Wednesday, September 17, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 17: 5 Perkara yang Anda Rindukan

#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari


tertinggal beberapa cabaran. haiya. manyak bizi oo..takpa, boleh buat lagi..hehe :D


Hari 17 : Lima Perkara yang Anda Rindukan


1. Saya rindukan zaman kanak-kanak saya. 
saya suka bermain bebas tanpa halangan, panjat pokok, lastik orang, main kejar-kejar, main dalam semak selut lumpur, main bawah jambatan, masuk dalam hutan, mandi manda di sungai. sob3

2. Saya rindukan TV.
yes, betul. saya kuat tengok TV masa kecik-kecik. hampir semua kartun saya lihat. 

3. Saya rindukan zaman persekolahan.
betul apa orang kata, bila kita dah tak sekolah, mesti kita rindu dan terasa ingin balik semua ke alam persekolahan. ye, memang saya balik sekolah, tapi bukan sebagai pelajar. cess! haha.

4. Saya rindukan admirer saya
gosh! alah, rindu jugak kan? masa sekolah dulu kalau tak usha dia sehari tak sah *kecik-kecik da gataii..hehe*. walaupun kami sekelas masa Form 2, lepas naik Form 3 dan Form 4 dah tak sama kelas. so, usha dia dari jauh jela..haha. dan sekarang dia pun sudah berjaya dan sudah bekerja. kami masih lagi contact tapi sebagai kawan jela. tapi, rasanya dia tau kut saya suka dia. sebab pernah heboh satu sekolah duluu..hehe :P

5. Saya rindukan kawan-kawan sekolah menengah saya
ya, saya rindukan mereka yang bersekolah bersama saya di SMK Taman Setiawangsa dulu. walaupun semua dah buat hal sendiri, moment bersama mereka sentiasa saya ingat. sekarang semua dah busy, dah kawen pun..haha. macam si Hanani, dah dua orang daughter. serius kiutt! tak sempat nak jumpa mereka lagi :D

itu je kot. banyak lagi, tapi itu je yang terfikir.


lovenota : childhood is a long lasting memories :D

Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |

Read More »

Tuesday, September 16, 2014

11 Fakta Mengenai Mulut Anda


slot ilmiah sikit malam nie yer murid-murid sekalian. kita ada 11 fakta mengenai mulut yang anda mungkin belum tahu lagi. saya sendiri pun baru tahu..tadi. hehe :P

11 Fakta Mengenai Mulut:


1. sesiapa yang mulutnya mempunyai bumbung yang sempit adalah lebih cenderung untuk berdengkur. *maksudnya bibir atas la kut*. ini adalah kerana mereka mempunyai kurang oksigen yang melalui hidung mereka. 


2. 85% manusia di dunia boleh menggulung lidah mereka 


3. apabila bercium, anda boleh menjangkakan untuk mendapat 256 koloni bakteria daripada mulut pasangan anda. hampir 50% daripada bakteria di dalam mulut tinggal di permukaan lidah anda


4. jika mulut anda benar-benar kering, anda tidak akan mampu membezakan apa-apa jenis rasa; manis, masin, pahit, tawar, masam


5. deria rasa adalah deria yang paling lemah daripada lima deria yang lain


6. perkara-perkara seperti ubat-ubatan, merokok, tidak mendapat cukup vitamin yang betul, kecederaan kepala, tumor otak, pendedahan kimia, dan kesan-kesan radiasi boleh menyebabkan gangguan rasa


7. sekiranya anda ialah golongan tangan kanan, anda akan cenderung untuk mengunyah makanan anda di sebelah kanan. dan jika anda kidal, anda akan cenderung untuk mengunyah makanan anda di sebelah kiri.


8. manusia mempunyai cetakan lidah yang unik, sama seperti cap jari


9. otot yang paling kuat dalam tubuh manusia adalah lidah (bergantung kepada saiz). lidah adalah satu-satunya otot di dalam badan yang melekat pada satu penghujung sahaja. ia memerlukan 72 otot untuk bertindak balas untuk membolehkan seseorang itu berkata-kata


10. terdapat kira-kira 9, 000 tunas rasa pada permukaan lidah, di tekak, dan di atas bumbung mulut. tunas rasa mengandungi chemoreceptors yang bertindak balas kepada bahan kimia daripada makanan dan bahan-bahan lain yang dilarutkan oleh air liur di dalam mulut. secara umum, perempuan mempunyai lebih tunas rasa berbanding lelaki. hayat purata tunas rasa dikatakan bertahan sehingga 10 hari.


11. manusia menghasilkan kira-kira 37, 854 liter air liur dalam seumur hidup. air liur diperlukan untuk merasa - sehingga makanan dilarutkan oleh air liur, kita tidak boleh merasainya. kira-kira 1.5 liter air liur dihasilkan dalam satu hari.




siapa-siapa nak jadi dentist tu kena tahu fakta ini, ok? :D


Read More »

Wak Doyok Berseluar Pendek Nampak Lutut



Gambar Wak Doyok memakai uniform sekolah rendah ala-ala budak darjah 6 yang kecewa kena repeat paper UPSR pada 30 September ini. ada yang mengundang komen negatif. macam biasa la, asyik mengutuk je.. *aku pun sama je dik non, haha*. 


apesal orang ramai cakap nampak comel? kalau budak kecik, yela comel kut..hikhik :P

mungkin Wak Doyok nak kita semua mengimbau kembali nostalgia zaman-zaman dahulu di mana memang budak lelaki sekolah rendah pada tahun 80-an dan 90-an masih lagi memakai seluar pendek ke sekolah. tapi, agak cantik kalau dipanjangkan seluar tersebut hingga ke paras lutut kan? nampak pulak tiang seri yang tak berapa nak kukuh di situ.

komen para peminat:

"wak doyok bodoh tak pandai berfesyen tapi perasan lebih. bila kena kutuk tak sedar cakap orang lain haters,"

"semak aku tengok janggut misai dia tu sumer,,nampak tak bersih,"

"budak sekolah rendah sekarang ni pun dah pakai seluar panjang wak doyok oiii,"

"Oh my, geli tengok muka dia banyak bulu"

"Pe la salahnya pakai panjang sikit bawah lutut. Kalau bukan sebab aurat pun its so hodoh okay!,"

"UPSR bocor ini la puncanya hihi,"

"dia ni kan ada jer publisiti nak di view kan. ntah apa fungsi mamat ni pun aku tak tahu.. artis yang lama berkecimpung tak ada pulak sibuk nak view publisiti mcm ni.. kalau aku sebut fir affendi sebagai contoh kompom yang tak kenal terpaksa google dulu.. padahal artis,"


viral di facebook di mana perempuan cina menegur aurat seorang lelaki islam di mata masyarakat. 


kenapa baru sekarang orang nak menyampah aurat lelaki yang terdedah macam tu? sedangkan zaman kenaikan populariti Wak Doyok dulu memang ada gambar beliau memakai seluar pendek. tetapi, tidak ditegur macam nie pun? kenapa ya?


biasa lah, masa popular dulu tak heran dia nampak lutut pun. baru sekarang nak peduli.


lovenota : mentaliti masyarakat zaman kini yang sentiasa berubah-ubah. |o|


Read More »

Segmen Blogwalking Lestari



Tarikh penyertaan 16 Sept - 21 Sept 2014

nak join klik banner di atas yer!

arigatou!




Read More »

Cabaran 30 Hari # Hari 16: Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun lagi?


#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari


Hari 16 : Siapa, bagaimana anda 10 tahun lagi?

dalam 10 tahun yang akan datang, saya akan berumur 37 tahun. 

siapa saya? 

Saya masih lagi seorang Guru yang mengajar di Sekolah Menengah dalam matapelajaran Kimia dan Sains. pada masa itu, saya sudah mendapat Gred DG 44 *riak ke nie? haha* dan mungkin juga sudah menyandang jawatan Ketua Panitia Kimia. kalau nak dapat GC (Guru Cemerlang) tu mungkin jauh kot. but nothing is impossible, right? hehe. dan mungkin juga saya sudah mendapat APC (Anugerah Pekerja Cemerlang)..insyaAllah. saya juga mungkin sudah melahirkan beberapa pelajar yang sering mendapat A+ dalam matapelajaran Kimia dalam peperiksaan SPM. sangat gembira dan berjaya dalam kerjaya.

Saya juga mungkin sudah menghabiskan Master dalam Pendidikan. dan berniat untuk ambil PhD pulak. mana tahu, kan? niat saya untuk sambung belajar memang ada, cuma belum masa yang sesuai lagi. tunggu la beberapa tahun, maybe after my wedding? 

Dalam 10 tahun yang akan datang, of course sudah berkahwin dan mungkin dah ada 4 orang anak *ececehh!*. insyaAllah niat saya berkahwin tu sudah ada dan mungkin akan menyusul pada tahun hadapan. nanti saya jemput uolss datang majlis ek? ngeee :P

Pada 10 tahun akan datang itu, 
kehidupan saya sudah perfect. semua sudah lengkap. 

wah, jujur pulak dalam hal nie ek? haha. 
dah2. takmo cerita panjang-panjang. 

kbai!

:: Selamat Hari Malaysia ::


Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |

Read More »

Monday, September 15, 2014

Jururawat Mengamuk kepada Seorang Ayah Pesakit



late night update sebelum tidur.

petang tadi godek-godek facebook. terjumpa satu ketidakpuasan dari sepupu Qis sendiri. hoho! actually benda nie benda biasa. yang luar biasanya, bila dah upload di facebook terus jadi troll la. tapi, rasanya uolss boleh baca, nilai dan renungkan sendiri.

ceritanya, anak si 'lelaki A' *saya rasa tak perlu beritahu atau letakkan link facebook beliau* tersebut sedang ditahan di Hospital Besar Gua Musang akibat jangkitan peparu @ lung infection. mungkin masih lagi admit di Hospital tersebut. yang menimbulkan rasa ketidakpuashatian itu apabila beliau telah meng'upload' gambar sekumpulan jururawat yang sedang duduk di satu tempat di meja kaunter.





bila dia dah upload gambar jururawat tersebut, dan memanggil "Ahli Majlis Jururawat", itu yang menyebabkan para-para nurse seMalaysia mengamuk. "#adadaunteruplagicemerlang" juga di 'hashtag' dalam post beliau. disebabkan itu juga, banyak komen-komen dari nurse yang dilontarkan kepada "lelaki A" itu. korang boleh baca sendiri lah eh.






conversation diorang tu panjang. tak larat nak capture semua. hanya yang penting je.

di sini, bukan saya nak memihak pada sesiapa. kita sendiri tak tahu cerita sebenar apa yang berlaku di sana. mungkin juga waktu nurse itu berkumpul adalah waktu taklimat ke, kan? mungkin juga ianya cuma disalaherti oleh si "lelaki A" ini. kalau ya pun nurse-nurse tersebut berbuat salah, mungkin ia tidak disengajakan, ada sebabnya.

nasihat saya, jangan mudah menuduh tanpa asal usul periksa. akibatnya, semua nurse menyumpah seranah anda. sedangkan semua nurse yang anda capture itu sudah menjaga anak anda dengan baik sekali di hospital. semua orang yang bekerja juga memerlukan rehat sebentar, walaupun sekejap kan? semua jenis pekerjaan adalah sama, cuma cara melaksanakan je yang lain. fikir yang positif sahaja.

saya hanya senyum-senyum kambing jela. banyak manusia pelbagai ragam.


lovenota : saya sendiri banyak waktu rehat. tetapi, kerja tetap jalan. itu yang penting :D

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®