Saturday, July 27, 2013

Kenangan Tahun 80-an dan 90-an


kalau kita imbau kembali kenangan kita zaman2 dulu, mesti rasa seronok kan? macam2 kita buat tapi kanak2 zaman sekarang tak buat dah. betul tak? :D














































antara banyak2 gambar kat atas, mana yang paling memberi kesan nostalgia kat korang? meh komen meh..hihi :P

lovenota 1: saya buat semua gambar di atas..haha
lovenota 2: rasa macam nak kembali ke zaman kanak-kanak je kan?


Read More »

Friday, July 26, 2013

Despicable Me: Minions!


Minion Madness! Minion Craze!
ramai orang kat malaysia nie rasanya tengah gilakan patung Minions kan? *siap ada yang sanggup jual beli patung Minions..dasat!


sesiapa yang gilakan Minions boleh dapatkan Happy Meal dari McDonalds *pakej kanak2 ye..bukan dewasa punye..haha* selagi stock masih ada lagi sehingga 31 Julai 2013.


produk-produk Minions yang lain:

game minions pun dah ada. boleh download di store smartphone anda ye *hehe*
*den dah main game nie..best jugak taw..tett~*


dan produk terakhir minion ialah:


eh eh..salah2..itu sudah diphotoshop..haha! *btw tahniah kepada the Duke and Duchess of Cambridge, Prince William dan Kate Middleton yang dah mendapat seorang bayi lelaki, George Alexander Louis atau gelarannya Prince George of Cambridge*


lovenota 1: tak pening ke tengok Minions? kuning sangat la..sakit mata! haha
lovenota 2: tak sempat lagi tengok cerita nie..best ke? :P


Read More »

Thursday, July 25, 2013

Putus Cinta

muqaddimah sket :P


Putus cinta ye? huhu. same la dengan kite *buat suara Boboi*

apa yang nak kena buat? ohh, senang je. lupakan semua. haha!
betul, Qis buat macam tu. lupakan. tak guna ingat pada orang yang tak ingat kita.

"senangnya cakap! lupakan? ingat senang ke? cakap senang la!"

sokayyy. memang cakap senang, buat susah. 1st day lepas clash memang susah, tapi lama2 ok jugak kan? haha.

yelah, Qis nak share tips sikit la kalau benda nie terjadi kat uolss:

1. Menangis sepuas-puas hatinya.
nangis jer, tak ada siapa nak marah pun. lepaskan semuanya melalui air mata. memang lega la lepas tu kan? *saya kuat menangis jugak..hehe*. lelaki selalu cakap diorang tak suka tengok perempuan menangis sebab itu tanda kelemahan. biaq pi depaa la. tak perlu nak takut untuk menangis. teruskan.

2. Ingat pada orang lain
bukan suruh ingat scandal2, anak2 ikan yang lain..bukann! maksudnya, ingatlah pada orang yang tersayang seperti ibubapa, adik2, saudara-mara, kawan2 rapat, scandal2, anak2ikan, anak2 ayam, kekasih gelap..sebab mereka masih lagi menyayangi anda. 

3. Jangan stalker!
ohh..lepas clash mesti nak tau perkembangan terbaru ex kan? tak payah! buang mase! tak ada faedah. biaq pi depa laa. tak perlu nak stalk facebook, blog, twitter, instagram, tagged, tumblr, *semua segala bagai la* kalau ada wechat, whatsapp, line, kakao talk, viber, *semua aku sebut ha*, buang je, block diorang. abes cite. unfriend je depa tu, buang semua connection dengan depa. benda nie hanya melemahkan korang je. nanti jadi "Ratu Air Mata" balik..aiseh.

4. Stay Single
eh, best apa single. tak ada nak pening2 kepala, DUIT tak habis, masa tak terbuang begitu saja, takde nak gayut2 tiap2 malam spend 3-4 jam, tak ada nak jaga hati orang tu dah. so, single je ok? kalau jumpa yang lain pun ok jugak. Fakta ada mengatakan 52% orang dewasa di dunia adalah bujang. so what tak ada bf/gf? tak mati pun kan?

5. Komunikasi
kalau rasa sunyi, call je mak ayah gayut dengan diorang. tak pun, kembali semula kepada teman-teman "hang out" korang dan buat aktiviti seperti dulu2. komunikasi juga penting supaya korang boleh luahkan apa yang korang rasa pada teman rapat anda, boleh mengadu..pinjam bahu satt kan. lepas tu, dah boleh gelak2 semua. fact, laughter is the best medicine.

6. Lakukan aktiviti fizikal
kalau yang perempuan, tau laaa kan ape aktivitinye...SHOPPING! walaoo! siapa laa yang tak suka shopping? haha. or boleh juga pergi gym, jogging, main bowling ke..riadah tepi tasik, laut, pantai, skodeng etc. so, comfirm tak ingat kesedihan di hati itu.

7. Sibukkan diri
bagi yang sudah bekerja tu..buat kerja banyak2. tunjuk kat depan bos yang anda sangat2 busy, lepas tu comfirm dapat anugerah APC kan? kalau student lagi, pergi study untuk paper supaya anda boleh score Dekan ye? boleh tunjuk lagak sikit depan kawan2 yang lain *riak betol..haha*.

8. Be Positive
sentiasa berfikiran positif. semua yang berlaku ada sebab, ketentuan takdir. jangan melawan Qada' & Qadar. semua ini adalah pengalaman dan pengajaran hidup. belajar dari kesilapan, jadi lebih matang dan persiapkan diri anda kepada "next cinta". You can move on with dignity.

Anggaplah putus cinta itu adalah satu "persinggahan" dalam kehidupan. berfikiran positif untuk menanganinya. mungkin dia bukanlah yang terbaik untuk diri anda. sesuatu yang terjadi ada kebaikan di sebaliknya. sebagai seorang Islam, kepadaNya kita mengadu apa yang tersirat di hati kita. telah tersurat dia bukan jodoh anda. mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya. putus cinta bukan pengakhiran kehidupan anda. hidup mesti diteruskan.


lovenota 1: saya sudah move on lama sebenarnya. suka betul berlakon konon2 keciwa. tett~
lovenota 2: nak cari anak ikan baru..scandal baru..etc etc. *poyo*

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®