Thursday, February 09, 2012

ayat - ayat cinta



‎" JANGAN buat wanita itu jatuh cinta

 jika anda TIDAK cintakan dia "

 -Ustaz Azhar Idrus


Read More »

Friday, January 27, 2012

FAKTA SEBENAR LELAKI


• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.  

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk… 

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.  

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…  

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…  

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.  

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri… 

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..  

Antara sebab sebab lelaki memasak: 
• Malas nak pegi kedai 
• Hampir hampir pokai 
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired 
• Mental theraphy 
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan 
• Buang tebiat…  

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..  

betul x?? 

(◠‿◠)
Read More »

Monday, January 23, 2012

Friendly Blog Award

sejak da menyepi sikit dari dunia blog nie..
jarang ada komen kat blog cik balqis..
jarang ada bagi award kat cik balqis..
jarang ada bagi tag kat cik balqis...

biasa la tu kan..lumrah hidup berblogger..
hehe..




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkUlJ381evFn91eA787kq-CMUTmuxWtz1oeQQZvRIBB3YEDA7wSBl0SLYX7VY8ZPkaCa4dIdEBDIKKRH5U-dCipf7DjYQWV2rkPq1uYa982VJcclT_Kg2MHyxlz7CvkPdD-FVgYn5EldI/s1600/award+2011.png


thanx for the award..arigatou!



Read More »

Sunday, January 22, 2012

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011)


senarai TOP 5 
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 
(ABPBH 2011)

Penyanyi Lelaki:

*Faizal Tahir*
*Anuar Zain*
*Aizat*
*Hafiz*
*Black*

Penyanyi Wanita

*Najwa Latif*
*Yuna*
*Stacy*
*Alyah*
*Shila Amzah*

Artis Duo/Berkumpulan

*6ixth Sense*
*Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah*
*Meet Uncle Hussain/Hazama*
*Bunkface*
*Forteen*

Artis Baru Lelaki

*Johan Ariff As'ari*
*Hazama*
*Awi Rafael*
*Aeril Zafrel*
*Beto Khusyairi*

Artis Baru Wanita

*Tasha Shilla*
*Najwa Latif*
*Neelofa*
*Nur Fathia*
*Izara Aishah*

Pelakon Filem Lelaki

*Aaron Aziz*
*Shaheizy Sam*
*Adi Putra*
*Syamsul Yusof*
*Bront Palarae*

Pelakon Filem Wanita

*Lisa Surihani*
*Maya Karin*
*Diana Danielle*
*Yana Shamsudin*
*Eja*

Pelakon TV Lelaki

*Aaron Aziz*
*Adi Putra*
*Fizz Fairus*
*Remy Ishak*
*Fauzi Nawawi*

Pelakon TV Wanita

*Fasha Sandha*
*Tiz Zaqyah*
*Scha Alyahya*
*Nora Danish*
*Rozita Che Wan*

Artis Komedi Lelaki

*Zizan Razak*
*Johan*
*Nabil*
*Along Cham*
*Afdlin Shauki*

Artis Komedi Wanita

*Noorkhiriah*
*Sharifah Shahira*
*Didie Alias*
*Kenchana Dewi*
*Alliza Abdullah @ Enot*

Pengacara TV Lelaki

*Aznil Nawawi*
*Faizal Ismail*
*Ally Iskandar*
*Awal Ashaari*
*Zizan Razak*

Pengacara TV Wanita

*Fara Fauzana*
*Cheryl Samad*
*Sharifah Shahira*
*Raja Azura*
*Nurul Syuhada*

Penyampai Radio Lelaki

*Faizal Ismail*
*Aznil Nawawi*
*AG*
*Halim Othman*
*Khairil Rashid @ Krill*

Penyampai Radio Wanita

*Fara Fauzana*
*Linda Onn*
*Raja Azura*
*Abby Fana*
*Sharifah Shahira*

Anugerah Seri Perak

*Aishah*
*Zainal Abidin*
*Eman Manan*
*Datin Sofea Jane*
Datuk M.Nasir*
*Ziana Zain*
*Datuk Siti Nurhaliza*
*Rosyam Nor*
*Saiful Apek*
*Mawi*
*Nabil*
*Shaheizy Sam*
Read More »

Tuesday, January 03, 2012

school tomorrow! :: esok sekolah!


cik balqis pon sedih jugak macam student2 i..
nak cuti lagiiii~~~

p/s: banyak kerja (skt) tahun nie..insyaAllah dapat buat dengan jayanya!
chaiyok!!
Read More »

Saturday, December 17, 2011

Pulanglah Ariff Alfian Rosli!

sebak! sedih!
speechless!


please Ariff Alfian..kembali ke pangkal jalan!
kesian pada keluarga anda!
p/s: tadi terjumpa pulak blog gay..pencinta lelaki..melayu punya taw!

Read More »

Tuesday, December 13, 2011

Lagu Siti Nurhaliza - Medley Lagu Rakyat

lama cik balqis tak dengar lagu ini taw..
last cik balqis dengar masa Sem 2 di UPSI dulu..
semasa menyertai Seni Tari 2..
ishkk..best taww...
last hari kokurikulum tu dapat buat persembahan di depan semua warga UPSI..
sangat-sangat la seronok..
maklumlah budak tarian laa paling dapat banyak tumpuan pada hari tersebut..
rasanya kalau praktikkan menari lagu nie sekarang da tak ingat step dah..
lama sangat dah..hehe..


lagu nyanyian Siti Nurhaliza nie yang membuatkan lagu nie lagi menarik..
gabungan lagu rakyat antara lagu 
*Patendu Patende
*Ayo Mama
*Embun Sosek


tercari-cari juga lirik lagu ini tapi tak jumpa..
pelik juga kan..lagu rakyat Malaysia macam ini susah sangat nak jumpa lirik lagunya..
kalau lagu Justin Bieber..Akon..Pussycat Dolls yang merapu-rapu  tu berlambak la pulak kann..
hairan sungguh..
bila tak jumpa nie makin teruja nak carik sampai dapat..
tapi..tak jumpa jugak..
sedih sangat.. (T_T)



p/s: siapa ada lirik bagi la pada saya.. (T_T)
Read More »

Sunday, December 11, 2011

Spaghetti is my FAVOURITE!


soooo deliciouss!!
buat sendiri taw..memang kenyang tak terhingga lah!

p/s: termanggu dengan tugasan tahun depan..ouchh..nak kahwin..copek2 laa sape2 minang aku weii!!
Read More »

Saturday, December 10, 2011

Pekeliling SBPA

rasanya ramai dah tahu..
pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dah pun dikeluarkan oleh JPA

ada 3 kategori iaitu:

nak tahu lebih lanjut tekan sahaja link di atas ye..


Read More »

Sunday, October 30, 2011

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011

tiada apa yang dapat dikatakan..
kegembiraan apabila keputusan akhir 2-1..

p/s: isnin nie negeri sembilan cuti tak? kan best dapat
cuti free!!


Read More »

Friday, October 28, 2011

Maharaja Lawak Mega


pada malam ini akan berlangsungnya program 
yang ditunggu-tunggu oleh 
ramai rakyat Malaysia, Indonesia dan Singapura..
Maharaja Lawak Mega

cik balqis pun hampir terlupa dengan agenda malam nie..
diharap MLM nie setanding atau lebih best lagi dari ML..

mesti ramai yang tertanya2 siapa peserta MLM nie kan..
sebab gambar iklan kat dalam tv tu tak clear sangat laa..hihi..

so..peserta Maharaja Lawak Mega ialah:

1. 3G - Didie Alias, Enot & Yasin

2. Adlin

3. Anje - Ahcong & Joey

4. Bawel - Dodon, Amin & Dadang (Indonesia)

5. Boboi - Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik

6. Bawal Power - Bob Kuman & Sobri

7. Caer - Adetao, Mister Ibo & Lugiana (Indonesia)

8. Comel - Radhi Khalid & Bell Ngasri

9. Gebu - Hani & Azian (Singapura)

10. Hiro - Hamdan, Ilya & Ropie

11. Jalil Hamid

12. Lanun - Jegan, Elyas & Salman

13. Osbon - Os & Abon

14. Pimai - Imuda, Yasin Sulaiman & Sathiya

15. Rap - Aziz Kota, Pak Lah Cecupak & Rama

16. Saechu - Eko, Bocil & Vicha (Indonesia)

17. Syok -  Ifa Raziah, Suhaimi & Arif Sudin (Malaysia & Singapura)


Read More »

Friday, October 14, 2011

Ending lagu "Cinta Muka Buku"

yaa..cik balqis nak kongsi satu lagu..
da suke kan uollss dengar lagu Najwa Latif iaitu Cinta Muka Buku kan..
saya sendiri sookkkaa! ;p

tapi pagi nie ada kesinambungan pulak..
peminat Najwa Latif membuat kesinambungan dari lagu tersebut..
iaitu "Putus Di Twitter" 

so, saya ada tepek lagu tersebut kat sini..
so siapa nak dengar sila la dengar!
it's very funny! ;p



Tajuk: Putus di Twitter
Artis: Encik Mimpi

sesiapa yang ingin berkenalan dengan Encik Mimpi..
sila ke blog beliau yer!
 http://encikmimpi.blogspot.com/

p/s: sangat best la u punye lirik Encik Mimpi! ;p

Read More »

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday # 2

Asal Usul Bidang Kerja Anda?


p/s: apa-apa pun..chemistry tetap terBAEK! ;p
Read More »

Tuesday, October 11, 2011

Superhero Anda!

apa pekerjaan superhero anda bila diorang nie sudah pencen kelak?

*superman nie hensem..laku jadi posmen nie*
SUPERMAN
Sudah pasti menjadi budak penghantar surat atau poslaju kerana sifat terbang-terbangnya. Syarikat pertama yang akan meng'offer'nya kerja ialah syarikat poslaju UPS. 
SPIDERMAN
Pencuci tingkap bangunan separuh masa kerana kerja tetapnya ialah sebagai PEREKA LAMAN WEB atau WEB DESIGNER. Ini kerana tangannya boleh mengeluarkan 'web' atau jaring untuk dijadikan benang menjahit baju. 
BATMAN
Membuka kilang baja tahi kelawar. Batman senang je dapat sumber taik kelawar kerana dia akan merasuah member-membernya (kelawar) dengan memberi darah cipanzi supaya kelawar tersebut mudah hadam dan berak dalam kuantiti yang banyak. 
CATWOMAN
Pembantu pest-control(penghalang binatang-binatang jahat seperti tikus,lipas dll). Kecekapannya menangkap tikus sudah pasti membuatkan tikus-tikus lari dari tempat kediaman. Namun kelemahan si catwoman ni bila orang ada garu dagunya..mesti dia gatal macam kucing. 
DAREDEVIL
Akan menjadi badut pasukan Manchester United dengan memakai kostum RED DEVIL kemudian berlari-lari sekeliling padang dengan riang kerana dia tetap jadi devil walaupun dia tak jadi superhero. 
HELLBOY
Pendakwah bebas. Dia berdakwah kepada orang ramai supaya jauhkan diri dari neraka kerana sengsaranya dia hidup kat neraka. 
THE PUNISHER
Hakim sepenuh masa di mahkamah tinggi Amerika. Ini kerana sifatnya yang suka menjatuhkan hukuman (punish).  
ROBOCOP
Jadi tokey besi buruk kerana sudah pasti dia akan menjualkan besi-besi kat badan dia. 
ULTRAMAN
Membuka kedai sup daging raksaksa seperti sup ekor, sup taring dan sup sirip rasaksa. Ini kerana selepas berlawan dengan rasaksa sudah pasti daging berselerakan. Namun khabarnya, kedai sup ultraman tiada pelanggan melainkan beberapa ekor biawak hutan tropika. 
WOLVERINE(X-MEN)
Pencukur rambut profesional. Pisaunya yang banyak tu mampu mencukur seluruh badan kambing dalam masa 0.05 saat je mengatasi baju gaban. 
GABAN
Menjadi penjaga keselamatan di tasik Raban (Perak) macam baywatch tu. Ini kerana naga gaban sudah tenggelam dalam tasik tu. Naga tasik cini tu khabarnya adik sedara naga gaban.


p/s: ;P
Read More »

Monday, October 10, 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Sistem baru SBPA

1. UMUR PERSARAAN 6O TAHUN (OPSYEN)
2. KENAIKAN GAJI 7-13%,( RM 80 HINGGA RM 320 )
3. BONUS ½ BULAN ATAU MIN. RM500
4. PERKHIDMATAN AWAM YANG DINAMIK,RESPONSIF DAN BERORIENTASIKAN PRETASI
5. PELAKSANAN PROSPEK

kalau ikut sumber yang ramai dok post sekarang niee
kenaikan gaji penjawat awam mengikut gred:

Gred 1-16 : RM 80
Gred 17- 26 : RM 120
Gred 27 - 40 :  RM 160
Gred 41 - 48 : RM 220
Gred 52 - 54 : RM 260
JUSA A, B, C : RM 320

tapi tak tahu la kesahihan sumber ini..
apa-apa pun kita tunggu sahaja pekeliling tentang SBPA nie kan!

*p/s: syukur alhamdulillah gaji naik..murah rezeki den ;p
Read More »

Hukum Menyebut Perkataan OMG!


renung-renungkan dan selamat beramal!

*p/s: kan baik kalau kita sebut Allah dari OMG tu..dapat pahala kan! ;p
Read More »

Sunday, October 09, 2011

umur persaraan dinaikkan


BELANJAWAN 2012 | Umur bersara wajib kakitangan awam dinaikkan dari umur 58 tahun kepada 60 tahun
;p
Read More »

Saturday, October 08, 2011

Lawak Kisah Suami Isteri

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu (rupa2nya si pakwe tu orang nogori)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman...

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

p/s: ;p
Read More »

Friday, October 07, 2011

KFC


He is The one, who killed your father ><

oh no! ;p
Read More »

Belanjawan 2012




BELANJAWAN 2012 | Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
BELANJAWAN 2012 | Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima Wang Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 yang akan dibayar melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
BELANJAWAN 2012 | Bagi mengenang jasa Polis Khas dan Polis Tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis
BELANJAWAN 2012 | Pencarum KWSP boleh daftar awal giliran ibadat Haji melalui penghadangan Akaun 2 sebanyak RM1,300.
BELANJAWAN 2012 | Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam & swasta tempatan, matrikulasi & tingkatan 6
BELANJAWAN 2012 | Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan BONUS setengah bulan gaji (minimum RM500) bersama gaji bulan Disember 2011. Pesara kerajaan juga akan menerima bayaran bantuan RM500.
BELANJAWAN 2012 | RM100 diberi secara one off kepada pelajar sekolah rendah dan menengah seorang.
BELANJAWAN 2012 | Bonus RM500 untuk Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan akan dibayar pada gaji bulan Disember.
BELANJAWAN 2012 | RM200 Juta akan disediakan untuk melatih belia yang telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY 1Malaysia)
BELANJAWAN 2012 | Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
BELANJAWAN 2012 | Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor untuk membantu 4 Juta penduduk yg masih tinggal di kawasan berisiko.
BELANJAWAN 2012 | Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.
BELANJAWAN 2012 | Warga emas berumur 60 Tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.
BELANJAWAN 2012 | RM15 Juta akan diperuntukkan untuk membina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dapat dicapai.
BELANJAWAN 2012 | Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik.
BELANJAWAN 2012 | Bagi membantu pemilik teksi bajet persendirian menghadapi kos operasi tinggi, mereka akan dibantu dengan pengecualian cukai pembelian teksi.
BELANJAWAN 2012 | Untuk membantu golongan gelendangan, Kerajaan akan menyediakan pusat khidmat bantuan sosial dikenali sebaga Anjung Singgah.
BELANJAWAN 2012 | Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yang didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma jika mereka tidak mampu melantik peguam sendiri.
BELANJAWAN 2012 | Hospital akan dinaiktaraf & dibina, kerajaan juga akan tambahbaik 81 Klinik Kesihatan Luar Bandar & buka 50 Klinik 1Malaysia.
BELANJAWAN 2012 | Perkhidmatan Kesihatan akan diperuntukkan RM15 Billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8 Billion untuk pembangunan.
BELANJAWAN 2012 | Kerajaan akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300 Juta untuk bina & baik pulih rumah.
BELANJAWAN 2012 | RM63 Juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 Juta untuk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.
BELANJAWAN 2012 | Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.
BELANJAWAN 2012 | RM500 Juta naik taraf kemudahan kem tentera. RM50 Juta bantu askar yg bersara selepas berkhidmat 21 tahun utk menceburi bidang perniagaan.
BELANJAWAN 2012 | 600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
BELANJAWAN 2012 | Kerajaan akan terus melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.
BELANJAWAN 2012 | Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
BELANJAWAN 2012 | Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kepada RM186.9 billion. Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% daripada KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.
BELANJAWAN 2012 | Pemberian subsidi untuk minyak petrol, gas LPG, gula, beras akan diteruskan seperti biasa. Kerajaan juga akan terus menanggung bil elektrik yang kurang dari RM20 sebulan.
BELANJAWAN 2012 | Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian kepada 5,000 pengajian ijazah sarjana & 500 bagi doktor falsafah.
BELANJAWAN 2012 | Umur bersara wajib kakitangan awam dinaikkan dari umur 58 tahun kepada 60 tahun.
BELANJAWAN 2012 | Kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah kerajaan.
BELANJAWAN 2012 | Mulai 2012, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perkhidmatan Baru Awam menggantikan Skim Saraan Malaysia di mana kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. 600,000 pesara kerajaan juga akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
BELANJAWAN 2012 | RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
*******************************
suka tak?
(^V^)v
Read More »

Thursday, October 06, 2011

jangan biarkan wanita menangis..never make woman cry




Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”


kredit: malaysian community

******************************

saya sangat la setuju
bila baca quote nie..
memang itulah pengorbanan seorang wanita sepanjang hayatnya

dan apabila saya menangis pada saat-saat yang sangat getir..
lepas menangis tu rasa teramat la lega..kan kan kan?
kita akan rasa ringan..pelik juga tapi betul la kata2 di atas..
kita menangis untuk membasuh segala masalah yang melanda..
lepas tu memberi kekuatan untuk meneruskan hidup..

*hepi birthday to me!*
~syazwani bt radzi~

: a secret makes a woman..woman :


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®