumber elektronik -> [link]
 Kubu Margherita
  • fakta sejarah -> [link]
  • sumber internet -> [link]
  • sumber surat khabar -> [link]
✿ Muzium Sarawak
✿ Muzium Etnologi (Bangunan Lama)
  • sumber internet -> [link]

SELANGOR
 Tempat Bersejarah dan Menarik di Selangor 
  • fakta sejarah -> [link]
  • sumber monograf -> [link], [link]
  • sumber jurnal dan majalah -> [link], [link]
  • sumber internet -> [link]
  • sumber elektronik -> [link]
 Bangunan Sultan Abdul Samad
  • fakta sejarah -> [link]
  • sumber monograf -> [link]
  • sumber jurnal dan majalah -> [link]
  • sumber internet -> [link], [link], [link], [link]
  • sumber elektronik -> [link]
  • sumber surat khabar -> [link]
  • contoh kerja kursus -> [link]
 Bukit Melawati
✿ Istana Bandar Jugra, Kuala Langat
✿ Kuala Kubu Bharu
✿ Gedung Raja Abdullah, Klang
✿ Kota Raja Mahadi
  • sumber internet -> [link]
  • sumber buku -> [link]
✿ Selangor Chinese Association Hall
  • sumber internet -> [link]
✿ High School Kajang (SMK Tinggi Kajang)
✿ Balai Bomba Kota Raja Klang
  • sumber internet -> [link]
✿ Jambatan Kota
  • sumber internet -> [link]
✿ Penjara Kajang
  • sumber internet -> [link], 
✿ Madrasah Muhammadiyah Sabak Bernam
 Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah
✿ Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
  • sumber internet -> [link], [link]
  • sumber elektronik -> [link]
✿ Muzium Petaling Jaya
✿ Istana Alam Shah
  • sumber internet -> [link], [link]
  • sumber surat khabar -> [link]
✿ Muzium Sultan Alam Shah
✿ SMK Tuanku Abdul Rahman, Arang Batu
 Muzium Orang Asli Gombak
✿ Rumah Api Kuala Selangor
  • sumber internet -> [link]
  • sumber surat khabar -> [link], [link]
  • sumber elektronik -> [link]
✿ SMK Methodist (ACS) Klang
✿ Masjid Diraja Sultan Suleiman
✿ Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
 Klang High School (SMK Tinggi Klang)

TERENGGANU
✿ Istana Maziah
  • sumber internet -> [link]
✿ Bangunan PSMCT
  • sumber internet -> [link]
✿ Masjid Ulul Albab, Jerteh
  • sumber internet -> [link], [link]
  • sumber surat khabar -> [link]
✿ Muzium Negeri
✿ Masjid Tok Ku Tuan Besar

PERINGATAN:
Diingatkan bahawa pemilihan bangunan / binaan bersejarah mesti ada kaitan dengan sejarah zaman dahulu. contohnya, jika pada zaman dahulu bangunan tersebut adalah sekolah serta digunakan sehingga kini dan tidak mempunyai nilai sejarah, bangunan / binaan tersebut tidak boleh dipilih sebagai tugasan anda.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHARA BANGUNAN / BINAAN BERSEJARAH

Untuk menyiapkan langkah-langkah untuk memeliharan dan memulihara bangunan / binaan bersejarah (10 markah), tidak perlu sumber-sumber asal artikel mengenai topik ini kerana langkah-langkah ini merupakan idea dan buah fikiran anda sendiri. Ini adalah tugasan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Anda boleh menghuraikan beberapa isi-isi berikut:
  • dijadikan destinasi / daya tarikan pelancongan
  • menjadikan bangunan bersejarah sebagai mahkamah, sekolah, pejabat atau pusat pentadbiran sesebuah organisasi
  • ditukar menjadi rumah kebajikan
  • dijadikan pusat beli-belah atau perniagaan
  • dijadikan muzium atau galeri
  • penglibatan agensi luar untuk memulihara bangunan lama
  • sebagai penyelidikan universiti
  • menjalankan ceramah, lawatan, kempen,
Contoh:
Bangunan bersejarah merupakan bangunan masa silam yang sangat berharga dan unik. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengekalkan bangunan dan monumen tersebut. Bangunan bersejarah ini perlu dipulihara supaya tidak mengalami kemusnahan. Oleh itu, pelbagai usaha perlu diambil untuk memulihara bangunan bersejarah ini. 
Kerajaan boleh menjadikan bangunan bersejarah sebagai mahkamah, pejabat atau pusat pentadbiran sesebuah organisasi. Melalui langkah ini, bangunan bersejarah dapat berfungsi dan tidak terbiar usang begitu sahaja. Secara tidak langsung, usaha ini dapat mengekalkan struktur bangunan bersejarah agar tidak dirobohkan. Bangunan bersejarah juga wajar dijadikan lokasi bagi upacara-upacara tertentu. Selain itu, bangunan bersejarah juga boleh diubah suai menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Pada masa yang sama, seni bina bangunan dapat dijadikan bahan tontonan generasi masyarakat sekarang.
Kementerian Pelancongan harus memasukkannya dalam pakej pelancongan-dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan. Kawasan bangunan bersejarah perlu dijadikan sebagai destinasi pelancongan sebagai usaha memulihara bangunan bersejarah. Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di negara kita, kerajaan juga turut bertindak untuk memperkenalkan bangunan warisan tersebut kepada pelancong asing dari seluruh dunia berkunjung ke Malaysia. Usaha ini didepani oleh Kementerian Pelancongan dan juga Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang sentiasa merintis jalan bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Melalui usaha ini, bangunan-bangunan bersejarah dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan. Langkah memperkenalkan bangunan bersejarah mampu merealisasikan hasrat kita bagi mengekalkan bangunan bersejarah tersebut agar terus kekal di persada dunia. Pada masa yang sama, pemeliharaan bangunan bersejarah ini dapat mengekalkan fakta-fakta yang lebih jelas tentang budaya masyarakat kita yang hidup dan berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik. 
Antara salah satu elemen penting yang mendasari usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita adalah keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan seperti Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya sebagai contohnya usaha yang perlu dilakukan adalah seperti sentiasa memantau perkembangan usaha-usaha pengekalan bangunan-bangunan bersejarah di seluruh negara. Hal ini adalah bagi tujuan memastikan agar semua bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan sentiasa terpelihara dan selamat dikunjungi. Tidak cukup dengan usaha tersebut, beberapa buah universiti di tanah air kita sering kali menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yang diharapkan oleh masyarakat Malaysia. Usaha ini turut ditanamkan di dalam jiwa kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah mahupun Kementerian Pengajian Malaysia di mana mereka turut boleh menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan bersejarah di negara kita. Penyelidikan yang berterusan ini mampu menanamkan sikap cinta akan warisan budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotisma dalam jiwa remaja kita pada hari ini. 
Kementerian Pendidikan Malaysia juga boleh mengambil bahagian dalam memulihara bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan negara kita. Sekolah-sekolah boleh melukis bangunan-bangunan bersejarah di dinding -dinding sekolah untuk memupuk perasaan sayang dan bangga akan bangunan bersejarah dalam kalangan murid-murid. Pihak sekolah juga perlu mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah kepada murid-murid sempena menyambut bulan kemerdekaan negara di peringkat sekolah. Aktiviti Kokurikulum seperti Kelab dan Persatuan di sekolah perlu merancang program lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang terdapat di negara kita untuk memberi peluang kepada murid-murid mengenali bangunan-bangunan bersejarah dengan lebih dekat.
Kerajaan juga perlu melancarkan kempen bagi menggalakkan masyarakat menghargai bangunan bersejarah di negara ini. Selain itu, media massa perlu menyiarkan latar belakang dan peranan bangunan bersejarah supaya masyarakat menghargai warisan tersebut.  
Seterusnya, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang menyebabkan kerosakan bangunan bersejarah bagi memastikan warisan ini sentiasa terpelihara. Pihak kerajaan wajar menjalin kerjasama dengan pihak swasta atau Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi menjaga struktur binaan bangunan bersejarah dan menjalankan kerja pemuliharaan bangunan bersejarah. Dengan menjalankan kerja pemuliharaan ini, bangunan bersejarah yang mengalami kerosakan boleh dibaik pulih. Antara kerja baik pulih yang boleh dilakukan termasuklah mengecat semula bangunan dan menggantikan struktur kayu yang telah reput. 
Tegasnya, semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama bagi memulihara serta mengekalkan bangunan bersejarah. Pemuliharaan bangunan bersejarah penting untuk tatapan generasi akan datang selain menjadi warisan negara.

RUMUSAN

Rumusan (5 markah) mengenai Bangunan / Binaan Bersejarah boleh anda huraikan kepentingan menjaga bangunan / binaan yang menjadi sejarah dan lambang kepada negara. Huraikan mengenai pengetahuan, nilai-nilai, ikitibar, harapan yang releven, unsur-unsur tinggalan warisan dan kelebihan mempunyai bangunan bersejarah yang memberi impak kepada industri pelancongan. 

Contoh rumusan:
Bangunan bersejarah sememangnya begitu banyak di negara Malaysia ini. Bangunan bersejarah ini harus dikekalkan kerana ia mempunyai banyak impak yang positif terutama kepada kehidupan masyarakat. Pihak media massa turut serta dalam diskusi hebat untuk menentukan sama ada pembangunan lebih penting atau pengekalkan warisan yang penting. Sesungguhnya, ada banyak perkara baik yang boleh terhasil menerusi pengekalan bangunan bersejarah ini. 
Impak yang paling baik pengekalan bangunan sebegini sudah pasti daripada aspek pelancongan. Industri pelancongan akan menjadi lebih besar kerana masyarakat asing memang minat melihat kesan-kesan sejarah sebegini. Bangunan ini juga memerlukan kos yang tinggi kerana tidak perlu dibina tetapi hanya dikekalkan sahaja kerana sudah lama dibina oleh penjajah atau penduduk di negara ini. Jika bangunan lama dan bersejarah ini dikekalkan sektor pelancongan negara akan menerima kesan yang paling ketara. 
Tambahan pula, nilai atau perasaan cinta akan negara sudah pasti berkembang dengan baik dalam naluri penduduk terutama remaja di negara ini. Perasaan ini wujud kerana bangunan bersejarah mempunyai kaitan dengan peristiwa penting yang berlaku di negara kita. Kewujudan negara ini sepanjang zaman sudah memastikan rakyat terus mengingati kepentingan peristiwa sejarah itu kepada pembangunan negara. Jelaslah negara akan memiliki rakyat yang tinggi perasaan nasionalisme.

Artikel yang boleh dijadikan sebagai rujukan:

Pengenalan Kepada Bangunan Dan Monumen Lama Di Malaysia
Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah
Apakah kepentingan memelihara bangunan binaan bersejarah
Binaan dan Struktur Bangunan di Malaysia (Wikipedia)
Model Rangka Kerja Pemuliharaan Struktur Fabrik Bagi Bangunan Bersejarah


SUMBER RUJUKAN

Senaraikan sumber rujukan (5 markah) seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya. Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian. anda haruslah menulis sumber rujukan dengan releven, betul dan pelbagai. anda juga digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul data. untuk tugasan ini, anda digalakkan mencari maklumat dengan membuat lawatan sendiri ke bangunan / binaan sejarah yang anda pilih untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

Contoh penulisan sumber & rujukan:


(g) Sumber rujukan
(tulis secara lengkap sumber rujukan anda mengikut contoh di bawah)
  • buku
  • internet
  • akhbar
  • majalah
  • orang sumber
a. Buku
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
  • Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
  • Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

b. Jurnal
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid(Isu), Mukasurat. 
atau
Nama pengarang pertama, pengarang kedua, & pengarang ketiga. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid, Article 1. Diperoleh (Tarikh bahan diakses), dari (URL). 

contoh:
  • Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
  • Ishak bin Tadin, 1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1. Mac 1960.

c. Ensiklopedia / Wikipedia
dari internet:
  • Judul artikel (Tahun). Dalam 'Judul Ensiklopedia'. Diperoleh (tarikh diperoleh) dari (url laman web artikel yang diperoleh)

dari buku:
  • Judul petikan. (Tahun penerbitan). Dalam Judul buku (p. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit.

d. Akhbar
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar, Mukasurat.
atau
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL). 

contoh:
  • (Tajuk akhbar) Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Diperoleh Julai 3, dari http://www.utusan.com.my/..../

e. Orang Sumber
  • Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun. No 21, Jalan Lundu 7, Taman  Beringin, 52000 Kuala Lumpur.
  • Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.

f. Temubual
Nama tokoh yang ditemubual. (Tarikh temubual). Judul temubual [Temubual].

contoh:
  • Abdullah Hj. Mohd Salleh. (1999, May 12). Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur [Temubual]. 

g. VCD
Judul VCD. (Tahun penerbitan). [VCD]. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
  • VCD Language and verbal skills. (1976). [VCD]. Virginia: Association for Retarded Citizen. 

h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

i. Televisyen
Nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun penerbitan). Judul rancangan. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
  • Towers, J. (Producer). (2000). Wrath of God. New York: The History Channel. 

j. Majalah
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Majalah, Mukasurat. 

k. Sumber lain :
- artikel dari internet (Jenis sumber, alamat/punca sumber)
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).

Internet
  • http://geocities.com/kamashara/unionsm.html
  • http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.html

l. Kamus 
Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit. 

NOTA: nak lebih faham, boleh download cara penulisan sumber di sini


KAEDAH TEMURAMAH / TEMUBUAL

kebanyakan calon meminta saya untuk memberi contoh skrip kaedah temuramah ini. jika anda melawat bangunan /  binaan bersejarah, anda boleh lakukan kaedah temuramah ini dengan pemilik atau badan yang berkaitan mengenai bangunan / binaan bersejarah tersebut. berikut adalah contoh skrip tersebut:


Maklumat Asas:
1. Nama :_____________ (nama orang yang ditemuramah) 
2. Umur: _______tahun 
3. Alamat:____________________________ (lokasi tempat kajian) 
Skrip Temuramah: 
Saya : Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik/Puan ………………. kerana sudi diwawancara berkaitan dengan bangunan bersejarah iaitu ………………… 
Tokoh wawancara : Hal ini tidak menjadi masalah kepada saya. 
Saya:Bilakah bangunan ini diasaskan dan siapakah pengasasnya?
Tokoh : 
Saya: Bolehkah encik/puan memberitahu lokasi bangunan ini?
Tokoh: 
Saya: Apakah kegunaan bangunan ini sebelum merdeka (1957)?
Tokoh: 
Saya : Adakah ada perbezaan bagi kegunaan bangunan ini sekarang? Jika ada, bolehkah anda namakan kegunaanya sekarang.
Tokoh: 
Saya : Pada pandangan anda, mengapakah kegunaannya tidak berubah / atau berubah?
Tokoh: 
Saya: Berdasarkan pengamatan encik/puan, adakah perubahan yang dilakukan baik untuk memantapkan kegunaan bangunan ini?
Tokoh: 
Saya: Pada pandangan anda, apakah bahan utama binaan bangunan ini?
Tokoh: Batu, simen, kayu merupakan bahan asas seperti bangunan yang lain di Malaysia. Bangunan ini mengandungi seni binaan yang menggambarkan Budaya Malaysia (Contoh Masjid Negara mengandungi binaan Islamik) 
Saya: Adakah bangunan ini akan utuh dan kekal lama ?
Tokoh: 
Saya: Pada pandangan anda, adakah penting bagi Malaysia agar kita mengekalkan warisan bangunan lama ini?
Tokoh: 
Saya: Bagaimanakah kita sebagai rakyat Malaysia harus memainkan peranan kita sebagai ‘duta’ dalam memperkenalkan warisan Negara ini. 
Tokoh: Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah mempunyai pengetahuan sejarah mengenai bangunan kita sendiri. Kita juga mestilah mengamalkan budaya ‘pemeliharaan dan pemuliharaan’ bangunan lama. 
Saya: Bagi pandangan encik/puan, apakah maksud dan kenapakah kita harus mengekalkan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan. 
Tokoh: Tujuan pemeliharaan adalah menjaga bangunan lama terutamanya bangunan yang bersejarah agar tetap berdiri dengan utuh, sekaligus menjadi kebanggaan Negara dan rakyat Malaysia. Pemuliharaan pula bermaksud menjaga dan memperbaiki bahagian bangunan yang rosak agar bangunan akan tetap kekal lama. Contohnya bangunan Pasar Budaya, Stadium Merdeka dan banyak lagi bangunan di Malaysia yang telah dipelihara. 
Saya: Apakah perasaan encik/puan, apabila bangunan bersejarah ini dinamakan sebagai antara 50 Warisan Kebangsaan? (sila semak senarai warisan kebangsaan bagi memastikan bangunan ini termasuk dalam senarai atau tidak) 
Tokoh: Saya sungguh berbangga dengan pengiktirafan oleh keKKWa. Saya berharap lebih banyak lagi bangunan akan diwartakan di bawah senarai warisan kebangsaan. 
Saya: saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana encik/puan sudi diwawancara. 
Tokoh: sama-sama kembali.

*kebanyakannya masih di dalam proses. sabar ye..busy sikit di sekolah jugak..hehe*


*************************************************************************

Saya akan cuba memenuhi setiap permintaan pelajar yang mahu maklumat mengenai tempat bersejarah masing-masing. kalau saya masih lagi tak ada maklumat tempat yang anda request, bermakna saya gagal mencari informasi tersebut. cara paling terbaik untuk mencari sejarah bangunan tersebut dengan membuat lawatan sendiri ke tempat tersebut dan minta broshur @ pamplet mengenai maklumat bangunan kepada pegawai yang bertugas di situ. InsyaAllah, mesti ada informasi yang disimpan di situ.  sesiapa yang nak request juga boleh tinggalkan komen pada ruangan di bawah. saya akan cuba membantu.

Anda dinasihatkan memastikan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) daripada mana-mana pihak seperti di blog-blog lain yang tidak mempunyai sumber asal yang sahih. Sebagai peringatan, sekiranya anda didapati melakukan plagiat, anda berkemungkinan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan. Diharap panduan / jawapan tugasan Sejarah PT3 ini dapat memberi panduan dan penjelasan kepada semua pelajar tingkatan 3. semoga anda boleh siapkan dengan jayanya!

Diedit dan diolah oleh saya sendiri!


Semua maklumat di atas disusun oleh saya sendiri. kepada blogger kaki copy paste, post ini tidak boleh dan tidak dibenarkan copy melainkan anda berkongsi link ini sahaja. Semua maklumat di atas juga tidak boleh dicopy. anda faham erti copyright, kan? 

Anda hanya kena print sahaja sebab kat sekolah pun kena salin balik, kan? So, Nak print senang je:
1. chrome dan mozilla user : 
guna tab menu browser uols (yang ada 3 garis) yang ada di atas sebelah kanan dan klik print. 

2. Boleh juga kalau tak nak print, save guna pdf. 

3. Terus tekan CTRL-P untuk print terus.


Good Luck!

Read More »

Thursday, June 02, 2016

Cuti Sekolah Baru Bermula Hari Ini


Cuti sekolah sudah bermula dari minggu lepas. Tapi saya baru merasa cuti tersebut tepat jam 12.00 tengah malam tadi. Ya, tepat sekali. Sibuk menyemak dan menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun. Dan hari ini baru selesai penandaan semua kertas peperiksaan. Alhamdulillah. Dalam keadaan yang tak sihat *selsema teruk* dengan tidur tak cukup *jadi burung hantu*, gagahkan diri untuk siapkan jugak. 

Pada mulanya saya tidak mahu memaksa diri untuk menanda semua kertas tersebut tetapi sudah dipaksa untuk siapkan kerana kena ataupun bahasa kerasnya "wajib" key-in di laman saps online. Sepatutnya kena masukkan markah sebelum 29 Mei tempoh hari. Tapi dah tak siap tanda lagi macam mana nak key-in markah? Seminggu sebelum cuti pun tak sempat nak tanda sebab ikut Perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat negeri. Empat hari tak masuk sekolah. Celah mana nak tanda kertas? Sah-sah busy camping uruskan pelajar. Dah jadi co-kitchen helper, sebab tak ada tukang masak yang profesional tahun ini..huhu. Ada juga cikgu yang faham sebab saya lewat key-in markah. Ada yang perli-perli sebab lambat key-in. Biarlah..malas nak layan mulut-mulut puaka tu. Siapa yang tahu cara saya bekerja, diorang mesti back-up saya. 

Masa nak key-in markah tadi, semak juga markah untuk kelas lain sebab nak compare GPMP (Gred Purata Mata Pelajaran). Adalah sorang cikgu nie, macam tak jujur pun ada. Aih..geram pulak rase. Nama saya naik dalam group sekolah di Telegram sebab masih belum key in markah. Takpelah, dah memang betul masih belum masukkan markah lagi sebab tak siap sepenuhnya. Tapi cikgu seorang ini, dia dah key-in markah kelas dia..ok cantik la nama tak naik. Tapi markah yang dia masukkan tu langsung tak munasabah. Tak logik. Tak tercapai akalku. Ada ke patut markah budak dia letak B semua. Kelas lain pun dia letak semua pelajar dapat A. Wahh..ikut suka hati nampak!!! Sebab tak nak nama naik dalam memo, sedap hati bagi markah yang turun dari langit. Semata-mata nak bagi tick warna hijau! Eh eh..senangnya hidup kau. Ada jugak cikgu macam tu eh kat dunia nie. 

Oh ya, markah pelajar peperiksaan zaman sekarang nie dah tak pakai buku or kad laporan peperiksaan *report card*. Semua markah cikgu hanya key in dalam sistem je. Lepas tu print out keputusan bagi pelajar. Mudah. Gile. Kalau ibu bapa tak dapat nak datang ke sekolah ambil keputusan pun takpe, check je dalam sistem saps online. Masukkan nombor kad pengenalan anak dan klik, terpampang semua markah anak-anak anda. Dah tak boleh nak tipu dah sekarang nie..hehe

Zaman dulu-dulu masa sistem online nie masih belum dicipta, kami dulu guna buku markah. Tulis semua markah dalam buku. Sekali dengan komen guru tingkatan dan komen pengetua. Uih, azab kalau tiba saat penerimaan report card dulu. Takut beb. Gemuruh. Gigit jari. Maklumlah dulu saya nie bukan dalam kalangan budak nerd, bukan juga budak malas, dan bukan juga budak popular. Saya budak average, biasa-biasa ajah. So takut la nak ambil report card tu. Ambil tu pun dah takut, masa nak bagi kat abah lagi takut. Mencicir air liur, pakej dengan air mata. Kalau nampak banyak sangat bunga-bunga merah, sah kena rotan banyak kali. Abah sangat garang woo, tak boleh main-main bab sekolah nie. Dulu masa sekolah rendah memang pemalas, tak suka belajar. Tu yang merah memanjang..hihi. 

Pernah jugak masa sekolah rendah di Sarawak dulu, tak berani nak bagi report card kat abah tapi cikgu dah minta balik report card tu untuk pastikan ibu bapa ambil maklum markah ujian anak-anak. Tapi saya dulu nakal, tak bagi langsung. Ada juga abah tanya, mana report card? Dengan takutnya menjawab, cikgu tak bagi sebab abah tak datang ambil. Padahal report card tu dah siap-siap sorok bawah tilam. Hahaha. Eh, tak boleh simpan dalam beg sebab abah selalu check buku kerja sekolah bagai. Uihh..serammm serammm! So, bila cikgu minta tu terpaksa la tiru tandatangan abah. Memang kerja gila. Hihihi. Dahla sign abah susah nak mati, sebab jenis sign yang ada bentuk sikit. Tapi nak selamat, tak nak kena marah dengan cikgu, tiru jela sign tu. Last-last kantoi jugak dengan abah. Sebab tiba-tiba akhir tahun abah ambil report card. Tengok lain macam je sign tipu tu. Termangu terkesima sambil menangis la kena rotan dengan abah. Hahaha..nakal gile. Tapi lepas kena tu bukan nak insaf, buat lagi perangai tu. Hihihi. Keras kepala betul. 

Cuti sekolah nie nak rehat puas-puas. Nak main game favourite puas-puas. Penat sangat kerja tahun nie sampaikan boleh lost 8 kg dalam masa 1.5 bulan. Orang pun asyik cakap makin slim, nampak kuruslah. Diet ke? Allahu, saya tak ada niat nak diet kak, turun nie sebab tak cukup makan. Nak makan pun tak sempat kat sekolah tuu. Balik rumah sah-sah saya tak makan dah. Makan roti yang paling sempat. Sedih, kan? Sebab tu cuti nie nak malas-malas..biar badan naik balik. Hahahaha. Orang lain sibuk nak kuruskan badan. Aku sibuk nak naikkan balik..haha. ada orang cakap, sejak kurus nie dah tak comel. Mak pun cakap, cekung sangat, tak cantik kurus macam nie. Nampak tua. Erkk??! Tak boleh jadi nie. Kena makan banyak balik. Hahah.

*picture terbaru. No edit okeh.
Oh nampak kurus di situ..hehe*

lovenota : pinanglah daku cepat-cepat. Letih jaga badan masa bujang nie. sha la la la~ 

UPDATE: To Mr Asif unknown, sila jangan sibuk hal-hal orang ye. Tak perlu nak nasihat-nasihat saya la ye. Kalau nak cakap saya teruk, ada ramai lagi di dunia nie yang lagi teruk. Walhal takde benda negatif sangat pun dalam content saya. Well, cermin dulu diri tu baru bole tegur orang lain ye. Wassalam. 



Read More »

Sunday, May 08, 2016

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular 29



ABPBH ialah satu-satunya anugerah pilihan pembaca yang dianjurkan secara konsisten di negara ini. Acara kali akan menampilkan kelainan sesuai dengan usia penganjurannya yang menghampiri tiga dekad dengan pemilihan tema #RESPEK. Konsep #RESPEK akan diterjemahkan menerusi setiap aktiviti promosi dan publisiti ABPBH 29 yang merentasi semua platform dengan memberi penekanan terhadap media sosial dan digital. 

ABPBH bersiaran secara langsung dari Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di TV3 pada 8 Mei 2016 yang dijayakan oleh Zizan Razak, AG, Mira Filzah dan Haiza. 



Menariknya semasa Zizan Razak dan Mira Filzah buat drama iklan atas pentas, tiba-tiba abang cameraman buat panning pada Emma Maembong dan Kamal Adli. Amboii..hihi





Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 



Artis Baharu Lelaki Popular 
Sufi 




Artis Baharu Wanita Popular 
Mira Filzah

Pelakon Filem Lelaki Popular
 Sharnaaz Ahmad

Pelakon Filem Wanita Popular 
Fathia Latiff




Pelakon TV Lelaki Popular 
Sharnaaz Ahmad 

Pelakon TV Wanita Popular 
Emma Maembong




Penyanyi Lelaki Popular 
Aizat Amdan





Penyanyi Wanita Popular 
Adira




Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular 
Wings 




Artis Komedi Popular 
Abam Bocey




Artis Versatil Popular 
Ifa Raziah 




Pengacara TV Popular 
Neelofa




Penyampai Radio Popular 
DJ Lin (Suria)





Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Fauziah Dato' Ahmad Daud AMN




ABPBH Kategori Online 

Artis Aksi Selfie Popular 
Saharul Ridzwan

Personaliti Media Sosial Popular 
Lara Alana




Artis Ikon Respek 
Datuk Aznil Nawawi

Artis Trending Popular
Ayda Jebat




Artis YouTube Popular 
Siti Nordiana 

Anugerah Bintang Paling Popular
Neelofa



212,829 undian



Read More »

Friday, March 25, 2016

Minggu yang Agak Mencabar


Minggu ini panas masih lagi terasa bahangnya. Check suhu di Gemencheh sudah mencapai 34°C. Tak tahan rasa bahang panas kali ini. Tersangat menguji kesabaran. Ada kalanya terpaksa mengadap kipas 24 jam. Saya tidak betah jika tiada angin di hadapan saya. Mula meragam tak tentu hala. Mengajar di dalam kelas pun mesti berada di bawah kipas. Tidur pun mesti sebaris dengan kipas. Kalau di Port Dickson, mudah je solusinya, cuma menekan butang on air cond dan lega. Tapi di sini hanya bergantung pada kipas semata-mata. Jem aku. 

Rabu yang lepas, pihak ATM yang bekerjasama dengan kami melalui program NBOS iaitu Program Remaja Berwawasan (PRB) membawa pelajar-pelajar saya masuk membuat lawatan di dalam Kem Syed Sirajuddin. Satu pengalaman yang menarik di mana saya buat pertama kalinya melihat dan merasa jentera perang di hadapan mata saya. Budak-budak lagi suka tengok kereta kebal pelbagai jenis nie. Walaupun aktiviti luar sekolah tidak digalakkan, tapi bila sampai ke kem nie kurang rasa bahangnya. Mungkin dalam kawasan hutan agaknya. Yang menarik perhatian iaitu demo tembakan meriam di lapang sasar meriam. Pertama kali dengar bunyi meriam yang sangat membingitkan telinga. Boleh gugur jantung ha. Tapi seronok, dapat lihat meriam lancarkan serangan bertalu-talu. Terasa berada di medan peperangan.





Hari Khamis pula mesyuarat Kor Kadet Polis mengenai perkhemahan daerah dan negeri. Memang sakit kali ini sebab kena join masterchef di dapur untuk sediakan makanan untuk pelajar. Adui..masak-masak nie yang susah. Untuk sorang diri takpe jugak, ini untuk seratus orang. Serupa kenduri dah. Kena fikir dulu nak join perkhemahan ke tak sebab kena uruskan kawad kaki dahulu. Bulan April nie memang busy dengan aktiviti kadet polis saje. Haih haih.

Hari nie saya kecundang. Tak boleh bangun langsung sebab sakit kepala yang amat. Dari semalam dah rasa pun nak demam. Badan seram sejuk, kepala sakit, dah selsema, dan hari ini MC la jadinya. Nak kata kuat kerja rasanya tak. Kerja tu rutin harian. Balik lewat macam mana sekalipun dah jadi rutin. Rutin makan saya mungkin terganggu. Kurang makan, selera makan pun dah tiada. Oh ya, last timbang berat saya dapati turun 5kg. Mak aih, terkejut. Patutlah seluar polis yang tak muat dulu, sekarang dah boleh pakai. Ada jugak kawan cakap nampak kurus sikit, pipi pun dah nampak kurang tembam. Betul-betul lost weight nie. Alhamdulillah kurus sikit. Risau jugak baju tak muat. Hehe. 

*kurus sikit tang pipi..hihi*


lovenota: esok nak dapat adik perempuan baru, Syahira Atikah namanya. Tua-tua nie dapat adik lagi..hehe.

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®