Wednesday, March 19, 2014

Keputusan STPM Tahun 2013



Purata lulus kebangsaan meningkat dari 92.67% kepada 96.75% (53,422 calon) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013. Seramai 492 pelajar daripada 55,214 calon mendapat purata gred komulatif (CGPA) 4.0 dalam peperiksaan STPM 2013. Sementara itu, lapan pelajar meraih 5A dan 460 pula mendapat 4A pada peperiksaan berkenaan.  

Keputusan Keseluruhan STPM 2013 bagi setiap negeri

SEREMBAN: sejumlah 20 pelajar cemerlang iaitu 1.14% calon di Negeri Sembilan memperoleh PNGK 4.00 dalam STPM 2013. Pengarah Pendidikan negeri Datuk Kalsom Khalid berkata mereka terdiri daripada lima orang calon jurusan sains manakala selebihnya (15) orang calon jurusan sastera.

KUALA TERENGGANU: sejumlah tujuh daripada 3,002 calon di Terengganu memperoleh keputusan empat prinsipal dalam semua mata pelajaran yang diambil. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Hashim Mohd Zin berkata secara keseluruhan, pencapaian STPM 2013 merupakan keputusan yang cemerlang berbanding pada 2012. "Dari segi lulus penuh empat mata pelajaran juga turut meningkat sebanyak 17.07% berbanding tahun lepas apabila sejumlah 1,757 calon lulus penuh empat mata pelajaran berbanding tahun lepas hanya 1,236 menjadikan peratus lulus empat mata pelajaran tahun ini sebanyak 58.53%,".

MELAKA: Pengarah Pendidikan negeri Md Rashid Hussin berkata sejumlah 940 calon atau 61.56% memperoleh keputusan empat prinsipal, menyaksikan peningkatan sebanyak 9.5% berbanding 52.06% pada 2012. 1,505 calon mencatat keputusan lulus penuh tahun lepas berbanding 1,198 orang pada 2012, meningkat sebanyak 1.87%.

KUANTAN: Pengarah Pendidikan Pahang, Rosdi Ismail berkata sejumlah 2,893 calon atau 97.97% memperoleh kelulusan penuh iaitu mendapat sekurang-kurangnya satu mata pelajaran lulus penuh.

PULAU PINANG: sejumlah 61 daripada 3,208 calon STPM memperoleh keputusan cemerlang PNGK 4.0. Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata pencapaian itu merupakan peningkatan sebanyak 0.06% berbanding tahun sebelumnya, yang menyaksikan 42 calon memperoleh PNGK 4.0. Sebanyak 14 sekolah berjaya mencapai kelulusan 100% selepas semua pelajar yang mengambil STPM memperoleh keputusan lulus dalam semua subjek.

KOTA BHARU: sebanyak 23 sekolah mencatat kelulusan 100% dengan 15 calon dipilih sebagai pelajar terbaik STPM 2013 berbanding hanya empat pada 2012. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Hussain Awang berkata pelajar terbabit memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil selain mencatat PNGK 4.0.

IPOH: sejumlah 69 daripada 5,276 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil selain mencatat PNGK 4.0. Pemangku Pengarah Pelajaran negeri Mohd Idris Mohd Ramli berkata pencapaian itu menyaksikan peningkatan sebanyak 0.09% berbanding tahun sebelumnya dengan 51 calon.

JOHOR BAHRU: Timbalan Pengarah Pendidikan Johor Hasidin Zaini berkata sejumlah 70 calon di negeri itu memperoleh PNGK 4.00 iaitu 38 calon aliran sains dan 32 calon aliran sastera.

KANGAR: Pengarah Pendidikan negeri Dun Kasa berkata pencapaian meningkat berbanding tahun 2012. Dari segi peratusan, Perlis mencatat 96.71% atau 618 calon lulus sekurang-kurangnya satu Prinsipal iaitu peningkatan 0.89 peratus berbanding 95.82 peratus pada tahun sebelumnya.

ALOR SETAR: peratus calon yang lulus penuh ialah sebanyak 98.22% atau 3,983 calon berbanding 3,431 calon atau 93.79% pada 2012. Pengarah Pelajaran negeri Datuk Mansor Lat berkata sebanyak 33 sekolah mencapai keputusan 100% lulus penuh termasuk 17 dalam kategori luar bandar.

KUCHING: Sejumlah 39 daripada 6,142 calon sekolah kerajaan di Sarawak memperoleh keputusan cemerlang PNGK 4.0, menyaksikan peningkatan berbanding 20 orang pada 2012. Pengarah Pendidikan negeri Datuk Abdillah Adam berkata sejumlah 1,360 calon memperoleh PNGK 3.00 ke atas berbanding 981 orang pada 2012.

SABAH: sebanyak 35 sekolah mencapai kelulusan 100% dengan 15 pelajar memperoleh PNGK 4.00. Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Jame Alip berkata 7,213 daripada 7,515 calon (atau 95.98%) memperoleh kelulusan penuh berbanding 89.44% pada tahun sebelumnya.

LABUAN: keputusan STPM 2013 menunjukkan peningkatan 10.73% dengan 96.64% pelajar lulus penuh berbanding 85.71%s pada tahun sebelumnya. Pengarah Pendidikan Labuan Mistirine Radin berkata daripada 119 calon yang menduduki peperiksaan itu, sejumlah 115 orang lulus penuh berbanding 84 pelajar yang direkod pada 2012.

SELANGOR: Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mahmud Karim berkata sebanyak 96.53% daripada sejumlah 5,749 calon memperoleh kelulusan penuh bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan STPM tahun lepas. keputusan itu meningkat 1.68% daripada 94.85% pada 2012 dengan 99 calon mendapat keputusan cemerlang lima Prinsipal. seorang calon memperoleh keputusan cemerlang semua A bagi lima mata pelajaran manakala 59 calon pula mendapat semua A bagi empat mata pelajaran dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan 4.0. gred purata negeri bagi keputusan STPM kali ini juga meningkat kepada 2.52 mata berbanding 2.35 pada 2012.

Lima sekolah yang dinobat sekolah terbaik STPM 2013 ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah; Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katolik, Petaling Jaya; SMJK Yoke Kuan, Sekinchan; SMK Kepong dan SMK Batu 8, Puchong.

Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang menerima Anugerah Sekolah Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 kerana mencatat prestasi terbaik dalam peperiksaan itu dengan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) 3.42. 


Keputusan sekolah saya pun meningkat. Syabas diucapkan!



Saya tidak mengambil STPM tetapi pernah mengalami suasana Tingkatan 6. Sebelum saya masuk ke Matrikulasi Gopeng, Perak (KMPk) *i am proud to be KMPk*, saya sempat masuk Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi, Port Dickson (STPD) atau dikenali sebagai High School Port Dickson. Saya mendapati subjek STPM memang sangat susah daripada matrikulasi. Sebab tu saya 'salute' pelajar-pelajar STPM. Syukur jugak saya dapat pengambilan kali kedua @ second intake di Matrikulasi. :)



lovenota 1: saya rindukan zaman persekolahan.semua orang pun begitu, bukan?
lovenota 2: percaya tak, zaman persekolahan saya sangat2 nakal. hehe :P

3 comments:

  1. Congratulations to all the candidates!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. wah teringatnya zaman amik keputusan spm dulu. hehehee

    ReplyDelete
  3. Hahahaha .. Thanks akak balqis ;) .. sebenarnya STPM tidak susah mane sebab menjadi ianya sukar kerana apabila kita masuk ke tingkatan 6 .. pemikiran dan akal fikiran kita dilatih untuk menjadi lebih matang terhadap soalan soalan yang diberikan ..

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®