Tuesday, March 10, 2015

Ubat Mujarab Ketika Sakit


Saya ingatkan saya larat pergi kerja pada pagi ini. Tapi disebabkan semalam saya bantai makan ubat demam, selsema, panadol, antibiotik, tahan sakit *jangan tiru macam saya, main sukahati makan ubat tanpa ikut nasihat doktor*, saya tak boleh bangun langsung. Rasa mengantuk, selsema yang teruk pulak tu. Saya membuat keputusan untuk ambil MC pada hari ini. Selepas telefon pejabat memberitahu yang saya MC hari ini, saya terus sambung tidur semula.

Siapa tahu ubat yang paling mujarab ketika kita sedang sakit dilanda selsema? 

Saya tahu kita harus amalkan doa ketika sakit, iaitu


Selain dari itu, kita harus rajin makan ubat yang diberikan oleh doktor. penting tu.

Bagi saya, masa demam nie la susah sangat nak telan nasi. Rasa kasar je kat mulut kan? Mula lah rasa nak makan benda yang pelik-pelik.

Lepas pergi klinik, saya pun belanja diri sendiri


Jangan meleleh air liur ye..hihi


lovenota : nak sambung tidur..zzzz


Read More »

Sakit dan Dugaan


Cuaca sangat panas hari ini..
rasa pening nak pitam je
balik rumah terus telan panadol..
tak lama selepas tu terus dapat selsema


Besar betul dugaan bulan nie
rupa-rupanya cik abe pun tak sihat jugak
kesian betul..huhu
kami selalu tak sihat secara berjemaah
nanti lepas kahwin mesti masalah kalau dua-dua demam..Hihi

Ini pun dah tak larat sangat
Nak sambung lena balik
semoga esok larat untuk berjuang demi anak bangsa
insyaAllah

Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah SWT. Maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh"


lovenota : sakit dan dugaan itu penghapus dosa


Read More »

Monday, March 09, 2015

Cinta itu Aneh



Cinta itu aneh. 
Sukar untuk ditafsirkan. 
Datangnya bukan dari paksaan, 
perginya pula tanpa kerelaan. 

Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. 
Ianya perlu dibelai dengan kelembutan 
bagi menyerikan lagi keindahannya. 
Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Cinta adalah api. 
Namun kita tidak akan pernah tahu 
sama ada api itu akan 
menghangat atau menghangus hati kita.

Jika dunia ini bukan milik kita
Biarlah di mimpi tempat kita bersama

Maaf. Hati ini rindu
Tapi dia enggan menyapa
Ego.

♡《izsya1987》♡


lovenota : hari ini sunyi sekali, tidak seperti yang lalu


Read More »

Friday, March 06, 2015

OMG!! Katak!!!


Petang tadi hujan turun sangat lebat. Rasanya dah lama kawasan Gemencheh nie tak hujan disebabkan fenomena Ekuinoks yang merupakan satu fenomena apabila matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa selepas bergerak dari hemisfera selatan ke utara.  

Dipendekkan cerita, baru tadi terasa hendak ke tandas. Tiba-tiba kakiku kaku melihat satu lembaga yang keras berada di dapur. Oh tidakkk!!!!


arghhhhhh!!!! What is this creature doing here???? 

Lari lintang pukang jugak la tadi. katak tu pn terlompat-lompat, barangkali terkejut dengar saya menjerit kut. Weiii..apa nak buat nie?? Alamakkk!! Kalau ada orang lain kat rumah nie takpe jugak. Ini duduk sorang-sorang, geli la nak halau katak tuu!!! 

Benci betul. Sebab hujan lebat petang tadi la nie, katak tumpang berteduh. Tak sukerrr..huhu. saya bukan takut tapi geli..ewwww..meremang jugak bulu roma tadi. Huhu..

Saya hanya berkurung dalam bilik. pintu bilik ditutup, takut katak tu datang menziarahi saya di bilik kang. Biar katak tu keluar sendiri. pandai masuk, pandai-pandai keluar sendiri la ye. Aduduuu


Bagi saya, katak tak comel langsung. Urghh!!


lovenota : katak oh katak, kenapa kau menakutkan?


Read More »

Thursday, March 05, 2015

Geram Sangat!


Sepatutnya pemantau dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) datang memantau fail-fail akademik sekolah pada hari ini seperti surat arahan yang dikeluarkan oleh JPNS pada bulan Februari lepas. 2 minggu lepas jugalah saya busy mengemaskini fail terkini, iaitu memilih program yang dijalankan sepanjang tahun 2015, 2014 dan 2013. saya ada dua fail yang harus dikemaskini, iaitu fail Panitia Kimia dan Pemulihan Sains. dua fail tu pun rasa macam nak mati nak update sebab dah terlalu lama kedua-dua fail tersebut tidak dikemaskini oleh ketua sebelum ini. last update pun tahun 2012. so, kiranya saya jadi mangsa keadaan untuk mengemaskini dan mencari semula kertas-kertas program/aktiviti/latihan/LDP/post-mortem/dll untuk dimasukkan ke dalam fail. 

tetapi, pemantau tersebut TAK DATANG dan akan ditangguhkan pada satu tarikh yang lain! itupun tak tahu datang ke tidak nanti..

arghh!!!!! frust gila!!! frust sangat!


kenapa diorang tak datang hari nie???

why? why? why?

2 minggu aku menghambakan diri kepada kerja pentadbiran fail nie sampaikan : 
- tak keluar rumah, 
- tak balik kampung, 
- tak makan sedap-sedap, 
- tak shopping, 
- tak jalan-jalan cuci mata,


kejamnya! uwaaaa!

mesti korang cakap, 'eh bagusla pemantau tak datang. tak perlu nak bersiap sedia kena observe itu ini'. 

takk! makin lambat diorang datang, makin bertambah kerja den! *ini hipotesis*. kalau dia dah datang hari nie, diorang takkan datang dah untuk tahun ini kecuali ada apa-apa pemantauan lain dari kementerian. so, dah boleh relax sebenarnya. ini tidak! arghhh!!!

balik nie nak tidur puas-puas, bayar hutang tidur yang tak cukup sejak 2 minggu yang lepas. yang penting, cuti sekolah dah nak dekat! horayyy!!!


lovenota 1: cuti sekolah wajib cuti betul-betul. jangan on group telegram sekolah, jangan on whatsapp group sekolah, group polis, dll. cuti harus cuti..internet turut cuti. 
lovenota 2: indahnya dunia!


Read More »

Kenangan Silam


cinta jangan pernah kau coba pergi 
karna di sini ku butuh kamu 
cinta jangan pernah kau coba lari 
karna di sini ku ingin kamu


Ingatkan dikau pada waktu dulu,
semasa kita berdua sedang merenung 
bulan dan bintang di langit?
bulan dan bintang sentiasa bersama,
Aku tersenyum melihat sang bintang 
yang sentiasa menari sambil berkelip-kelip,
menggembirakan jiwa dan sanubari sang bulan,
begitu juga dengan dirimu,
yang sentiasa ada menggembirakan hatiku

Ikhlaskah kau kepadaku pada masa itu?


lovenota : aku rindu


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®