PERANCANGAN KERJA
Perancangan (10 Markah) ialah aktiviti menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan keseuruhan kandungan hasil penulisan. ia meliputi aspek berikut:
- jadual kerja / senarai semak
- objektif kajian
- menetapkan kaedah kajian
- menetapkan tajuk
- menyediakan kerangka kasar penulisan
- menyatakan sumber
Contoh:
JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK
Bil
|
Tarikh
|
Perkara
|
Catatan
|
1
|
April 2017
|
Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah berkaitan penulisan tugasan
| |
2
|
Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan tajuk yang diberi sebagai persediaan awal
| ||
3
|
Mengenalpasti cara penulisan tugasan,
| ||
4
|
Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, majalah, akhbar, makalah, jurnal untuk mendapatkan bahan penulisan
| ||
5
|
Menulis kerangka kasar penulisan
| ||
6
|
Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru dengan lebih teliti dan kemas
| ||
7
|
Menulis Pengenalan Peristiwa Bersejarah
| ||
8
|
Menulis
| ||
9
|
Menulis peristiwa bersejarah secara kronologi
| ||
10
|
Menulis
| ||
11
|
Menulis kesan / impak peristiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara
| ||
12
|
Menulis iktibar yang diperolehi daripada peristiwa bersejarah
| ||
13
|
Rumusan pengetahuan nilai / unsur dan harapan
| ||
14
|
Mei 2017
|
Mengemaskini tugasan. Semak dan hantar tugasan
|
ISI KANDUNGAN
Ianya tidak wajib. nak tulis boleh, tak nak tulis pun takpe.
*mengandungi penghargaan, objektif kajian, kaedah kajian, hasil kajian, rumusan, lampiran, rujukan*
Contoh:
OBJEKTIF KAJIAN
*contoh*
Kerja khusus ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa objektif :-
1. Melalui kajian yang dijalankan saya mendapat kemahiran mencari dan mengumpul fakta peristiwa sejarah mengenai .........
2. Saya dapat menerangkan faktor berlakunya peristiwa bersejarah di tempat tinggal saya.
3. Saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci peristiwa bersejarah secara kronologi
4. Melalui kajian kerja khusus ini juga saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganilisis maklumat berkaitan peristiwa bersejarah
5. Dapat melahirkan perasaan bangga terhadap terhadap peristiwa bersejarah yang terdapat di Negara kita dan menjelaskan iktibar yang diperolehi daripada peristiwa bersejarah
KAEDAH KAJIAN
Sebanyak 4 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik, iaitu:
(a) Kaedah analisis dokumen/buku/akhbar
Saya juga turut merujuk dokumen/buku/akhbar dari ............ untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.
(b) Kaedah penyelidikan Pusat Sumber Sekolah / Perpustakaan Desa/Daerah/Negeri
Saya juga turut mengunjungi Pusat Sumber Sekolah/Perpustakaan Desa/Daerah/Negeri untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya. *Nyatakan jika anda juga melawat Perpustakaan luar dari sekolah, contohnya : Perpustakaan Negara*
(c) Muat turun sumber dari internet
Saya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.
(d) Bimbingan Guru
Saya telah mendapat bimbingan guru Sejarah, iaitu Encik/Puan/Cik ………………………….
*Contoh skrip kaedah temu ramah ada di bawah. sila scroll ye*
PROSES AWAL
Proses awal (20 markah) ialah proses di mana anda mencari maklumat mengenai peristiwa bersejarah yang anda pilih dari pelbagai sumber. Cari beberapa bahan/sumber seperti buku, jurnal, majalah, surat khabar, broshur, pamplet ataupun bahan dari internet untuk dibawa ke sekolah dan tunjukkan pada guru anda. maklumat anda mestilah sangat tepat dan lengkap serta sangat sesuai dengan tugasan.
KERANGKA AWAL / KASAR PENULISAN
Kerangka awal / kasar dibina sebagai draf kepada tugasan anda. anda perlu menghuraikan serba sedikit secara ringkas isi yang anda akan huraikan di dalam tugasan penuh.
Contoh:
Bil
|
Perkara
|
Huraian
|
1
|
Pengenalan
|
Huraikan latar belakang peristiwa bersejarah di tempat anda:
Lokasi: ..................................
Tahun berlaku peristiwa: ........................
Sejarah peristiwa: ...................... (tulis sumber isi)
|
2
|
Faktor berlakunya peristiwa bersejarah
|
Huraikan beberapa faktor berlaku peristiwa bersejarah:
Faktor 1: ....................... (sumber isi dari mana)
Faktor 2: ........................ (sumber isi dari mana)
Faktor 3: ........................ (sumber isi dari mana)
Faktor 4: ........................ (sumber isi dari mana)
|
3
|
Kronologi peristiwa bersejarah
|
Terangkan rentetan masa (tahun) sebelum peristiwa berlaku, semasa peristiwa berlaku dan selepas peristiwa berlaku :
Tahun 1970 : (terangkan) tahun ........ : (terangkan) tahun ........ : (terangkan) tahun (kini) : (terangkan) |
4
|
Kesan / impak peristiwa bersejarah
|
Huraikan kesan / impak peristiwa bersejarah terhadap:
Diri sendiri: (huraikan)
Masyarakat setempat: (huraikan)
Negara: (huraikan) |
5
|
Iktibar yang diperolehi daripada peristiwa bersejarah
|
Isi 1:
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................
Isi 2:
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................
Isi 3:
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................
Isi 4:
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................
|
6
|
Rumusan
|
Pengetahuan:
Nilai:
Harapan:
|
7
|
Sumber
|
Mesti lengkap menurut turutan di atas
|
*************************************************************************
Anda boleh klik pautan di bawah untuk mendapatkan contoh jawapan yang lain
3. Jadual kerja
12. Rumusan
13. Sumber
Anda dinasihatkan memastikan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) daripada mana-mana pihak seperti di blog-blog lain yang tidak mempunyai sumber asal yang sahih. Sebagai peringatan, sekiranya anda didapati melakukan plagiat, anda berkemungkinan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan. Diharap panduan / jawapan tugasan Sejarah PT3 ini dapat memberi panduan dan penjelasan kepada semua pelajar tingkatan 3. semoga anda boleh siapkan dengan jayanya!
Diedit dan diolah oleh saya sendiri!
Semua maklumat di atas disusun oleh saya sendiri. kepada blogger kaki copy paste, post ini tidak boleh dan tidak dibenarkan copy melainkan anda berkongsi link ini sahaja. Semua maklumat di atas juga tidak boleh dicopy. anda faham erti copyright, kan?
Anda hanya kena print sahaja sebab kat sekolah pun kena salin balik, kan? So, Nak print senang je:
1. chrome dan mozilla user :
guna tab menu browser uols (yang ada 3 garis) yang ada di atas sebelah kanan dan klik print.
2. Boleh juga kalau tak nak print, save guna pdf.
3. Terus tekan CTRL-P untuk print terus.
Anda hanya kena print sahaja sebab kat sekolah pun kena salin balik, kan? So, Nak print senang je:
1. chrome dan mozilla user :
guna tab menu browser uols (yang ada 3 garis) yang ada di atas sebelah kanan dan klik print.
2. Boleh juga kalau tak nak print, save guna pdf.
3. Terus tekan CTRL-P untuk print terus.
Good Luck!