Friday, November 07, 2014

Simple Giveaway by BBWANA ADIENIA



Simple Giveaway by BBWANA ADIENIA

GA ini berlangsung selama 
06/11/2014-16/11/2014 

ada 5 hadiah yang menarik untuk para peserta

join segmen nie yer
klik pada banner di atas

arigatou!

Read More »

Segmen: Tell Us What You Think by MOMMYLIZZ



Segmen: Tell Us What You Think by MOMMYLIZZ

komen blog mommylizz yer? 
saya suka komen-komen nie..hihi

blog mommy ok jer..takde masalah
yang lain-lain semua ok..kiut-miut.
background pun cantik, dulu qis pakai background nie jugak..
sekarang dah tukar, bosan..hehe

tapi, blog mommy panjang sangat. 
apa kata mommy buat scroll macam archive tu. jimat ruang sikit..
contohnya, gambar-gambar yang mommy pamerkan tu buat di bahagian header dan kecilkan saiz gambar, buat seperti menu bar. mesti lagi cantik. 

itu je kot. 
jangan marah yer mommylizz :D

nak join, klik banner di atas yer 
arigatou!

Read More »

Giveaway Blog Nieyl




Giveaway Blog Nieyl

nyatakan 3 tentang blog seindah cerita.

nak nyatakan ape ek? 
nak komen blog dari segi ape? 
soalannya macam tergantung gituu..hehe
takpe la, saya komen random jela yer

1. header blog chantek..ada lolipop, mengundang rasa lapa..haha. background yang berwarna-warni seperti pelangi mengundang rasa ceria. best :D
2. warna body post adalah pink. nice tetapi jangan letak tulisan pun warna pink. saya sakit mata lihat tulisan dan body post warna yang sama. cuba tukar warna tulisan tu. maaf la yer tegur..hehe.
3. disebabkan blog terlalu panjang, saya sarankan tuan punye blog buat scroll pada setiap sidebar. tak ada la nampak panjang meleret-leret sampai ke bawah. 


itu je kot yang mampu saya katakan. 
jangan marah yer tuan punya blog..hehe

nak join GA jom klik banner di atas.
arigatou!

Read More »

Thursday, November 06, 2014

Banjir Lumpur di Cameron Highlands


Teruk jugak banjir lumpur di Cameron Highlands. habis semua lumpur dihanyutkan oleh banjir gara-gara hijan lebat yang masih melanda di negara kita nie sejak akhir-akhir ini. saya baru berangan-angan nak ke Cameron Highlands cuti sekolah nie sebelum mula menanda kertas peperiksaan SPM. macam tak jadi je..takut..hehe 

Seram pulak kalau tengok gambar-gambar kat bawah nie. semua benda dihayutkan oleh banjir. ada beberapa rumah yang dah tenggelam dek banjir lumpur. kereta-kereta pun habis rosak teruk. tak tahu la apa nasib mangsa banjir di sana. 

Kita hanya boleh doakan semoga semuanya pulih seperti sediakala. 
Wallahu'alam.


RABU, 5 NOVEMBER 2014 @ 10:32 PM

Banjir lumpur landa beberapa kawasan di Cameron Highlands


Banjir Lumpur di Cameron Highlands

LEBIH 20 rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di pekan Ringlet, Kg. Baru Ringlet dan Kg. Ulu Merah, Cameron Highlands, 7 malam ini

CAMERON HIGHLANDS: Hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air Sungai Ringlet di sini menyebabkan banjir lumpur yang menjejaskan lebih 20 rumah penduduk selain merosakkan beberapa kenderaan.

Difahamkan sehingga kini sekurang-kurangnya dua penduduk cedera ringan dalam kejadian lewat petang tadi. Antara kawasan penempatan terjejas dengan banjir lumpur paras lutut itu ialah pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet, Kampung Ulu MerahKawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu.



Banjir itu berpunca daripada limpahan air Empangan Sultan Abu Bakar (SAB) berikutan kenaikan mendadak paras air sehingga 0.6 meter sejam dan berbahaya kepada struktur empangan berkenaan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lesley berkata, air lumpur hingga paras lutut bersama sampah sarap menghentam kawasan terjejas.

"Seorang rakan saya cedera dan terpaksa dibawa ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kejadian itu. Selain itu beberapa kenderaan turut terjejas akibat hentaman banjir berkenaan," katanya. Lesley berkata, hujan masih lebat di kawasan berkenaan sehingga jam 9.30 malam dan bimbang keadaan menjadi lebih buruk.

Sementara itu, Ketua Kampung Ringlet, Looi Chin Chin, berkata lebih 20 rumah terjejas berikutan kejadian itu. Katanya, kebanyakan kawasan terjejas yang berada di tebing Sungai Ringlet.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands pula berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 petang tadi.

Seorang budak lelaki berusia 13 tahun dilaporkan lemas dihanyutkan air manakala seorang pekerja kebun sayur warga Nepal maut ditimbus tanah runtuh susulan hujan lebat dan banjir lumpur di beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands sejak lewat petang tadi.

Banjir Lumpur di Cameron Highlands

Banjir Lumpur di Cameron Highlands

Banjir Lumpur di Cameron Highlands

Video kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands



KHAMIS, 6 NOVEMBER 2014 - 9:22AM 

20 kediaman, 20 kenderaan terjejas dan rosak

Polis mengesahkan 20 kediaman dan 20 kenderaan terjejas dan rosak akibat banjir lumpur di Kampung Baru Ringlet. pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar Dilakukan untuk menstabilkan takungan air di empangan itu malam tadi yang mencapai paras bahaya. Jadi bagi mengelak bahaya, air empangan terpaksa dilepaskan melalui Sungai Bertam.






sumber : Harian Metro dan Berita Harian


lovenota : makin banyak bencana alam berlaku di negara kita, kan?

Read More »

Wednesday, November 05, 2014

Wordless Wednesday # 35 : Sangat Sibuk!


keadaan saya yang terkini:


banyak kerja yang harus disiapkan. 
serupa zombie pun ada 
diri sendiri memang dah tak terurus..sob3


 nasib baik saya tak tidur kat sekolah je
semua kerja saya angkut bawa balik rumah. 
lebih afdhal buat di rumah. 

p/s : kepada blogger yang datang singgah dan komen, 
saya akan balas balik kunjungan anda semua, tetapi bukan pada waktu ini. 
tak termampu saya nak terjah semuanya, kerana saya sekarang mengutamakan kerja hakiki saya. 


lovenota : doakan saya supaya semua kerja saya berjalan dengan lancar. amin.

Read More »

UPSR Bocor: 2 Guru Mengaku Tidak Bersalah



SUBBARAU (kiri) dan P Murugan ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban. 

Dua guru mengaku tidak bersalah miliki kertas soalan UPSR secara tidak sah

SEREMBAN: Dua orang guru Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini kerana memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara tidak sah, September lalu.

Guru SJKT Ladang Batang Benar, Nilai, Subbarau @ Kamalanathan, 34, dan guru SJKT Ladang Lenggeng, P Murugan, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan masing-masing di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Subbarau menghadapi lima pertuduhan memiliki soalan UPSR bagi subjek Matematik 035/1, Matematik 015/1, Bahasa Tamil Pemahaman, Bahasa Tamil Penulisan dan Sains 018. Murugan pula menghadapi satu pertuduhan yang sama bagi subjek Matematik 015/1.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 8 (1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan boleh dihukum mengikut akta sama, memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun atau maksimum tujuh tahun.

Hakim menetapkan Subbarau dikenakan ikat jamin RM3,000 manakala Murugan (RM2,000) dan kes akan disebut semula pada 15 Disember depan.


Entry yang berkaitan dengan kes "UPSR Bocor":





Oh, yang ini final siasatan la kut. sebab dah ada dakwaan kot. 
rupa-rupanya Cikgu Sekolah Tamil. entah la. malas nak komen dah. 


lovenota : semoga peperiksaan SPM berjalan dengan lancar. amin :)

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®