Monday, September 22, 2014

Kertas UPSR Bocor: Luahan Hati Seorang GURU!


UPSR: Kertas Matematik dan Bahasa Tamil bocor juga?


KUALA LUMPUR: Dua lagi laporan polis dibuat berhubung kes pembocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membabitkan subjek Matematik dan Bahasa Tamil.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, ketika dihubungi BH, mengesahkan menerima laporan terbabit yang dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, tengah hari tadi.

"Saya mengesahkan ada menerima laporan mengenai pembocoran kertas UPSR subjek Matematik dan Bahasa Tamil. Polis akan menyiasat dalang di sebalik kes ini," katanya.

Beliau berkata, pasukan khas yang sama yang sedang menyiasat pembocoran kertas UPSR subjek Sains dan Bahasa Inggeris kendalian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Gan Kong Meng, akan membuat siasatan berhubung kes ini.

Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan 30 individu yang terdiri daripada pegawai LPM, guru, wartawan, ejen insurans dan jurutera bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

sumber: berita harian

**********************************

saya dah banyak membebel mengenai isu soalan UPSR nie. so, malas nak membebel lagi. nak tengok view entry yang lepas: 

kenapa tak cakap je semua kertas UPSR bocor? kan senang. satu-satu kertas dikatakan bocor. apa nak jadi sebenarnya? huhu :(

bukan itu tujuan entri saya, tetapi ingin memperketengahkan luahan guru mengenai kejadian yang dikatakan MEMALUKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. 


Luahan hati dari salah seorang Guru di Malaysia:

"Sejak peristiwa kebocoran soalan UPSR beberapa minggu lalu, aku sebenarnya rasa sedih. Tak tau kenapa..tapi aku amat terasa dengan apa yang berlaku sekarang. 
Semuanya mengenai PROFESION PERGURUAN 
Aku yakin semua rakyat Malaysia setiap hari dihadapkan dengan berita di akhbar, televsion, radio dan tak cukup dengan itu..dengan hebahan berita melulu media lain seperti WhatsApp, LINE, WeChat dll..semuanya menceritakan 2 lagi CIKGU di TANGKAP..3 lagi CIKGU di TANGKAP..ditujukkan di media, polis mengheret guru ke hulu ke hilir dengan memakai baju cap PENJARA. 
Persoalannya: HINAKAH CIKGU sehingga KAU perlakukan begitu??? PERLUKAH KAU highlight kan di Media atas kesalahan yang sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan pun pada seorang GURU itu???? 
TIDAKKAH KAU rasa apa perasaan 500 ribu GURU yang lain??? Semua kesalahan dilemparkan kepada CIKGU. Semua mempersoalkan kredibiliti seorang CIKGU. 
Semua cakap "TAK ADA KEJA LAIN, SEBAB ITU PILIH JADI CIKGU," 
Semua cakap "CIKGU SENANG: GAJI BANYAK SIKIT." 
TIDAKKAH KAU tahu berterima kasih kepada CIKGU yang mencurahkan ilmu kepada seorang manusia yang jahil? 
TIDAKKAH KAU nampak betapa hatinya REMUK disebabkan tindakan MURID, IBU BAPA, PIHAK PENTADBIR, PIHAK ATASAN? 
TIDAKKAH KAU tahu bagaimana DIA merawat hatinya setiap hari?
Siapa yang buat garis di padang sekolah guna minyak hitam? CIKGU 
Siapa yang berjaga sampai tengah malam menanda buku? CIKGU 
Siapa yang batalkan bercuti pada cuti sekolah sebab nak buat kelas tambahan? CIKGU 
Siapa yang hantar budak sakit ke Hospital? CIKGU 
Siapa yang latih budak sukan sampai 7 petang? CIKGU 
Siapa yang belanja budak makan dan minum? CIKGU 
Siapa yang potostat bahan sendiri untuk pelajar? CIKGU 
Siapa yang tolong jelaskan bayar buku tambahan yang budak tak mampu bayar? CIKGU 
SEMUANYA CIKGU... 
Kerani... Driver... PAR pun dapat baju, seluar dan kasut percuma dari kerajaan...tapi cikgu??? Nak beli baju rumah sukan SENDIRI... Nak beli baju badan uniform SENDIRI... Nak beli seluar kerja SENDIRI... Nak beli kasut kerja SENDIRI... 
CUTI SETAHUN PUN CUMA 7 HARI... 
APA LAGI YG ANDA MAHU DARI GURU??? Yang MENDIDIK dari pagi hingga ke petang.... Sebenarnya CIKGU sanggup korbankan NYAWA untyk semuanya...Siapa yang MAMPU menjadi CIKGU??? 
Atas kesalahan yang kecil menjadi punca CIKGU di COP sebagai SEORANG yang tidak BERINTEGRITI... DIHEBAH DI MEDIA-MEDIA KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN GURU DITANGKAP! ORANG YANG DI ATAS YANG DIHARAP MENJADI PENJAGA MARUAH GURU JUGA LANTANG MENYALAH DAN MENGHINA GURU... 
ADA YANG MEMPERJUANGKAN HAK GURU??? 
apa yg tinggal pada GURU??? 
BAHAN HINAAN?? 
BAHAN CACIAN??? 
BAHAN MAKIAN??? 
BAHAN KETAWA??? 
Ingatlah... GURU itu PELITA...Yang menyuluh dalam kegelapan...Aku yakin dan pasti... walau sehebat mana pun anda, anda tidak mampu menjadi seorang GURU."

lovenotarasa macam, habis madu sepah dibuang. betul tak?

Read More »

Sunday, September 21, 2014

Blog saya masuk TV!



blog ada di depan TV. besaq baq hang!  hahaha!

tak mungkin blog saya masuk TV. saya bukannya blogger popular pun.
tapi, disebabkan tak pernah masuk TV, saya masukkan sendiri dalam TV..haha.

alah, korang pun boleh buat jugak. just display laptop di TV korang, tu je pun..hehe

btw, esok dah mula sekolah. siapa yang sekolah lagi tu, jangan ponteng2 sekolah dah. cikgu balqis pun masuk sekolah balik esok..haiyaya..haha.

selamat memulakan persekolahan semula.
cuti dah habis!


lovenota : bila lagi dapat bercuti lagi..nak bersenang-lenang lagi..hihi :D

Read More »

Saturday, September 20, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com






Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :


1. Wajib Follow Blog Sponsor


2. Wajib Like Fanpage Sponsor






















3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Read More »

Giveaway Santai Bersama Azwar, Huda dan Mamaniza



Giveaway Santai Bersama Azwar, Huda dan Mamaniza

Tarikh Tutup : 30 September 2014

 Apa pendapat anda atau berikan sedikit comment tentang blog Huda dan Azwar Syuhada?

 blog Azwar dan blog Huda ye, both blog have a similarities and same likeness, walaupun simple but really nice in color, design and the quite lovely is the roses and i assume the blog's theme is a red roses that blooming in her garden of life.



 Apa yang korang dapat dengan ber-blogging ni? Dan apa faedahnya? *berikan jawapan yang ringkas sahaja.


 α вℓσɢ ιƨ α тσσℓ тнαт ℓɛт мɛ ∂σ αиʏтнιиɢ ғяσм cнαиɢɛ тнɛ ωσяℓ∂ тσ ƨнαяɛ мʏ ғɛɛℓιиɢ


 Lengkapkan slogan ini (slogan tidak melebihi 30 patah perkataan) 

 Blog Mamaniza menjadi pilihan saya kerana blog Mama superb, fabullous, marvellous and superblogger friend :D


nak join? clik banner di atas

arigatou!

Read More »

Cabaran 30 Hari # Hari 20: Quote Kegemaran Anda

#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari


Hari 20: Quote Kegemaran Anda


saya memang kaki Quote, suka mencari Quote yang menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan. actually banyak Quote yang jadi favourite saya. tapi di atas itu salah satu Quote yang memberi semangat juga untuk menjadi seorang perempuan.

"Be a girl with a MIND,
a woman with ATTITUDE
and a lady with a CLASS"

ingat senang ke nak jadi perempuan? 
haaa~

kelass kauu nyah :P


Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |
Read More »

Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Lawak Warna 2014




Berikut adalah keputusan Pemenang Anugerah Lawak Warna 2014 terbitan Astro :

Anugerah Siri TV Komedi Terbaik (Bersiri)
Oh My English April Fool

Pengarah Komedi Terbaik (TV)
Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin

Siri Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri)
Karoot Komedia Raya

Pengarah Komedi Terbaik (FILEM)
Sejoli – Osman Ali

Anugerah Khas Juri Anugerah Lawak Warna
Dato Jamali Shadat
Hamid Gurkha

Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri)
Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)

Segmen Komedi Radio Paling Popular
Johara Pagi Era – Sketsa Johara

Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri)
Bila Joyah Dah Goyah

Filem Komedi Terbaik
Sejoli (PrimeWorks Studio)

Anugerah Khas Juri – Pencapaian Komedi Sepanjang Zaman
Kumpulan Senario

Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem
Maya Karin

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem
Bront Palare

Pelakon Komedi Wanita Tterbaik (TV)
Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV
Kazar Saisi

Anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular (Anugerah utama)
Sharifah Sakinah

Artis Lawak Lelaki Paling Popular (Anugerah utama)
Jep SepahTu


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®