Friday, January 02, 2015

Selamat Tahun Baru 2015



Selamat Tahun Baru 2015. Happy New Year 2015. Welcome 2015. Goodbye 2014.

Alhamdulillah, saya masih lagi boleh bernafas di alam Allah SWT bersama-sama dengan orang-orang yang saya sayangi. Terima Kasih Ya Allah SWT. Terlalu banyak suka dan duka berlaku pada tahun 2014. bukan pada diri saya sahaja, pada negara kita juga di mana kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian MH370 dan MH17, banjir besar di Kelantan dan Terengganu serta banjir lumpur di Cameron Highland, kes kertas UPSR bocor, PMR yang dimansuhkan diganti dengan PT3 yang susah gila, minyak petrol yang kejap naik kejap turun, blogger seks yang tak habis-habis sengalnya, kes "buli" Peugeot CDM 25, kes "buli" abang besar singlet hitam, kes "orang-orang kaya" Peugeot Citroen DS5 langgar Toyota Estima, etc etc etc. eh, banyak jugak ye..hehe.

Lupakan kenangan semua itu. Buka lembaran baru, buka buku baru, buka kisah baru.

Kisah saya? tahun 2014 banyak menyingkap tabir senja *sastera merepek aku dah keluar*, tak adalah sedih sangat. biasa-biasa suam-suam kuku. kalau dilihat semula entry popular saya, banyak kisah yang menjadi hangat adalah kisah playboy bodoh dan bangang itu. okay, sudah kasar. peduli lah. hahaha. nak tahu? cari sendiri. malas nak bagi link. hahaha.

Kisah lain yang tidak diceritakan di dalam entry. saya sudah tukarkan kereta saya. oh tidak. saya mula merindui 'Beby Lisa' saya. tak tahu la di mana kereta tersebut berada sekarang ini. itulah kereta bermanual kecil saya yang paling comel, laju, pick-up, bawa 140 km/j pun lepas tau! kena saman speed-trap pun hanya sekali sepanjang penggunaan 4 tahun. bukan calang-calang kereta Kelisa saya tu. semoga kereta itu berbakti pada owner yang baru. *sob3*. Sekarang saya menggunakan kereta Toyota Vios, itu pun dipilih oleh abah saya. dia yang nak *sebab dia yang nak pakai sebenarnya..haha*. saya memanggilnya 'Princess Vio'. kelass tak nama dia? hehehe. disebabkan Vios besar, tak layak panggil beby dah. *sedar diri*.

Tahun ini saya sudah berumur 28 tahun. eh, belum masuk lagi, baru 27 tahun 3 bulan je tau..hihi. kahwin? ramai sangat dah tanya, bila nak kahwin? letih nak menjawab, sampaikan Anjang saya asyik nak carikan calon untuk saya. Yela, sebab tinggal saya je yang tak kahwin lagi ha. so saya pun berfikir, 


masalahnya, saya masih tak nampak bulan bintang matahari planet-planet pluto marikh dalam mimpi saya. nak buat macam mana? hahaha. biarlah adik saya yang kahwin dulu untuk tahun ini. saya lambat lagi. kesian kat mak ayah saya kalau saya kahwin jugak tahun nie, kopak duit katanya..hehehe. alasan lagi! XD

Ini juga terbukti apabila saya menilik tapak tangan saya *jangan percaya, syirik! haha*


See, saya mempunyai garis panjang, maksudnya saya akan berkahwin dalam usia 30 tahun. kekekekeke. alasan lagi-lagi! hahaha! tapi tak sampai 30 tahun saya akan berkahwin nanti. tapi memang bukan tahun ini. kalau sempat pun mungkin akan bertunang dahulu. insyaAllah.

Kalau korang masih tak percaya, sila buat survey untuk diri sendiri pulak! untuk yang belum bernikah la. kalau dah kahwin, nak try boleh je, terutama bagi lelaki yang sudah berkahwin teringin nak buka cawangan lain kan..hehehe. korang boleh ke laman web : Marriage Line Palm Reading dan jawab survey di situ. Result saya?


Meh saya Google Translate ye. survey itu mengatakan, "Anda akan terlibat dalam hubungan yang serius (sebelum perkahwinan) di mana anda akan memikirkan perkahwinan. Anda berkemungkinan tidak akan berkahwin pada usia muda". ini alasan lagi-lagi-lagi. kekekeke. dah-dah. jangan terlalu syirik! khurafat semua hado! :P

Dah terlalu merepek entry saya kali ini. maaf la. dah lama saya tak merepek, korang pun mesti ada yang rindu kan..perasan! hahaha. 

Azam Tahun Baru? saya nak diet! mak aih! sejak cuti sekolah berat badan saya meningkat. memang tak boleh jadi. so, saya nak kurangkan balik berat badan saya sebelum majlis Perkahwinan adik saya yang akan berlansung pada bulan Jun nanti. biar nampak slim-selim masa majlis itu nanti. nanti saya jemput uolss okay? :)

Semoga Tahun Baru 2015 ini dapat memberikan kenangan manis yang paling banyak bersama orang-orang yang tersayang, yang paling penting kerja pada tahun ini tak seserabut seperti tahun 2014. hehehe. insyaAllah :)


lovenota : Sekejap je masa berlalu. sekejap je berjarak jauh, harinie nak pergi dating. eh? lalalala~


15 comments:

  1. selamat tahun baru 2015 cik balqis..moga tercapai la azam tu ya dan banyak kenangan manis tercipta pada tahun ni..banyakkan sabar..insyaallah kak wana doakan agar cik balqis bertemu juga dengan mr right.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Da jmpe sudah tapi biasa la, lelaki nie leceh. Nk kmpul harta la ape la bla bla bla..hihi..btw tengkiu ;)

      Delete
  2. selamat tahun baru. pehhh. nak gi detim. nak ikut? bahahhaha :P

    ReplyDelete
  3. Selamat Tahun Baru CB..Wah, banyak boom CB dekat blog CM semalam..hehe..Terima kasih tau..huhu

    Semoga Jodoh itu berpanjangan..CM kalau boleh tahun ni nak kahwin..lama sangat menunggu..haha.. :p

    ReplyDelete
  4. slmt tahun baru cik balqis. samalah sy pon asyik kena soal bab kawen. heshh~

    ReplyDelete
  5. Happy new year :) hehe . moga dipertemukan jodoh sebaiknya . hihi

    ReplyDelete
  6. jap mamamyja belek, hahaha "marriage at 30 years age" tapi umur 22 dah kawin, cam ner tuh. betul jugak la eh. hahahha

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru cik balqis. takpa,baru nak masuk 28. janji hati muda. hehe. all the best,semoga Allah permudahkan segala hajat cik balqis untuk tahun ni dan tahun2 yang berikutnya. ^_^

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru 2015.. biasalah orang akan tanya soalan cepumas kan. hihihi

    ReplyDelete
  9. Selamat tahun baru Qis...
    Akak punya azam dari 5 tahun sudah iaitu nak kurus. Tak menjadi-jadi pun...huhuu

    ReplyDelete
  10. Seisi Blogwalking ^_^... Selamat Tahun Baru Cik Balqis & salam perkenalan dari eija.. jemput singgah blog eija juga yer :)

    ReplyDelete
  11. Selamat tahun baru juga, semoga tahun 2015 akan memberi sinar kebahagiaan utk kita semua.....;-)

    ReplyDelete
  12. selamat tahun baru.. bukalah lembaran yang baru di tahun yang baru, semoga semua yang dirancang akan berjaya hingga ke akhir tahun :D

    ReplyDelete
  13. Nak ucap Selamat Tahun Baru walaupun Januari dah nak sampai tengah bulan. Hehe *tengah tengok tapak tangan*

    ReplyDelete
  14. Dah ada calon takpe :)
    Kalau dah jodoh tak kemana ^^
    Selamat tahun baru XD

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®