Monday, September 01, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 1: Gambar baru dan 5 Fakta


#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari

Cabaran 30 Hari ek? orait!




Hari 1: Satu gambar terbaru dan 5 fakta tentang diri anda


well, that is my new picture. was taken last 2 weeks kut. hehe. 


5 Fakta mengenai diri saya?
  1. specky-girl all time except tidur la. power spek takde la kuat sangat tapi dah biasa pakai spek kalau baca buku pun. 
  2. kuat tidur. haha. itu memang tak boleh disangkal lagi. incik Meow pun cakap benda yang sama. favourite hobby~
  3. careless @ cuai. kalau ada barang kat tangan, then singgah mana-mana tempat for sure and very sure tertinggal barang tersebut. barang yang selalu-selalu sangat ditinggalkan adalah kunci kereta. fav sangat! sampaikan semua orang dah tahu kalau nampak kunci kereta  yang tertinggal, tahu dah tu kunci kereta siapa. kalau tak kunci kereta, pendrive angry-bird kaler merah tu. duh!
  4. garang macam singa di sekolah, tetapi fun-happy-person di luar. sampaikan ada sorang kakak tu siap cakap, "kat sekolah mesti tak garang nie. sebab suka sangat bergurau dan ketawa". haha! silap la akak, saya nie kan bila lalu je di kelas-kelas, semua budak di koridor lari lintang pukang masuk kelas tau! padahal main jeling-jeling je dengan diorang tu. hebat tak aura saya? ngee!
  5. suka berblogger tapi kureng BW. suka je taip-taip, cerita macam-macam tapi kalau BW tu rasa liat sikit. bukan liat actually, tak sempat nk BW sangat..hehe

itu je yang boleh diceritakan. dah dia mintak 5 kan. nak fikir 5 fakta pun sangat susah. hehe. jumpa di cabaran lain.


Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |

Read More »

Thursday, August 28, 2014

Kedai Ban Loong Port Dickson ditutup




Kedai Ban Loong di Port Dickson adalah salah satu kedai yang saya dan adik-beradik saya akan pergi kalau nak beli barang sekolah. cari kasut sekolah pun kat kedai nie. adik lelaki saya paling suka pergi kedai nie, beli kasut sekolah, beg, seluar pun beli kat sini. harganya agak murah sikit berbanding dengan kedai lain katanya. 

tapi, kedai ini sudah ditutup. ini dikhabarkan oleh salah seorang rakan saya, Farhan atau nama manjanya Paan yang mengatakan semalam kedai Ban Loong sudah ditutup.

PROMOSI: Farhan Che Hassan adalah seorang Photographer di Port Dickson. siapa nak tempah beliau untuk majlis perkahwinan atau apa-apa majlis yang memerlukan tukang gambar, sila cari beliau di facebook. gambar yang diambilnya semuanya nice-nice :)




Muflis? lol! rasanya dah lama kedai nie dibuka. sepatutnya dah kaya raya owner tu. ishk3. tapi kalau disebabkan judi, memang boleh jatuh muflis la gamaknye. memang ramai yang komen dan terkejut mengenai kedai tersebut terutama orang yang sudah merantau keluar dari Port Dickson, macam saya.



 *nama dan gambar dipadam untuk menghormati privasi orang :D*

So, lepas nie dah tak nampak la kedai Ban Loong tepi jalan PD ye. kami amat merinduimu kelak..ngeee~ :D


lovenota : janganlah berjudi. tak kira la judi kecil atau judi besar :D


Read More »

Tuesday, August 26, 2014

Pengantin Cina photoshoot separuh bogel di Ipoh


Pagi selasa nie sebelum memulakan kerja harian, godek-godek berita di akhbar online seperti Harian Metro dan Berita Harian. ada tajuk yang sangat menarik hati dan menggemparkan *maybe ada lucu sikit kut*.


Aksi pengantin berjalan separuh bogel gemparkan bandar Ipoh






Dahsyat? memang pun! 

siapa perempuan tu? model katanya. How Jo Yee, 21, di facebook namanya ditulis Joey Joeyy --> facebook Joey Joeyy



*orang terengganu? lol! malu den seh!*

Aku? geleng-geleng kepala je dulu. lepas tu gelak-gelak sensorang *nasib baik takde orang tengok*. ape kejadah la nak photoshoot wedding ala naked kat tempat awam? kalau nak buat pun, pi buat kat studio takpon rumah uols ke kan? tau la model tapi tak perlu kut buat macam nie. kan dah mengganggu orang yang lalu lalang di Jalan Sultan Yussof, Ipoh, Perak pada jam sekitar 9 pagi. tengok pakcik motor di atas. sanggup berhenti melihat pengantin perempuan berbikini tuh. entah-entah air liur dah meleleh-leleh, sebab first time dia tengok orang berbikini depan-depan mata kan? rasanya tergugat iman pakcik tu kot? hahaha.

Memang la kaum cina tak ada aurat seperti umat Islam, tetapi cuba pandang negara China takpon Korea. ade ke diorang half-naked tengah-tengah bandar? separuh berbogel? tarak maa..diorang pun tau malu seyh! nie kes tiru negara mat salleh aa neh~

Nak elak salah faham, sebenarnya mereka cuma photoshoot je, bukannya wedding betul-betul yee. model je dua manusia nehh~

[UPDATED]


Dua model separuh bogel di Ipoh mengaku salah 

Dua model yang berpakaian menjolok mata ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof di sini kelmarin, mengaku salah di Mahkamah Majistret. Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan model wanita, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat berkenaan yang juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu. 


Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awamKesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yag sama, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.

Majistret Haslinda A Raof kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong. Sementara itu, peguam tertuduh memberitahu kedua-dua anak guamnya akan membayar secara tunai denda berkenaan. 


eh? RM 400 jer? jer? jerrr??? pfftt!


lovenota : agak-agak la kalau nak buat kelainan dalam wedding korang ye

Read More »

Friday, August 22, 2014

MH17 : Malaysia Berkabung


#MengenangMH17 #MH17 #Berkabung

Sayu dan sebak melihat satu persatu keranda jenazah dikeluarkan dari Pesawat MH6129 yang penuh dengan adat istiadat dan ketertiban. Ini kali pertama istiadat penghormatan tertinggi tentera diberi kepada orang awam pada majlis yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya yang biasanya dikhaskan untuk ketibaan dan pelepasan raja dan permaisuri serta ketua kerajaan. 

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat termasuk 300 anggota tentera daripada 12 Briged Infantri Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan semua jenazah akan dikendali dengan penuh hormat dalam Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat #MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA pagi tadi. 

Persediaan telah diatur untuk memindahkan jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam bekas abu ke tempat persemadian terakhir mereka di beberapa lokasi seperti di Muar, Segamat, Putrajaya, Ipoh, Taiping dan Gombak. Pesawat tentera dan helikopter telah dikhaskan untuk menerbangkan jenazah ke destinasi masing-masing, termasuk lokasi paling jauh, di Kuching. Saya sendiri dapat mendengar deruan helikopter di atas bangunan makmal sekolah saya semasa sedang mengajar kerana kawasan Gemencheh berdekatan dengan Segamat. kemungkinan itu adalah helikopter yang membawa jenazah Hasni Hardi Parlan 31 yang sudah selamat tiba di Padang B (dekat Sek Tinggi Segamat) 12 tengah hari tadi.

Bila dapat tahu jenazah sudah sampai di Malaysia, terus saya online TV3 untuk melihat majlis istiadat tersebut. rasa sebak pun ada. kita yang tak ada kena mengena dengan jenazah pun cukup terasa, apatah lagi kerabat keluarga yang terlibat. takziah saya ucapkan.

Al-Fatihah.

Senarai 20 jenazah mangsa tragedi pesawat MH17:

Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)

Penumpang:
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)

Pesawat MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa tragedi MH17 dari Amsterdam, Belanda, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 9.54 pagi tadi.

Keranda jenazah yang dibawa keluar dari pesawat

Konvoi kenderaan jenazah dibawa keluar dari KLIA

Jenazah Hasni Hardi Parlan 31 yang sudah selamat tiba di Padang B berhampiran Sek Tinggi Segamat

Read More »

Wednesday, August 20, 2014

Wordless Wednesday # 31 : Angry!





*berbaik semula :P*


lovenota : "kalau gaduh, semua benda terkeluar" kata beliau. erk? padan muke! :P

Read More »

Tuesday, August 19, 2014

Kibar bendera separuh tiang pada Hari Perkabungan Negara



Kibar bendera separuh tiang pada Hari Perkabungan Negara - JPM
  
KUALA LUMPUR: Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh negara dan semua acara berunsur hiburan hendaklah ditangguhkan semasa Hari Perkabungan Negara pada Jumaat ini.

Menurut kenyataan media Jabatan Perdana Menteri (JPM), semua pihak diminta memakai pakaian berwarna suram dan tidak berwarna terang/garang pada hari perkabungan sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 ke tanah air.

Pada hari berkenaan juga, semua rancangan hiburan di semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan al-Quran dan program berunsur keagamaan.

"Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam," kenyataan itu menyebut.

Peraturan hari perkabungan yang ditetapkan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa JPM itu perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai.

Hari Perkabungan Negara diisytiharkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia di atas tragedi itu.

Majlis sambutan ketibaan jenazah akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

- BERNAMA


Al-Fatihah

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®