Tuesday, March 31, 2015

Pemantauan dari Jabatan

Hari ini sekolah saya dipantau oleh Jabatan tuutt *tak nak sebut sebab senang sangat kena trace nanti*. Pelbagai input dah dimasukkan ke dalam otak sehinggakan terasa satu ketika itu otak saya terus jadi blank..kosong..tak tahu apa-apa..blur..senget. Sungguh! migrain saya kembali mencucuk-cucuk di belakang kepala saya. Rasa penat sangat mengadap semua benda hari ini.  Saya tahu saya masih kurang profesional dalam mengajar anak didik tetapi saya berusaha sehingga ke tahap maksimum. Saya tahu mungkin saya ada beberapa kekurangan tetapi jangan la terus kondem guru tersebut. Kami baru...
Read More »

Sunday, March 29, 2015

Awal Ashaari Kemalangan

Awal sempat hubungi Scha Gambar kereta Awal Ashaari kemalangan Isteri pelakon dan pengacara Awal Ashaari, Scha Al Yahya ketika dihubungi berkata, Awal sempat menghubunginya selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh, pagi tadi. Menurutnya, dia tidak tahu tahap kecederaan dialami suaminya tetapi sudah dimaklumkan Awal sudah menjalani x-ray di Hospital Besar Melaka. "Saya sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur ketika Awal menghubungi saya tadi. Pada mulanya saya buat macam biasa saja kerana...
Read More »

Breakfast with Love

Pagi-pagi lagi dia dah datang tengok saya. Bukan apa, semalam saya sakit senggugut, sakit sangat. tak boleh nak gerak sangat, nak berdiri lama-lama pun tak boleh apatah lagi nak bergerak keluar makan. Dah dua hari tak makan plak tu. Saya pun mengadu pada dia semua tu. Mengadu sambil marah-marah manja..hehe. Tak tahu pula dia boleh buat suprise pagi nie, tiba-tiba dia dah tercongok depan pagar rumah. Of course la terkejut. Almost 2 month tak jumpa. tiba-tiba datang, hati manyak berbunga-bunga lah..manyak suka lah.  Pagi nie terus breakfast kat McDonald. Lama tak makan pancake....
Read More »

Thursday, March 26, 2015

Akasia : Teman Lelaki Upahan

#temanlelakiupahan #ungkuismailaziz #elizadsharifuddin  Buat peminat drama TLU ini diharap bersabar yer! saya sendiri tak sabar tengok sambungan pada minggu depan. yang sedihnya drama ini akan berakhir pada 26 Mac ini. oh tidakk! rasa macam tak puas tengok EL aka Ezwan Luthfi dengan Kyra Lydia bergaduh bercakaran. bukannya gaduh pun. melawak je rasa..hahaha. saya cukup jatuh hati dengan lakonan Ungku Ismail dengan Elizad. sangat terkesan sebenarnya dalam hati sejak babak-babak sedih nie. dengan EL yang masih bersedih, Kyra pulak minta clash. fuhh! menusuk beb! superb sangat. tahniah!! Disebabkan...
Read More »

Penangguhan Peperiksaan Amali Sains 2015

Dengan adanya surat pekeliling di atas, ini sudah terbukti bahawa Peperiksaan Pusat Amali Sains bagi mata pelajaran Sains Tulen (Biologi, Kimia, Fizik) dan Sains Tambahan akan ditangguhkan pada tahun ini. ini bermakna Kertas 3 masih ada untuk SPM 2015. lega juga saya rasa sebab banyak barang alatan dan radas makmal perlu dibeli untuk peperiksaan amali ini. peruntukkan duit PCG yang diberi oleh kementerian masih lagi seperti peruntukkan yang lepas-lepas. dulu masa peperiksaan amali sains diperkenalkan, kononnya duit PCG bagi subjek masing-masing akan ditambah. tapi habuk pun tarak. duit...
Read More »

Love is #14 : Counting Days

Almost 2 month we did not see each other.  Can't wait to see you.. Soon! lovenota : rindu. Keh3. XD ...
Read More »

Wednesday, March 25, 2015

Pesawat Airbus A320 Terhempas

150 korban nahas pesawat La Javie (Perancis): Sebuah pesawat Airbus milik Germanwings, syarikat yang mengendalikan penerbangan tambang murah syarikat penerbangan Lufthansa terhempas di kawasan terpencil bersalji di Pergunungan Alps Perancis, semalam. Semua penumpang dan anak kapalnya dikhuariti terbunuh. Presiden Perancis Francois Hollande berkata, pihaknya percaya tiada yang terselamat dalam pesawat A320 itu manakala Ketua Eksekutif Lufthansa Carsten Spohr menyifatkan semalam sebagai hari yang kelam untuk penerbangan Jerman itu. Germanwings mengesahkan penerbangan 4U9525 dari...
Read More »

Saturday, March 21, 2015

Patutlah Jem Seremban Tadi!

Saya baru balik shopping barang di Mydin Seremban 2. Balik nie terus google berita hari ini. Bukan apa, petang tadi tiba-tiba jalan susur keluar tol PD-Seremban jem teruk sangat! Pelik jugak sebab tak pernah jem seteruk itu sampai kereta tak bergerak langsung. Nasib baik niat saya nak shopping di Seremban 2. So, tak kena rempuh jem di situ.  Bila buka berita, rupa-rupanya ada kes tembak mati. Patut la teruk nauu jem aihh. Penjenayah nie takde tempat lain ke nak main tembak-tembak? Jalan utama Seremban ini jugak nak bagi jem. Huhuhu.  **** Harian Metro: Dua penjenayah maut...
Read More »

Wednesday, March 18, 2015

Sambal Udang Petai

Saya mengidam nak makan udang petai.. walaupun allergi pada udang  tapi hentam jela Memang saya cari nahas, eh?  Hahaha Sejak diberitahu oleh doktor pakar yang saya tak boleh makan udang,  hidup saya jadi gelap gulita. uihh..udang tak boleh makan???  What?? What??? dulu memang pantang tak makan udang.  tapi mana boleh tahannnn!  kecur air liur tengok adik-adik makan  mana tahan beb!!!  Tergugat iman den!! Saya hanya berani makan sekor dua je.  itu pun rasa gatal jugak.. hehe lovenota 1 : mak pesan, kalau gatal tanggung...
Read More »

Thursday, March 12, 2015

Hutang Halang Masuk Syurga

Soalan:- Apakah hukum bagi orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalannya? Apakah hukum nenganiaya orang? Jawapan:  Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya : i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.    ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.    iii. Perbuatan mereka itu...
Read More »

Wednesday, March 11, 2015

Admirer Lama

Hari nie godek-godek kawan dalam facebook. Lama jugak tak online macam dulu-dulu. Dulu masa zaman jahiliyah, sikit-sikit upload fb tak kira apa pun. Dahsyat rasanya.  Tiba-tiba tergerak hati nak tegur salah seorang admirer saya dulu, mr.SA. Sekarang dah berbahagia di samping isteri dan anak tersayang. Comel je anaknya, Irfan namanya. Sudah 4 tahun katanya.  Banyak perubahan dalam dirinya. dari badan yang kurus kerempeng menjadi berisi. Itu yang paling ketaralah. Dari muka jambu ke muka macam bapak orang. Tapi yang masih tak berubah ialah hobinya yang suka sangat main game....
Read More »

Tuesday, March 10, 2015

Ubat Mujarab Ketika Sakit

Saya ingatkan saya larat pergi kerja pada pagi ini. Tapi disebabkan semalam saya bantai makan ubat demam, selsema, panadol, antibiotik, tahan sakit *jangan tiru macam saya, main sukahati makan ubat tanpa ikut nasihat doktor*, saya tak boleh bangun langsung. Rasa mengantuk, selsema yang teruk pulak tu. Saya membuat keputusan untuk ambil MC pada hari ini. Selepas telefon pejabat memberitahu yang saya MC hari ini, saya terus sambung tidur semula. Siapa tahu ubat yang paling mujarab ketika kita sedang sakit dilanda selsema?  Saya tahu kita harus amalkan doa ketika sakit, iaitu Selain...
Read More »

Sakit dan Dugaan

Cuaca sangat panas hari ini.. rasa pening nak pitam je balik rumah terus telan panadol.. tak lama selepas tu terus dapat selsema Besar betul dugaan bulan nie rupa-rupanya cik abe pun tak sihat jugak kesian betul..huhu kami selalu tak sihat secara berjemaah nanti lepas kahwin mesti masalah kalau dua-dua demam..Hihi Ini pun dah tak larat sangat Nak sambung lena balik semoga esok larat untuk berjuang demi anak bangsa insyaAllah Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah SWT. Maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut...
Read More »

Monday, March 09, 2015

Cinta itu Aneh

Cinta itu aneh.  Sukar untuk ditafsirkan.  Datangnya bukan dari paksaan,  perginya pula tanpa kerelaan.  Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang.  Ianya perlu dibelai dengan kelembutan  bagi menyerikan lagi keindahannya.  Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan. Cinta adalah api.  Namun kita tidak akan pernah tahu  sama ada api itu akan  menghangat atau menghangus hati kita. Jika dunia ini bukan milik kita Biarlah di mimpi tempat kita bersama Maaf. Hati ini rindu Tapi dia enggan menyapa Ego. ♡《izsya1987》♡ lovenota...
Read More »

Friday, March 06, 2015

OMG!! Katak!!!

Petang tadi hujan turun sangat lebat. Rasanya dah lama kawasan Gemencheh nie tak hujan disebabkan fenomena Ekuinoks yang merupakan satu fenomena apabila matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa selepas bergerak dari hemisfera selatan ke utara.   Dipendekkan cerita, baru tadi terasa hendak ke tandas. Tiba-tiba kakiku kaku melihat satu lembaga yang keras berada di dapur. Oh tidakkk!!!! arghhhhhh!!!! What is this creature doing here????  Lari lintang pukang jugak la tadi. katak tu pn terlompat-lompat, barangkali terkejut dengar saya menjerit kut. Weiii..apa nak...
Read More »

Thursday, March 05, 2015

Geram Sangat!

Sepatutnya pemantau dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) datang memantau fail-fail akademik sekolah pada hari ini seperti surat arahan yang dikeluarkan oleh JPNS pada bulan Februari lepas. 2 minggu lepas jugalah saya busy mengemaskini fail terkini, iaitu memilih program yang dijalankan sepanjang tahun 2015, 2014 dan 2013. saya ada dua fail yang harus dikemaskini, iaitu fail Panitia Kimia dan Pemulihan Sains. dua fail tu pun rasa macam nak mati nak update sebab dah terlalu lama kedua-dua fail tersebut tidak dikemaskini oleh ketua sebelum ini. last update pun tahun 2012. so, kiranya...
Read More »

Kenangan Silam

cinta jangan pernah kau coba pergi  karna di sini ku butuh kamu  cinta jangan pernah kau coba lari  karna di sini ku ingin kamu Ingatkan dikau pada waktu dulu, semasa kita berdua sedang merenung  bulan dan bintang di langit? bulan dan bintang sentiasa bersama, Aku tersenyum melihat sang bintang  yang sentiasa menari sambil berkelip-kelip, menggembirakan jiwa dan sanubari sang bulan, begitu juga dengan dirimu, yang sentiasa ada menggembirakan hatiku Ikhlaskah kau kepadaku pada masa itu? lovenota : aku rindu ...
Read More »

Tuesday, March 03, 2015

Keputusan SPM 2014 Menurun

SPM 2014: 11,289 calon dapat A dalam semua subjek    PUTRAJAYA: Seramai 11,289 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 13,970 pada 2013. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang itu terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran. Beliau berkata, nilai Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun lalu adalah 5.08 berbanding 4.93 pada 2013. KEPUTUSAN...
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®