Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Tuesday, June 30, 2015

Alvin Tan kutuk Muslimah Tutup Aurat



Kitorang berpeluh-peluh lepas jogging pun, ko ambil susah ke? Aik, sejak bila ambil berat nie? Pandai-pandai kami la untuk jaga kebersihan diri. Lepas buat aktiviti haruslah mandi. Takkan la biar macam tu je! Bukan sebab nak tunjuk alim pada cuaca yang panas nie, cuma kami lebih takut pada panas di akhirat berbanding panas di dunia. 

Orang Muslimah yang jogging tutup aurat pakai tudung, baju lengan panjang, seluar lengan panjang tu cuma atau hanya tunjuk auratnya kepada orang yang layak selayak-layaknya bukannya untuk ditayang kepada khalayak umum. Walau darurat sekalipun! Ko sorang je yang nampak bodoh. Orang lain tak de cakap apa-apa pun bila pakai baju lengan panjang, seluar lengan panjang skali dengan tudung. Rilek je. 

Wanita muslimah hanya untuk lelaki yang bernama suami dan keluarga sahaja, iaitu dalam lingkungan mahramnya. Take note ye Alvin Tan!


lovenota : sohai!


Read More »

Friday, May 22, 2015

Pesanan kepada Kaki Viral



Berdasarkan penyebaran viral di atas, sijil cuti sakit itu tertera nama mangsa yang turut tertulis perkataan ‘1 hari mc kerana sakit nye tuh di sini’.

Ini memang betul-betul perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Benda macam nie buat main-main? Kalau iye pun nak bergurau, padam la dulu alamat klinik dengan nama doktor tu. tak pun tukar je alamat dan nama doktor tu kepada nama yang merapu-meraban yang tak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Aib kot! Padan la dengan muka sebab doktor tu dah buat report polis. Rasakan!

Benda-benda macam nie bukannya benda baru pun. Nak mem'viral'kan sesuatu perkara pun kenalah bertindak bijak. Bukannya buat tindakan seperti 'orang sakai gila glamer' macam 'mc sakitnya tuh di sini tu'.  Banyak lagi benda viral yang mengaibkan orang lain kat Malaysia nie. Contohnya:


Siapa ingat lagi kes viral ic @ kad pengenalan yang tersebar bulan lepas? tengok pada ic nama lelaki, Hafizal Bin Hussain tapi gambar ic punya la cun! Saya sampai sekarang tak tahu nie ic betul ke palsu. Ada yang mengatakan nama sebenar gadis tersebut Puteri Nur. Ada yang kata khunsa. Ada yang kata bapok. So, tak tahu yang mana satu betul. konfius. Ok, lupakan hal tu. Masalahnya sekarang, siapa yang bertanggungjawab menyebarkan ic nie? Sampai menangis-nangis budak tu korang buat. Tak rasa bersalah ke?

Viral yang macam ini juga dah mengaibkan pemilik gambar tersebut. Walaupun sudah berlalu, tapi benda ini dah 'melekat' dalam internet. Sampai bila-bila benda nie takkan hilang. Walaupun kita dah sampai tahun 2020 pun nanti, bila kita Google balik mesti dapat cari punya. Benda 'aib' nie akan kekal dalam internet sampai bila-bila! Si pendosa yang memviralkan tu pun dapat dosa free sepanjang usianya. Orang kata dapat dosa kering. Tak seram ke? 

Yang suka jadi kaki viral tu bawak-bawak bertaubat la ye. Jaja cerita yang tak betul pun boleh timbul fitnah. Lagi dosa besar. blogger-blogger yang join sekaki tu pun toksahlah buat lagi. cuba jadi pure-blogger, yang hanya suka-suka untuk menulis, sharing benda betul dan elok-elok yang membawa kepada informasi yang berguna kepada masyarakat. Nak sebar maklumat pun kenalah dapat dari sumber yang sah sahaja, bukannya main cedok dari blog orang lain. 

Tak payah nak kejar trafik sangat. Tak pasal-pasal duit iklan yang korang dapat dari Nuffnang, Adsense, etc etc etc semua tu jadi tak berkat. Makan, guna, pakai duit tak berkat tu, boleh hidup dengan aman ke? Na'uzubillah! 


lovenota : lama dah tak membebel macam nie. hehe


Read More »

Sunday, May 03, 2015

Kemalangan Maut Akibat Berlumba


Enam pemandu berlumba atas DUKE, 3 maut termasuk bayi

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya Duke di sini awal pagi tadi.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa. Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila kereta Pajero itu yang berada di  lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi. Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri. Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan.

Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu termasuk seorang wanita berumur 35 tahun cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak mengalami kecederaan.

Ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada enam kereta Myvi sedang berlumba di Lebuhraya Duke ketika itu seperti yang dipapar di Facebook, Markandan berkata pihaknya masih menyiasat perkara itu.

"Kita difahamkan bahawa keenam-enam pemandu Myvi itu baru pulang dari minum di Ampang. Pihak kita sedang mengambil keterangan daripada mereka," katanya.

*******

Dari dulu lagi, memang hairan sangat, kenapa suka sangat berlumba di atas jalan raya? Tak perlu nak test power kereta siapa yang laju, kereta siapa yang lembab macam kura-kura. Kalau dah Myvi biasa je sama je lajunya, yang lain cara pemanduan kereta je. Itu pun nak race. Tak pasal-pasal accident teruk. Hampeh! Ini dah melibatkan nyawa orang lain. Kalau korang yang berlumba, korang yang teruk tak apa jugak. Ini orang yang tak ada kena mengena dengan race korang pun terkena sekali. Tak rasa menyesal ke? Kesian anak-anak arwah. 

Nak sangat berlumba pergi trek kereta lumba. Apa susah? Kat Ayer Keroh, Melaka ada satu litar trek lumba kereta di Melaka International Motorspots Circuit (MIMC). Pergi pakai kereta sendiri lepas tu lumba puas-puas. Nak accident terbalik terpatah kaki tangan itu korang punya pasal. 

Kalau diorang tak berlumba pun, mesti bawa kereta laju sangat melebihi had laju yang ditetapkan. Kalau tengok video CCTV yang tersebar tu macam 180 km/j je. Laju sangat. Kalau tak laju, macam mana Pajero tu boleh berpusing berkali-kali? 3 kali pusing tu. Comfirm bawak laju punya. 

Gambar kemalangan di Lebuhraya Duke.








Info grafik kejadian sebenar kemalangan maut di Lebuhraya DUKE

Kepada rakyat Malaysia, janganla kecam ahli kelab Myvi yang lain. Mereka tak bersalah pun. Cuma minta jasa baik presiden dan orang-orang kuat Familia Myvi Club (FMC) untuk 'ajar sikit' pemandu Myvi nie. Buang keahlian dari kelab pun ok jugak. Buat 'busuk' nama Myvi je. Harap-harap mereka yang terlibat dalam pelumbaan haram ini dikenakan tindakan yang setimpal. Amin.

Salam takziah kepada keluarga mangsa. 


lovenota : benci racer yang tak bertauliah. Hebat puihh!


Read More »

Saturday, May 02, 2015

Kemalangan di PLUS Nilai


Ajal rempuh treler

Nilai: Seorang wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser dipandu merempuh treler di Kilometer 287.4 PLUS arah selatan, berhampiran susur Nilai, semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa, Hayati Mohamad Sahari, 44, bersama seorang ahli keluarganya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seremban.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 8 malam dan siasatan di lokasi mendapati kenderaan dipandu mangsa merempuh belakang treler membawa muatan sayur menyebabkan kenderaannya berpusing beberapa kali sebelum terbalik. Treler berkenaan turut terbabas lalu merempuh pembahagi jalan dan terbalik di laluan bertentangan.

Menurutnya, pemandu Unser meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpangnya parah dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk dirawat.

****

Takziah pada keluarga mangsa. Semalam memang jalan jem teruk sangat. Berhati-hati membawa kenderaan terutama sekarang musim hujan setiap petang. Saya dapat beberapa keping gambar dari tempat kejadian untuk dikongsi bersama.

Gambar kemalangan di Lebuhraya PLUS Nilai, Seremban.













Oh ya, berita kemalangan malam tadi yang melibatkan 30 penunggang motosikal maut di Port Dickson adalah palsu. 

Berita palsu itu menjadi ‘viral’ di aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook kononnya berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal yang berkonvoi ke Port Dickson hingga menyebabkan 30 penunggang motosikal maut, 80 parah dan 60 cedera ringan.


Jangan percaya ye. 


Read More »

Wednesday, April 29, 2015

Wanita Buka Baju di Petaling Street



KUALA LUMPUR, 28 April : Seorang pekerja spa yang juga model sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di ibu negara hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam pada Khamis lalu.

Persana Avril Sollunda, 33, yang terbabit dalam insiden membuka pakaian di Petaling Street, di ibu negara minggu lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Dia memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan. Persana didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.07 petang, 23 April lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Persana yang tidak diwakili peguam dan kelihatan tenang di kandang tertuduh sepanjang prosiding mahkamah berlangsung. Majistret Zura Syazween Hamzan tidak membenarkan dia diikat jamin dan menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit.

Minggu lepas, perlakuan Persana yang menanggalkan baju di khalayak ramai dirakam dan disebar di laman sosial sehingga menjadi viral. Klip video berkenaan memaparkan visual Persana yang berada dalam keadaan marah menanggalkan pakaian di bahagian atas termasuk pakaian dalamnya.

Di dalam sebuah forum sembang di laman sosial, beberapa pengguna internet mendakwa dia pernah menjadi peserta Dewi Remaja pada 2005 selain turut mencuba nasib dalam Pengacara Jemputan Nona bagi mengejar cita-cita menjadi pengacara di TV3.

Menurut saksi yang juga anak perempuan kepada seorang pemilik restoran di tempat kejadian, wanita tidak berbaju dalam klip video tersebut didakwa membeli dua botol minuman keras, namun tidak membayar sepenuhnya harga minuman tersebut. Anak perempuan pemilik restoran itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, wanita berbaju merah dalam video itu cuba menuntut wanita yang membuka baju itu agar menjelaskan baki bil minuman dibelinya. Namun kata Lee wanita itu sebaliknya bertindak agresif dengan menanggalkan pakaian di khalayak ramai sebelum beredar.

Turut ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita berkenaan tidak membayar sepenuhnya minuman yang dibeli sebagai bukti. Dilaporkan, pihak polis yang kemudiannya menangkap wanita dalam video tersebut menyatakan ujian saringan ke atas air kencingnya didapati positif dadah jenis methaphetamine atau syabu.


***************
nama dia pelik sangat. Persana Avril Sollunda @ Shanna Avril. berasal dari Sabah berketurunan Kadazan berdarah campuran Dusun-Thai (Cina)-India (Sikh). 

tak paham betul. kenapa nak marah-marah sampai nak bukak baju? kenapa nak berbogel? kat tempat ramai orang plak tu. perlu ke? sampai nampak semua bagai. masa tu dia mabuk, katanya dia tidak ingat apa-apa mengenai kejadian tersebut. adui. muka je lawa, tapi akal tarak! walaupun bukan orang Islam, tapi awak tu masih di Malaysia. bukannya di Amerika nak bogel-bogel sesuka hati. 


lovenota : pergi masuk sekolah balik ambil subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan!


Read More »

Captain America Berlegar di Johor



Ini baru dinamakan peminat fanatik @ die-hard fan Kapten Amerika! complete full set of Captain America. siap ada shield lagi. motor seakan-akan motor Kapten Amerika jugak. Ducati Monster beb! tapi yang takde ialah helmet. bahaya naik motor tak pakai helmet nie. ke helmet Kapten Amerika itu boleh diklasifikasikan sebagai helmet motor? boleh ke? hehehehe.

Siapakah Kapten Amerika tu?

Beliau ialah Kimberly Lee Tanberusia 46 tahun yang berasal dari Filipina. Dari sumber TheRakyatPost, dia dikatakan dicabar oleh rakan-rakan fitnessnya untuk memakai set Kapten Amerika dan menyahut cabaran tersebut. Dia mula memakai pakaian tersebut pada hari Khamis lepas (23 April 2015) dalam midnight filem untuk The Avengers yang ditayangkan di pawagam City Square di Johor Bahru. Kemudian, isterinya mencadangkan bahawa dia menghabiskan keseluruhan hari Ahadnya dengan memakai kostum dan menunggang motosikalnya di sekitar bandar Johor Bahru.

Tan berkata beliau membelanjakan kira-kira RM 1,200 untuk pakaian yang telah ditempah melalui sebuah kedai pakaian di Johor Baru. Winged Helmet telah diubahsuai untuk RM 1,300, manakala perisai itu merupakan tempahan khas dengan berharga RM 600.

Kalau dah fanatik, tak kira pasal duit pun. asalkan hati puas. betul tak?

Kalau saya jadi peminat fanatik, korang mesti boleh agak kan saya nak jadi apa. hehehe.


eh, opkos la LOKI! hahahah XD



image ini sebijik Loki kan..hehehe.

tapi yang paling cantik and sweet. 
Loki's wedding dress design


it will be my Wedding Dress! one fine day.
cantik kan? XD


lovenota : hari ini pun saya pakai baju tema hijau. ngee XD



Read More »

Saturday, April 04, 2015

Tolong Awasi Anak Anda!


Video CCTV kanak-kanak maut jatuh dari tingkat dua di Kenanga Whosale City Mall





Budak maut jatuh lima tingkat

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh daripada tingkat dua di kompleks beli belah Kenanga Wholesale City, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa iaitu Nurhayada Sofia Musa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit di bawa oleh ibu bapanya ke kompleks beli belah itu sebelum jatuh dari tingkat dua hingga ke aras bawah tempat meletak kenderaan," katanya.

Difahamkan kanak-kanak malang berkenaan terlebih dulu bermain di kawasan sekitar eskalator sebelum terjatuh dari ketinggian lima tingkat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

sumber : Harian Metro

******************

Bagi sesiapa yang sudah menonton video CCTV di atas, mesti anda rasa terkilan dengan kematian kanak-kanak tersebut. hanya bermain di tepi ruang kecil eskalator sahaja dah boleh membawa maut. ruang kecil tu walaupun nampak je sempit, tetapi memang boleh muat seorang kanak-kanak yang kecil seperti arwah Nurhaya Sofia. 

Yang menghairankan saya, takkan ruang kecil tu tak ada penghadang kaca? kalau dilihat tempat kejadian tak ada sebarang kaca yang pecah bersama-sama dengan mayat. maknanya memang tak ada penghadang la, kan? kalau ada pun mesti pasang birai pagar bahagian atas je. 

Takkanlah tiada langsung ciri-ciri keselamatan pada bahagian tersebut? saya tak pernah ke Kenanga Wholesale City Mall, so tak tahu ada pasang ke tidak. Kenanga Wholesale City Mall ataupun dikenali sebagai KWC Mall dibuka pada tahun 2011. ini bermakna pusat beli-belah tersebut sudah dibuka selama 4 tahun, tetapi adakah ciri-ciri keselamatan bangunan tersebut di tahap yang baik? 

Saya berharap sangat ibu bapa yang membawa anak-anak berjalan-jalan memantau anak-anak anda setiap saat. sebab kejadian malang berlaku hanya sekelip mata. jangan lalai mengawasi anak anda. elakkan membuat sesuatu perkara yang melarikan tumpuan anda. jangan benarkan anak anda bermain di kawasan eskalator. walaupun mesin berteknologi itu sudah lama memberi manfaat kepada semua orang, tetapi ia masih dianggap berbahaya. be aware! 

Al-Fatihah.


lovenotaMalang tidak berbau. 


Read More »

Friday, April 03, 2015

Alahai GST!


Senarai barangan yang tidak dikenakan GST



*ingat tak nak tulis pasal GST, tetapi tertarik nak mengomen rasa..hoho*

Sudah 3 hari GST berjalan sejak ia dikuatkuasakan pada 1 April 2015. terlalu banyak sungutan dan rungutan dari pengguna terutamanya. saya masih belum shopping barangan GST ini sebab sebelum 1 April saya dah beli macam-macam dah. hahaha.

Yang paling banyak rungutan yang diterima dari pengguna ialah kad tambah nilai prabayar @ kad top-up prepaid syarikat telekomunikasi yang turut dikenakan GST. 

"Syarikat telekomunikasi bersetuju sebagai contoh kad tambah nilai RM 10 dijual pada harga RM 10.60 dan pengguna diberi tambahan masa berbual dan SMS melebihi RM1Keputusan ini dikuatkuasa serta merta untuk tempoh tiga bulan bermula hari ini dan selepas tamat tempoh ini semua pihak akan mencari satu jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang," kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Subromaniam Tholasy.


Jika dilihat pada gambar di atas, kadar tambah nilai topup semuanya sudah berubah. jika nak topup RM 3, GST yang dikenakan sebanyak RM 0.20. Kalau nak topup RM 5 pula, GST yang dikenakan ialah RM 0.30, untuk topup RM10 pula nilai GST sebanyak RM 0.60. memang panas hati jugak la tengok kadar GST untuk topup. nak mogok la lepas nie. tak payah pakai prepaid dah. pakai line pascabayar terus. kadar panggilan masih tak dikenakan GST kan? huhu.

Bukan kad topup prepaid je yang naik, minyak petrol bagi RON97 pun dikenakan GST. memang la faham, harga minyak tak naik tapi dikenakan cukai GST. kira macam harga minyak naik jugak la kan? memang suruh rakyat guna RON95 banyak-banyak ke? huhu.

Tak ape lah, benda dah berlaku. nak marah buat apa kan? yang paling kelakarnya, rata-rata pengguna tak sabar menunggu Pilihanraya Umum (PRU) yang seterusnya. apekah? hahaha


lovenota : kena berjimat cermat lah nampaknya. 



Read More »

Wednesday, April 01, 2015

Teksi Alza langgar Myvi


Langgar, tumbuk, perang mulut...

Shah Alam: Video ‘viral’ membabitkan aksi dan perang mulut antara beberapa gadis dengan pemandu teksi yang tersebar hari ini sehingga mendapat pelbagai reaksi kini dalam siasatan polis dan kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di Seksyen 7, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian 3 petang, gadis terdiri daripada empat beradik itu difahamkan dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Seksyen 7.

Seorang daripadanya, Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid, 25, yang dihubungi Harian Metro mendakwa, dia dan dua kakaknya, ditumbuk pemandu teksi itu sehingga cedera di muka. Katanya, dia dan kakaknya tidak berdaya melawan dan hanya mampu memarahi pemandu teksi itu.

“Kejadian berlaku apabila pemandu teksi berkenaan enggan memberi laluan kepada kereta Myvi yang kami naiki. Kakak saya, Sharifah Fara Difla, 28, yang memandu kereta terbabit sudah memberi isyarat masuk ke kiri termasuk mengangkat tangan. Bagaimanapun, pemandu teksi itu enggan memberi laluan dan menghimpit kenderaan kami daripada masuk ke stesen minyak terbabit. Sejurus masuk ke stesen minyak, teksi itu secara tiba-tiba datang dari kiri dan melanggar kenderaan kami beberapa kali," katanya.

Dalam pada itu, usaha Harian Metro mendapatkan reaksi pemandu teksi terbabit gagal apabila wanita yang menjawab panggilan dipercayai isterinya tidak mahu memberi sebarang komen.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, polis sedang menyiasat insiden pemandu teksi yang menyerang kumpulan gadis itu.

"Polis menerima laporan daripada kedua -dua pihak termasuk laporan yang mendakwa bapa gadis berkenaan menyerang pemandu teksi selain membuat kecoh di balai polis. Laporan yang diterima membabitkan kereta jenis Myvi yang bergesel dengan sebuah teksi dan difahamkan pemandu teksi bertindak agresif terhadap tiga gadis itu," katanya.


Gambar adik beradik perempuan MyVi dipukul oleh Pakcik Teksi




Video Viral Teksi langgar MyVi


Sumber : Harian Metro, OH! Media

********

Saya tak reti nak komen apa-apa. Dua-dua pihak kurang sabar sebenarnya, sama ada pakcik teksi Alza HBA 8713 dengan adik beradik MyVi WWC 1402. Bagi cik adik kita, kerana mulut badan binasa. Tapi tak sangka memang binasa terus muka adik-adik myvi kena tumbuk. Tindakan pakcik teksi pulak terlalu melampau sampaikan anak orang pun sanggup dipukulnya. Sudah tentu anak sendiri pun dia pukul nie.

Kes langgar nie selalu sangat berlaku. Kalau dah salah, minta maaf je. Tak perlu terpekik terlolong marah si pelanggar. Kalau tak puas hati, buat laporan polis. Kalau boleh settle luar, lagi bagus. 

Saya pernah terlanggar kereta orang semasa nak reverse keluar dari tempat parking kereta. Kereta Viva tak silap saya. Dia parking di belakang kereta saya. Masa tu saya memang betul-betul tak nampak kereta tersebut di belakang saya, mungkin berada di tempat blindspot. Bila dah reverse, terus gedegangg! Langgar pintu belakang kereta Viva tu. Nasib baik reverse tak laju. Saya pun keluar melihat situasi. Aunty cina tu pun keluar dari keretanya. Dia pun tak marah sebab dia pun salah parking kereta di bahu jalan, belakang kereta lain pulak tu. Saya pun salah juga sebab tak tengok betul-betul kereta di belakang saya. Last-last, settle. Hanya dengan meminta maaf sahaja. 

Keganasan tidak membawa apa-apa penyelesaian, malah lagi teruk anda dikecam terutama keganasan terhadap wanita. 

Kenapa mesti memukul wanita? Nak tunjuk lelaki lebih kuat dari wanita? Itu ke 'kejantanan' anda? Sudah tentu mereka kalah dan anda menang. Tetapi di mata masyarakat, anda tetap kalah. LOSER!


lovenota : i hate 'kaki pukul perempuan'


Read More »

Wednesday, March 25, 2015

Pesawat Airbus A320 Terhempas


150 korban nahas pesawat


La Javie (Perancis): Sebuah pesawat Airbus milik Germanwings, syarikat yang mengendalikan penerbangan tambang murah syarikat penerbangan Lufthansa terhempas di kawasan terpencil bersalji di Pergunungan Alps Perancis, semalam.

Semua penumpang dan anak kapalnya dikhuariti terbunuh.

Presiden Perancis Francois Hollande berkata, pihaknya percaya tiada yang terselamat dalam pesawat A320 itu manakala Ketua Eksekutif Lufthansa Carsten Spohr menyifatkan semalam sebagai hari yang kelam untuk penerbangan Jerman itu.

Germanwings mengesahkan penerbangan 4U9525 dari Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf, Jerman, terhempas di Pergunungan Alps dengan 144 penumpang dan enam anak kapal.

Hollande berkata: “Berdasarkan keadaan nahas ini - yang masih belum dapat dipastikan sepenuhnya - kami melihat kemungkinan besar tiada yang terselamat.”

Menurut pihak berkuasa, pesawat itu membuat panggilan kecemasan pada 9.47 pagi (waktu tempatan) atau 52 minit selepas berlepas. Kejadian berlaku di kawasan pergunungan bersalji yang menyukarkan pasukan penyelamat tiba di situ.

Hollande berkata, ramai penumpang pesawat itu warga Jerman. Timbalan Perdana Menteri Sepanyol berkata, 45 penumpang mempunyai nama Sepanyol.

Kejadian itu ialah nahas pertama membabitkan pesawat penumpang besar di Perancis sejak kemalangan Concorde di luar Paris pada Julai 2000. Pesawat A320 jet paling popular digunakan syarikat penerbangan dunia dan mempunyai rekod baik.

Jurucakap pihak berkuasa penerbangan Perancis, DGAC berkata, pesawat itu terhempas berhampiran pekan Barcelonnette, kira-kira 100 kilometer ke utara Nice.

Sementara itu, pihak berkuasa di lapangan terbang Barcelona berkata, pesawat itu berlepas pada jam 8.55 pagi (waktu tempatan). Pesawat yang terhempas itu sudah digunakan sejak 24 tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata satu daripada kotak hitam pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis sudah ditemui.



keadaan kotak hitam pesawat Germanwings



lokasi pesawat Germanwings Airbus A320 terhempas di Banjaran Alps




Serpihan pesawat termasuk bahagian pesawat

Sumber : Reuters


lovenota: takziah pada keluarga mangsa. 


Read More »

Saturday, March 21, 2015

Patutlah Jem Seremban Tadi!


Saya baru balik shopping barang di Mydin Seremban 2. Balik nie terus google berita hari ini. Bukan apa, petang tadi tiba-tiba jalan susur keluar tol PD-Seremban jem teruk sangat! Pelik jugak sebab tak pernah jem seteruk itu sampai kereta tak bergerak langsung. Nasib baik niat saya nak shopping di Seremban 2. So, tak kena rempuh jem di situ. 

Bila buka berita, rupa-rupanya ada kes tembak mati. Patut la teruk nauu jem aihh. Penjenayah nie takde tempat lain ke nak main tembak-tembak? Jalan utama Seremban ini jugak nak bagi jem. Huhuhu. 

****

Harian Metro: Dua penjenayah maut ditembak


Seremban: Polis menembak mati dua penjenayah berhampiran semak di Jalan Rasah-Port Dickson, di sini, dalam satu aksi berbalas tembakan, 2.15 petang, hari ini.

Sumber berkata, kedua-dua suspek itu dikesan anggota polis ketika dalam perjalanan dari Port Dickson menuju ke daerah ini.

Sumber berkata, terdahulu polis mengekori suspek terbabit dari arah Port Dickson menuju ke bandar ini sebelum keadaan itu disedari kumpulan suspek berusia antara 20 hingga 30-an itu.

Katanya, apabila mereka menyedari kehadiran pihak berkuasa, dua lelaki berusia sekitar 20 dan 30-an bertindak terjun dari kenderaan dan melarikan diri sebelum melepaskan tembakan.

"Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan balas dan kedua-dua suspek mati ditembak," katanya. Sehingga ini, katanya, siasatan masih dijalankan berhubung kejadian berkenaan.


lovenota : orang zaman sekarang nie tak takut mati ke? Huhu




Read More »

Thursday, January 01, 2015

Harga Petrol Turun 35 sen, Diesel 30 sen


8:04 PM
Harga petrol turun 35 sen, diesel 30 sen berkuatkuasa tengah malam ini
  

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini, harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliterHarga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97. Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93.

**********

Ini baru dikatakan berita gembira untuk Tahun 2015. akhirnya harga minyak turun juga. alhamdulillah. dapatlah berjimat-cermat dengan lebih baik untuk tahun ini. boleh la saya kumpul duit sikit-sikit untuk..eh? bukan bukan, lambat lagi nak ke arah itu ye. hahaha. saya kumpul duit je..hihihi. 

Dengan penurunan harga minyak RON95 dan RON97, mungkin sekali sekala kita boleh juga merasa minyak RON97 kan? boleh juga jaga enjin sikit-sikit. asyik guna RON95 je, boleh la tukar guna RON97 pulak. ataupun penggunaan secara selang seli pun boleh juga. sementara harga minyak tengah turun nie..hehe. jangan lepas nie harga minyak dinaikkan semula pula, dengan alasan harga minyak seluruh dunia dah naik. itu yang tidak kita berapa nak gemar. mudah-mudahan harga minyak ini dikekalkan, insyaAllah Amin.


lovenota : Syukur Alhamdulillah :)


Read More »

Helikopter PDRM Terhempas


Tiga insiden helikopter PDRM terhempas dalam 15 tahun
  


KEADAAN helikopter Ecureuil Unit Udara Polis yang terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir pada jam 6.15 petang tadi.

31 Disember, 11.02 PM : Kejadian helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan hari ini adalah yang ketiga membabitkan helikopter pasukan itu dalam tempoh 15 tahun, kebetulan daripada jenis yang sama iaitu AS355 Ecureuil buatan Perancis.

Beberapa saksi yang ditemui berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti letupan dan terus menjunam ke darat.

Dalam insiden kemalangan terbaharu pada 6.30 petang tadi, dua juruterbang pesawat berkenaan bersama dua kru terselamat tetapi mengalami kecederaan pada anggota badan.

Sebelum ini, sebuah helikopter PDRM terhempas pada 14 Disember 2010 yang mengorbankan seorang juruterbang pelatih polis, Inspektor Mohammad Sukri Othman, 31. Helikopter yang dipandu Mohammad Sukri terhempas di kawasan bekas lombong di Malim Nawar, dekat Kampar, Perak, semasa beliau menjalani sesi latihan penerbangan solo.

Pada 10 Februari 1999, tiga anggota unit PDRM dan dua kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan cedera apabila helikopter yang mereka naiki, terhempas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Ketika itu mereka terbabit dalam tugasan menjalankan kerja pemantauan alam sekitar melalui udara.

Sehingga kini PDRM mempunyai 10 helikopter dan beberapa pesawat Pilatus, Cessna and Beech craft King Air 350.


KHAMIS, 1 JANUARI 2015, 12:08 PM : 
Angin kuat mungkin punca helikopter PDRM terhempas

KOTA BHARU: Angin kuat dipercayai menjadi punca helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa bantuan makanan kepada mangsa banjir hilang kawalan sebelum terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah, di sini, petang semalam. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, bagaimanapun berkata siasatan terperinci masih dijalankan.

Sumber : Berita Harian

******

lovenota : nasib baik tiada kemalangan jiwa dilaporkan. alhamdulillah.

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®