Thursday, September 18, 2014

2nd Giveaway & Blogwalking by Cikna136



jom kita join segmen yang ini pulak. hadiah pun boleh tahan best. harap-harap terpilih la, coz 6 Oktober nanti birthday saya. so, nak birthday gift. boleh la ekk..ngeee!

nak join klik banner di atas :D

nak tag sape eh?
karang usha mana-mana blog untuk ditag ye.


arigatou! 

Read More »

Wednesday, September 17, 2014

Wordless Wednesday # 32 : Segmen "Teka Nama Princess of Disney"



tiba-tiba rasa nak buat segmen untuk hari ini. ingatkan nak buat WW je, alang-alang boleh main teka-teka kan?

Hadiah?

so, sesiapa yang boleh meneka kesemua nama iaitu 11 princess dan nama filem, 5 blog terawal yang betul semua akan direview oleh saya. 

 Top-Up RM 10 untuk mana-mana telco bagi pemenang yang 1st betul semuanya.

pemenang diambil bedasarkan post comment yang terawal sekali dan betul kesemuanya. make sure uolss dah follow blog ini okeh. dan buat satu entry mengenai segmen ini. nanti senang saya jenguk blog uols. 

dari segmen ini, anda boleh dapat backlines dari saya. kita boleh saling BW. hehe. good luck! 

tarikh tutup : malam ini jam 12.00 am

kalau tak jumpa pemenang, buat sampai esok. disebabkan jawapan dia senang sangat, buat sekejap jer. siapa cepat dia dapat! hurry! :D

*******

segmen sudah tamat. no participant after this *dah macam retiss dahh*

so, tak ramai yang teka. kenapa eh? yang view punya lah ramai, tapi yang enter beberapa blogger je. kenapa yah?

oh tidak. susahh. 
tak kenal la princess-princess tu.
i tak tengok kartun disney
malas nak teka. sebab tak tahu la.
kenal sikit je. yang lain tu tak berapa kenal la. 

baik-baik. saya faham tu. sebab tak semua tengok kartun. actually saya pun tak tengok semua kartun disney, tapi tahu la juga sikit2. and yang paling latest ialah Frozen..hihi.

so, jawapan bagi segmen ini ilaha:

1. Anna (Frozen)
2. Elsa (Frozen)
3. Rapunzel (Tangled)
4. Ariel (The Little Mermaid)
5. Tiana (The Princess and the Frog)
6. Aurora (Sleeping Beauty)
7. Snow White (Snow White and the Seven Dwarfs)
8. Belle (Beauty and the Beast)
9. Cinderella (Cinderella), 
10. Merida (Brave)
11. Jasmine (Aladdin)

tak sangka tu jawapannya? hehe. actually kalau korang google memang jumpa jawapan pun. saja je buat segmen ringkas :D

Senarai Peserta segmen ini:

1. Eilya Maisara
2. Alien
3. Sophia Hany
4. Cik Ulat Pink
5. Ana
6. Alynn Azman
7. Armila Style
8. Rrsya Eyrdina

diorang nie memang sporting. berani menjawab walaupun takut salah. tapi, kebanyakan mereka menjawab 98% betul. tak apa, lain kali boleh cuba lagi yer :) mesti ada segmen ringkas untuk yang seterusnya. so, yang lain boleh ke blog diorang untuk BW.

PEMENANG UTAMA : Top-Up
Alien

PEMENANG LAIN: Blog review
Cik Ulat Pink

Pemenang utama, cik Alien, sila contact saya melalui facebook. berikan nombor handphone anda untuk saya terus masuk top-up. untuk cik ulat pink, nanti saya review blog anda yer. hutang tu! :D

thanks!

Read More »

Cabaran 30 Hari # Hari 17: 5 Perkara yang Anda Rindukan

#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari


tertinggal beberapa cabaran. haiya. manyak bizi oo..takpa, boleh buat lagi..hehe :D


Hari 17 : Lima Perkara yang Anda Rindukan


1. Saya rindukan zaman kanak-kanak saya. 
saya suka bermain bebas tanpa halangan, panjat pokok, lastik orang, main kejar-kejar, main dalam semak selut lumpur, main bawah jambatan, masuk dalam hutan, mandi manda di sungai. sob3

2. Saya rindukan TV.
yes, betul. saya kuat tengok TV masa kecik-kecik. hampir semua kartun saya lihat. 

3. Saya rindukan zaman persekolahan.
betul apa orang kata, bila kita dah tak sekolah, mesti kita rindu dan terasa ingin balik semua ke alam persekolahan. ye, memang saya balik sekolah, tapi bukan sebagai pelajar. cess! haha.

4. Saya rindukan admirer saya
gosh! alah, rindu jugak kan? masa sekolah dulu kalau tak usha dia sehari tak sah *kecik-kecik da gataii..hehe*. walaupun kami sekelas masa Form 2, lepas naik Form 3 dan Form 4 dah tak sama kelas. so, usha dia dari jauh jela..haha. dan sekarang dia pun sudah berjaya dan sudah bekerja. kami masih lagi contact tapi sebagai kawan jela. tapi, rasanya dia tau kut saya suka dia. sebab pernah heboh satu sekolah duluu..hehe :P

5. Saya rindukan kawan-kawan sekolah menengah saya
ya, saya rindukan mereka yang bersekolah bersama saya di SMK Taman Setiawangsa dulu. walaupun semua dah buat hal sendiri, moment bersama mereka sentiasa saya ingat. sekarang semua dah busy, dah kawen pun..haha. macam si Hanani, dah dua orang daughter. serius kiutt! tak sempat nak jumpa mereka lagi :D

itu je kot. banyak lagi, tapi itu je yang terfikir.


lovenota : childhood is a long lasting memories :D

Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |

Read More »

Tuesday, September 16, 2014

11 Fakta Mengenai Mulut Anda


slot ilmiah sikit malam nie yer murid-murid sekalian. kita ada 11 fakta mengenai mulut yang anda mungkin belum tahu lagi. saya sendiri pun baru tahu..tadi. hehe :P

11 Fakta Mengenai Mulut:


1. sesiapa yang mulutnya mempunyai bumbung yang sempit adalah lebih cenderung untuk berdengkur. *maksudnya bibir atas la kut*. ini adalah kerana mereka mempunyai kurang oksigen yang melalui hidung mereka. 


2. 85% manusia di dunia boleh menggulung lidah mereka 


3. apabila bercium, anda boleh menjangkakan untuk mendapat 256 koloni bakteria daripada mulut pasangan anda. hampir 50% daripada bakteria di dalam mulut tinggal di permukaan lidah anda


4. jika mulut anda benar-benar kering, anda tidak akan mampu membezakan apa-apa jenis rasa; manis, masin, pahit, tawar, masam


5. deria rasa adalah deria yang paling lemah daripada lima deria yang lain


6. perkara-perkara seperti ubat-ubatan, merokok, tidak mendapat cukup vitamin yang betul, kecederaan kepala, tumor otak, pendedahan kimia, dan kesan-kesan radiasi boleh menyebabkan gangguan rasa


7. sekiranya anda ialah golongan tangan kanan, anda akan cenderung untuk mengunyah makanan anda di sebelah kanan. dan jika anda kidal, anda akan cenderung untuk mengunyah makanan anda di sebelah kiri.


8. manusia mempunyai cetakan lidah yang unik, sama seperti cap jari


9. otot yang paling kuat dalam tubuh manusia adalah lidah (bergantung kepada saiz). lidah adalah satu-satunya otot di dalam badan yang melekat pada satu penghujung sahaja. ia memerlukan 72 otot untuk bertindak balas untuk membolehkan seseorang itu berkata-kata


10. terdapat kira-kira 9, 000 tunas rasa pada permukaan lidah, di tekak, dan di atas bumbung mulut. tunas rasa mengandungi chemoreceptors yang bertindak balas kepada bahan kimia daripada makanan dan bahan-bahan lain yang dilarutkan oleh air liur di dalam mulut. secara umum, perempuan mempunyai lebih tunas rasa berbanding lelaki. hayat purata tunas rasa dikatakan bertahan sehingga 10 hari.


11. manusia menghasilkan kira-kira 37, 854 liter air liur dalam seumur hidup. air liur diperlukan untuk merasa - sehingga makanan dilarutkan oleh air liur, kita tidak boleh merasainya. kira-kira 1.5 liter air liur dihasilkan dalam satu hari.




siapa-siapa nak jadi dentist tu kena tahu fakta ini, ok? :D


Read More »

Wak Doyok Berseluar Pendek Nampak Lutut



Gambar Wak Doyok memakai uniform sekolah rendah ala-ala budak darjah 6 yang kecewa kena repeat paper UPSR pada 30 September ini. ada yang mengundang komen negatif. macam biasa la, asyik mengutuk je.. *aku pun sama je dik non, haha*. 


apesal orang ramai cakap nampak comel? kalau budak kecik, yela comel kut..hikhik :P

mungkin Wak Doyok nak kita semua mengimbau kembali nostalgia zaman-zaman dahulu di mana memang budak lelaki sekolah rendah pada tahun 80-an dan 90-an masih lagi memakai seluar pendek ke sekolah. tapi, agak cantik kalau dipanjangkan seluar tersebut hingga ke paras lutut kan? nampak pulak tiang seri yang tak berapa nak kukuh di situ.

komen para peminat:

"wak doyok bodoh tak pandai berfesyen tapi perasan lebih. bila kena kutuk tak sedar cakap orang lain haters,"

"semak aku tengok janggut misai dia tu sumer,,nampak tak bersih,"

"budak sekolah rendah sekarang ni pun dah pakai seluar panjang wak doyok oiii,"

"Oh my, geli tengok muka dia banyak bulu"

"Pe la salahnya pakai panjang sikit bawah lutut. Kalau bukan sebab aurat pun its so hodoh okay!,"

"UPSR bocor ini la puncanya hihi,"

"dia ni kan ada jer publisiti nak di view kan. ntah apa fungsi mamat ni pun aku tak tahu.. artis yang lama berkecimpung tak ada pulak sibuk nak view publisiti mcm ni.. kalau aku sebut fir affendi sebagai contoh kompom yang tak kenal terpaksa google dulu.. padahal artis,"


viral di facebook di mana perempuan cina menegur aurat seorang lelaki islam di mata masyarakat. 


kenapa baru sekarang orang nak menyampah aurat lelaki yang terdedah macam tu? sedangkan zaman kenaikan populariti Wak Doyok dulu memang ada gambar beliau memakai seluar pendek. tetapi, tidak ditegur macam nie pun? kenapa ya?


biasa lah, masa popular dulu tak heran dia nampak lutut pun. baru sekarang nak peduli.


lovenota : mentaliti masyarakat zaman kini yang sentiasa berubah-ubah. |o|


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®