
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Ogos 2012 telah bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos 2012 ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012 yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012. Dengan ini semua pihak mempunyai tempoh masa yang mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.
KPM dengan ini memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk memohon cuti berganti melalui Pendaftar masing-masing untuk kelulusan melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012 bertarikh...