Monday, September 28, 2015

[28 Sept] Sekolah di Melaka dan Johor Ditutup

Berita sebentar tadi menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan semua sekolah di negeri Melaka dan Johor pula ditutup akibat jerebu yang masih melanda apabila bacaan IPU di kedua-dua negeri tersebut mencatatkan bacaan yang tidak sihat.  KUALA LUMPUR: Susulan pemantauan jerebu sehingga 4 petang ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di Melaka dan Johor ditutup esok apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan tidak sihat (101-200) dan sangat tidak sihat (201-300).   Penutupan itu membabitkan sebanyak 1,178 sekolah dan 618,326...
Read More »

Sunday, September 27, 2015

[27 Sept] Jerebu Semakin Teruk!

Semasa perjalanan balik ke Port Dickson dari Seremban melalui Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), keadaan jerebu nampaknya semakin teruk dari sebelum ini. Ia kembali teruk semula. Dah tak tahu nak cakap apa la.  Keadaan jerebu di Port Dickson Keadaan jerebu semakin membimbangkan setakat 10 pagi ini dengan empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat, berbanding tiga sebelum ini.  Bacaan IPU sangat tidak sihat: Shah Alam - 279 Pelabuhan Klang - 255 Batu Muda, Kuala Lumpur - 250 Petaling Jaya - 226  Bacaan IPU...
Read More »

Friday, September 25, 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha

Mesti ramai yang suka dan gembira. Nama pun hari raya kan? Ini adalah saat-saat gembira kerana ibadah qurban datang menjelma lagi pada tahun ini. Masih lagi dapat menghayati kisah Nabi Ibrahim a.s. dan korbannya. Besar rahmat-Mu Ya Allah. Cuma ada perkhabaran yang tidak baik didengar ketika di Mina di mana beberapa jemaah haji terkorban akibat kerakusan manusia yang tidak mempunyai sifat sabar dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Innalillah.  Apa yang saya buat hari ini? Saya? Cuma mengasingkan diri di dalam bilik dari semua orang. Ya, itu adalah benar. Walaupun...
Read More »

Tuesday, September 22, 2015

Tukar URL Dot My kepada Dot Com

Baru-baru nie blogspot dah bertukar URL dari dot com kepada dot my. agak terperanjat juga tiba-tiba tukar cenggitu je. agak tidak best la sebab dot com tu dah cukup ok berbanding dot my. kalau dot com dot my tak ape jugak. ini terus dot my. agak tak syok di situ..hehe. Walaupun ia dah bertukar URL, tetapi ianya tidak mengganggu malah sesiapa yang taip dot com pun akan terus direct ke URL baru kita tu. so, benda nie tidak ada masalah sebenarnya. Dot my tu pun bermaksud negara kita, iaitu Malaysia. kalau anda perasan  di bahagian Stat blog, kadang-kadang blog kita jadi dot uk, dot...
Read More »

Copy-Paste Blog Guna Syntax Highlighter

Bagi blogger yang dah tak reti nak buka balik disable copy-paste *macam aku..padan muka!*, tapi nak share jugak something pada para readers. salah satu cara ialah menggunakan SyntaxHighlighter tetapi menggunakan version 2.1.364. kalau guna Syntax Highlighter version yang baru, masih lagi tidak boleh copy. kalau guna version lama nie, ia akan keluar "embed" pada browser anda. senang dan mudah untuk copy-paste.  Lama jugak la cari coding untuk version lama nie. kena cari blogger luar negara sebab cari tutorial blogger Malaysia tak jumpa langsung. mungkin ada yang guna tapi tak...
Read More »

Wednesday, September 16, 2015

Pembunuhan Kevin Anthony Morais

Bila baca berita online hari ini, yang menarik perhatian saya bukannya berita pasal jerebu dah. oh ya, esok iaitu hari Khamis (17 Semptember 2015) semua sekolah di lima buah negeri (Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya) akan dibuka kerana jerebu sudah semakin kurang dan bacaan IPU pun semakin rendah. so, no more holiday *sedihnye..hihi*. Ok, berbalik kepada berita yang menarik perhatian saya iaitu mengenai Pembunuhan Kevin Anthony Morais yang ditemui berkonkrit di dalam tong drum. erk, kejamnya! kenapa nak bunuh-bunuh orang sampai bersimen konkrit bagai? betul-betul...
Read More »

Contoh Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2015

Bulan nie rasa pening-pening sikit nak sediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) secara online di web HRMIS 2.0 (Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia) nie. antara sebabnya ialah: pertama, ini benda baru. dulu isi kat borang hijau je. kedua, masih tak faham sangat. tak reti nak isi butir-butiran.  ketiga, kalau tengah isi lama-lama mesti logout sendiri. lepas tu kena login balik. Saya tercari-cari juga contoh SKT 2015 yang terbaru di internet. adalah jumpa beberapa contoh tapi semua contoh tu tak sama dari segi huraian. itu yang jadi pening. kadang-kadang boleh stress isi SKT...
Read More »

Tuesday, September 15, 2015

Minta Maaf Mengenai Cuti Jerebu

Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pengunjung ini yang membaca entry post saya yang bertajuk "Fitnah Cuti Jerebu" yang dipublish pada 14 September 2015.  Post tersebut sebenarnya memang benar dan ia diambil pada artikel di Berita Harian. Mungkin ada sebilangan yang keliru sebab tiba-tiba fitnah tersebut menjadi kenyataan pada malam entry tersebut. Pada jam 1 pagi, saya mendapat tahu sekolah di 5 buah negeri ditutup pada 15 September 2015. Lalu saya membuat satu entry baru pula mengenai cuti jerebu tersebut pada malam itu juga. Salah seorang pembaca telah...
Read More »

Lawak Jerebu

Pesanan sikit yer!Langkah Keselamatan Ketika Jerebu: Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti muka dan mandi dengan kerap Sentiasa minum air kosong/mineral. Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan Pesakit yang penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk.  Perokok yang mempunyai...
Read More »

Sekolah Ditutup Akibat Jerebu

Baru cerita pasal dakwaan berita palsu mengenai penutupan sekolah akibat jerebu yang teruk. Tup tup malam nie dah diisytiharkan esok sekolah ditutup bagi negeri di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Dan berita ini sahih, bukan fitnah dan tipu. Kira ini cuti jerebu yang pertama dalam tahun 2015. Tapi guru-guru masih perlu datang ke sekolah esok untuk menguruskan pelajar-pelajar yang berkemungkinan akan datang ke sekolah juga. Balik pukul berapa lepas tu tak tahu bila pulak.  ************ Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, NS dan Melaka tutup KUALA...
Read More »

Monday, September 14, 2015

Fitnah Cuti Jerebu

Tak sangka ada juga manusia yang mengambil kesempatan membuat fitnah berkaitan masalah jerebu sekarang nie. Tak pasal-pasal Berita Harian jugak yang kena plak tu. Siapa yang tukang edit tu memang dah tak ada kerja lain agaknya. Itu yang dok tukar tarikh paper tu dari paper tahun lepas kepada tarikh semalam.  Screenshot itu menyatakan bahawa semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup akibat masalah jerebu yang melanda negara sekarang ini. Gambar ini telah disebarkan menerusi laman sosial malam semalam. Memang la ramai yang suka cuti bila saat-saat jerebu yang teruk...
Read More »

Wednesday, September 09, 2015

Perlawanan Malaysia vs Arab Saudi Dihentikan

Aksi kelayakan Kumpulan A Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Shah Alam membabitkan Malaysia menentang Arab Saudi terpaksa dihentikan pada minit ke-88. Shah Alam: Ultras Malaya bertindak membaling suar, bom asap dan mercun ke dalam padang sehingga memaksa perlawanan dihentikan. Ketika perlawanan dihentikan Malaysia ketinggalan 1-2 kepada Arab Saudi. Perlawanan dihentikan oleh pengadil perlawanan, Liu Kwok Man dari Hong Kong pada minit ke-88 berikutan tindakan penyokong yang membaling suar ke dalam padang.  Keadaan penyokong di bahagian semakin...
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®