Thursday, March 05, 2015

Geram Sangat!


Sepatutnya pemantau dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) datang memantau fail-fail akademik sekolah pada hari ini seperti surat arahan yang dikeluarkan oleh JPNS pada bulan Februari lepas. 2 minggu lepas jugalah saya busy mengemaskini fail terkini, iaitu memilih program yang dijalankan sepanjang tahun 2015, 2014 dan 2013. saya ada dua fail yang harus dikemaskini, iaitu fail Panitia Kimia dan Pemulihan Sains. dua fail tu pun rasa macam nak mati nak update sebab dah terlalu lama kedua-dua fail tersebut tidak dikemaskini oleh ketua sebelum ini. last update pun tahun 2012. so, kiranya saya jadi mangsa keadaan untuk mengemaskini dan mencari semula kertas-kertas program/aktiviti/latihan/LDP/post-mortem/dll untuk dimasukkan ke dalam fail. 

tetapi, pemantau tersebut TAK DATANG dan akan ditangguhkan pada satu tarikh yang lain! itupun tak tahu datang ke tidak nanti..

arghh!!!!! frust gila!!! frust sangat!


kenapa diorang tak datang hari nie???

why? why? why?

2 minggu aku menghambakan diri kepada kerja pentadbiran fail nie sampaikan : 
- tak keluar rumah, 
- tak balik kampung, 
- tak makan sedap-sedap, 
- tak shopping, 
- tak jalan-jalan cuci mata,


kejamnya! uwaaaa!

mesti korang cakap, 'eh bagusla pemantau tak datang. tak perlu nak bersiap sedia kena observe itu ini'. 

takk! makin lambat diorang datang, makin bertambah kerja den! *ini hipotesis*. kalau dia dah datang hari nie, diorang takkan datang dah untuk tahun ini kecuali ada apa-apa pemantauan lain dari kementerian. so, dah boleh relax sebenarnya. ini tidak! arghhh!!!

balik nie nak tidur puas-puas, bayar hutang tidur yang tak cukup sejak 2 minggu yang lepas. yang penting, cuti sekolah dah nak dekat! horayyy!!!


lovenota 1: cuti sekolah wajib cuti betul-betul. jangan on group telegram sekolah, jangan on whatsapp group sekolah, group polis, dll. cuti harus cuti..internet turut cuti. 
lovenota 2: indahnya dunia!


Read More »

Kenangan Silam


cinta jangan pernah kau coba pergi 
karna di sini ku butuh kamu 
cinta jangan pernah kau coba lari 
karna di sini ku ingin kamu


Ingatkan dikau pada waktu dulu,
semasa kita berdua sedang merenung 
bulan dan bintang di langit?
bulan dan bintang sentiasa bersama,
Aku tersenyum melihat sang bintang 
yang sentiasa menari sambil berkelip-kelip,
menggembirakan jiwa dan sanubari sang bulan,
begitu juga dengan dirimu,
yang sentiasa ada menggembirakan hatiku

Ikhlaskah kau kepadaku pada masa itu?


lovenota : aku rindu


Read More »

Tuesday, March 03, 2015

Keputusan SPM 2014 Menurun



SPM 2014: 11,289 calon dapat A dalam semua subjek
  
PUTRAJAYA: Seramai 11,289 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 13,970 pada 2013.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang itu terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran. Beliau berkata, nilai Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun lalu adalah 5.08 berbanding 4.93 pada 2013.


KEPUTUSAN ANALISIS BAGI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA

SPM: Negeri Sembilan keempat terbaik Malaysia



Seramai 624 calon SPM di negeri ini memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran. Pengarah Pendidikan negeri, berkata seramai 16,324 calon mengambil peperiksaan di 112 sekolah di negeri itu berbanding tahun 2013 seramai 17,684. Gred Purata Negeri (GPN) bagi keseluruhan mata pelajaran yang diperoleh adalah 4.85 dan menurun berbanding tahun lalu 4.70.

"Walaupun GPN merosot sedikit tetapi negeri ini masih berada pada kedudukan lima terbaik peringkat kebangsaan iaitu tempat keempat berbanding tahun lalu ketiga," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin Nawal Salleh, berkata 776 daripada 23,783 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding 994 daripada 24,483 calon pada 2013.

Katanya, pencapaian GPN bagi negeri adalah 4.73 berbanding 4.55 tahun sebelumnya iaitu penurunan 0.18 mata.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane, SMK Taman Yarl, Sekolah Sukan Bukit Jalil, SMK Raja Ali, SMK Yaacob Latif dan SMK Agama Kuala Lumpur diumumkan antara sekolah yang mencatatkan keputusan cemerlang.

Di JOHOR, Pengarah Pendidikan negeri, Aminudin Adam berkata 1,204 calon memperoleh gred cemerlang A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 1,582 pada 2013.

Beliau berkata sebilangan besar daripada mereka mengambil sembilan, 10 atau 11 mata pelajaran.

"Pencapaian GPN bagi Johor pada 2014 adalah 5.00 mata berbanding 4.87 mata pada tahun sebelumnya," katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Muar.

Di PULAU PINANG, 952 atau 4.36 peratus daripada 21,816 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Jabatan Pendidikan, Datuk Osman Hussain yang turut memaklumkan pencapaian GPN bagi negeri ialah 4.83 berbanding 4.73 tahun sebelumnya.

Seramai 17,912 atau 82.10 peratus calon layak mendapat sijil dan 24 sekolah mencapai prestasi 100 peratus lulus, kata Osman.

Di KELANTAN, 314 daripada 34,032 calon mendapat sekurang-kurang A-, dengan lapan daripadanya mendapat gred cemerlang A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pendidikan Kelantan, Hussain Awang, ketika mengumumkan keputusan itu di Kota Baharu berkata, pencapaian GPN negeri pula adalah 5.03 berbanding 4.89 pada 2013.

"Sebanyak 88.81 peratus atau 22,799 calon layak mendapat sijil peringkat negeri, peningkatan 0.55 peratus berbanding 2013," katanya. Sebanyak 27 sekolah pula lulus 100 peratus berbanding 24 sekolah pada tahun sebelumnya.

Di SELANGOR, Ketua Sektor Pengurusan Akademik negeri Roziah Buang berkata 2,122 daripada 71,615 calon SPM 2014 memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

"Bagaimanapun, hanya 59,402 calon layak mendapat sijil SPM berbanding 60,208 pada 2013," katanya sambil menambah pencapaian GPN negeri pula turun kepada 4.95 berbanding 4.77 pada SPM 2013.

Dua belas sekolah dikategori cemerlang antaranya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Kolej Islam Sultan Ahmad Shah, Klang, Pusat Permata Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Hulu Selangor.

Di MELAKA, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin, berkata daripada 11,268 calon, 86.3 peratus lulus dan layak memperoleh sijil berbanding 87.3 peratus pada 2013.

"GPN negeri turun 0.21 peratus kepada 5.17 peratus bagi 2014 berbanding 4.96 pada 2013," katanya sambil menambah 16 sekolah mencapai keputusan 100 peratus lulus.

Md Yunos berkata, empat calon memperoleh semua A+ berbanding enam tahun sebelumnya, manakala bilangan pelajar yang memperoleh semua A juga turun kepada 333 berbanding 404 pada SPM 2013.

Di PERAK, sejumlah 934 daripada 36,762 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Pendidikan negeri Rozi Puteh Ismail yang turut memaklumkan GPN negeri turun kepada 5.20 berbanding 5.01 tahun sebelumnya.

"Kemerosotan itu disebabkan prestasi mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains menurun," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2014 di Ipoh.

Antara sekolah terbaik di negeri itu ialah Sekolah Menengah Sains Tapah, SMK Horley Methodist Teluk Intan, SMK Tarcisian Covent Ipoh dan SMK Ave Maria Ipoh.

****************

saya masih tak tahu keputusan SPM sekolah saya lagi *Ketua Panitia tak guno den nie..haha*. diharap prestasi Kimia tak menurun..takut jugak nie..huhuhu..

updated : keputusan peperiksaan kimia sekolah saya menurun sedikit berbanding dengan tahun 2013. ramai sekolah juga mengalami penurunan angka GPS bagi beberapa subjek. ini mungkin disebabkan soalan SPM tahun 2014 berbentuk KBAT dan mempunyai soalan beraras tinggi (HOTS). tak per, tahun nie cuba lagi. insyaAllah :)


Read More »

Monday, March 02, 2015

Specky Girl


Aku masih lagi memakai cermin mata
walaupun zaman sudah semakin moden
mempunyai pelbagai warna dan gaya kanta lekap yang canggih-canggah ala retisss
tapi aku masih lagi setia bersama cermin mata

Pernah pada zaman sekolah dahulu
ada beberapa kawan memanggil 'skema'
Oh..peduli hape aku..
kau susah ke aku skema?
asalkan aku boleh belajar dengan jayanya
asalkan aku nampak apa yang ada di depan mata..
tak ada kes nak kenyit-kenyit mata ala-ala cina sepet sebab nak tengok apa yang cikgu tulis kat papan hitam

Ada juga yang panggil 'nerd'
but hello, ramai lagi yang nerd dari aku
Padahal aku punyalah sempoi selenge senget kat sekolah
pakai cermin mata terus hukum nerd la? 
Sungguh tipikal pemikiranmu
Ciss ciss and cheese!

Pernah juga orang cadangkan untuk pakai contact lens seperti gadis-gadis yang lain
tapi sorry la yer, aku lebih selesa macam nie
I still wanna be a specky girl which is the coolest and cutest girl in the world
hihi



lovenota 1 : peace yo!
lovenota 2 : actually saya tak reti pakai contact lens. XD



Read More »

Saturday, February 28, 2015

Tempoh Perkenalan Belum Tentu Menjamin Kebahagian



Kau yakin dia betul-betul sayang kau?

Kau yakin dia ialah orang yang Allah dah takdirkan untuk bersama kau?

Yup, aku yakin dia betul-betul sayang aku sebanyak mana aku sayangkan dia. Aku dah lama dengan dia. Dah  bertahun-tahun. Aku kenal dia. Aku faham dia. Dan dia memang lelaki terbaik yang hadir dalam hidup aku. Dia tak akan tinggalkan aku. Dia pernah janji.

Bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita hampir tersungkur tak mampu berdiri. Hilang harapan. Hilang punca. Hampir putus asa.

Seolah-olah itulah penamat.

Seolah-olah dunia sudah berakhir.

Sesekali Allah uji kita tapi kita cakap, 'aku tak pernah bahagia'. Sesekali kita menangis tapi kita cakap, 'aku jarang ketawa'. Sesekali kita kecewa tapi kita cakap, 'aku tak pernah berjaya'.

Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan tetapi ujianNya yang sedikit itu yang kita hiraukan. Di mana syukur kita? Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih Allah pada kita.

Kerana apa?

Kerana kita letakkan terlalu tinggi keyakinan pada seorang manusia. Hampir 100%.

Kita yakin dia tak akan tinggalkan kita.

Kita yakin dengan tempoh perkenalan yang sudah bertahun itu, kita benar-benar mengenali siapa diri dia. Kita yakin dia milik kita selamanya. Tapi, hakikat sebenar kita tersilap perhintungan. Kita terlupa ada yang lebih berkuasa.

Kita lupa kita hanya mampu merancang.

Sehebat mana pun perancangan kita sebagai manusia, jangan terlupa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.

Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan, senyumlah dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cinta.

Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa.

Tak akan menjamin dia akan kekal jadi milik kita selamanya. Tak akan menjamin dia adalah jodoh kita.

Percayalah. Di dalam tempoh perhubungan dan perkenalan itu, terlalu banyak pembohongan. Tapi kerana cinta kita jadi buta. Buta mata, buta hati. Kita paksa hati kita untuk nampak segalanya kekal indah.

Kita pertahankan sesuatu perhubungan hanya kerana satu perasaan. Perasaan sayang untuk melepaskan kerana sudah lama bersama. 

Kita rasa takut untuk mulakan kehidupan baru tanpa dia.

Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita, jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama dia, kita tetap tidak akan bersama dengannya.

Sampai bila nak terus begitu. Betul ke kita bahagia? Betul ke di akhir nanti dia akan terus jadi milik kita? Betul ke jika kita pertahankan hubungan ni bertahun-tahun, penamatnya nanti pasti indah? Yakin?

Tanya hati, betul ke apa yang aku buat sekarang?

Betul ke aku tengah bahagia? Atau aku sekadar mempertahankan sesuatu yang belum pasti hanya kerana terlalu lama bersama?

"Never put the key to your happiness in somebody else’s pocket."

Yang berkahwin, berkongsi bahagia berpuluh tahun pun ada yang bercerai-berai apatah lagi kita yang hanya bergantung harap pada janji yang belum pasti.

Tanpa ikatan.

Jadi, kenapa terlalu berani kita letakkan sepenuhnya keyakinan pada dia?

Saat awal percintaan, semua nampak indah. Hati berbunga-bunga. Tiada yang buruk pada pandangan. Dia sempurna di mata. Tiada cacat cela. Kebahagiaan melimpah ruah. Kita orang paling bahagia di atas muka bumi ini.

Ketika cinta menyapa, usah silau dengan keindahannya. Tetapi lihatlah apakah cinta itu semakin mendekatkan kita kepada Allah atau tidak?

Tapi bila dah lama bersama, cuba renung kembali. Tanya hati. Dah berapa kali dia sakitkan hati kita?

Dah berapa kali dia curang dengan perempuan lain? Dah berapa kali dia mungkiri janji dia untuk berubah? Dah berapa kali kita bersedih kerana dia?

Jangan cuba untuk menipu.

Jangan cuba untuk beritahu yang kita bahagia sepanjang tempoh perkenalan kita dengan dia. Saya pernah alami dan saya pernah lalui. Bila dah terlalu lama bersama, kita yakin dia akan berubah demi kita. Demi cinta kita.

Tapi sebenarnya itu cuma angan-angan. Cuma mimpi yang kita cuba ukir sendiri. Untuk tenangkan hati yang rawan.

Apa jaminan dia akan berubah? Apa jaminan dia tak akan pergi tinggalkan kita?

Andai bertahun bersama, begitu teruk dia lukakan kita, kita yakin dia akan berubah satu masa nanti?

Kalau berubah, alhamdulillah. Tapi kalau masih kekal sama? Masih melayan perempuan di belakang kita. Masih menyakitkan hati kita. Masih biarkan air mata kita mengalir kerana dia. Apa yang kita nak buat selepas tu?

Terus makan hati sampai ke akhir hayat?

Duduk dan berfikir guna akal waras. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan. Jangan terlalu berpegang dengan tempoh perkenalan kita.

Betul ke dia yang Allah takdirkan untuk aku? Atau aku yang masih berpegang pada sesuatu yang salah?

Jangan pertahankan andai cuma kesakitan yang kita rasa. Jangan terus merayu andai cuma sayang untuk melepaskan.

Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa. Kita belum kenal siapa diri dia yang sebenarnya hingga kita tinggal sebumbung (berkahwin).

If you can love the wrong person that much, imagine how much you can love the right one.

Serahkan keyakinan kita hanya pada Allah. Percaya dengan segala ketentuan Allah. Dia tahu apa yang terbaik. Istikharah dengan sepenuh ikhlas kepada Allah swt.

Selagi kita masih cuba bertahan semata-mata takut untuk melepaskan, selagi itu kebahagiaan sebenar tak akan kunjung tiba.

"Hebatnya cara Allah aturkan jodoh, bercinta bertahun pun belum tentu jadi pasangan hidup. Ada yang kenal sehari, esok jadi suami isteri" – Hafiz Hamidun.

Istikharah :

"Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu."


Wallahu'alam.


lovenota : Kalau putus cinta, redha lah kerana itu adalah kehendak-Nya. 


Read More »

Monday, February 16, 2015

Ubah Diri Sendiri

Assalamualaikum wbt

Sesungguhnya, ketika kita membuat orang lain menangis, maka kitalah yang akan menangis kelak. 

Sesungguhnya apabila kita membuat orang lain rugi, kita sendirilah yang akan rugi kelak. 

Dan sesungguhnya apabila kita membuat orang lain susah, kita sendirilah yang akan merasakan kesusahan kelak. 

Tidak ada kesusahan yang timbul kecuali kita yang menyusahkan diri kita sendiri. 

Tidak ada permasalahan kehidupan yang muncul kecuali kita sendiri yang membuat masalah.

Terkadang ketika kita ditimpa sebuah masalah, kita lebih banyak menuding orang lain sebagai penyebabnya. Padahal sebenarnya menyalahkan orang lain untuk penderitaan kita, justeru akan menambah kita satu penderitaan lagi. 

Jadi ketika kita ditimpa sebuah masalah atau penderitaan, marilah kita cari punca kesusahan hidup, dari dalam diri kita sendiri. 

Dan carilah semua penyebab penderitaan yang kita rasakan, dari dalam diri kita sendiri. 

Kerana penyebab yang paling banyak dan yang paling utama adalah biasanya dari diri kita sendiri

Jujur dengan kesalahan sendiri dan ubahlah, inilah dua penyelesaian berkesan bila penderitaan sedang datang.



lovenota : muhasabah diri


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®