Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday # 6



canggih betul kan..
*speechless*

p/s: kalau betul ada..budak2 sekolah la yg paling suke..mesti bawak calculator tiap2 hari..cikgu matematik pun hepi sebab student semua bawa kalkulator pegi sekola..hikhik XD

Read More »

Wednesday, September 12, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025)


Sebagai gantian kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancarkan oleh YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007.
Muhyiddin menjelaskan semasa pembentangan pelan PPP bahawa ia dirangka menerusi jelajah dialog di seluruh negara dimana 7,039 syor diterima dan 12,000 peserta ambil bahagian.

Selain itu sebanyak 156 memorendum diterima dari pelbagai individu dan pertubuhan.
Muhyiddin menyifatkan  PPP adalah satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan harapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.
Menurut beliau pelan itu sasarkan enam aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi-bahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Pelan ini berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula sistem pendidikan ini telah dilakukan dengan amat teliti dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa:

Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal. Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris:

Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard ditetapkan akan mengikuti latihan intensif. Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula, Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai:

Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.

4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan:

Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang sudah ada dalam sistem, Kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah:

Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan:

Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-jurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai Januari 2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula Januari 2014.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran:

Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.

8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran:

Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.

9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta

Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Kementerian juga akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai penganjur.

10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan:

Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun, Kementerian akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.

11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam:

Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian.  Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan ditertbitkan utntuk tatapan umum mulai 2013.

Kesimpulan:
Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang berfokuskan akses, kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan untuk memacu perlaksanaan pelan ini.

download draf awal: [link]

Read More »

Tuesday, September 11, 2012

Triad - Ratu di Hatiku OST Drama Adam dan Hawa


seriously cik balqis dah gilakan lagu ini! 
wahhh..sampai buat caller ringtones..
dengar lagu ini tiap2 masa..sah gila..haha~

uolss layan lagu ini yer..
dari kumpulan Triad - Ahmad Dhani :)

Triad - Ratu di Hatiku




Pernah aku mencintai wanita
Tapi tak seperti saat ku mencintaimu
Pernah aku merindukan wanita
Tapi tak seperti saat ku merindukanmu

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku


Pernah aku menikmati wanita
Tapi tak seperti saat ku menikmatimu
Pernah aku menangisi wanita
Tapi tak seperti saat ku menangisimu


Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku


Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku

Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku





Read More »

Monday, September 10, 2012

Lagu OST Adam Dan Hawa Astro Mustika HD


mesti ramai yang tercari-cari lagu yang dimainkan di dalam Drama Bersiri Adam dan Hawa kan? cik balqis sendiri mengagau cari lagu-lagu tersebut..paling suka lagu dari TRIAD..memang best la..jadik faveret plak! :D

so, uolss boleh download lagu OST drama Adam dan Hawa mengikut link di bawah:

Read More »

Friday, September 07, 2012

Drama Bersiri Adam dan Hawa

sekarang nie adalah fenomena orang gilakan drama bersiri Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa' yang ditayangkan di Astro Mustika Saluran 134 HD pada setiap hari Isnin - Khamis jam 10 malam.


drama ini adalah diadaptasikan dari sebuah novel yang ditulis oleh penulis kesukaan cik balqis jugak, Aisya Sofea

[klik pada gambar untuk membaca sinopsis drama Adam dan Hawa]

kat rumah takde astro mustika HD..ade mustika biase je..so cik balqis pun tercari2 sumber untuk menonton secara online drama Adam dan Hawa nie..

ada 2 sumber yang boleh anda tonton atau download drama Adam dan Hawa:




dua sumber ini memang boleh dipercayai..bukan spam or menipu macam sumber2 lain..
so siapa yang belom menonton silakan yer! cik balqis pun dah tengok sampai yang terkini (n_n)v

1 scene yang disukai oleh cik balqis..

"emm emm emm"

adam mukhriz berpura2 tak tahu ain hawani kena teman dia beli barang tadika..
comel giler muka aaron aziz..

tak sabar nak tengok sampai habis episod!


Read More »

Wednesday, September 05, 2012

Friends



cik balqis nak cerita 1 story..kisah benar..
cik balqis ada seorang kawan lelaki..namanya Mr.F..
we had been frens about 3 years tak lama lagi..
we sharing macam2 hal..tentang kerja..kisah cinta..family..hobbies
and a lots la..kami jadi kawan baik..a gud frens..

one day he got a new girlfrends..awek baru..paramugari..stewardess..
i'm hepi for him..sebab lama gila dia nak sembuhkan hatinya dari luka dari ex die dulu..saya cuba macam2 untuk buat dia hepi semula dulu..memang susah..macam2 cara kot..tapi liat sungguh hati die..hehe!

now he dah ada gf..tapi yang tak bestnye gf die tak suka saya..tak suka saya rapat dengan dia..padahal saya dengan Mr.F dah memang lama kawan pun..what to do kan..his gf tak sukakan saya..saya kena la terima..lagipun siapa saya kan..

his gf message me in fb..bagitahu yang mereka akan berkahwin bulan November ini..i'm happy for them..tapi yang xbestnye his gf cakap saya ada hati dengan Mr.F..memang saya ada hati tapi ada hati itu tak bermakna saya cintakan dia..saya anggap Mr.F nie hanya sebagai kawan je..tak lebih dari itu..huhu~
btw i kan dah ada Mr.Izwan [he will coming dis saturday..hepi3!!!]

Mr.F, i bukan nak marah u..tapi kita dah tak berkawan macam dulu lah..i dah xdpt nak sharing dengan u lagi..its really painful..
u are really good-man..childish..comel..suka bergurau..manja..im really heppy bila i dengan u..banyak berkongsi rasa n pendapat..everything~
i will miss u a lot..thanks for being a gud frend this before..i doakan u will hepi with ur future wife to be..semoga berbahagia ke anak cucu..amin~

Friendship isn’t a big thing – it’s a million little things.
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®