Judul: Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Penulis: E-Man Sufi
Penerbit: karya Seni Enterprise
Harga: RM 24
Sinopsis:
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
Review:
Cinta itu hadir kerana perkenalan.....
Bersemi kerana perhatian....
Bertahan kerana kesetiaan...
Namun cinta itu bisa gugur kerana satu kebohongan....
itu ayat dari buku tersebut. jiwang kan? hehe. pada mulanya, mak tak nak beli novel ini disebabkan ada unsur-unsur gengster dan keganasan. bila novel ini mula didramakan di Astro Mustika HD, terus mak pergi Popular dan membeli. dah lama novel ini dibeli tetapi sekarang baru berpeluang untuk menghabiskan pembacaan saya.
Saya mendapat tahu novel ini adalah cerita kesinambungan Novel "Suami Yang Kubenci " iaitu kisah cinta Uwais dan Hannah Maryam. dan ada juga sedikit cerita dalam Novel "Hikayat Cinta Si Pematah Hati" iaitu kisah cinta Rayyan dan Wafeen yang penuh dugaan. patut la macam pernah dengar nama Uwais dan Hannah. itu nama novel yang sudah lama saya baca dulu..hehe.
cerita ini cerita penginsafan di mana Jebat yang dahulunya adalah gengster besar yang digelar Long dalam kumpulan Double Dragon *tak silap la*. dia insaf lalu 'cuci tangan' meninggalkan perniagaan bisnes judi semuanya kepada Tiger dan Uncle Kwon semula. dia pergi meninggalkan kemewahan dan bermula semua kehidupan dari bawah bersama abang kandungnya, Wahab. dari situ, Mastura mengenali Jebat sebagai seorang yang rajin dalam pekerjaan, baik hati dan menghormati orang tua.
Novel ini ada sweet-sweet dia, yelah..dulu kita asyik mendengar jangan jadi seperti perigi cari timba, kan? dalam novel ini, Mastura mengejar cinta Jebat sampai dapat! bravo3! suka sangat scene yang macam sinopsis tu. Mastura sanggup melompat dalam kolam ikan semata-mata jebat. mana ada orang sanggup buat macam mastura kan? hehe. yang dirunsingkan dalam novel nie adalah sikap Airen, kekasih gelap Jebat dulu merangkap sepupu Jebat. Selepas Jebat insaf, dia memang tak pandang pada Airen tu..airen je yang tehegeh-hegeh pada Jebat. Tiger pada mulanya macam kejam tetapi lama kelamaan Eric @ Tiger sudah mula insaf apabila dia kalah judi pada Yakuza di Hong Kong dan berhutang sebanyak 5 juta. hutangnya semua dibayar oleh Jebat dengan menjual semua harta Jebat termasuk kesemua kereta antik beliau. sebab tu, lama kelamaan Tiger mengaku yang dia yang mencederakan Hannah dan menyebabkan keguguran pada masa dahulu.
last bab cerita nie memang suspen, pada masa Airen menembak Jebat di tepi jalan dan Jebat pada masa itu gagahkan diri balik ke rumah berjumpa dengan Mastura untuk memberi sebentuk cincin kepada Mastura *kalau live depan mata mesti menangis scene neh*. lepas tu, mastura berteriak dan panggil ambulans. lepas tu, ada scene baca diari Jebat selepas pulang dari Tanah Perkuburan. masa tu Mastura dah mengandung 8 bulan kot. masa scene ini ingatkan Jebat yang mati sebab jebat ada cakap, bila dia dah tiada boleh baca diari dia. rupa-rupanya Jebat terselamat dan mastura sengaja baca diari Jebat. memang suspen..haha. *den gelak sendiri..hehe*. Airen pula bila dah tembak Jebat, diingatnya sudah mati lalu menjadi kurang siuman. bahaya betul.
pada sesiapa yang malas baca novel, tengok je Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Sharnaaz Ahmad (Jebat), Nelydia Senrose (Mastura), Iqram Dinzly (Aryan), Datuk Jalaluddin Hassan (Tok Ayah), Lisdawati (Hannah), Chew Kin Wah (Uncle Kwon), Adeline Tsen (Airen), Tony Eusoff (Tiger) dan Alex Yanz (Uwais). drama ini sebijik dengan novel tersebut. syabas kerana tidak mengubah plot cerita 100%! :)
link untuk membeli novel secara online: [link]
baca secara online: [link]
lovenota 1: cuti-cuti menghabiskan novel je
lovenota 2: kerja yang bertimbun dilupakan *dah macam pantun dua kerat*
mungkin nih takdir ku end game.
ReplyDelete