Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Tuesday, November 17, 2015

Keputusan UPSR 2015 Meningkat



Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini meningkat sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.29 mata tahun lalu kepada 2.27 mata GPN tahun ini. 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata peratusan pelajar mencapai semua A menyaksikan peningkatan sebanyak 0.76 peratus tahun ini iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus tahun ini. Ia membabitkan seramai 38,344 daripada 443,407 calon tahun ini berbanding 36,304 daripada 460,407 calon tahun lalu.

Bagaimanapun, calon yang mendapat pencapaian Baik (minimum Gred C, tidak termasuk semua Gred A) menurun sebanyak 1.34 peratus iaitu 57.69 peratus tahun ini berbanding 59.03 peratus pada tahun lalu. 

Peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum (semua Gred D dan Gred E atau kombinasi kedua-dua gred) menurun sebanyak 0.21 peratus iaitu daripada 2.87 peratus tahun lalu kepada 2.66 peratus tahun ini.

Empat mata pelajaran menyaksikan peningkatan Subjek Gred Purata (GPMP) iaitu Matematik, Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan) dan Sains manakala Bahasa Inggeris menurun.

Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara menjadi sekolah terbaik Wilayah Persekutuan dalam UPSR 2015. Seramai 81 daripada 178 pelajar memperoleh semua A, berbanding 69 pada tahun lalu.

Di Terengganu, seramai 2,558 calon peperiksaan UPSR memperoleh keputusan 5 dan 7A. Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata, pencapaian keseluruhan gred purata negeri meningkat sebanyak sebanyak 2.10 mata atau 0.05 peratus berbanding 2.15 mata tahun 2014.

Di Sabah, Seramai 1,612 calon UPSR 2015 memperoleh A bagi semua mata pelajaran, meningkat satu peratus berbanding tahun lalu. Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Jame Alip, berkata Keputusan Gred Purata Negeri (GPN) menunjukkan peningkatan iaitu daripada 2.67 peratus pada tahun lalu kepada 2.62 peratus bagi tahun ini.

Jika mahu semak keputusan UPSR dengan menggunakan khidmat SMS, langkah-langkahnya:

Taip : UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888 
Contoh: UPSR KC001A040 hantar ke 15888


Read More »

Friday, April 03, 2015

Seuntai Kata Untuk Dibicarakan


Jam 3.30 pagi masih lagi berjaga menyiapkan teks ucapan pengerusi majlis untuk acara perasmian pada hari isnin. bermain dengan kata-kata dan bahasa puitis sambil mencari sebaris dua pantun untuk dipersembahkan kelak. sudah lama tidak bermain dengan kata-kata. ingatkan saya sudah berpencen untuk melakukan semua ini, rupanya kemahiran saya dalam berbahasa masih berbisa. 

ah, aku dah salah bidang nie. 

ada beberapa pantun yang saya ingin kongsikan, mungkin dapat memberi sumber inspirasi kepada anda. sedikit pantun motivasi saya titipkan. 

Pahat lesung kayu meranti,
Kayu meranti tidak dibelah,
Biar bertarung sesungguh hati,
Jangan sekali mengaku kalah

Jarak merah dan ganda rusa,
Banyak sekali di dusun durian,
Jangan mudah berputus asa
Apa terjadi satu dugaan

Awan tebal ketika senja.
Adik dan abang menyusun papan,
Sekali gagal bukan sengaja,
Asalkan jangan putus harapan.

Banyaklah juga semaian lada,
Batas berlurah hingga ke tepi,
Kalaulah ada susah melanda,
Sabar dan pasrah kita hadapi

Alur di lurah mengalir perlahan,
Tebing ditarah semakin basah,
Berdoa dan pasrah kepada Tuhan,
Tidak menyerah apabila susah.



lovenota : jangan lupakan warisan anak bangsa


Read More »

Thursday, March 26, 2015

Penangguhan Peperiksaan Amali Sains 2015



Dengan adanya surat pekeliling di atas, ini sudah terbukti bahawa Peperiksaan Pusat Amali Sains bagi mata pelajaran Sains Tulen (Biologi, Kimia, Fizik) dan Sains Tambahan akan ditangguhkan pada tahun ini. ini bermakna Kertas 3 masih ada untuk SPM 2015. lega juga saya rasa sebab banyak barang alatan dan radas makmal perlu dibeli untuk peperiksaan amali ini. peruntukkan duit PCG yang diberi oleh kementerian masih lagi seperti peruntukkan yang lepas-lepas. dulu masa peperiksaan amali sains diperkenalkan, kononnya duit PCG bagi subjek masing-masing akan ditambah. tapi habuk pun tarak. duit yang dibekalkan tu pun tak cukup nak beli bahan kimia eksperimen dalam makmal. nak beli barang eksperimen Amali pulak. dahla tak cukup. bajet habis terus. sedih je..huhu

so, tiada Peperiksaan Amali Sains Kimia. alhamdulillah tak jadi. hehehe.


lovenota : berita gumbira nie..hoho XD


Read More »

Tuesday, March 03, 2015

Keputusan SPM 2014 Menurun



SPM 2014: 11,289 calon dapat A dalam semua subjek
  
PUTRAJAYA: Seramai 11,289 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 13,970 pada 2013.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang itu terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran. Beliau berkata, nilai Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun lalu adalah 5.08 berbanding 4.93 pada 2013.


KEPUTUSAN ANALISIS BAGI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA

SPM: Negeri Sembilan keempat terbaik Malaysia



Seramai 624 calon SPM di negeri ini memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran. Pengarah Pendidikan negeri, berkata seramai 16,324 calon mengambil peperiksaan di 112 sekolah di negeri itu berbanding tahun 2013 seramai 17,684. Gred Purata Negeri (GPN) bagi keseluruhan mata pelajaran yang diperoleh adalah 4.85 dan menurun berbanding tahun lalu 4.70.

"Walaupun GPN merosot sedikit tetapi negeri ini masih berada pada kedudukan lima terbaik peringkat kebangsaan iaitu tempat keempat berbanding tahun lalu ketiga," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin Nawal Salleh, berkata 776 daripada 23,783 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding 994 daripada 24,483 calon pada 2013.

Katanya, pencapaian GPN bagi negeri adalah 4.73 berbanding 4.55 tahun sebelumnya iaitu penurunan 0.18 mata.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane, SMK Taman Yarl, Sekolah Sukan Bukit Jalil, SMK Raja Ali, SMK Yaacob Latif dan SMK Agama Kuala Lumpur diumumkan antara sekolah yang mencatatkan keputusan cemerlang.

Di JOHOR, Pengarah Pendidikan negeri, Aminudin Adam berkata 1,204 calon memperoleh gred cemerlang A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 1,582 pada 2013.

Beliau berkata sebilangan besar daripada mereka mengambil sembilan, 10 atau 11 mata pelajaran.

"Pencapaian GPN bagi Johor pada 2014 adalah 5.00 mata berbanding 4.87 mata pada tahun sebelumnya," katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Muar.

Di PULAU PINANG, 952 atau 4.36 peratus daripada 21,816 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Jabatan Pendidikan, Datuk Osman Hussain yang turut memaklumkan pencapaian GPN bagi negeri ialah 4.83 berbanding 4.73 tahun sebelumnya.

Seramai 17,912 atau 82.10 peratus calon layak mendapat sijil dan 24 sekolah mencapai prestasi 100 peratus lulus, kata Osman.

Di KELANTAN, 314 daripada 34,032 calon mendapat sekurang-kurang A-, dengan lapan daripadanya mendapat gred cemerlang A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pendidikan Kelantan, Hussain Awang, ketika mengumumkan keputusan itu di Kota Baharu berkata, pencapaian GPN negeri pula adalah 5.03 berbanding 4.89 pada 2013.

"Sebanyak 88.81 peratus atau 22,799 calon layak mendapat sijil peringkat negeri, peningkatan 0.55 peratus berbanding 2013," katanya. Sebanyak 27 sekolah pula lulus 100 peratus berbanding 24 sekolah pada tahun sebelumnya.

Di SELANGOR, Ketua Sektor Pengurusan Akademik negeri Roziah Buang berkata 2,122 daripada 71,615 calon SPM 2014 memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

"Bagaimanapun, hanya 59,402 calon layak mendapat sijil SPM berbanding 60,208 pada 2013," katanya sambil menambah pencapaian GPN negeri pula turun kepada 4.95 berbanding 4.77 pada SPM 2013.

Dua belas sekolah dikategori cemerlang antaranya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Kolej Islam Sultan Ahmad Shah, Klang, Pusat Permata Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Hulu Selangor.

Di MELAKA, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin, berkata daripada 11,268 calon, 86.3 peratus lulus dan layak memperoleh sijil berbanding 87.3 peratus pada 2013.

"GPN negeri turun 0.21 peratus kepada 5.17 peratus bagi 2014 berbanding 4.96 pada 2013," katanya sambil menambah 16 sekolah mencapai keputusan 100 peratus lulus.

Md Yunos berkata, empat calon memperoleh semua A+ berbanding enam tahun sebelumnya, manakala bilangan pelajar yang memperoleh semua A juga turun kepada 333 berbanding 404 pada SPM 2013.

Di PERAK, sejumlah 934 daripada 36,762 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Pendidikan negeri Rozi Puteh Ismail yang turut memaklumkan GPN negeri turun kepada 5.20 berbanding 5.01 tahun sebelumnya.

"Kemerosotan itu disebabkan prestasi mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains menurun," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2014 di Ipoh.

Antara sekolah terbaik di negeri itu ialah Sekolah Menengah Sains Tapah, SMK Horley Methodist Teluk Intan, SMK Tarcisian Covent Ipoh dan SMK Ave Maria Ipoh.

****************

saya masih tak tahu keputusan SPM sekolah saya lagi *Ketua Panitia tak guno den nie..haha*. diharap prestasi Kimia tak menurun..takut jugak nie..huhuhu..

updated : keputusan peperiksaan kimia sekolah saya menurun sedikit berbanding dengan tahun 2013. ramai sekolah juga mengalami penurunan angka GPS bagi beberapa subjek. ini mungkin disebabkan soalan SPM tahun 2014 berbentuk KBAT dan mempunyai soalan beraras tinggi (HOTS). tak per, tahun nie cuba lagi. insyaAllah :)


Read More »

Monday, December 29, 2014

Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2015




KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Rujuk : Berita Harian

*****

Walaupun sesi persekolahan dah ditangguhkan, mesyuarat Guru masih lagi dijalankan pada minggu ini. Nasib badan la kena balik ke Gemencheh pada hari ini. Lepas habis meeting baru balik ke kampung semula.

lovenota : tapi best juga start lambat, boleh rehat lama lagi. Baru siap tanda paper SPM. Alhamdulillah..hehe


Read More »

Wednesday, November 26, 2014

Keputusan UPSR 2014 Menurun


36,304 calon UPSR 2014 dapat Gred A -
KP Pelajaran

RABU, 26 NOVEMBER 2014 - 10:41AM 

KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof ketika sidang media pengumuman analisis keputusan ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini menurun sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.27 mata tahun lalu kepada 2.29 mata GPN tahun ini.

Seramai 36,304 daripada 460,407 calon UPSR 2014 mendapat Gred A.

Bagaimanapun peratusan calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.26 peratus pada 2014 berbanding tahun sebelumnya.

Sumber : Berita Harian

Analisa Peperiksaan UPSR mengikut negeri

UPSR: 4,811 calon di Johor dapat keputusan cemerlang

Johor Bahru: Seramai 4,811 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Johor mendapat keputusan cemerlang A dalam semua subjek. Jumlah kelulusan berkenaan rendah berbanding pencapaian tahun lalu iaitu seramai 5,533 yang mendapat semua A.

Seramai 56,583 calon mengambil UPSR di negeri ini pada tahun ini dengan 39,727 murid mencapai keputusan penguasaan minimum.

Pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun ini mengikut Gred Purata Negeri (GPN) menurun kepada 2.14 mata berbanding 2.18 mata pada tahun lalu.


UPSR: Lagi ramai kuasai semua mata pelajaran di Pahang

Kuantan: Seramai 2,257 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014 di Pahang mendapat keputusan cemerlang semua A. Jumlah itu adalah 9.22 peratus daripada 24,491 calon yang menduduki peperiksaan itu di 542 sekolah rendah di seluruh Pahang. 

Jumlah itu menurun 1.92 peratus berbanding 2,791 calon mendapat semua A pada UPSR tahun lalu. 

Bagaimanapun, jumlah calon menguasai semua mata pelajaran (MSMP) iaitu memperolehi gred A, B, C naik 0.45 peratus kepada 70.50 peratus atau 17,265 calon.

Prestasi berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) ialah menurun iaitu 2.23 berbanding 2.18 pada tahun lalu.


UPSR: Kelulusan meningkat di Kedah

Alor Setar: Seramai 2,831 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Kedah mendapat keputusan cemerlang A dalam semua subjek.

Jumlah kelulusan berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 2.19 peratus menjadikan jumlah peratusan bagi tahun 2014 ialah 68.13 peratus berbanding 65.94 peratus pada tahun lalu.

Seramai 34,623 calon mengambil UPSR di negeri ini pada tahun ini dengan 23,588 murid mencapai keputusan penguasaan minimum bagi calon sekolah.



UPSR: Lagi ramai lulus di Perlis

Kangar : Peratus kelulusan pelajar yang mendapat pencapaian baik atau minimum gred C dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) meningkat 1.67 peratus iaitu daripada 62.29 peratus pada 2013 kepada 63.96 peratus.

Bagaimanapun peratus calon yang mendapat pencapaian cemerlang iaitu semua A menurun 1.81 peratus.

Daripada 4,029 calon, 291  calon atau 7.22 peratus daripadanya mendapat semua A dalam subjek yang diambil. Tahun lalu, peratus cemerlang semua A yang dicatatkan adalah 9.03 peratus.

Gred Purata Nasional (GPN) juga menurun dari 2.37 pada 2013 kepada 2.41 pada tahun ini.



UPSR: 1,833 calon keputusan cemerlang di Negeri Sembilan

Seremban: Seramai 1,833 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Negeri Sembilan mendapat keputusan cemerlang A dalam semua subjek. Jumlah kelulusan berkenaan rendah berbanding pencapaian tahun lalu iaitu seramai 2,058 yang mendapat semua A.

Seramai 17,510 calon mengambil UPSR di negeri ini pada tahun ini dengan 12,348 murid mencapai keputusan penguasaan minimum.


UPSR: Pencapaian murid luar bandar lebih baik di Selangor

Shah Alam: Seramai 6,593 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Selangor memperolehi keputusan 5A, tahun ini. daripada 85,392 calon seramai 6, 593 berjaya memperolehi keputusan semua A.

Peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum menurun 0.02 peratus daripada 2.51 peratus pada 2013 kepada 2.49 peratus tahun ini. Pencapaian murid luar bandar untuk peperiksaan kali ini menunjukkan peningkatan yang semakin baik apabila jurang perbezaan semakin mengecil dengan beza 3,519 berbanding 2013," katanya.


Gred Purata Negeri (GPN) untuk keseluruhan calon UPSR menurun sebanyak 0.04 mata iaitu daripada 2.18 untuk 2013 kepada 2.22 tahun ini.



UPSR : 2,847 dapat semua A di Perak

IPOH: Seramai 2,847 murid atau 7.60 peratus daripada 37,479 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini tahun ini mencatat prestasi cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pencapaian itu bagaimanapun adalah penurunan sebanyak 0.89 peratus berbanding tahun lalu yang mana seramai 3,249 calon atau 8.49 peratus mendapat gred A bagi semua mata pelajaran.

Seramai 24,434 atau 65.19 peratus calon mencapai tahap pencapaian minimum gred C atau lulus, iaitu peningkatan sebanyak 65.19 peratus berbanding 63.77 peratus pada 2013.

Gred Purata Negeri (GPN) bagi tahun ini menurun sebanyak 0.02 daripada 2.29 tahun lalu kepada 2.31 tahun ini.



UPSR: GPN calon Terengganu meningkat

Kuala Terengganu: Seramai 2,563 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 di Terengganu memperoleh keputusan cemerlang gred A tahun ini. pencapaian keseluruhan 21,099 calon tahun ini meningkat sebanyak 0.06 mata GPN (Gred Purata Negeri) iaitu 2.20 pada 2013 dan 2.14 pada 2014.

pencapaian calon cemerlang yang mendapat semua A mengalami sedikit penurunan daripada 14 peratus pada 2013 kepada 12.10 peratus pada tahun ini. peratusan calon yang mendapat Pencapaian Baik dengan minimun gred C bagi semua mata pelajaran diduduki, meningkat sebanyak 5.50 peratus daripada 69.10 peratus tahun lalu kepada 74.60 peratus pada 2014.

Peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum juga berkurangan sebanyak 1.38 peratus. Tahun lalu sebanyak 3.58 peratus tahap pencapaian di bawah tahap minimum dan Alhamdulillah tahun ini jumlah itu menurun iaitu hanya 2.20 peratus.



UPSR: Keputusan memuaskan di Pulau Pinang

Bukit Mertajam: Seramai 2,335 murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Pulau Pinang memperoleh keputusan gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Seramai 23,629 calon menduduki UPSR tahun ini dan keputusan memuaskan apabila Gred Purata Negeri (GPN) dicatatkan tahun ini menurun, iaitu 2.17 berbanding 2.15 pada tahun lalu.

Peratusan calon yang mencapai penguasaan tahap minimum iaitu sekurang-kurangnya C dalam semua mata pelajaran mencatatkan peningkatan sebanyak 0.73 peratus. Selain itu, jurang antara prestasi sekolah bandar dan luar bandar dalam kategori penguasaan tahap mininum dapat dikurangkan sebanyak 1.59 peratus.



UPSR: Lagi ramai calon keputusan cemerlang di Sabah

Kota Kinabalu: Seramai 1,231 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 di Sabah berjaya memperoleh keputusan cemerlang gred A tahun ini. Jumlah itu turut mencatat peningkatan seramai 34 murid berbanding 1,197 calon tahun lalu.

Secara keseluruhan seramai 22,699 calon atau 51.09 peratus berjaya mencatat sekurang-kurangnya pencapaian peringkat C dalam semua mata pelajaran yang diambil. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.43 peratus berbanding 22,136 calon (48.66 peratus) pada 2013. Peratus lulus sebanyak 51.09 peratus adalah peratus terbaik Sabah berbanding dengan pencapaian lima tahun sebelum ini.



UPSR: 116 sekolah catat 100 peratus kelulusan di Sarawak

Kuching: Seramai 1,862 atau 4.41 peratus daripada 42,176 calon mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sarawakjumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 0.08 peratus berbanding 1,916 calon, tahun lalu.

seramai 1,362 calon mendapat semua A dari Sekolah Kebangsaan, sementara 500 daripada SJKC. Sebanyak 116 sekolah mencatat pencapaian 100 peratus kelulusan tahun ini berbanding 84 tahun lalu.


berdasarkan info grafik Harian Metro di atas, 
susunan ranking pencapaian negeri mengikut Gred Purata Negeri ialah: 

1. Putrajaya
2. Terengganu & Johor
3. Melaka 
4. Kelantan
5. Negeri Sembilan & Pulau Pinang
6. Kuala Lumpur
7. Selangor
8. Pahang
9. Kedah & Sarawak
10. Perak
11. Perlis
12. Labuan
13. Sabah

Sumber : Harian Metro

*****


Adakah penurunan ini disebabkan sistem dasar pendidikan yang terbaru, iaitu PBS?
*update : UPSR tidak seperti PT3 lagi. Sistem masih sama cuma tahap soalan berubah, makin banyak soalan berbentuk KBAT* 

Ini baru UPSR tau, belum lagi keputusan PT3
Makin banyak penurunan nanti.

Sekolah saya sendiri lingkup PT3
Itu pun ada beberapa pentadbir dah bising-bising sikit, sampaikan seorang cikgu Sains sekolah saya menangis sebab dah tak tahu nak tolong budak macam mana lagi. Kalau ikut gred pemarkahan PMR, memang ramai yang fail terutama subjek Sains. Sebab kebanyakan budak ramai yang tak jawab kerana susah, melibatkan soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). bagi subjek lain, saya pun tak pasti la. Tapi memang nampak ada penurunan sedikit. 

Sebab tu saya cakap, pelajar Tingkatan 3 batch 1995 tahun 2014 adalah mangsa kerakusan KPM, nakkan juga adakan PT3 walaupun pelajar masih tidak tahu cara untuk tackle soalan KBAT.

Kesian sungguh.


lovenota : Tahniah pada pelajar UPSR yang mendapat keputusan yang cemerlang (*^﹏^*)


Read More »

Saturday, November 08, 2014

Perkenalkan Semula Hukuman Merotan di Sekolah



Hukuman merotan harus diperkenalkan semula di sekolah. kenapa? cuba tanya mak ayah datuk nenek kita, macam mana sekolah mereka pada zaman dahulu. semuanya DIROTAN! kalau buat salah, memang akan diberi hukuman. 

Abah saya pernah bercerita, semasa dia remaja dulu, abah jenis yang suka mencuba sesuatu benda tanpa mengharapkan bantuan orang lain. pada masa itu, dia nak belajar bawa kereta arwah Tok Wan. so, dia pun cuba la start enjin kereta. tiba-tiba masuk gear reverse pulak tu, terlanggar la batang pokok kelapa di belakang. bila arwah Tok Wan dapat tahu *arwah Tok Wan berkhidmat sebagai polis ketika itu dan sangat garang*, dia memang naik marah lalu mengikat abah di pokok kelapa yang masa tu memang ada kerengga yang lalu lalang. tak boleh bayangkan rasa sakitnya digigit kerengga pada masa itu. kita yang digigit seekor pun dah rasa sakit, apatah yang berpuluh-puluh ekor. itu cara didikan arwah Tok Wan dulu. saya dengar pun naik takut..seram..huhu



Saya sendiri pernah merasa rotan-rotan di pada waktu persekolahan. bukan sekolah je, abah saya pun merotan saya jugak sebab selalu dapat 'bunga merah' pada report card. dah 'dapat' di sekolah, 'dapat extra' di rumah. apa, ingat guru seperti saya nie tak pernah kena rotan? anda silap! rotan tu juga yang telah banyak mendidik saya sehingga jadi seorang yang berjaya kini. sebab saya dulu pemalas dan nakal, kekeke. saya kadang-kadang tu memang malas buat kerja sekolah. 


Saya ingat lagi, cikgu sejarah saya semasa tingkatan 1, Cikgu Rosli namanya. walaupun dia mengajar best, seronok, ada sense of humour, kalau tak siap kerja sekolah dia, habis dirembatnya budak tu. saya terlupa nak siapkan, kena la rotan kat tangan sedas-dua. masa tu, saya assume cikgu rotan perlahan kot, sebab perempuan kan? tapi bila dapat, bukannya perlahan, sama kuat dengan lelaki. sakit woo..huuuu. 


Saya juga pernah didenda berdiri di luar kelas kerana tidak menyiapkan kerja matematik semasa di sekolah rendah. perasaan malu tu, hanya Allah swt je yang tahu. kita pelajar perempuan, lebih malu berbanding pelajar lelaki. tetapi, saya redha jela masa tu..hehe.


Menurut laporan jawatankuasa kabinet yang mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran, hukuman rotan boleh didefinisikan sebagai perihal menghukum dengan menggunakan sebuah rotan bagi kesalahan serius. Kemelut ini sering dipaparkan di dada-dada akhbar ibarat barah yang menular di dalam badan. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi membendung masalah ini. Ada yang mengesyorkan supaya hukuman rotan diwujudkan semula.


Turut dikongsikan di sini, bentuk-bentuk hukuman yang dilarang berdasarkan maklumat terkini dari Unit Disiplin KPM iaitu :

Hukuman terhadap fizikal
  • Berdiri lama di tengah panas
  • Lari keliling padang
  • Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
  • Memukul diri sendiri/sesama sendiri
  • Berdiri di atas kerusi / meja
  • Menarik rambut / tarik telinga
  • Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris.
  • Junjung kerusi atau buku
  • Cubit
  • Enjut/ketuk ketampi
  • Ketuk/ sekel kepala

Hukuman terhadap mental dan emosi
  • Gunting rambut
  • Berdiri membuat latihan
  • Berleter
  • Gantung tulisan dibadan
  • Memalukan di khalayak ramai
  • Kelas tahanan pada waktu rehat
  • Memaki hamun
  • Conteng muka dengan kapur
  • Koyak buku latihan
  • Mengugut atau menggertak murid
  • Tidak menanda buku latihan
  • Tidak menghiraukan murid

Saya menyokong supaya hukuman rotan ini diwujudkan semula. ini tidak bermaksud bahawa guru-guru boleh merotan pelajar sesuka hati. ianya harus berlandaskan kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut sama ada kesalahan kecil atau kesalahan besar dan serius. bukan main sesahh je!


Saya juga tahu para ibu bapa lazimnya amat bimbang berikutan hukuman rotan ini yang mungkin akan memberi kesan kepada perkembangan moral dan mental anak-anak mereka. mungkin ada juga ibu bapa yang menganggap dan mengatakan bahawa hukuman rotan di sekolah diklasifikasikan sebagai dera secara terbuka, bukan tujuan mendidik. itu adalah salah sama sekali. dera itu membawa maksud merotan atau mencederakan tubuh beberapa kali. bagi rotan di sekolah pula, selalunya hanya diberi sekali sahaja. Masalah ini timbul kerana mentaliti segelintir masyarakat yang tidak faham dan sering menyalahkan guru walaupun guru menggunakan rotan untuk mendisplinkan sikap murid di sekolah dan bertujuan untuk membendung salah laku displin kembali berulang.


Saya juga faham ibu bapa takut jika anak-anak mereka didera sehingga meninggalkan kesan parut dan lebam di bahagian badan. sebenarnya, guru tidak boleh merotan sehingga meninggalkan kesan. sepatutnya, guru harus merotan dengan menggunakan teknik yang betul dan tidak mencacatkan anggota badan pelajar dapat memberi tekanan mental dan fizikal ke atas pelajar-pelajar sekolah. jika ia meninggalkan kesan terhadap pelajar tersebut, dipersilakan ibu bapa untuk saman guru tersebut. hehe. merotan sebenarnya tidak sampai mencederakan, cuma sekadar mengajar.



Nilai moral dan sahsiah diri dalam kalangan generasi muda, iaitu Generasi Y ketika ini semakin rendah dan merosot. Tahap disiplin pelajar pada masa kini semakin membimbangkan. kebanyakan sekolah pada zaman kini, isu pelajar tidak berdisiplin sudah semakin menjadi-jadi dan sering diperkatakan di dada akhbar, seperti kes buli singlet hitam baru-baru ini, kes mencuri, ponteng kelas, kes merokok, kes bergaduh, kes pukul guru dan sebagainya. 


Ibu bapa hari ini pula terlalu melindungi anak mereka. Dulu, kalau guru denda atau rotan pelajar, tak ada yang berani beritahu ibu bapa, takut dipersalahkan kembali. Tetapi, kini, anak pantang disentuh. pelajar mesti mengadu kepada ibu bapa jika guru menyentuhnya walaupun sedikit. sekarang, menjeling pada pelajar pun tidak boleh. ibu bapa sekarang sudah berani untuk mengeluarkan saman kepada guru, hanya kerana kesalahan mencubit pelajar sahaja. Ibu bapa seharusnya tidak cepat melatah dan terburu-buru membantah pelaksanaan hukuman ini sebaliknya menilainya dari sudut yang positif. Namun, para guru diingatkan untuk bertindak secara bijak agar tidak menyalahgunakan hukuman rotan ini dan bertepatan dengan tujuan pelaksanaannya.



Semalam, rakan perguruan saya dimaki, diherdik dan dipukul di lengan oleh seorang pelajar kelasnya. perasaan malu terbit dari hati seorang guru yang ikhlas ingin membantu anak-anak muridnya menempuhi kejayaan hidup. tetapi, inilah akibat yang guru tersebut dapat.


Semua yang berlaku adalah kesan daripada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 7/2003, hanya Guru Besar yang dibenarkan melaksanakan hukuman rotan kepada murid yang melakukan kesalahan tertentu. Oleh itu, setiap salah laku murid perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum sebarang hukuman diberikan. Guru biasa tidak dibenarkan menjatuhkan hukuman rotan kepada murid yang melakukan sebarang kesalahan. disebabkan itu, pelajar sudah tidak takut dan tidak hormat pada guru biasa, malah mampu mencederakan guru, merosakkan harta benda guru, seperti mencalarkan kereta guru sudah sinonim dengan mana-mana sekolah di Malaysia. 


Jika kita melihat dari sudut yang positif, hukuman rotan ini memberikan impak yang besar kepada keseluruhan pelajar di sekolah tersebut. hukuman rotan ini memang penting untuk menjinakkan pelajar yang degil dan keras kepala. Hal ini kerana tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelajar yang jahat dan nakal, malah tidak mempedulikan teguran atau nasihat guru


Pelajar tersebut wajar dirotan kerana tindakan ini akan menyebabkan mereka berasa malu dan takut serta serik untuk mengulangi perbuatan yang melanggar peraturan sekolah dan malu untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka selepas mereka disebat di khalayak ramai. Bak kata pepatah "mencontengkan arang di muka sendiri". bagi pelajar-pelajar lain, mereka yang melihat juga akan merenung dan melakukan muhasabah diri. Oleh itu, dengan adanya keinsafan dalam diri para pelajar, mereka tidak akan melanggar peraturan sekolah dan ini dapat mengurangkan kes disiplin di sekolah bak kata pepatah "pencegahan itu lebih baik dari rawatan". 


Hukuman rotan juga dilihat mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan selamat. kebanyakan kelas yang lemah cenderung membuat bising semasa pembelajaran berlaku. Saya sendiri menggunakan rotan untuk mengawal kelas terutama kelas yang lemah. tetapi, saya hanya menggunakan rotan sebagai modal untuk menjadikan pelajar tersebut takut dan senyap semasa pembelajaran berlaku, bukan untuk merotan. maka, sesi pembelajaran akan menjadi lebih kondusif dan efektif malah para pelajar dapat belajar secara tenang. 


Tujuan merotan adalah untuk mendisiplinkan pelajar bagi membentuk sahsiah diri yang sempurna. Ini termasuklah kesempurnaan moral dan etika. Memukul pelajar dengan tujuan hendak mengubah perangai mereka menjadi baik berlainan daripada penderaan kanak-kanak bagi tujuan mendisiplinkan mereka. merotan sebenarnya tidak terlalu teruk dan tidak mencederakan anggota pelajar walaupun mereka akan berasa pedih dan sakit dalam tempoh masa yang singkat sahaja. Ia cuma bertujuan bagi menyatakan hukuman yang diberikan adalah kerana kesalahan yang sudah beberapa kali dinasihati dan diberi amaran. 

*entry ini adalah pendapat saya dan beberapa fakta dari internet. hormati pandangan saya dan segala pandangan anda, saya juga akan hormati*


lovenota : pelajar takut dengan saya kerana dua faktor, garang dan rotan. 

Read More »

Wednesday, November 05, 2014

UPSR Bocor: 2 Guru Mengaku Tidak Bersalah



SUBBARAU (kiri) dan P Murugan ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban. 

Dua guru mengaku tidak bersalah miliki kertas soalan UPSR secara tidak sah

SEREMBAN: Dua orang guru Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini kerana memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara tidak sah, September lalu.

Guru SJKT Ladang Batang Benar, Nilai, Subbarau @ Kamalanathan, 34, dan guru SJKT Ladang Lenggeng, P Murugan, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan masing-masing di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Subbarau menghadapi lima pertuduhan memiliki soalan UPSR bagi subjek Matematik 035/1, Matematik 015/1, Bahasa Tamil Pemahaman, Bahasa Tamil Penulisan dan Sains 018. Murugan pula menghadapi satu pertuduhan yang sama bagi subjek Matematik 015/1.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 8 (1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan boleh dihukum mengikut akta sama, memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun atau maksimum tujuh tahun.

Hakim menetapkan Subbarau dikenakan ikat jamin RM3,000 manakala Murugan (RM2,000) dan kes akan disebut semula pada 15 Disember depan.


Entry yang berkaitan dengan kes "UPSR Bocor":





Oh, yang ini final siasatan la kut. sebab dah ada dakwaan kot. 
rupa-rupanya Cikgu Sekolah Tamil. entah la. malas nak komen dah. 


lovenota : semoga peperiksaan SPM berjalan dengan lancar. amin :)

Read More »

Monday, November 03, 2014

Tips Menjawab Peperiksaan SPM 2014


Hari ini bermulanya saya menjadi pengawas SPM di sekolah daerah saya. 
fuhh, mengantuk tauu!

Siapa cakap jaga budak exam nie best? Yang bestnya dapat duit jer..tapi yang tak bestnya masa jaga exam tu mengantuk giler. Rasa nak terlelap jugak la walaupun sambil berjalan. Uwarghhh..masih mengantuk lagi nie. hoho XD


Kertas SPM hari ini adalah Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni. Budak sekolah nie ramai yang tidur.. zzz.. karangan la katakan. Buat ayat sikit da give up. Karangan pendek 2-3 perenggan je. lepas tu zzz, pergi jumpa puteri bunian mana entah dalam mimpi.



Tips-tips semasa menjawab peperiksaan

Jangan pula tulis jawapan yang tiada kena mengena dengan soalan yer adik-adik. ada student tadi salin soalan pada kertas jawapan. tak perlu salin soalan, terus pada jawapan anda. lenguh juga nak tegur sorang-sorang tadi.



jangan sesekali tinggalkan ruang kosong pada kertas jawapan. cuba jawab sedaya-upaya anda, kot-kot jawapan tersebut mungkin akan diterima oleh pemeriksa, kan?


tak ada guna handphone atau mana-mana talian hayat sama ada secara maya atau nyata. haha, kut-kut ada guna khidmat sms ghaib dari alam yang ghaib itu kan. no no no!





Jawab soalan secara tenang. jangan dok kalut sampai berpeluh-peluh. nanti semua idea dalam kepala boleh hilang begitu saja.


Luahkan semua yang ada di dalam otak dan akal fikiran anda semasa menjawab soalan, terutama soalan yang melibatkan esei. tulis setakat yang anda mampu. 


kalau soalan berbentuk JOB (Jawapan Objektif), pastikan anda memilih jawapan yang logik dengan soalan. jangan kaitkan jawapan dalam kehidupan harian anda.



Akhir sekali, 
jawab peperiksaan anda dengan yakin!


Jangan pulak ikut tips di bawah. 
nanti kena tangkap kerana meniru, habiss~



saya sertakan beberapa doa yang anda boleh amalkan: 

Doa sebelum masuk ke dalam Dewan Peperiksaan


Doa ketika menerima Kertas Soalan


Doa ketika sukar Menjawab Soalan


Akhir kata dari saya, semoga berjaya! :D



lovenota : sekarang da makin busy tanda kertas peperiksaan, aktiviti BW mungkin akan dihadkan..huhu :( 

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®