Monday, June 24, 2013

Port Dickson catat IPU berbahaya

Jerebu di Muar bertambah baik, Port Dickson pula catat IPU berbahaya


Keadaan jerebu di Muar bertambah baik apabila Indeks Percemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 148 pada jam 7 pagi tadi. Keadaan itu berkurangan berbanding 578 pada jam 10malam tadi. Sementara itu, Port Dickson pula mencatat IPU berbahaya dengan 335 sehingga jam 7 pagi tadi. 

Berikut ialah sebahagian bacaan IPU pagi ini: 

Port Dickson                                    335 

Pelabuhan Klang                               296 

Bukit Rambai                                   260 

Kemaman                                        249 

Petaling Jaya, Balok Baru (Kuantan)   198 



sumber: bharian



ohh..okey, PD pulak yang bahaya! *mak abah tolong la jaga kesihatan..huhu*. Nasib baik semua seolah di Port Dickson ditutup pada hari ini. bacaan IPU pun sangat tinggi *menakutkan*. keadaan Gemencheh pun da ok sikit kut walaupun ada putih2 macam di Cameron Highlands orang kato..hihi.

[updated: perkembangan terkini jerebu 24 Jun 2013]


lovenota 1: jaga kesihatan anda. 
lovenota 2: mood tak ada sangat hari nie..apesal la..hurmm~

Read More »

Sunday, June 23, 2013

Sekolah ditutup Esok (24 Jun 2013) akibat Jerebu

[updated (24 Jun 2013): link perkembangan jerebu terkini]

Jerebu: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup esok

Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok selepas dinasihatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini

sumber: bharian

Semua sekolah di Port Dickson ditutup esok

SEREMBAN - Semua sekolah termasuk sekolah agama, tabika dan tadika di daerah Port Dickson dekat sini ditutup mulai esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai paras bahaya iaitu 304.

sumber: sinarharian, bharian

Jerebu: 313 sekolah di Melaka ditutup mulai esok

Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron berkata sehingga jam 2 petang semalam, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Bukit Rambai mencecah 456 manakala Bandaraya Melaka, 397. 

"Selepas mendapati bacaan IPU meningkat dua kali ganda dalam tempoh 24 jam, kita tiada pilihan selain menutup sementara 313 sekolah rendah dan menengah di seluruh Melaka bermula esok (hari ini). 

"Penutupan sementara adalah sehingga diberitahu kelak dan notis pembukaan semula sekolah akan dikeluarkan sebaik saja IPU bertambah baik," katanya pada sidang media khas mengenai perkara itu di sini, hari ini.

sumber: bharian

Jerebu: 117 sekolah di Kluang, Batu Pahat ditutup

Sebanyak 117 sekolah rendah dan menengah di daerah Kluang dan Batu Pahat membabitkan 134,872 pelajar masih ditutup berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang masih ditahap tidak sihat. 


Selain itu, sebanyak 110 sekolah membabitkan 39,681 pelajar di Segamat menjadi daerah terbaru di Johor yang ditutup apabila IPU mencecah 400. 

Bagaimanapun, semua 300 sekolah rendah dan menengah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang, yang ditutup sejak Khamis lalu akibat jerebu, mula dibuka semula hari ini (Isnin)

sumber: bharian

Jerebu: Semua tadika di Melaka diarah tutup mulai esok

Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron berkata ia membabitkan semua institusi itu termasuk Tadika Perpaduan, KEMAS dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta milik swasta.

sumber: bharian

Jerebu: MB Pahang arah sekolah di Kuantan ditutup

KUANTAN 23 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup sehari mulai esok sehingga dimaklumkan kemudian


sumber: utusan

******

semakin banyak sekolah ditutup ekoran jerebu yang semakin berleluasa sehingga ke Selangor dan Kuala Lumpur. Melaka pun dah diberi cuti. Port Dickson pun tutup jugakk. *haduyai~*. tadi pun mak Qis mesej, "esok sekolah kakak tutup tak?". mak nie, advance betol..hahaha. area Gemencheh still ok walaupun berdekatan dengan Melaka. tapi tak tahu la esok macam mana kan? lagipun sehari nie tak keluar rumah, tak tengok langsung macam mana keadaan luar tuh *mengular je dalam rumah..best!*. 

meh tengok lawak jerebu [link]

[updated: sudah disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia]


lovenota 1: ramai budak2 taha nak sekolah tutup esok..ishk3
lovenota 2: den kato kat diorang, "mimpi laaa sekolah nak tutup..haha!"


Read More »

Penjawat awam terima faedah pemindahan gaji 1 Julai


Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan penjawat awam akan menerima pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bulan depan. 


Menurut jabatan itu, jumlah pemberian faedah pemindahan gaji berkenaan pada 1 Julai depan akan dikira dengan kadar satu KGT mengikut gred jawatan atau gred gaji masing-masing.

sumber : berita harian

Untuk memuat turun pekeliling faedah pemindahan gaji kakitangan awam berhubung insentif khas KGT bagi Julai 2013: [link]

sesiapa yang kurang jelas mengenai faedah pemindahan gaji, sila rujuk pada penerangan di laman web JPA: [link]

Tahun 2013 ini, kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan awam adalah sebanyak dua kali iaitu:

  • Kenaikan Gaji Tahunan Biasa (KGT) : April , Januari, Julai, Oktober (2013)
  • Kenaikan Gaji Tahunan Khas : 1 Julai 2013
  • Kenaikan Gaji Tahunan Biasa : April, Januari, Julai, Oktober (2014)

  • lovenota 1: yeayy!! alhamdulillah~
    lovenota 2: nak tukar kereta la camnie..hihi :P

    Read More »

    Friday, June 21, 2013

    Kata-kata Cinta dalam Drama TV3 Lestary Kisah Cinta


    *kata-kata madah pujangga @ kata-kata cinta ini dipetik dari Drama Lestary Kisah Cinta*

    Setiap Pertemuan Pasti Ada Kisahnya..

    "dalam badan kita banyak air, tapi bila terluka darah yang akan mengalir
    dalam hati kita banyak darah, tapi bila terluka air mata yang akan mengalir"

    "Ini kisah cinta, cinta yang tak dapat kita lihat dengan mata tapi rasa di hati, cinta yang penuh dengan kesabaran, tapi ini bukan kisah cinta saya"

    "Sedalam mana pun cinta kita terhadap seseorang, tak semestinya dia akan membalas cinta kita, usaha macam mana pun, tunggu sampai bila pun, kalau dia bukan untuk kita, it's never going to happen. Even if it does, it will only come back to haunt us"

    "Penyesalan seringkali berakhir dengan keinsafan. Tapi tak bererti sayang itu terhenti. Buat yang merintih kerana cintanya hilang, senyumlah. it's just another day kerana cinta itu tak pernah bersifat abadi"

    "Kadang-kadang sebuah jawapan itu mendatangkan lebih banyak persoalan. Tak semestinya kita akan suka pada jawapan yang kita cari. 
    Untuk mereka yang selalu tertanya, brace yourself with reality. 
    Pada yang menjawab, choose your words wisely. 
    Tapi buat mereka yang memendam rasa, just remember, nothing can be hidden forever"

    "Pada mesra dan kesungguhan dia, kita akan tahu kalau orang itu sayangkan kita. And when they have stopped loving you, kita boleh buat-buat tak tahu. Sampai satu masa, kita terpaksa lepaskan mereka pergi. Tapi sebelum kita nak pertahankan apa yang kita rasa milik kita, ask ourselves..is it worth it?"

    "Cinta lari bila kita cari, dekat bila kita cuba nak lari. Bagi yang mengejar cinta.. Slow down live a little.. Pada yang kehilangan cinta.. move on, don't look back..dan pada yang baru mengenal cinta.. This is just the begining.."

    "Hidup ini penuh dengan kebarangkalian... tak kisahlah walau sekecil mana pun kebarangkalian tu, kalau ia mendatangkan kebahagiaan, it is more than enough" 

    "surprises, surprises, ada kejutan yang boleh buat impian kita jadi kenyataan, ada yang boleh jadi mimpi ngeri. Everybody loves surprises"

    "cinta ni macam api, api yang boleh tenangkan sejuk yang menyeksa hati kita atau api yang boleh terus bakar kita sampai hilang punca, we can never really tell"

    "Family..walaupun tak semua bahagia, kita masih memerlukan keluarga..dalam kesusahan, mereka yang akan muncul untuk selamatkan keadaan, mereka yang sanggup buat apa saja untuk menolong kita, tapi family..can also be our biggest downfall.."

    "Semakin dalam perasaan sayang kita pada seseorang, semakin berat dugaan kita, tak kiralah pada kekasih, pada keluarga ataupun pada sahabat, dugaan akan datang bila-bila masa saja.. and we will never be ready for it.."

    "Lumrah sifat manusia, kalau boleh hendak segala hasratnya tercapai, kita tamak dengan segala kemahuan. tanpa kita sedar yang sebenarnya tiada ruang untuk kesemua keinginan hati. We can't simply have everything we want, where would we put it all??"

    "Kadang-kadang kita berada di tempat yang sangat tinggi sehingga kita lupa satu hari kita akan jatuh juga dan segala harapan yang ada akan musnah, just like that. Dengan sekelip mata, kita hilang segalanya. That's the thing about hope, it breeds eternal misery"

    "Orang kata kebenaran itu menyerlah bila kita marah, begitu juga penipuan. Sehebat mana pun penipuan itu, ia tidak akan kekal..tutup macam mana pun, the truth will eventually prevail. Penipuan itu hanya salah satu jalan..jalan sementara untuk melambatkan apa yang bakal jadi nyata..after all didn't they say the truth will set you free?"

    "Kita tak boleh lari dari kesilapan..what is done can never be undone..tapi kita boleh belajar dari kesilapan, masih ada lagi masa untuk betulkan apa yang salah, ubah jadi orang yang lebih baik,. It's never too late, or is it?"


    jangan salahkan PERPISAHAN..sebaliknya sesali PERTEMUAN kerana tanpa pertemuan, tidak mungkin perpisahan terjadi...tapi hargailah pertemuan kerana itulah PERMULAAN bagi segala-galanya.





    nak download OST Drama Kisah Cinta dan tonton secara online drama Kisah Cinta boleh klik pada kat sini: [link]


    lovenota 1: sangat2 sweet ayat2 nie kan? :)
    lovenota 2: lagi sweet tengok drama nie..dijamin tersengih2 sehingga ke mimpi :P


    Read More »

    Thursday, June 20, 2013

    Penutupan sebahagian Sekolah-Sekolah Daerah di Johor Berikutan Jerebu

    Tuan,

    Dengan segala hormatnya perkara di atas dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013 Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan Dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal adalah dirujuk.
    2.            Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Daerah Pasir Gudang yang berada di paras berbahaya, adalah dimaklumkan sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang diarahkan ditutup (Cuti Berganti) pada hari Jumaat, 21 Jun 2013 (sesi pagi dan petang). Cuti berkenaan adalah melibatkan semua guru dan pelajar. Cuti bagi kakitangan sokongan sekolah adalah bergantung kepada pertimbangan dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.
    3.            Pihak sekolah dipohon untuk menyediakan langkah penyebaran maklumat yang proaktif dalam menyampaikan maklumat ini kepada guru dan penjaga. Pihak sekolah juga disaran untuk bersedia bagi menghadapi kemungkinan kehadiran pelajar ke sekolah pada awal pagi hari yang terlibat.
    Segala perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
    Sekian.

    *******************

    JOHOR BAHRU: Semua sekolah di daerah Muar dan Ledang diarahkan ditutup selama dua hari mulai hari ini akibat jerebu yang mencapai tahap berbahaya.

    Arahan dikeluarkan Pejabat Pelajaran Daerah mulai jam 11 pagi ini selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 383. Mengikut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 11 pagi ini, Kota Tinggi turut mencatatkan tahap sangat tidak sihat dengan IPU 232 iaitu meningkat berbanding 211 yang dicatatkan pada jam 7 pagi. 


    Pasir Gudang dan Larkin Lama iaitu kawasan bandaraya Johor Bahru pula mencatatkan tahap tidak sihat dengan catatan IPU 199 dan 181.

    Sementara itu, Pengarah Pendidikan Johor, Mohd Nor A Ghani, berkata seramai 76, 940 murid serta pelajar membabitkan 211 sekolah rendah dan menengah di Muar diarahkan bercuti bermula hari ini akibat masalah jerebu yang kini berada pada tahap bahaya.



    sumber: berita harian



    ***************************
    BATU PAHAT: Semua sekolah di Batu Pahat telah diarahkan untuk ditutup selama dua hari berikutan kemerosotan kualiti udara di daerah ini.
    Jabatan pendidikan daerah mengeluarkan notis kepada semua sekolah-sekolah berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang melebihi 300, yang dianggap berbahaya.
    Di SJK (C) Ai Chun (2), guru sekolah dilihat berdiri di luar sekolah, memberitahu ibu bapa pelajar sesi petang berhubung penutupan sekolah.
    Guru Besar Ho Weng Tack berkata sekolah itu menerima arahan daripada pejabat daerah pada tengah hari supaya menutup sekolah pada hari Khamis dan Jumaat untuk kesihatan dan keselamatan pelajar.
    "Sekolah ini sedikit huru-hara hari ini kerana kita sibuk memaklumkan kepada ibu bapa, menghantar mesej teks dan dalam masa sama mengendalikan pelajar sesi pagi," katanya ketika ditemui di sekolah itu di Jalan Mohd Khalid.
    Ho berkata sekolah-sekolah akan menunggu notis selanjutnya daripada jabatan pendidikan berhubung kelas gantian.
    sumber: mStar

    keadaan jerebu sekarang berada di tahap yang membimbangkan *yelah, sampai sekolah kat Pasir Gudang, Muar, Ledang, Batu Pahat ditutup sebab jerebu nie. tapi rasanya semua sekolah dapat cuti esok kut*. dilaporkan indeks pencemaran udara (IPU) sudah melebihi 100, yang dianggap tidak sihat di sesetengah negeri Johor, Melaka dan Selangor. Singapura pun terkena jugak jerebu nie *sampai kawan cakap, dah tak nampak singapore dari Pasir Gudang tu..hehe*. bagi yang tak tahu, jerebu nie terjadi sebab kesan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia



    tak silap Qis la, masa tahun 90-an *tahun bila tu Qis pun dah lupa..hehe!*, ada kes jerebu yang amat teruk di seluruh Malaysia. sampaikan kena pakai mask kalau pergi sekolah. tapi yang Qis ingat, masa tu Qis masih lagi sekolah rendah kat Miri, Sarawak. itu adalah jerebu yang paling teruk berlaku sepanjang hidup saya la~



    nak tahu perkembangan terkini mengenai indeks pencemaran udara (IPU), boleh ke web berikut: [link]

    updatedLebih 200 sekolah di Muar, Johor hari ini (21 Jun 2013) diarah tutup buat sementara berikutan bacaan IPU mencatat paras bahaya iaitu 383.

    [updated : sekolah yang ditutup esok (24 Jun 2013) - link]


    lovenota 1: untung laa budak2 Johor dapat cuti esok kan~
    lovenota 2: tapi yang tak bestnya cuti berganti..hikhik! XD


    Read More »

    Past, Present and Future


    yesterday is history. Today is the present and tomorrow is the future

    hear the past, see the present and touch the future

    for the past, i am trying to forget everything. all about the crisis. all about them. all about what happen. memang perit nak lupakan, tapi kita mesti move on. tak perlu kita nak toleh ke belakang semula. there is no need to do that. 

    for the present, today i got a new spirit from the conversation last night. i will let all of this gone by gone. i will give a time to recover. we call it, recovery process. haha

    and for the future, saya doakan yang terbaik untuk semua ini. Allah swt da tulis takdir untuk kita semua. so, kita kena hadapinya dan terima takdir dengan hati yang terbuka. this is all God's faith. just follow the flow, wallahu'alam.


    lovenota 1: i need u afterall happen.
    lovenota 2: no more crying ok. be strong and good girl! :)


    Read More »
    Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®