Sunday, March 16, 2014

Isu Copy Paste?



Sejak saya berblogger pada tahun 2008, memang isu ini susah kita nak elakkan. Ramai orang buat blog *correction: ramai blogger bersepah-sepah* sebab nak menjana pendapatan @ income semata-mata dari kebanyakan pengiklan terkemuka seperti #Nuffnang, #Churpchurp, #Advertlets, #Google, etc, dengan cara meng'copy-paste' artikel dari blog orang lain, lepas tu post di blog sendiri tanpa ada kredit dari blog asal. Tidak dinafikan saya pun ada melakukan aktiviti 'copy-paste' itu tapi saya hanya 'copy-paste' artikel dari akhbar-akhbar online, facebook sharing kawan-kawan tetapi TIDAK PERNAH meng'copy-paste' dari blogger lain. 

Disebabkan saya sudah bengang, saya men'disable'kan fungsi 'copy-paste' dari blog saya *harap maaf*


Sebab apa saya buang fungsi copy-paste? saya begitu bengang disebabkan beberapa orang blogger yang sesuka hati meng'copy-paste' artikel yang saya sendiri research mengenai "Kehilangan Pesawat MH370" tempoh hari. Saya mendapat artikel itu dari akhbar online seperti Berita Haria, Sinar Harian, Harian Metro, Kosmo, Berita Awani dan Utusan. Kemudian saya meringkaskan dan menghimpunkan semua berita mengenai #MH370 di dalam blog saya untuk tatapan pembaca-pembaca lain. Tetapi ada pula blogger lain yang mengambil kesempatan dengan meng'copy-paste' artikel saya tanpa ada kredit dari blog saya. dah ditegur tak minta maaf pula. *ego ke takut?*

banyak feedback yang saya dapat dari pembaca lain. ada yang mengatakan,

  • biar je laa che balqis woiiiii..same same laa kita share cerite ni..maapkanlah tuan punye blog ni..wokay???????? - bukan blogger
  • xpayah la nk kecoh2 sgt copy paste ke apa..orang nak tahu cerita..bukan siapa yang tulis. adoi ai... ni ler hal kecik di besar2kan... - bukan blogger
  • kesian Cik Balqis. admin kena lah prihatin, bagi kredit sikit kat tuan punya yang asal. ini isu harta intelek, kena faham sikit. jangan main share sahaja. - blogger tak aktif
  • paham harta intelek..tapi perkara sebegini lebih baik dikecualikan..biarlah siape2 yang share. jangan terlalu obses dengan kredit la atau nama. - blogger suam-suam kuku

nampak tak perbezaan komen antara bukan blogger dan blogger? saya di sini bukannya obses dengan nama @ kredit seperti yang dikatakan oleh "blogger suam2 kuku" itu. saya tak hairan la dengan nama ataupun kredit. ini adalah penat lelah saya..hasil saya. boleh je share tetapi kredit ke arah saya. *saya dah disable fungsi copy. malas nak bagi share dah* dan kepada "bukan blogger", bukan nak kecoh sangat! cuba awak rasa menjadi blogger seperti blogger ternama seperti Red Mummy dan Ben Ashari. cuba awak buat artikel sendiri dan tersebar tanpa nama anda. saya rasa anda pun akan mengamuk jugak. lihat komen "blogger tak aktif", walaupun sudah tidak aktif tetapi dia pun sendiri memahami selok belok dunia blogger. syabas diucapkan :)

Sebenarnya, saya tidaklah terlalu marah *cuma geram sedikit* dengan tindakan beberapa blogger ini. Tetapi, kalau nak jana pendapatan dari blog pun kena juga melihat dari segi etika dan moral. Perlu ke anda meniru dan meletakkan artikel orang lain di blog anda? Apa pula yang terjadi jika 'Admin blog asal' yang anda tiru itu tidak menghalalkan sumber trafik dan income yang anda dapat dari 'artikel tiru' itu? Halalkah duit yang anda dapat itu? Anda jawab lah sendiri ye.

Ada banyak cara yang anda boleh buat kalau betul-betul nak berkongsi artikel dari blogger lain. Yang paling saya rasa boleh dilakukan ialah anda dibenarkan untuk copy artikel blogger lain tetapi hanya copy sedikit sahaja dan terus link kepada artikel yang sebenar. mungkin dengan cara ini, blogger asal tidaklah terasa marah, bengang sampai maki hamun, etc, kepada anda. Bila blogger asal dah mengamuk, baru nak minta maaf. Masa anda copy tu tak terfikir ke perasaan blogger asal? *kalau kat sekolah, aku mesti cakap, TAK ADA KESEDARAN SIVIK LANGSUNG!*. 

teringat dengan kata-kata Goo Joon Pyo @ Lee Min Ho dalam 'Boys Over Flower, #BOF': "kalau dengan hanya meminta maaf, kenapa dunia ada polis? kenapa ada mahkamah dan undang-undang? kalau buat kesalahan senang-senang je nak minta maaf?"

sebenarnya, anda berblogger sebab apa?


lovenota 1: masih dalam emosi geram sebenarnya
lovenota 2: tapi dah disejukkan sedikit disebabkan cuaca hujan hari ini. Syukur pada-Mu.


No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®