Showing posts with label PT3. Show all posts
Showing posts with label PT3. Show all posts

Wednesday, May 02, 2018

Tugasan Sejarah PT3 2018: Masyarakat Di Kawasan Tempat Tinggal Anda


Contoh Jawapan Penuh Lengkap Tugasan / Folio / Kerja Kursus Sejarah PT3 2018

Tajuk : Masyarakat di Kawasan Tempat Tinggal Anda

"Anda dikehendaki membuat kajian tentang satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan"
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek utama berikut: 

(a) Tajuk kajian : *tajuk terpulang pada anda mengikut kreativiti sendiri*

(b) Nama penulis - *Nama anda*

(c) Isi kandungan:
  1. Pengenalan - menjelaskan latar belakang di tempat kajian anda
  2. Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat 
  3. Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
  4. Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
  5. Ulasan ucapan Tunku Abdul Rahman

(d) Rumusan - pengetahuan, nilai dan harapan yang releven
  
(e) Sumber rujukan - Menyenaraikan jenis sumber: buku / internet / akhbar / majalah
Plagiat tidak dibenarkan. Akta Hak Cipta Terpelihara 1987 telah dikuatkuasakan dengan bertujuan  untuk melindungi bentuk atau cara dimana idea-idea dan maklumat ditunjukkan kepada orang lain dengan berbentuk pernyataan  fizikal. Selain itu, akta ini juga bertujuan untuk melindungi konsep, fakta, gaya atau teknik yang wujud atau digambarkan dalam karya hak cipta. Mengikut seksyen 43, Akta Hak Cipta Terpelihara 1987 ini sesiapa yang didapati bersalah dibawah akta ini boleh dikenakan hukuman denda RM 10,000 sehingga tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun


Anda boleh klik pautan di bawah untuk mendapatkan contoh jawapan yang lain:

1. Pengenalan Tugasan Sejarah PT3 2018 Masyarakat di Kawasan Tempat Tinggal
2. Perancangan Kerja
3. Jadual Kerja
4. Objektif Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Kerangka Awal / Proses Awal
7. Pengenalan - Latar Belakang
8. Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat 
9. Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
10. Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
11. Ulasan ucapan Tunku Abdul Rahman
12. Rumusan
13. Sumber



*************************************************************************

Anda dinasihatkan memastikan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) daripada mana-mana pihak seperti di blog-blog lain yang tidak mempunyai sumber asal yang sahih. Sebagai peringatan, sekiranya anda didapati melakukan plagiat, anda berkemungkinan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan. Diharap panduan / jawapan tugasan Sejarah PT3 ini dapat memberi panduan dan penjelasan kepada semua pelajar tingkatan 3. semoga anda boleh siapkan dengan jayanya!

Diedit dan diolah oleh saya sendiri!


Semua maklumat di atas disusun oleh saya sendiri. kepada blogger kaki copy paste, post ini tidak boleh dan tidak dibenarkan copy melainkan anda berkongsi link ini sahaja. Semua maklumat di atas juga tidak boleh dicopy. anda faham erti copyright, kan? 

Anda hanya kena print sahaja sebab kat sekolah pun kena salin balik, kan? So, Nak print senang je:
1. chrome dan mozilla user : 
guna tab menu browser uols (yang ada 3 garis) yang ada di atas sebelah kanan dan klik print. 

2. Boleh juga kalau tak nak print, save guna pdf. 

3. Terus tekan CTRL-P untuk print terus.


Good Luck!

Read More »

Tuesday, December 20, 2016

PT3 2016: Keputusan Sains Teruk


Keputusan PT3 2016 sudah diumumkan secara rasminya semalam. Yang menjadi trending adalah subjek Sains. Rata-rata pelajar yang miss cemerlang adalah disebabkan subjek Sains. Ada pelajar yang mendapat keputusan 9A1C, yang mana gred C itulah matapelajaran Sains. Sehinggakan ada beberapa ibubapa yang ingin membuat penyemakan semula kertas peperiksaan tersebut walhal kertas itu sudah pun disemak oleh Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw). 





Sumber: Oh! Bulan

Bila keadaan sudah menjadi begini, ramai pula pelajar kita yang takut nak ambil aliran Sains Tulen di tingkatan 4 kerana takut tak boleh "bawa". Saya mengalaminya sendiri pada tahun ini walhal pelajar itu mendapat A atau B dalam peperiksaan PT3 pada tahun lepas. Katanya takut gagal. Tapi saya tidak boleh memaksa, itu kehendak masing-masing. 

Kemudian, mengenai pemilihan blok soalan. Seperti yang sedia maklum, soalan peperiksaan PT3 dipilih melalui 3 blok. Bermakna setiap sekolah mempunyai soalan yang berbeza-beza berdasarkan pada pemilihan tersebut. Yang menjadi isunya ialah nombor soalan yang sama pada setiap blok tetapi mempunyai aras kesukaran yang berbeza-beza. Ini menimbulkan ketidakpuasan kepada guru-guru apabila mengetahui isu tersebut. 

"Bolehlah dapat keputusan sains ok. sekolah kau dapat soalan banyak dari blok 1. Soalan blok 1 senang kot. Aku dapat soalan banyak dari blok 3. Semuanya susah!"

Saya lebih suka pada peperiksaan berpusat seperti sebelum ini dan seperti peperiksaan SPM daripada soalan pemilihan blok-blok ini supaya peperiksaan dapat dijalankan dengan adil dan saksama bagi semua orang. Kekalkan konsep PT3 tetapi peperiksaan mestilah setara. Selepas itu, kita tidak lagi akan mendengar ketidakpuasan guru-guru dan ibubapa pelajar. 

Penerangan di bawah ini saya dapat dan dah minta izin pada sahabat saya sendiri, Cikgu Nik Thaqif untuk copy dan sebarkan supaya semua masyarakat dan pelajar-pelajar PT3 memahami kenapa keputusan PT3 Sains teruk pada tahun ini. 

Sedikit tentang Sains PT3 sebagai subjek pembunuh! ('Killer subject').  
1. Pertama sekali, jangan sesekali bandingkan PT3 dengan PMR. Dapat A untuk Sains ketika PMR belum tentu A untuk format PT3. Antara bezanya selain penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT/HOTS) ialah markah 100% terdapat dalam soalan (14 soalan bersamaan 100 markah). Setiap kesalahan akan mengurangkan markah sebagai mana format badminton 21 mata, setiap kesalahan menyumbang mata kepada pihak lawan.  
2. Merujuk kepada soalan PT3 Sains 2016; soalan 1 hingga soalan 10 merupakan keseluruhannya adalah soalan kemahiran berfikir aras rendah (KBAR/LOTS) yang melayakkan mana-mana calon untuk lulus dengan baik sekiranya mampu menjawab soalan pada bahagian ini. 10 soalan pertama ini hanya berada pada tiga aras bawah di dalam Taksonomi Bloom (semakan Anderson). Cuma ada 3 atau 4 soalan kecil yang diselitkan sedikit elemen berfikir untuk menyelesaikan masalah. 
3. Soalan 11 hingga soalan 14 pula merupakan soalan kemahiran beraras tinggi (KBAT) yang memerlukan calon bukan sahaja menghafal bahkan kena faham konsep dan aplikasikannya pada situasi yang lain serta menilai aplikasi tersebut. Semestinya soalan ini agak susah bagi calon (bahkan bagi guru / pentaksir juga!) kerana soalan sebegini tidak pernah dibincang secara terus di dalam kelas. Hanya saja pernah dibincangkan secara teori dan mungkin faham mengenai konsepnya sahaja. Cuma calon perlu naik satu atau dua aras lagi iaitu aras menilai dan mencipta. Di sinilah calon-calon kehilangan banyak markah, ditambah pula dengan kecuaian, kegopohan dan lupa asas sains pada kedua-dua bahagian soalan. Itu belum dikira calon yang sudah awal-awal lagi mengangkat 'bendera putih'. 
4. Cuma harapan saya agar soalan berbentuk KBAT ini dilonggarkan sedikit skema pemarkahannya kerana sistem pendidikan bermazhabkan konstruktivisme ini meraikan idea awal (miskonsepsi, pengetahuan alternatif, pengalaman dll) murid untuk dibincangkan. Maka tentu saja calon mempunyai 1001 idea yang mana belum tentu salahnya. Menggunakan alasan "menurut kehendak Ketua Pemeriksa" akan merugikan idea murid tersebut. Inilah point terpenting untuk saya sampaikan. 
5. Maka, lagi sekali pihak sekolah juga tidak boleh membandingkan pencapaian PT3 dengan PMR untuk menilai asas sains yang dimiliki murid (mungkin untuk kemasukan ke aliran Sains). Berani saya katakan, jika calon PT3 Sains menjawab soalan berformat PMR pastinya keputusannya lebih baik 
6. Justeru, begitulah tujuan pentaksiran sememangnya untuk mendiskriminasikan murid yang mana murid sederhana dan yang mana murid baik dan cemerlang. Dengan pelbagai sumber ilmu pengetahuan yang dapat membantu PdP di sekolah, maka bilangan murid cemerlang semakin ramai. Dalam sekian ramai yang cemerlang itu, manakah yang cemerlang, cemerlang tertinggi atau mungkin ada cemerlang 'tahap dewa'. Itulah antara tujuan KBAT diperkenalkan, untuk mengenal pasti murid yang betul-betul cemerlang bukan sahaja hafalan semata-mata bahkan memahami konsep untuk diaplikasi dan menilai idea. Sama juga, SPM dahulu ada A1 dan A2, sekarang ada tiga peringkat A (A+, A dan A-). 
7. KBAT bukanlah bermaksud soalan susah, bukan juga bermaksud soalan perangkap tetapi kriterianya mengikut tahap taksonomi dengan adunan elemen pentaksiran yang boleh difahami murid. 
Sekian, terima kasih. (Sekadar pandangan seorang pentaksir sains PT3 yang masih baharu dalam dunia ini)

Seterusnya, berbekalkan dengan keputusan PT3, anda kena fikirkan pakej @ aliran apa yang anda akan pilih untuk masuk ke tingkatan 4 tahun hadapan. Aliran sains? Aliran akaun? Aliran sastera? Runsing? 

Rujuk link ini: Aliran Sastera VS aliran Sains


lovenota: redha jelahh.


Read More »

Monday, December 19, 2016

Aliran Sastera VS Aliran Sains


SELEPAS PEPERIKSAAN PT3, PILIHAN ANTARA ALIRAN SASTERA VS ALIRAN SAINS, MANA LEBIH BAIK?



Selepas keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), ramai pelajar akan mengalami masalah untuk memilih aliran yang akan diambil semasa menyambung pelajaran ke tingkatan 4 kelak. Pemilihan kelas aliran Sastera mahupun aliran Sains sebenarnya akan menentukan hala tuju dan masa depan pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seterusnya menceburi alam pekerjaan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa beza kedua-dua aliran ini dan mana yang lebih penting.

Aliran Sastera atau Sains, kedua-duanya perlu seiring dengan minat dan kemampuan pelajar untuk mendalami ilmu yang dipilih. Keputusan PT3 digunakan sebagai kelayakan untuk memasuki aliran sastera mahupun sains ketika di tingkatan empat dan lima.

Tolak tepi tanggapan kebanyakan orang ramai yang menganggap aliran Sastera adalah terdiri dari pelajar yang kurang cemerlang atau pelajar lemah manakala aliran Sains adalah untuk pelajar cemerlang saja. Sebenarnya kedua-dua aliran ini mempunyai keistimewaan dan kepentingan tersendiri.

Hakikatnya, kaedah pelajar cemerlang di dalam subjek Matematik dan Sains sebagai syarat masuk aliran Sains sudah tidak relevan untuk masa sekarang. Ada juga pelajar yang bijak Matematik dan Sains memilih aliran Sastera kerana minat untuk mendalami dunia kesusasteraan.

Istimewanya aliran sains, peluang untuk ke peringkat matrikulasi dan asasi sains seterusnya ke universiti amat cerah. Ini kerana lebih 80% kursus pengajian lepasan SPM dalam UPU adalah dalam untuk aliran sains. Antara mata pelajaran yang akan dipelajari dalam aliran sains ialah Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan.

Syarat Baru Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4 Mulai tahun 2015 berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 22 Tahun 2014:
  • Murid mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam Sains dan Matematik dalam keputusan PT3
  • Murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik
  • Kes Khas : Murid yang mendapat gabungan gred A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik.
  • Murid yang dapat gred E dalam mana-mana matapelaran tidak layak masuk aliran Sains

Bagi aliran sastera pula, tidak dinafikan ramai yang memandang rendah kepada aliran ini semasa di peringkat persekolahan. Ayat seperti, "Aku bukan budak bijak, sebab tu aku masuk aliran Sastera," sering dijadikan alasan. Namun begitu ramai yang tidak sedar pelajar aliran Sastera lebih laku dan mempunyai nilai pasaran semasa di alam pekerjaan. Mata pelajaran seperti Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Perdagangan adalah antara mata pelajaran yang mempunyai nilai pasaran tersebut.


Mata Pelajaran Wajib (subjek teras)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris / GCE O Level English
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Sejarah
  • Mathematics / Matematik
  • Science / Sains – Untuk Aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja.

6 jenis aliran yang mungkin terdapat di sekolah anda (bergantung kepada pakej yang ditawarkan di sekolah masing-masing):

1. Aliran Sains Tulen
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Physics / Fizik
  • Chemistry / Kimia
  • Biology / Biologi
  • English for Science and Technology

2. Aliran Sains Tulen Agama
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Physics / Fizik
  • Chemistry / Kimia
  • Biology / Biologi
  • English for Science and Technology
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam (Gambaran Islam)
  • Bahasa Arab Tinggi

3. Aliran Sains Kemanusiaan
  • Additional Mathematics / Matematik tambahan
  • Physics / Fizik
  • Chemistry / Kimia
  • Biology / Biologi
  • English for Science and Technology
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Geografi

4. Aliran Iktisas
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Science / Sains
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam (Gambaran Islam)
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Bahasa Arab Tinggi

5. Aliran Perdagangan
  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Additional Science / Sains Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan

6. Aliran Kesusasteraan dan Kesenian
  • Additional Science / Sains Tambahan
  • Geografi
  • Kesusasteraan Melayu
  • Literature in English
  • Kesusasteraan Cina
  • Kesusasteraan Tamil
  • Pendidikan Seni Visual
  • Ekonomi Rumah Tangga
  • Pendidikan Muzik

7. Mata Pelajaran Tambahan (Elektif)
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Bahasa Punjabi
  • Bahasa Perancis
  • Bahasa Iban
  • Pengetahuan Sains Sukan
  • Sains Pertanian
  • Mata pelajaran Teknikal
  • Reka Cipta
  • Teknologi Maklumat

Untuk itu, memang benar, keputusan yang cemerlang seharusnya kita mengambil aliran sains tulen. tetapi bagi saya, anda perlu membuat keputusan dengan sebaik mungkin dengan keluarga ataupun kaunselor untuk mengetahui kemampuan dan keperluan negara ketika ini dan akan datang. Perlu ada keseimbangan dan juga timbang-tara.


Berikut adalah panduan yang boleh kita ambil kira. 

1. Lihat keputusan peperiksaan. 
Kecemerlangan dalam subjek-subjek tertentu menjadi penanda minat dan kelebihan anda pada subjek-subjek tersebut, berbanding dengan yang lain. Tengok jikalau matematik dapat A, kebarangkalian untuk bijak dalam aliran perdagangan. Jika sains anda dapat A, boleh ambil aliran sains tulen. Jika meminati hasil seni, boleh mengambil aliran sastera.

2. Perhatikan minat dan kecenderungan. 

Setiap individu adalah unik dan istimewa, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, ini tergambar dari lahiriah mereka. Aliran yang tepat dapat membantu menggilap bakat dan kelebihan anda.

3. Berbincang hati ke hati dengan keluarga. 

“Abang/kakak nak jadi apa bila besar nanti?” Biarkan mereka bercerita tentang impian dan cita-cita mereka, kita boleh membimbing dengan pertanyaan-pertanyaan yang objektif.

4. Berjumpa dengan Kaunselor sekolah. 

Guru kaunselor adalah sumber yang baik untuk mendapatkan pendapat.

5. Berjumpa dengan ahli profesional. 
Jika anak-anak @ anda sudah mempunyai cita-cita, yang spesifik contohnya, doktor. Aturkan masa yang bersesuaian untuk berjumpa dengan seorang doktor yang boleh memberi gambaran tentang profesionnya, agar anak-anak mendapat gambaran yang jelas, adakah ini jenis pekerjaan yang diminatinya.

6. Beristikharah. 

“Tidak rugi orang yang bermesyuarat, tidak menyesal orang yang beristikharah.”


Pilihlah aliran yang bersesuaian dan tepat kerana ini adalah langkah awal ke masa depan yang cemerlang.

Sejujurnya, tidak kisah aliran apa sekali pun, anda berhak memilih aliran mana yang digemari. Jangan kerana desakan keluarga atau mahu glamour, anda memilih tanpa menyedari kemampuan diri sendiri. Sama ada aliran Sains atau Sastera, kedua-duanya bergantung pada usaha sendiri untuk terus berjaya. Tidak kira anda 'berasal' dari aliran Sastera atau Sains, tidak bermakna anda tidak boleh berjaya dan tidak mempunyai pekerjaan yang baik.

Semuanya bergantung pada usaha dan kerajinan sendiri. Sebagai contoh, jika anda mahu menjadi jurutera, saintis atau doktor, tentunya anda akan berusaha di aliran Sains. Jika pilihan anda untuk bergelar peguam, akauntan atau pereka grafik, tentunya anda akan menghargai aliran Sastera. Kedua-duanya sama penting. Namun, tidak semestinya pelajar dari aliran Sains tidak boleh menjadi anggota polis, bukan?

Aliran Sastera atau Sains, kedua-duanya sama penting di mana bidang yang anda pilih akan memperkenalkan siapa diri anda di dalam status pekerjaan kelak!

Semoga bermanfaat!

Read More »

Tuesday, December 15, 2015

Keputusan PT3 2015 Bertambah Baik



KUALA LUMPUR - Sebanyak 465,674 calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mendapat keputusan hari ini di seluruh negara. Kebanyakan sekolah merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) lebih baik berbanding keputusan tahun pertama pelaksanaannya pada 2014.  
Di Besut, seramai 46 daripada 62 calon PT3 Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut berjaya memperoleh 11A dan sekali gus menobatkan sekolah itu antara sekolah terbaik di negeri Terengganu pada tahun ini. Pengetuanya, Abd Wahab Mohd Arshad berkata amalan menghafaz al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah itu telah berjaya membentuk akhlak pelajar hingga cemerlang dalam PT3. 
"Inilah yang sedang dibentuk oleh Imtiaz kerana 20 calon PT3 berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran. Dengan menghafaz al-Quran boleh memberi kelebihan kepada pelajar tentang kesedaran kendiri hingga membawa kepada kejayaan," katanya. 
Pelajar terbaik Imtiaz Besut, Muhamad Syakir Solihin Mohd Salim berkata resepi kejayaannya memperoleh 11A, banyak dibantu oleh amalannya menghafaz al-Quran 30 juzuk di samping menjaga pemakanan dan bijak menguruskan jadual. 
"Saya menetapkan jadual untuk sesi belajar di samping bantuan guru. Selain itu pemakanan memang saya jaga. Saya percaya makan kismis mampu menguatkan daya ingatan saya," kata anak kepada pasangan guru itu kepada Bernama selepas majlis penyerahan sijil di sekolahnya. 
Bagi Fahda Syazween Fazul Anuar dari Sungai Petani, Kedah yang turut mendapat 11A, mengakui amalan menghafaz al-Quran banyak membantunya memperkuat ingatan dalam pembelajaran sekolah.

"Setiap hari rutin hidup saya mesti dimulakan dengan memakan kismis dan minum susu sebelum membaca al-Quran. Selepas itu barulah saya teruskan dengan mentelaah mata pelajaran sekolah secara berkumpulan," katanya.  
Di KUALA TERENGGANU, kejayaan sama turut diraih Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abbas selepas 33 calon PT3 memperoleh 11A. Pengetuanya Awi Salleh berkata pencapaian terbaik itu merupakan peningkatan lebih 200 peratus berbanding keputusan PT3 pada tahun lepas iaitu  hanya 12 pelajar mendapat 11A. 
"Daripada 271 calon PT3 di sekolah ini, 33 calon mendapat 11A, 29 pelajar memperoleh 10A dan 79 pelajar mendapat 9A," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil kepada para pelajar di sekolah itu. 
Bagi Mohd Ehsan Ahmad Rosli yang mendapat 11A, kejayaan yang dilakarnya itu adalah berkat sentiasa fokus kepada pembelajaran bagi semua mata pelajaran yang diajar di dalam kelas selain dorongan kedua ibu bapanya. 
"Saya sangat gembira, bersyukur kepada Allah dan bagi saya yang paling penting untuk mendapatkan kejayaan ini, reda daripada kedua ibu bapa dan guru-guru. Moga kejayaan yang kami dapat ini adalah kejayaan yang diredai Allah," katanya. 
Sementara itu Muhd Akif Naqiuddin Zahar yang turut berkongsi kegembiraan mendapat 11A berkata beliau bersyukur kerana mendapat keputusan cemerlang kerana baginya PT3 adalah sukar dan amat mencabar. 
"Saya rasa gembira kerana semua orang tahu ujian ini tidak mudah. Namun saya bangga dengan pencapaian yang saya peroleh dan berbangga juga dengan teman-teman lain. Ini boleh saya jadikan dorongan untuk mendapat keputusan terbaik dalam SPM pula," katanya. 
Di KOTA BAHARU, mengamalkan solat sunat tahajjud setiap malam dan tadarus al-Quran di sekolah antara rahsia pasangan kembar perempuan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lil-Banat yang melakar kejayaan cemerlang dalam PT3. 
Nurin Atirah Amani Khusaini Che Khalid Khusaimi mendapat keputusan 11A manakala pasangan kembarnya Nurin Afiqah Amani Khusaini, mendapat 10A 1B.    
Nurin Atirah Amani Khusaini ketika ditemui berkata mereka sanggup berkorban masa untuk bangun seawal 4.30 pagi bagi menunaikan solat sunat itu sehingga Subuh menjelang dan akan bersiap-siap untuk ke sekolah pula selepas itu. 
"Kami menitikberatkan solat sunat tahajjud pada setiap malam sejak Jun lepas serta turut menyertai sesi tadarus al-Quran anjuran sekolah setiap pagi sebelum sesi pembelajaran dimulakan, ulang kaji pelajaran dan tuisyen pada hujung minggu," katanya ketika ditemui di sekolah hari ini. 
Pengetua sekolah, Maimunah Ismail berkata 198 calon menduduki PT3 pada tahun ini dan daripada jumlah itu 98 pelajar mendapat 11A berbanding 14 pelajar pada tahun lepas, membuktikan keberkesanan program intervensi anjuran sekolah itu. 
Di KANGAR, pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Nur Aina Nor Asmadi yang berjaya memperoleh 10A dalam PT3 membuktikan seseorang pelajar itu masih boleh meraih kejayaan walaupun tidak mengikuti kelas tuisyen. Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata usaha gigih berterusan dan tumpuan dalam kelas menjadi resepi kejayaannya. 
"Saya berusaha lebih dan tidak mengharapkan sepenuhnya apa yang cikgu ajar. Saya banyak ikut cara konvensional seperti menelaah buku, menganalisis soalan lepas dan baca surat khabar," kata anak anggota polis itu kepada pemberita di SMK Derma, hari ini. 
Sementara itu Pengetua SMK Derma, Aslina Yob berkata sekolahnya mencatatkan peningkatan GPS 1.50 berbanding tahun lepas 1.80 iaitu daripada 156 calon PT3, 15 daripada mereka memperoleh A dalam mata pelajaran yang diduduki manakala 19 orang mendapat 9A. 
Jabatan Pendidikan Negeri berkata Perlis mencatatkan GPS 3.29 meningkat 0.47 berbanding tahun lepas 3.76 daripada keseluruhan 4,031 calon PT3. 
Di JOHOR BAHARU, 12 pelajar Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) mencatat keputusan cemerlang dalam PT3 apabila memperoleh A bagi semua subjek. Pengetua MSAB Samsudin Mohd Ariff berkata sekolah itu mempunyai 165 calon PT3 dan berdasarkan keputusan itu, GPS menunjukkan peningkatan 1.82 mata pada tahun ini berbanding 2.26 mata pada tahun lepas.  
Bagi pelajar cemerlang, Muhamad Naquib Helmy, yang memperoleh 10A, menyifatkan usaha gigihnya mengulang kaji pelajaran amat berbaloi. 
"Saya mengikuti kelas tuisyen dan memperbaiki subjek lemah seperti Sains dan Matematik dengan belajar bersama beberapa rakan di perpustakaan  sekolah," katanya yang bercita-cita menjadi doktor. 
S Pavinishh, yang mendapat 9A bagi semua subjek yang didudukinya berkata beliau meluangkan masa selama enam jam setiap hari terutamanya membuat latihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains. 
"Kalau setiap hari kita belajar benda yang sama, maka, ia tidak akan menjadi susah. Contohnya, ramai yang fikir Matematik itu susah kerana perlu mengingati banyak formula tetapi kalau kita ingat semua formula itu, Matematik akan jadi senang," kata anak sulung daripada dua beradik itu kepada  pemberita di sekolahnya hari ini. 
Di IPOH, amalan sujud syukur setiap hari selama sebulan sebelum peperiksaan PT3 antara rahsia kejayaan Nur Afifah Husna Hamzah memperoleh keputusan cemerlang 11A. Anak pasangan pendidik itu merupakan pelajar tunggal Sekolah Raja Perempuan Taayah di sini yang mendapat A bagi semua mata pelajaran yang  diambil.   
"Saya sentiasa fokus dalam kelas, waktu rehat saya akan belajar dengan kawan-kawan, waktu malam pula saya akan berjaga untuk membaca selain mengamalkan sujud syukur," kata anak sulung daripada enam beradik itu kepada pemberita di sekolahnya hari ini. 
Sementara itu, Pengetua sekolah Nooraini Zainal Abdin berkata sekolah itu mencatatkan lebih 50 peratus peningkatan berbanding tahun lepas yang mempunyai 135 calon iaitu dua pelajar dapat 10A, 10 pelajar 9A, 14 pelajar 8A dan 30 pelajar 7A. 
"Majoriti yang mendapat 5A, 6A, 7A ke atas lebih daripada 80 orang, ini merupakan lebih 70 peratus. Kalau lebih daripada 70 peratus, ini bermakna pelajar telah menunjukkan kemampuan mereka menguasai ilmu-ilmu dalam PT3," katanya. 
Di SHAH ALAM, minat untuk menceburi bidang perubatan seperti ibu dan bapanya menjadi pendorong buat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Nadiah Imran melakar keputusan cemerlang 9A dalam PT3 yang diumum hari ini. Pengetua sekolah, Abdul Hakim Samuri berkata GPS pada tahun ini bertambah baik iaitu merekodkan 2.59 berbanding 2.81 pada 2014 iaitu ketika peperiksaan itu pertama kali diperkenalkan. Tambahnya lagi, lima calon mendapat keputusan semua A berbanding 2 calon pada tahun lepas. 
Sementara itu, lima pelajar Sekolah Menengah Convent Klang mendapat keputusan semua A meningkat, berbanding dua pelajar pada tahun sebelum ini. Pengetuanya, Rohimah Muhammad berkata peratusan lulus subjek juga mencatatkan peningkatan. 
Di MELAKA, pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek, Raudhatul Syahirah Ruzalee yang memperoleh 9A berkata pengorbanan mengikuti kelas tambahan setiap Sabtu di sekolah antara faktor kejayaannya. 
"Saya berasa amat gembira kerana segala usaha yang telah dilakukan membantu saya mendapat keputusan yang baik. Percubaan lepas saya hanya mendapar 2A sahaja dan saya berharap dapat menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor. 
Bagi Hamizah Yusni, walaupun PT3 agak sukar namun ia bukan penghalang untuknya melakukan yang terbaik untuk memperoleh 9A dalam PT3.  
"Alhamdulillah berbaloi usaha selama ini, ulang kaji berterusan dan bimbingan guru serta kelas tambahan yang diadakan di sekolah membantu saya memperbaiki keputusan percubaan PT3 sebelum ini," kata anak bongsu yang memilih kerjaya sebagai ahli fisioterapi. 
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin mengarahkan semua sekolah menengah di negeri itu menghantar maklumat atau keputusan pencapaian PT3 kepada Jabatan Pendidikan Negeri bagi memudahkan pemantauan dan penyelarasan sistem pendidikan negeri. Md Yunos berkata mekanisme itu juga penting bagi perancangan pelbagai inisiatif untuk terus meningkatkan pencapaian sekolah dan negeri pada masa hadapan. 
"Walaupun PT3 ini merupakan pentaksiran di peringkat sekolah namun pihak sekolah perlu memaklumkan prestasi atau pencapaian pelajar kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri, kami ingin melihat senario pencapaian PT3 di negeri ini secara keseluruhan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Keputusan PT3 kepada pelajar SMK Ayer Molek. 
Seramai 317 pelajar sekolah tersebut menduduki PT3 pada tahun ini dan 37 daripadanya memperoleh keputusan 5A ke atas bagi mata pelajaran yang diduduki mereka. Turut hadir Pengarah Pendidikan Melaka Abu Bakar Sahari dan Pengetua SMK Ayek Molek Noor Laila Hamzah. - Bernama

Sumber: Sinar Harian

**********************

Pada tahun ini memang nampak perubahan keputusan PT3 tahun 2015 ini berbanding dengan tahun lepas 2014. Guru-guru sangat bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk peperiksaan PT3 kali ini. Tak nak jadi macam tahun lepas dah. GPS sekolah saya juga bertambah baik. Seramai 5 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang, 10A dan 11A berbanding dengan tahun lepas, hanya seorang sahaja yang dapat 11A. Pengetua pun happy sebab ada perubahan yang positif untuk peperiksaan PT3 ini. Mata pelajaran yang paling ramai gagal dan mendapat gred F ialah Matematik diikuti dengan Sains. As usual..huhu.

Tapi PBS atau Pentaksiran Sekolah (PS) tu macam tak ada effect pun. Macam buang masa je buat PBS. Tak apa lah, saya buat PBS sebagai latihan murid di dalam kelas. Kayu pengukur keputusan terletak di PT3. 

Sebab apa keputusan PT3 2015 bertambah baik? Jadi lebih baik? Sebenarnya gred itu sendiri. Pada tahun ini gred PT3 2015 mungkin berubah mengikut unjuran graf. Ada juga yang mengatakan julat markah gred PT3 berubah di mana 80 markah sudah boleh mendapat Gred A, tidak seperti tahun lepas di mana 85 markah baru dapat Gred A. Saya mendapat gambar perubahan baru Gred PT3, iaitu tafsiran Gred PT3 bagi semua mata pelajaran. Mungkin betul, sebab setiausaha peperiksaan PT3 sekolah saya tak buat analisis markah pulak pada tahun ini. 


Kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah saya ucapkan. Teruskan usaha untuk peperiksaan SPM pula. Bagi pelajar yang kurang cemerlang, jangan berputus asa. Gegaran anda belum terhenti. SPM nanti adalah penentu hidup anda. Banyak lagi aliran yang boleh anda pilih untuk meneruskan kerjaya anda. 


lovenota : ok sambung marking paper..hihi


Read More »

Thursday, December 10, 2015

Keputusan PT3 Tahun 2015


Calon PT3 boleh dapat pelaporan Isnin depan 

KUALA LUMPUR: Calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) boleh mendapatkan pelaporan menengah rendah di sekolah masing-masing pada Isnin, 14 Disember 2015. Sementara itu, 465,674 calon menduduki Ujian Bertulis PT3 di 2,667 pusat peperiksaan seluruh negara pada Oktober lalu.

sumber: Berita Harian

***************

Jika kita lihat gred PT3 tahun 2014, gred A telah dinaikkan kepada julat 85-100 markah. Gred PT3 yang terkini adalah seperti gambar di bawah:


Dengar-dengar pulak pada tahun ini, gred A bagi peperiksaan PT3 untuk tahun 2015 nie diturunkan balik kepada julat 80-100. Dengar-dengar jelah, tak tahu betul ke tidak..hehe. kita tunggu jelah keputusan PT3 2015 pada hari Isnin ini.


lovenota: nak kena pergi sekolah jugak isnin tu. Travel la sekejap to Moncheh..


Read More »

Monday, December 22, 2014

Keputusan PT3 2014 Teruk

Pada hari ini, keputusan PT3 dikeluarkan di sekolah masing-masing. apa yang saya katakan di entry yang lepas mengenai Penurunan Prestasi PT3, semestinya sudah menjadi kenyataan. keputusan sekolah saya? apa dia? 

Prestasi PT3 menurun sangat TERUK!!!

Saya langsung tak terkejut. langsung tidak. memang saya dah jangka benda ini akan berlaku. pelajar batch 1999 dijadikan tikus makmal untuk peperiksaan yang tidak munasabah, yang masih belum diuji dan dicuba oleh sesiapa. sistem yang diperkenalkan dalam masa yang singkat, sepatutnya buat la perancangan yang teliti sebelum diperkenalkan. soalan PT3 pula kebanyakannya yang soalan berbentuk KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). soalan memang berkualiti dan sangat bagus. kalau budak-budak pandai, boleh la jawab. budak-budak yang kurang pandai tu macam mana? lingkup, hancur la. Pelajar pandai boleh la guna pakai sistem ni, untuk pelajar yang lemah mereka akan semakin ketinggalan. sistem PT3 ini akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan yang amat ketara antara pelajar cemerlang dan pelajar yang lemah. Lepas tu, dulu kata dah tak ada result pakai sistem A, B, C nie. pakai macam PBS, ada Band 6, Band 5..apa dah jadi? keluar result ada Gred A sampai F pulak!

Entah kenapa student dan guru yang ditemubual mengenai PT3/PBS sebelum peperiksaan sebenar yang mengatakan PT3/PBS ini bagus. bagus dari segi pentaksiran abad ke-21. Memang bagus sebab menjana pemikiran aras tinggi budak-budak pada zaman kini. Tapi nak tanya jugak, siapa yang cakap PT3 bagus tu result dia berapa eh? mesti budak yang cakap bagus tu menyesal cakap macam tu kat media, kan? hahaha. 

Yang saya hairan, tak ada pun sidang media mengenai Keputusan Peperiksaan PT3 ini. tak macam PMR atau SPM, mesti dah umum di mana-mana siaran televisyen, bangga ada straight A's dan ada sekolah terbaik..bla bla bla. tapi hari ini senyap sunyi. apesal? orang ramai terutama guru mesti nak tahu perkembangan PT3 seluruh Malaysia. mesti semua orang tertanya-tanya bagaimana hasil keputusan PT3 ini, kan? tapi takde. krikk krikk krikk. 

Saya faham keputusan PT3 tidak boleh dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain disebabkan ada 3 set soalan / blok yang berbeza yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. tetapi, rasanya boleh je buat pencapaian berapa orang A di sekolah-sekolah, terutama sekolah-sekolah yang cemerlang. bagi dorongan dan semangat serta KPI untuk sekolah-sekolah lain untuk tahun depan pula. ke tak ramai yang dapat A? ohh. 

Terus terang saya cakap, sekolah saya hanya seorang sahaja yang dapat semua A. SEORANG je yang dapat 10A. hebat kan? tanya juga sekolah lain yang cemerlang, pun sama je. paling tinggi pun mungkin tak sampai 10 orang kot yang dapat A. sedih. tapi yang bagusnya, kita dapat tahu yang pelajar seorang itulah yang memang berkualiti dan terbaik. itulah prestasi sebenar pelajar. macam saya cakap sebelum ini, PT3 ini ada pro dan kontra. ada baik dan ada buruknya.

Sistem Gred PT3 yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan juga sangat berlainan dari Sistem Gred PMR. analisa dari Setiausaha PT3 sekolah saya mengatakan, Lembaga Peperiksaan (LP) menaikkan gred untuk PT3 ini. bermakna Sistem Gred PT3 adalah tinggi. dah tahu ini kali pertama peperiksaan PT3, bagi la turun graf gred tu. apa salahnya, kan? ini tak, bagi naik lagi dari gred biasa adalah. 



Kalau anda lihat gambar perbandingan Sistem gred PT3 dan sistem Gred Sekolah (PMR), ada gred yang baru, iaitu Gred F (seperti Sistem Gred SPM) yang menggantikan gred E, iaitu gagal atau bahasa LP "belum mencapai tahap minimum". Gred E baru dimulakan dengan markah 40-49, bermakna Gred E untuk Peperiksaan PT3 masih lulus. sepatutnya, markah 65 sudah diklasifikasikan sebagai Gred B, tetapi bagi Lembaga Peperiksaan ia masih lagi Gred C. nampak tak, macam mana budak-budak ini tak kecewa. dahla susah nak score PT3 nie, dinaikkan pula Gred Pemarkahan untuk PT3. kesian betul. 

Untuk Peperiksaan PT3 Tahun 2015, saya pun tak berani nak cakap macam mana. tetapi pelajar PT3 2015 beruntung sikit, tak seperti pelajar PT3 2014 sebab mereka sudah didedahkan pelbagai format PT3 pada tahun ini. mereka dah tahu macam mana format soalan dikeluarkan, format untuk kerja kursus bagi Geografi dan Sejarah, serta format ujian Lisan bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. mungkin prestasi PT3 bagi tahun 2015 akan berubah? mungkin la lebih baik dari tahun ini..kot. insyaAllah. 

Minta sangat jangan nak salahkan guru yang mengajar. guru sendiri tak tahu format PT3 tu macam mana, dah tu macam mana nak up pelajar nie? guru dapat tahu format PT3 pun semasa Peperiksaan Percubaan. Hanya ada masa sebulan je nak tolong pelajar-pelajar nie. Dalam masa yang singkat macam mana nak tolong budak-budak tu? sebelum format PT3 diperkenalkan, mereka dah biasa dengan format PMR. takkan itu pun jadi salah guru? 

Kepada pelajar PT3 2014, jangan la bersedih dan menangis. yang paling penting, SPM 2016 nanti yang akan menentukan masa depan anda. oh ya, memang ada yang menangis pun masa ambil result tadi. sebab dia mendapat 9A 1B. yang B tu pulak Sains. sekolah saya memang keputusan Sains dan Matematik bagi peperiksaan PT3 adalah yang paling teruk sekali. paling ramai yang gagal ialah subjek Sains. subjek saya pulak tu. huhu. 

Untuk diri saya, semoga dapat membimbing pelajar 3 Dahlia pada tahun 2015 untuk mendapat keputusan Sains yang lebih baik dari tahun ini. fuh, tugas berat tu. insyaAllah boleh, amin. :)


Oh ya, kalau nak sumbang like supaya PT3 dimansuhkan, boleh sokong di facebook. klik je pada gambar di bawah dan minta like post tersebut. 


****


ini fake ok. hahaha. 

*******************

Kumpulan pelajar pertama duduki PT3 kongsi pengalaman terima keputusan
Diterbitkan oleh Astro Awani pada: Disember 22, 2014

PERAK
Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh muncul antara sekolah terbaik di negeri Perak apabila 123 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang dalam ujian tersebut. Seorang pelajar sekolah berkenaan mendapat keputusan 11A manakala  yang lain mendapat 7A, 8A dan 9A.

PULAU PINANG
Sementara itu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, tiga pelajar yang menduduki ujian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Irsyad mencatat keputusan cemerlang dengan memperolehi semua A dalam ujian PT3 yang berlangsung pada Oktober lalu. Daripada 168 pelajar yang menduduki ujian PT3 di sekolah itu, tiga pelajar memperoleh 11A, 10 pelajar memperoleh 10A, 26 pelajar memperoleh 9A, dan selebihnya memperoleh antara 2A hingga 8A.

SARAWAK
Seramai 15 orang pelajar dari SMK Green Road mendapat keputusan cemerlang 10A daripada 332 calon keseluruhannya.


Hasil PT3 hancur, ibu bapa salahkan menteri

“Pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur!” Itu luahan beberapa ibu bapa pelajar yang datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang dikeluarkan hari ini.

Kata seorang ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz, perubahan sistem peperiksaan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada PT3 tidak patut diadakan secara mengejut“Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3? Lebih teruk lagi, sebelum ini menteri kata tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Apa dah jadi?” tegasnya. Tambah ibu tunggal itu lagi, dia yakin keputusan peperiksaan anaknya jauh lebih baik jika masih kekal dengan sistem PMR berbanding PT3 yang hasilnya amatlah mengecewakan.

Bagi Fatimah Jais, dasar kerajaan dalam membuat keputusan menukar PMR kepada PT3 sepatutnya dikaji dan dibuat secara berperingkat. “Ibu bapa seperti diperbodohkan. Ikut sahaja apa kata menteri yang membuat dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PT3 ini akan gagal. Buktinya jelas, tak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 di sekolah anak saya di Hulu Langat dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Sudahlah gagal, layak pula masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana mereka nak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih mencabar nanti,” ujarnya.

Seorang lagi yang ditemui, Hairi Kamaluddin berkata, gred F yang tercatat dalam sijil anak ditaksirkan sebagai Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak ubah seperti membodohkan ibu bapa dan pelajar“Sudah tentu gred F itu gagal. Sebut sahaja gagal dan tak payahlah nak berlapik-lapik. Alasan tidak mahu menyebut ada pelajar yang gagal adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Harus diingat bahawa kegagalan anak-anak untuk mendapatkan keputusan cemerang dalam PT3 ini adalah tanggungjawab Menteri terbabit yang tidak mengkaji apa implikasinya membuat perubahan peperiksaan daripada PMR,” tegasnya dalam nada kecewa. Apa yang dibimbangkan Hairi, pelajar-pelajar ini akan lahir sebagai pelajar tidak berkualiti untuk masa akan datang.--MalaysiaGazette


Keputusan PT3 2014 bagi Sekolah SBP Integrasi dan SM Sains di Malaysia

*klik gambar untuk pembesaran*

[Update] : pada anonymous yang kata semua yang komen ini bodoh, saya rasa anda masih tiada anak yang ambil PT3 tahun ini. Bila anda ada anak yang ambil PT3, anda mungkin dapat rasa keperitan dan kepayahannya. Saya tak cakap PT3 nie tak bagus. PT3 ini memang sangat bagus membentuk pemikiran beraras tinggi (KBAT) yang kreatif dan inovatif. TETAPI ianya diperkenalkan pada tahun yang salah dan pelajar tahun ini yang jadi mangsa. Faham??


lovenota : nak sambung menanda Kertas SPM Kimia. hoho.


Read More »

Tuesday, July 08, 2014

Guru Takut Penurunan Prestasi yang Besar dalam PT3



"Guru takut penurunan prestasi yang  besar dalam Tingkatan Tiga tahun ini"
pada 10 Jun 2014

Guru meramalkan kejatuhan mendadak yang amat ketara dalam skor pemarkahan bagi Peperiksaan Tingkatan Tiga pada tahun ini, dan mereka menyalahkan sistem kerajaan yang tidak teratur, yang telah melancarkan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). 

Guru-guru mengatakan bahawa prestasi pelajar pada tahun ini secara amnya akan menjadi lebih rendah daripada tahun-tahun sebelumnya, dan lebih daripada 420,000 pelajar tingkatan tiga adalah kumpulan pertama yang terjejas oleh PBS.

Di bawah PBS, tiada peperiksaan atau kuiz sepanjang tahun sekolah semasa di Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua. Guru bimbang bahawa kurangnya pendedahan menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan akan menjejaskan keupayaan pelajar untuk menduduki PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3). 

Ditambah dalam halangan ini adalah hakikat bahawa guru hanya menerima format peperiksaan PT3 dua minggu lalu. Jadi, mereka tidak dapat menggunakan format yang baru dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi menyediakan pelajar-pelajar mereka untuk peperiksaan PT3.

Bagaimana pelajar Tingkatan Tiga lakukan pada PT3, akan memberi kesan kepada sistem yang berkontroversi iaitu sistem PBS dan pembaharuan dalam Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2035, iaitu inisiatif pendidikan yang bercita-cita tinggi dalam pentadbiran Najib.


"Guru merasakan bahawa pelajar-pelajar mereka akan mendapat pencapaian yang teruk dalam peperiksaan pertengahan tahun kerana mereka kekurangan pendedahan dalam menduduki peperiksaan," kata Mohd Nor Izzat Mohd Johari, yang mengajar seni di sebuah sekolah menengah di negeri Pahang, dan yang merupakan jurucakap kumpulan pendesak guru, Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM).

SGMM telah mengetuai dakwaan terhadap cara sistem PBS itu dilaksanakan, menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menagguhkan PBS untuk sementara bagi menangani rungutan dan aduan yang dibangkitkan oleh guru.

Guru mengadu mereka telah dibebankan dengan terlalu banyak kertas kerja, dan berkata mereka bimbang pelajar tidak bermotivasi untuk melakukannya dengan baik dalam bidang akademik di bawah PBS, di mana ujian dan markah telah dihapuskan.

Ditambah pula dengan kekurangan guru sendiri terhadap pengetahuan mengenai PT3, Nor Izzat percaya bahawa ramai pelajar tidak akan melakukannya dengan baik dalam peperiksaan kerana mereka tidak bersedia secukupnya.

Beliau berkata KPM hanya mengeluarkan format peperiksaan PT3 pada 31 Mei, bukan 1 April sebagai asalnya dijadualkan. Tarikh keluaran asal adalah penting memandangkan guru mahu merekabentuk soalan-soalan untuk peperiksaan pertengahan tahun (yang biasanya berlangsung pada awal bulan Mei sebelum 30 Mei iaitu cuti sekolah pertengahan tahun) berdasarkan format PT3, katanya.

"Sesetengah guru sanggup menunggu hingga ke saat-saat terakhir untuk merangka soalan peperiksaan pertengahan tahun mereka kerana mereka telah menunggu format dari kementerian. Mereka mahu menyediakan pelajar mereka seperti yang terkandung dalam PT3, "Nor Izzat ditambah.

Peperiksaan PT3 menggantikan PMR (Penilaian Menengah Rendah) iaitu peperiksaan yang telah digunakan sejak tahun 1993. Tetapi seperti PMR, keputusan PT3 akan memberi kesan kepada aliran yang mana pelajar layak bagi mereka apabila mendaftarkan diri ke Tingkatan Empat. PT3 dijadualkan bermula pada bulan Julai dan berakhir pada bulan Oktober, dan oleh itu, Nor Izzat meragui tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk bersedia apabila kelas disambung semula pada 16 Jun.

Penilaian bagi Geografi dan Sejarah bermula pada bulan Julai, yang memerlukan pelajar untuk menyiapkan kerja kursus atau projek. Nor Izzat berkata tarikh akhir yang berperingkat bagi projek-projek di bawah sistem ini memberikan masalah yang baru.

"Pada masa lalu, Lembaga Peperiksaan memberikan setiap sekolah tarikh akhir yang sama dan penilaian kerja kursus itu berlaku dalam tempoh separuh penggal pertama tahun ini. Kali ini, setiap sekolah diberikan autonomi untuk menyelesaikannya kerja kursus mengikut rentak mereka sendiri.". Beliau mendakwa ini boleh membawa kepada para pelajar untuk meniru hasil kerja rakan-rakan mereka dari sekolah lain yang telah siap melengkapkan projek-projek mereka.

Seorang guru Bahasa Inggeris yang mengajar di Kelantan berkata pelajar Tingkatan Tiga masih belum bersedia untuk PT3 kerana mereka tidak mempunyai peperiksaan untuk dua tahun pertama.

Di bawah PBS, pelajar dinilai serta merta selepas Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) disampaikan untuk menentukan tahap kecekapan. Mereka digredkan dengan enam band dari yang paling rendah (band satu) hingga yang paling tinggi (band enam).

"Jika Kementerian mahu memansuhkan peperiksaan, maka ia harus menghapuskan kesemua peperiksaan. Sekarang, pada akhir tahun Tingkatan Tiga ada peperiksaan besar. Jadi guru-guru mengadu, apakah objektif sebenar di sebalik sistem baru itu? Apa yang cuba kita matlamatkan?" tanya guru yang tidak mahu dikenali. "Guru akan melaksanakan apa yang kerajaan suruh kita lakukan, tetapi hasilnya mungkin tidak sama seperti apa kerajaan harapkan."

Bagi Nor Izzat, PBS dan PT3 adalah baik kerana ia mengajar para pelajar berfikir dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan memastikan bahawa segala yang  dipelajari dalam kelas boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar.

Masalahnya terletak dengan pelaksanaannya yang lemah sejak ia bermula pada tahun 2011.

"Bagi saya, kita harus bermula sekali lagi dengan kumpulan tingkatan satu tahun depan dan menggunakan PBS baru. Kita juga perlu mempunyai program perintis, jika tidak kami tidak boleh menilai sama ada sistem ini berjaya atau tidak, atau bagaimana cara untuk menyelesaikannya.


***************************
saya setuju dengan cikgu Nor Izzat. Dasar PT3 yang baru nie kita mulakan sekali lagi bermula dengan pelajar Tingkatan Satu tahun nie atau tahun depan pun boleh. biar pelajar-pelajar ini didedahkan dengan format baru PT3, selesa dan tahu cara untuk menjawab soalan tersebut, baru buat peperiksaan PT3. kalau teruskan jugak, sakit jugak lah sebab Pelajar Tingkatan 3 tahun ini semuanya belum tahu dan belum biasa menjawab soalan mengikut format yang baru ini. entah la. saya sendiri sudah pening :(

hurmm..apa komen anda?

[update] : Keputusan PT3 2014 Teruk


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®