Showing posts with label ..kerjaya guru... Show all posts
Showing posts with label ..kerjaya guru... Show all posts

Sunday, June 29, 2014

Pelaksanaan Peperiksaan Pusat Amali Sains Bagi SPM Mulai Tahun 2015


SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 1 TAHUN 2014 PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS MATA PELAJARAN PHYSICS (KOD 4531), CHEMISTRY (KOD 4541), BIOLOGY (KOS 4551) DAN ADDITIONAL SCIENCE (KOD 4561) BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2015


Seperti yang diketahui pada tahun lepas, Pelaksaan Peperiksaan Kertas 3 bagi mata pelajaran Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Sains Tambahan akan ditukarkan kepada Peperiksaan Pusat Amali Sains. untuk maklumat lajut, sila ke laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membaca surat siaran.



ini bermakna, bagi pelajar Tingkatan 4 tahun 2014 tidak perlu melaksanakan PEKA seperti sebelum ini. tetapi pelajar Tingkatan 5 tahun 2014 harus melaksanakan PEKA terakhir sebelum peperiksaan SPM 2014.

saya sungguh gembira ye sebab tahun nie tak ada semakan PEKA. hihi :P


lovenota : tahun ini saya masih tanda paper kimia kertas 2. tips? teknik menjawab? kemudian la eh :P


Read More »

Tuesday, April 29, 2014

Melanjutkan Pengajian Sarjana (Master)


bila difikirkan keinginan hati, mahu saja ku turutkan tapi memikirkan hal-hal lain agak berat hati pula ingin diteruskan. siapa yang tak nak sambung master? ambil pengajian Sarjana di bidang yang diingini? ditambah pula dengan tawaran dari KPM baru-baru ini, iaitu:


saya lebih prefer pada Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) disebabkan tawaran yang agak baik berbanding dengan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) iaitu pemberian Elaun Biasiswa dan penajaan Yuran Pengajian. bermakna, saya tidak perlu memikirkan pembayaran yuran dan akan mendapat biasiswa di samping penerimaan gaji penuh saya. apabila melihat senarai bidang yang ditawarkan, saya memilih kod LD_B311 iaitu Pengajian/Pendidikan Kimia. itu sahaja bidang yang berkaitan dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dahulu. 

tetapi saya memikirkan penerimaan oleh 'dia'. adakah dia sanggup menunggu saya lagi untuk menghabiskan Master pula? tambahan pula nanti ada taraf pendidikan yang selangkah jauh dari saya. pening juga memikirkan tanggapan abah nanti. susahnya rasa.

memang dia ada mengatakan, kalau nak sambung master teruskan. lagipun dia ada untuk support saya semasa belajar nanti. lagipun kami dah merancang semuanya dan akan berlaku pada tahun depan *InsyaAllah..ngeee* tapi banyak faktor-faktor yang menghalang saya untuk meneruskan permohonan ini. 

faktor lain pula, jika permohonan berjaya, dikehendaki menulis satu kertas cadangan berkaitan dengan penyelidikan. saya membayangkan kertas cadangan itu nanti seperti tesis saya pada zaman Ijazah Sarjana Muda dulu. perlu ada Pengenalan, Penyataan Masalah, Latar belakang kajian, Tujuan / Objektif, Persoalan Kajian, Metodologi, Rangka Jadual Kerja, Kepentingan Kajian dan Rujukan; langkah yang sama menghasilkan tesis dulu. runsing memikirkan jenis penyelidikan yang bagaimana yang ingin saya hasilkan. saya tiada idea langsung! kalau tesis dulu, saya membuat penyelidikan mengenai Chitosan, iaitu kulit udang untuk menyelidik kadar keterlarutan air (water soluble) di dalam Chitosan mengikut kepekatan (concentration) Chitosan yang berlainan. sangat mencabar!

mugkin saya kena berfikir dan berbincang dengan kedua ibu bapa saya nanti. dan juga si 'Papa Meow' tu. oh ya, tarikh tutup permohonan adalah 24 Mei 2014. pada sesiapa yang nak mohon, boleh melawat ke laman web KPM -> [ link ]



sehingga kini saya masih buntu. nak ke tak? nak ke tak? 

akhirnya, saya pening sendiri. 


lovenota 1: nak sambung sekarang ke lepas kahwin nanti? 
lovenota 2: tak lama lagi dah tu. aiseh!

Read More »

Thursday, April 03, 2014

Permohonan untuk Melanjutkan Pengajian bagi Lepasan SPM 2013



pelajar-pelajar lepasan SPM 2013 boleh membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran kepada beberapa agensi pendidikan seperti berikut:


PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MAGHRIBI) BAGI SESI KEMASUKAN 2014/2015 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa, bermula sesi 2014/2015, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi) perlu membuat permohonan secara atas talian di app.moe.gov.my/timurtengah.
  1. Permohonan atas talian akan dibuka pada 01 April 2014 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 16 Mei 2014 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
  1. Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen dihantar ke KPM. KPM tidak melantik mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah.
  1. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah dirujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6611/6627.


UEM Scholarship 2014

UEM Group Scholarship Programme is an annual programme that supports the nation’s objectives of creating elite scholars and serves as a talent supply chain in developing future leaders for the country. The programme offers opportunities specifically for deserving outstanding and high-achieving Malaysians to pursue: Pre-university programme at Kolej Yayasan UEM (KYUEM) in Lembah Beringin, before furthering studies at a reputable university overseas, notably UK, US and Australia

Deadline  : Apr 06, 2014

Criteria

  • All applicants must be Malaysian citizens.
  • Proficient in English, hardworking, and possess positive personality traits.
  • An outstanding extra-curricular record will be advantageous to your application.
  • Excellent academic track record in Form 4 & 5
  • Obtained a minimum of 7As (A+/A’s) in relevant subjects at the 2013 SPM examinations
Preferred Discipline

  • Business (Finance/Business Management/Accounting/Economics/International Business)
  • Built Environment (Quantity Surveying/Town Planning/Land Surveying/Building Services/Building Management)
  • Engineering (Civil/Mechanical)

How to Apply

UEM Scholarship Portal
Contact Info
E-mail: scholarship.info@uemnet.com
Website: UEM Scholarship Site
Contact No: 603 2727 6850 / 6511/ 6439.



Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier/Konvensional/METrO Sesi Jun 2014 Bagi Calon Lepasan SPM dan SKM 

Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dipelawa untuk memohon ke Program Diploma Politeknik KPM Sesi Jun 2014

Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori A berharga RM 10.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.



Klik pautan berikut untuk melihat syarat kemasukan :
Politeknik Premier
Politeknik Konvensional/METrO
Lulusan SKM

tarikh tutup permohonan: 7 April 2014





Read More »

Tuesday, April 01, 2014

Tangguhkan PBS!



SHAH ALAM, 31 MAC - Gabungan NGO Islam & Melayu Malaysia (GNIMM) mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya menghentikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sementara waktu bagi kajian rintis dijalankan terlebih dahulu.

Ketua Biro Pendidikannya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, kajian rintis perlu dijalankan dalam tempoh tiga tahun bagi mendapatkan keputusan sama ada sistem PBS itu mampu diteruskan atau sebaliknya.

“Saya berharap agar Penilaian Menengah Rendah (PMR) dapat dijalankan seperti biasa kerana guru dan pelajar telah tahu format PMR. Selain daripada kekangan masa yang sangat suntuk sekarang untuk buat apa jua perubahan yang baharu.

“Terdapat banyak kelemahan dalam pelaksanaan PBS disebabkan kemampuan sistem pendidikan Malaysia yang masih belum bersedia untuk melaksanakan PBS,” katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata format baharu PT3 bagi menggantikan PMR itu tidak mampu dilaksanakan pada tahun ini susulan formatnya masih kabur dan taklimat format yang lambat (April-Julai) sedangkan PT3 akan berlangsung pada Oktober depan.

“Terdapat dua komponen yang masih mendatangkan masalah dalam proses penambahbaikan ini iaitu sistem offline yang tetap memerlukan guru masukkan tahap pencapaian murid,” katanya.

Selain itu, dakwanya pelaksanaan PBS menyebabkan murid tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada guru kerana keadaan kelas yang terlalu padat.

Malah katanya dengan proses pentaksiran itu akan menjadikan murid yang rajin menjadi pasif manakala murid yang kurang cerdik pula menjadi malas.

“Jumlah murid yang terlalu ramai, 40-50 murid dalam satu kelas. Selain itu, murid juga langsung tidak didedahkan dengan peperiksaan sejak PBS dilaksanakan,” katanya lagi.

sumber: sinar harian

**************************

saya sangat bersetuju jika PBS ini ditangguhkan dan PMR dijalankan seperti biasa. kalau nak buat PT3, sila jalankan tahun depan. saya sendiri sudah pening memikirkan format baru iaitu PT3 yang akan dijalankan pada bulan oktober sedangkan taklimat mengenai PT3 masih belum lagi diadakan. sempat ke nak siapkan semua sebelum bulan oktober ini? nak menghadam format baru lagi, sesi taklimat kepada guru, pelajar dan ibu bapa, siapkan keputusan evidens yang guru-guru belum lagi mulakan sebab deskriptor (DSP) yang baru belum dikeluarkan lagi. 

saya rasa desakan sebegini yang menyebabkan kepala saya makin sakit. saya disahkan migrain. sangat la mengecewakan. 

wahai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya sebagai guru merayu tangguhkan PBS yang berformat baru, iaitu PT3. kesian pada guru, kesian pada para pelajar Tingkatan Tiga 2014 ini. Saya tak sanggup tengok pelajar-pelajar ini terpinga-pinga mengenai PT3. Mereka dah ditrainingkan dengan PBS sejak Tingkatan 1. ini pula PT3 yang tidak tahu bagaimana formatnya nanti. contoh ujian bertulis bulan oktober nanti pun tidak diberikan lagi. bagaimana guru nak mengajar dalam kelas sebab guru tak tahu nak ajar format macam mana. saya sendiri terpinga-pinga dan masih lagi mengajar menggunakan format PMR. sebab itu format yang saya pakar berbanding format baru PBS ini. saya langsung tiada bayangan mengenai format ujian bertulis itu. 

saya merayu demi anak-anak bangsa, masa depan mereka, masa depan kita juga.


lovenota 1: saya tekankan, saya lagi suka format PMR
lovenota 2: saya memang tidak meneruskan PBS selagi taklimat PT3 belum dilaksanakan.

Read More »

Thursday, March 20, 2014

Keputusan SPM Tahun 2013



20 Mac 2014: Sebanyak 13,970 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas memperoleh gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 13,720 calon pada 2012, iaitu peningkatan sebanyak 0.05 peratus. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, terdapat peningkatan jumlah calon yang mendapat semua A daripada sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu sebanyak 11,892 calon berbanding 11,648 calon tahun sebelumnya. Bagi calon bukan KPM yang memperoleh semua A adalah sebanyak 2,078 untuk semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 2,072 calon pada 2012. Daripada jumlah itu, sebanyak 405 calon iaitu 366 calon sekolah KPM dan selebihnya calon bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki. Pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 bertambah baik dengan nilai GPN 4.93 mata berbanding 5.08 mata pada 2012, iaitu peningkatan sebanyak 0.15 mata. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Berdasarkan GPN juga, calon bandar menunjukkan peningkatan 0.15 peratus mata iaitu daripada 4.83 mata pada 2012 kepada 4.68 mata tahun lepas, manakala calon luar bandar turut meningkat sebanyak 0.16 mata daripada 5.44 mata (2012) kepada 5.28 mata pada 2013. Enam daripada tujuh mata pelajaran teras meningkat iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah dan Sains, kecuali Matematik menurun sebanyak 0.08 mata daripada Gred Purata Mata Pelajaran 4.91 mata pada 2012 kepada 4.99 mata pada 2013. Bagi mata pelajaran elektif, 55 daripada 101 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi antaranya untuk elektif Sains seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan dan Sains Gunaan.

Keputusan Penuh Keseluruhan Negeri bagi SPM 2013


PERAK: Seramai 1,276 calon SPM berjaya memperoleh semua A bagi semua mata pelajaran iaitu peningkatan sebanyak 0.32% atau pertambahan seramai 93 orang berbanding 1,183 calon memperoleh semua A pada 2012. Seramai 42 calon berjaya memperoleh gred semua A+ iaitu cemerlang tertinggi bagi semua mata pelajaran berbanding 41 calon pada tahun sebelumnya. Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Idris Ramli berkata, pencapaian keseluruhan juga meningkat dengan Gred Purata Negeri (GPN) meningkat kepada 5.01 mata berbanding 5.21 mata pada 2012 dengan peningkatan 0.20 mata. 

SARAWAK: Seramai 41 calon SPM berjaya meraih pencapaian semua A+ dalam semua matapelajaran. Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Abdillah Adam, di Auditorium Pejabat Pendidikan Negeri, berkata, empat sekolah yang mencatatkan keputusan SPM terbaik adalah Sekolah Menengah (SM) Sains Miri; SM Sains Kuching; Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong dan MRSM Mukah. 

JOHOR: Seramai 1,582 calon SPM berjaya memperoleh semua gred A bagi semua matapelajaran yang diduduki berbanding 1,391 calon pada tahun sebelumnya. Timbalan Pengarah Pendidikan Johor, Md Hasidin Zaini, berkata seramai 64 calon berjaya memperoleh gred A+ bagi semua matapelajaran yang diduduki. Seramai 1,518 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua matapelajaran yang diduduki berbanding 1,333 calon pada 2012, iaitu peningkatan seramai 185 calon. 

PULAU PINANG: Pulau Pinang mencatat penurunan jumlah calon cemerlang dalam keputusan SPM pada 2013. Penurunan itu adalah sebanyak 4.69 peratus berbanding 4.9 peratus pada tahun lalu. Seramai 1,024 calon SPM di Pulau Pinang cemerlang pada tahun ini. Bagaimanapun, Pulau Pinang mencatat gred purata lulus SPM yang lebih baik, iaitu sebanyak 4.73 berbanding 4.87 pada tahun lalu. sebanyak 22 sekolah menengah di negeri ini mencatat keputusan 100 peratus lulus dan layak mendapat sijil. seramai lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan St George mendapat keputusan semua subjek lulus dengan A+, diikuti SMK Tinggi Bukit Mertajam dan SMJK Chung Ling Butterworth, masing-masing dengan empat calon. 

NEGERI SEMBILAN: Seramai 693 calon SPM 2013 berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A. Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid, berkata pada tahun ini seramai 17,684 mendaftar sebagai calon membabitkan 111 sekolah berbanding tahun lalu seramai 17,583 iaitu pertambahan sebanyak 101 calon. Katanya, GPN bagi negeri ini meningkat kepada 4.70 berbanding tahun lalu 4.86 menunjukkan peningkatan tahap kecemerlangan dalam SPM semakin baik. 

SELANGOR: Seramai 2,606 calon sekolah KPM dan bukan KPM berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM. Sebanyak 13 sekolah di negeri ini muncul sebagai sekolah terbaik dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak muncul sekolah terbaik Selangor bagi keputusan SPM 2012 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.18. Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, daripada jumlah itu, GPN mencatat peningkatan sebanyak 0.13% iaitu 4.77 berbanding tahun 2012, 4.90. seramai 78 calon mencatat gred A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki, manakala 2,528 calon memperoleh gred A kombinasi (A+, A dan A-). 

SABAH: Seramai 376 daripada 34,036 calon SPM 2013 lulus cemerlang dengan mendapat A dalam semua mata pelajaran berbanding 199 orang pada 2012. Bilangan calon yang lulus semua mata pelajaran juga bertambah kepada 18,681 orang atau 54.89% berbanding 17,247 atau 51.43% pada 2012. 

KEDAH: Seramai 662 calon SPM 2013 memperoleh keputusan semua A dalam mata pelajaran diduduki termasuk 12 daripadanya diklasifikasikan sebagai cemerlang tertinggi (gred A+). Pencapaian keseluruhan bertambah baik dengan nilai GPN 5.04 berbanding 5.23 pada 2012. 

PERLIS: Seramai 80 calon SPM 2013 memperoleh keputusan semua A dalam subjek diduduki termasuk seorang daripadanya mendapat keputusan 11A+ atau cemerlang tertinggi. Pencapaian keseluruhan bertambah baik dengan nilai GPN 5.26 berbanding 5.46 pada 2012. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra mencatatkan bilangan calon cemerlang paling ramai, iaitu 30 orang dan juga 100 peratus calon memperoleh sijil. 

Sebanyak 1,229 orang daripada 7,645 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memperolehi 'A' (A+, A atau A-) bagi semua subjek yang diambil dalam peperiksaan SPM 2013 dengan mencapai Gred Purata Maktab 2.019. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa berkata MRSM Tun Ghafar Baba mencatat keputusan terbaik daripada 45 buah MRSM di negara ini diikuti MRSM Taiping dan MRSM Pengkalan Chepa.

WARNA HIJAU - dapat semua A
WARNA PINK - dapat semua A+

SPM 2013: Kajian khusus bagi cari punca penurunan Matematik - TPM
- kajian cara penyampaian guru, kandungan mata pelajaran serta pemahaman murid

keputusan kimia sekolah saya pun menurun berbanding pada tahun lalu. agak sedih sebab orang yang saya target fail pula yang lulus, yang tidak disangka-sangka pula gagal. itulah lumrah kehidupan. adei~




lovenota 1: Tahniah pada semua calon SPM 2013. Perjuangan anda tidak terhenti setakat ini
lovenota 2: Saya agak gembira sebab pelajar melayu yang saya target lulus kimia. berbaloi usaha saya selama ini :)


Read More »

Wednesday, March 19, 2014

Keputusan STPM Tahun 2013



Purata lulus kebangsaan meningkat dari 92.67% kepada 96.75% (53,422 calon) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013. Seramai 492 pelajar daripada 55,214 calon mendapat purata gred komulatif (CGPA) 4.0 dalam peperiksaan STPM 2013. Sementara itu, lapan pelajar meraih 5A dan 460 pula mendapat 4A pada peperiksaan berkenaan.  

Keputusan Keseluruhan STPM 2013 bagi setiap negeri

SEREMBAN: sejumlah 20 pelajar cemerlang iaitu 1.14% calon di Negeri Sembilan memperoleh PNGK 4.00 dalam STPM 2013. Pengarah Pendidikan negeri Datuk Kalsom Khalid berkata mereka terdiri daripada lima orang calon jurusan sains manakala selebihnya (15) orang calon jurusan sastera.

KUALA TERENGGANU: sejumlah tujuh daripada 3,002 calon di Terengganu memperoleh keputusan empat prinsipal dalam semua mata pelajaran yang diambil. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Hashim Mohd Zin berkata secara keseluruhan, pencapaian STPM 2013 merupakan keputusan yang cemerlang berbanding pada 2012. "Dari segi lulus penuh empat mata pelajaran juga turut meningkat sebanyak 17.07% berbanding tahun lepas apabila sejumlah 1,757 calon lulus penuh empat mata pelajaran berbanding tahun lepas hanya 1,236 menjadikan peratus lulus empat mata pelajaran tahun ini sebanyak 58.53%,".

MELAKA: Pengarah Pendidikan negeri Md Rashid Hussin berkata sejumlah 940 calon atau 61.56% memperoleh keputusan empat prinsipal, menyaksikan peningkatan sebanyak 9.5% berbanding 52.06% pada 2012. 1,505 calon mencatat keputusan lulus penuh tahun lepas berbanding 1,198 orang pada 2012, meningkat sebanyak 1.87%.

KUANTAN: Pengarah Pendidikan Pahang, Rosdi Ismail berkata sejumlah 2,893 calon atau 97.97% memperoleh kelulusan penuh iaitu mendapat sekurang-kurangnya satu mata pelajaran lulus penuh.

PULAU PINANG: sejumlah 61 daripada 3,208 calon STPM memperoleh keputusan cemerlang PNGK 4.0. Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata pencapaian itu merupakan peningkatan sebanyak 0.06% berbanding tahun sebelumnya, yang menyaksikan 42 calon memperoleh PNGK 4.0. Sebanyak 14 sekolah berjaya mencapai kelulusan 100% selepas semua pelajar yang mengambil STPM memperoleh keputusan lulus dalam semua subjek.

KOTA BHARU: sebanyak 23 sekolah mencatat kelulusan 100% dengan 15 calon dipilih sebagai pelajar terbaik STPM 2013 berbanding hanya empat pada 2012. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Hussain Awang berkata pelajar terbabit memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil selain mencatat PNGK 4.0.

IPOH: sejumlah 69 daripada 5,276 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil selain mencatat PNGK 4.0. Pemangku Pengarah Pelajaran negeri Mohd Idris Mohd Ramli berkata pencapaian itu menyaksikan peningkatan sebanyak 0.09% berbanding tahun sebelumnya dengan 51 calon.

JOHOR BAHRU: Timbalan Pengarah Pendidikan Johor Hasidin Zaini berkata sejumlah 70 calon di negeri itu memperoleh PNGK 4.00 iaitu 38 calon aliran sains dan 32 calon aliran sastera.

KANGAR: Pengarah Pendidikan negeri Dun Kasa berkata pencapaian meningkat berbanding tahun 2012. Dari segi peratusan, Perlis mencatat 96.71% atau 618 calon lulus sekurang-kurangnya satu Prinsipal iaitu peningkatan 0.89 peratus berbanding 95.82 peratus pada tahun sebelumnya.

ALOR SETAR: peratus calon yang lulus penuh ialah sebanyak 98.22% atau 3,983 calon berbanding 3,431 calon atau 93.79% pada 2012. Pengarah Pelajaran negeri Datuk Mansor Lat berkata sebanyak 33 sekolah mencapai keputusan 100% lulus penuh termasuk 17 dalam kategori luar bandar.

KUCHING: Sejumlah 39 daripada 6,142 calon sekolah kerajaan di Sarawak memperoleh keputusan cemerlang PNGK 4.0, menyaksikan peningkatan berbanding 20 orang pada 2012. Pengarah Pendidikan negeri Datuk Abdillah Adam berkata sejumlah 1,360 calon memperoleh PNGK 3.00 ke atas berbanding 981 orang pada 2012.

SABAH: sebanyak 35 sekolah mencapai kelulusan 100% dengan 15 pelajar memperoleh PNGK 4.00. Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Jame Alip berkata 7,213 daripada 7,515 calon (atau 95.98%) memperoleh kelulusan penuh berbanding 89.44% pada tahun sebelumnya.

LABUAN: keputusan STPM 2013 menunjukkan peningkatan 10.73% dengan 96.64% pelajar lulus penuh berbanding 85.71%s pada tahun sebelumnya. Pengarah Pendidikan Labuan Mistirine Radin berkata daripada 119 calon yang menduduki peperiksaan itu, sejumlah 115 orang lulus penuh berbanding 84 pelajar yang direkod pada 2012.

SELANGOR: Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mahmud Karim berkata sebanyak 96.53% daripada sejumlah 5,749 calon memperoleh kelulusan penuh bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan STPM tahun lepas. keputusan itu meningkat 1.68% daripada 94.85% pada 2012 dengan 99 calon mendapat keputusan cemerlang lima Prinsipal. seorang calon memperoleh keputusan cemerlang semua A bagi lima mata pelajaran manakala 59 calon pula mendapat semua A bagi empat mata pelajaran dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan 4.0. gred purata negeri bagi keputusan STPM kali ini juga meningkat kepada 2.52 mata berbanding 2.35 pada 2012.

Lima sekolah yang dinobat sekolah terbaik STPM 2013 ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah; Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katolik, Petaling Jaya; SMJK Yoke Kuan, Sekinchan; SMK Kepong dan SMK Batu 8, Puchong.

Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang menerima Anugerah Sekolah Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 kerana mencatat prestasi terbaik dalam peperiksaan itu dengan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) 3.42. 


Keputusan sekolah saya pun meningkat. Syabas diucapkan!



Saya tidak mengambil STPM tetapi pernah mengalami suasana Tingkatan 6. Sebelum saya masuk ke Matrikulasi Gopeng, Perak (KMPk) *i am proud to be KMPk*, saya sempat masuk Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi, Port Dickson (STPD) atau dikenali sebagai High School Port Dickson. Saya mendapati subjek STPM memang sangat susah daripada matrikulasi. Sebab tu saya 'salute' pelajar-pelajar STPM. Syukur jugak saya dapat pengambilan kali kedua @ second intake di Matrikulasi. :)



lovenota 1: saya rindukan zaman persekolahan.semua orang pun begitu, bukan?
lovenota 2: percaya tak, zaman persekolahan saya sangat2 nakal. hehe :P

Read More »

Tuesday, March 18, 2014

PT3 menggantikan PMR

UPDATE:
30 Jun 2014: Format PT3 serta instrumen contoh bagi setiap mata pelajaran yang terlibat dalam Peperiksaan PT3 --> klik sini

****************


Kuala Lumpur, 18 Mac 2014 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini. Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.

"Akan ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.

Muhyidddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)? pulak dah. Nama peperiksaan asyik bertukar dari PBSMR, lepas tu PPMR then yang terbaru PT3 *dah bunyi macam gred kenaikan pangkat je*. 

Bagi guru-guru yang terlibat dalam PBS, KPM sudah mengeluarkan kenyataan media YAB Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Ada 5 lampiran yang perlu anda download dan lihat penambahbaikan tersebut dari segi DSP, pernyataan deskriptor dan evidens, contoh pelaporan, jenis instrumen PT3 dan kriteria kemasukan pelajar ke Tingkatan 4 --> [link KPM]

Di sini, dapat saya disimpulkan bahawa penambahbaikan PBS adalah seperti berikut:

1. Dokumen Standard Prestasi (DSP) sudah dikurangkan. Bermakna, penilaian guru adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian guru kepada pelajar. Guru boleh merekod mengikut kaedah sendiri dan perekodan akan dibentangkan kepada ibubapa. Tiada lagi evidens yang berlambak2-lambak di atas meja guru. Sekolah masih boleh mengadakan ujian bulanan, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar.

2. Guru tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru. Contoh pelaporan ada dilampirkan di web KPM. So, no 'filing' anymore. Guru sendiri simpan rekod pelajar mengikut kaedah sendiri. 

3. Guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Perlaksanaan PT3:
  • Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris - pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan
  • Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun - pentaksiran ujian bertulis 
  • Sejarah dan Geografi - tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study)

Dalam Perlaksaan PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan:
  • Moderasi - suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. 
  • Verifikasi - proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

Semua penambahbaikan ini akan dilaksanakan bermula 1 April 2014.

****************************
Secara kesimpulannya, PBS masih lagi diteruskan tetapi jumlah evidens sudah dikurangkan. Contohnya Sains, untuk Tingkatan 1, evidens berjumlah 129 sudah dikurangkan kepada 24; Tingkatan 2, evidens berjumlah 160 sudah dikurangkan kepada 30; dan Tingkatan 3, jumlah evidens berjumlah 178 sudah dikurangkan kepada 24 evidens *ok la dikurangkan banyak itu. masih boleh dilaksanakan dan bolehla PdP dijalankan dengan lebih sempurna lepas nie*.  

Saya sebagai guru, rasanya penambahbaikan ok berbanding dengan sebelum ini. Memang KPM betul-betul menyelenggara penambahbaikan PBS. After this, no tension at all about fail budak, evidens pelajar yang beratus-ratus tak tahu nak simpan mana, tak ada lagi bangun awal-awal jam 2 pagi untuk isi markah online di SPPBS iaitu "Sistem Pusing Pusing Balik Semula", tak perlu fikir dan kejar band yang terlalu banyak untuk pencapaian tertinggi pelajar. tapi ini sebenarnya mengurangkan beban dan kerja guru, tetapi bagaimana pula dengan perkembangan dan pencapaian pelajar? 

tapi bila dah laksanakan PT3 nie, mesti nanti keluar macam2 isu *dah nampak dah sebenarnya*. mungkin akan timbul pemberian markah yang tidak telus dan 'syok sendiri' untuk menjaga prestasi sekolah, penyelarasan markah yang mungkin mengundang pening pada cikgu2, dengan ibubapa yang mungkin akan mendesak guru memberikan markah yang terbaik kepada anak2 mereka tanpa menilai kebolehan pelajar dan boleh menjurus ke arah rasuah pula. tengok jelah nanti. *saya lagi menyokong jika SPPBS ini dimansuhkan dan PMR seperti biasa. biar Lembaga Peperiksaan yang uruskan seperti biasa*

syabas pada SGMM kerana isu ini diperhalusi oleh KPM *yang hairan NUTP pula dapat nama. ini baru betul, lembu punya susu, sapi dapat nama* --> [link]

perkembangan terkini mengenai isu SPPBS dan luahan guru-guru boleh diikuti di facebook: https://www.facebook.com/KamiMahuSPPBSDimansuhkan

Betul cakap orang, hanya GURU je yang tahu penat lelah seorang GURU mengenai PBS ini. *tak nak komen banyak sangat, nanti timbul isu guru malas plak..huhu*


lovenota 1: mesti lepas nie ada LPD mengenai PT3.
lovenota 2: suka sebab online dah bertukar pada offline :). tapi rasanya lagi suka kalau 'offline'kan terus sistem PBS nie :)

Read More »

Thursday, March 06, 2014

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2014


tahun ini agak lambat saya mengupload jadual dan tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam @ kakitangan awam bagi tahun 2014. terlupa! :P





kebanyakan tarikh yang dikeluarkan menepati aras normal keluaran gaji *ayat power nie, maklumlah dulu masa Degree belajar Bahasa Melayu Profesional :P*. semua bulan mendapat gaji seperti biasa kecuali pada bulan Oktober iaitu 16 Oktober 2014 disebabkan Perayaan Deepavali *kena berjimat cermat*. selain itu, bulan Disember juga gaji diberikan awal iaitu pada 18 Disember 2014 disebabkan Krismas *ini dah biasa dapat awal*. 

tahun ini rasa2nya tak nak terlibat menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 2014. kalau nak pun maybe tahun depan la pulak. kemungkinan saya memohon menjadi Pengawas Penandaan Kertas SPM 2014 bagi subjek Kimia. masyukk kot! banyak pengalaman mengajar Kimia dan Tips-tips menjawab soalan Kimia boleh kita dapat tahu jika kita terlibat menanda kertas jawapan Kimia. 


lovenota 1: adik dah nak bertunang bulan 5 nie. simpan duit hadiah kahwin la nanti
lovenota 2: disebabkan langkah bendul, nak pow banyak2 kat bakal tunang dia..haha!


Read More »

Wednesday, October 02, 2013

Phishing: Minta Nombor Akaun dan Nombor Gaji Kakitangan Awam Sekolah



dalam kalangan guru-guru di Malaysia dikejutkan dengan email phishing yang dihantar oleh seorang kononnya Pegawai Sektor Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Mohd Amin Bin Anis. dalam kandungan email tersebut meminta untuk mengemaskini maklumat pangkalan data Jabatan Akauntan Negara yang memerlukan nombor akaun bank dan nombor gaji kakitangan awam. 


akibat daripada penipuan ini, ia mendatangkan banyak permasalahan kepada semua pihak. Langkah2 mengatasi masalah ini *macam karangan sudah..haha!*

1. buat report polis *ayah Qis kan polis, dia cakap 30 September hari Isnin lepas di Balai Polis Telok Kemang ramai guru-guru buat laporan polis..jadi riuh balai..haha!*

2. tindakan awal guru-guru adalah transfer semua wang di dalam akaun gaji ke akaun lain *nasib baik Qis ada akaun bank lain..bila dapat tahu cite ie, trus transfer. selamat duit gaji den*

3. semua guru hendaklah membuka akaun baru kerana nombor akaun itu sudah didedahkan kepada si penipu itu *Qis tak dapat lagi akaun baru memandangkan semua guru area Gemencheh ramai giler datang bank semalam nak bukak akaun baru*

4. Pegawai Tadbir (PT) dan pihak sekolah mengalami masalah untuk menguruskan gaji untuk bulan Oktober memandangkan gaji kakitangan awam pada bulan Oktober dikeluarkan awal kerana menyambut Hari Raya Aidiladha 2 minggu lagi *maknanya gaji Qis sangkut la sekejap, tak dapat gaji on-time*

5. sesiapa yang buat auto-debit pembayaran segala jenis termasuk pembayaran loan, rumah, kereta dll terpaksa mengisi borang baru disebabkan nombor akaun yang baru *tadi pun ada Aeon Service call pasal nie. orang tak habis cerita masalah kita, dia main potong cakap kita. macam tau cerita je..langsung tak menghormati pelanggan!*

kalau ikut logiknya, memang tak wujud pun email government [gov@gmail] sebab semua email gov macam nie [@gov.my]. serius tertipu! rasa macam nak maki je wei! tipah tertipuu! lepas tu tengok ada logo KPM dengan logo JPN. mana la tau itu email tipu sebab mata nie dah nampak logo2 penting macam tu! geram jugak rase..haha!
memang benda nie jadikan pengajaran la. lepas nie apa2 hal pun kena rujuk balik pada pentadbiran atas nuh. jangan buat keputusan sendiri. harap2 si penipu nie dapat ditangkap secepat yang mungkin. semua guru jadi mangsa sebab gaji dapat lambat. hari raya nie sambut lah secara sederhana..duit takdok! hahaha!


lovenota 1: Qis pun ada rasa bersalah sikit. sebab Qis yang bukak email tu tunjuk kat PT
lovenota 2: maafkan Qis! (Y.Y)


Read More »

Friday, August 02, 2013

Cuti Sekolah sudah bermula!


selamat bercuti wahai cikgu cikgi dan student2 sekolah.

rayo da nak dekat nie wei! :P



Read More »

Sunday, June 23, 2013

Penjawat awam terima faedah pemindahan gaji 1 Julai


Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan penjawat awam akan menerima pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bulan depan. 


Menurut jabatan itu, jumlah pemberian faedah pemindahan gaji berkenaan pada 1 Julai depan akan dikira dengan kadar satu KGT mengikut gred jawatan atau gred gaji masing-masing.

sumber : berita harian

Untuk memuat turun pekeliling faedah pemindahan gaji kakitangan awam berhubung insentif khas KGT bagi Julai 2013: [link]

sesiapa yang kurang jelas mengenai faedah pemindahan gaji, sila rujuk pada penerangan di laman web JPA: [link]

Tahun 2013 ini, kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan awam adalah sebanyak dua kali iaitu:

  • Kenaikan Gaji Tahunan Biasa (KGT) : April , Januari, Julai, Oktober (2013)
  • Kenaikan Gaji Tahunan Khas : 1 Julai 2013
  • Kenaikan Gaji Tahunan Biasa : April, Januari, Julai, Oktober (2014)

  • lovenota 1: yeayy!! alhamdulillah~
    lovenota 2: nak tukar kereta la camnie..hihi :P

    Read More »

    Wednesday, May 15, 2013

    Wordless Wednesday # 17 : Happy Teacher's Day



    happy teachers day!

    saya mengucapkan selamat hari guru kepada diri sendiri especially *mesti la pada diri sendiri dulu..haha!*, kepada rakan2 seperjuangan di sekolah, rakan2 seperjuangan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terutama rakan2 Fakulti Sains dan Teknologi (FST) batch 2006-2010 dan terakhir sekali kepada seluruh GURU di Malaysia

    p/s: rasa2 ada hadiah ke tak? tak kot. den garang kut kat sekolah. hihi XD

    1 Aspirasi 1 Agenda

    Read More »

    Tuesday, March 19, 2013

    Guru Kelantan menghina PDRM


    rasanya dah basi kut cerita nie..haha. benda nie berlaku semasa perang di Lahat Datu dengan puak or kaum Sulu. salam takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam peperangan tu. insyaAllah tempat beliau semua adalah di syurga..amin. tapi saya tak nak cerita pasal perang tu. saya nak cerita pasal cikgu Mohd Lotfi Nor nie..hehe..


    tindakan beliau menghina dan mencaci pihak PDRM memang rasanya ramai yang tak boleh terima. orang tu dah banyak berjasa pada negara, perlu ke buat camtu? jangan lah campur adukkan politik dalam agenda nie. tak semua orang berani mati syahid melainkan PDRM dan ATM. saya sendiri berbangga dengan mereka semua demi melindungi negara kita. ada jugak yang mengatakan cikgu nie sakit..mungkin la jugak. sebab saya baca facebook beliau, rakan2 dia cakap dulu dia tak macam nie. wallahu'alam.

    dengar cerita cikgu nie sudah ditahan reman semalam untuk siasatan lanjut. emm..


    pihak kementerian pelajaran malaysia (KPM) pun sudah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai cikgu ini. memang patut la KPM ambil tindakan tegas pada cikgu nie. *yelah, disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga*. sebab nanti dia akan membawa pengaruh yang buruk kepada pelajar2. nanti dah tak da siapa yang bercita2 menjadi polis, askar, tentera. siapa lagi yang nak pertahankan negara kalau bukan mereka? pelajar sekarang adalah pelapis generasi kita yang akan datang. sepatutnya didiklah mereka mencintai negara kita, tanamkan sifat patriotik dalam diri pelajar2. *den da jadi cikgu sejarah da plak!*


    so rasanya ramai dah baca surat siaran akhbar nie ye. penjawat awam macam kita nie kenalah ikut peraturan..bukan main redah je. hadui..kan da gelap masa depan cikgu nie. camno tu? diharap siasatan tu tepat dan adil lah. kut2 memang betul dia sakit mental ke..dia diupah oleh siapa2 ke kan? kita tunggu jela keputusan mahkamah nanti :)

    facebook guru tersebut: [link]

    p/s:  hari nie hari jadi abah yang ke-50. doakan abah saya semoga beliau panjang umur dan dimurahkan rezeki ye. saya masih memerlukan abah saya. *mAnjE*. fyi, abah seorang anggota pegawai PDRM jugak (^_^)

    updated: semakin ramai pulak cikgu2 yang buat kerja camnie. yang terbaru Cikgu Ishak Johari, cikgu kelahiran Kuala Lipis yang bertugas di Sarawak. alahai..haru betul bila Qis baca..hurmm! 

    Read More »
    Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®