SHAH ALAM, 31 MAC - Gabungan NGO Islam & Melayu Malaysia (GNIMM) mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya menghentikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sementara waktu bagi kajian rintis dijalankan terlebih dahulu.
Ketua Biro Pendidikannya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, kajian rintis perlu dijalankan dalam tempoh tiga tahun bagi mendapatkan keputusan sama ada sistem PBS itu mampu diteruskan atau sebaliknya.
“Saya berharap agar Penilaian Menengah Rendah (PMR) dapat dijalankan seperti biasa kerana guru dan pelajar telah tahu format PMR. Selain daripada kekangan masa yang sangat suntuk sekarang untuk buat apa jua perubahan yang baharu.
“Terdapat banyak kelemahan dalam pelaksanaan PBS disebabkan kemampuan sistem pendidikan Malaysia yang masih belum bersedia untuk melaksanakan PBS,” katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata format baharu PT3 bagi menggantikan PMR itu tidak mampu dilaksanakan pada tahun ini susulan formatnya masih kabur dan taklimat format yang lambat (April-Julai) sedangkan PT3 akan berlangsung pada Oktober depan.
“Terdapat dua komponen yang masih mendatangkan masalah dalam proses penambahbaikan ini iaitu sistem offline yang tetap memerlukan guru masukkan tahap pencapaian murid,” katanya.
Selain itu, dakwanya pelaksanaan PBS menyebabkan murid tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada guru kerana keadaan kelas yang terlalu padat.
Malah katanya dengan proses pentaksiran itu akan menjadikan murid yang rajin menjadi pasif manakala murid yang kurang cerdik pula menjadi malas.
“Jumlah murid yang terlalu ramai, 40-50 murid dalam satu kelas. Selain itu, murid juga langsung tidak didedahkan dengan peperiksaan sejak PBS dilaksanakan,” katanya lagi.
sumber: sinar harian
**************************
saya sangat bersetuju jika PBS ini ditangguhkan dan PMR dijalankan seperti biasa. kalau nak buat PT3, sila jalankan tahun depan. saya sendiri sudah pening memikirkan format baru iaitu PT3 yang akan dijalankan pada bulan oktober sedangkan taklimat mengenai PT3 masih belum lagi diadakan. sempat ke nak siapkan semua sebelum bulan oktober ini? nak menghadam format baru lagi, sesi taklimat kepada guru, pelajar dan ibu bapa, siapkan keputusan evidens yang guru-guru belum lagi mulakan sebab deskriptor (DSP) yang baru belum dikeluarkan lagi.
saya rasa desakan sebegini yang menyebabkan kepala saya makin sakit. saya disahkan migrain. sangat la mengecewakan.
wahai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya sebagai guru merayu tangguhkan PBS yang berformat baru, iaitu PT3. kesian pada guru, kesian pada para pelajar Tingkatan Tiga 2014 ini. Saya tak sanggup tengok pelajar-pelajar ini terpinga-pinga mengenai PT3. Mereka dah ditrainingkan dengan PBS sejak Tingkatan 1. ini pula PT3 yang tidak tahu bagaimana formatnya nanti. contoh ujian bertulis bulan oktober nanti pun tidak diberikan lagi. bagaimana guru nak mengajar dalam kelas sebab guru tak tahu nak ajar format macam mana. saya sendiri terpinga-pinga dan masih lagi mengajar menggunakan format PMR. sebab itu format yang saya pakar berbanding format baru PBS ini. saya langsung tiada bayangan mengenai format ujian bertulis itu.
saya merayu demi anak-anak bangsa, masa depan mereka, masa depan kita juga.
lovenota 1: saya tekankan, saya lagi suka format PMR
lovenota 2: saya memang tidak meneruskan PBS selagi taklimat PT3 belum dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment
komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)