Tuesday, September 23, 2014

UPSR : Kertas Matematik dan Bahasa Tamil Sah Bocor




Pembatalan Ujian Mata Pelajaran  Mathematics & Bahasa Tamil 
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

1. Pada tarikh 21.9.2014 Lembaga Peperiksaan (LP) telah mengesahkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1 (SK), 025/1 (SJKC), 035/1 (SJKT), Bahasa Tamil 036, 037  bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah didapati bocor. 

2. Sehubungan dengan ini, pihak LP memaklumkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 10 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037  adalah pada 9 Oktober 2014 setelah mengambilkira cuti umum Hari Raya Aidil Adha, dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran). Selain itu, KPM menegaskan bahawa peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut.

3. Saya amat memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua.  Selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia saya memohon maaf kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat ekoran insiden ini.  Saya telahpun mengarahkan semua Guru Besar dan guru untuk mengenalpasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan.

4. Dengan itu, saya telah pun mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September 2014. #UPSR leak investigation

5. Sebagai langkah serta-merta, saya sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam.  Di samping itu, saya juga mengambil langkah mengetatkan lagi semua aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian kertas peperiksaan dari peringkat Lembaga Peperiksaan sehingga ke pusat peperiksaan.

6. Saya memberi jaminan dan komitmen bahawa insiden kebocoran kertas-kertas peperiksaan awam  tidak akan berulang.

7. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran berita palsu, saya menyeru pihak awam untuk melayari laman web LP www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini. Pihak awam juga boleh menghubungi HOTLINE UPSR 2014 LP di talian 03-88893601 @ 3551 @ 3809 @ 3520 @ 3030.


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

22 September 2014

sumber: KPM
***********************

buat adik-adik yang mengambil UPSR, tabahkan hati anda. anggap peperiksaan yang sudah berlaku itu hanya latihan semata-mata. kepada semua ibu bapa yang terlibat, anda hendaklah sentiasa memberi semangat dan dorongan pada anak anda untuk mengambil UPSR kelak. 

ini membuatkan jumlah kertas soalan UPSR yang akan diduduki semula oleh Pelajar Tahun 6 adalah sebanyak 4 kertas, iaitu Kertas Sains, Kertas Bahasa Inggeris, Kertas Matematik dan Kertas Bahasa Tamil. berikut adalah tarikh peperiksaan semula UPSR:

  • tarikh baru Kertas Ujian Sains dan Bahasa Inggeris : 30 September 2014
  • tarikh baru Kertas Ujian Matematik dan Bahasa Tamil : 9 Oktober 2014

lihat juga entri saya yang berkaitan mengenai UPSR:

lovenota : pembocoran paling besar dalam tahun 2014

1 comment:

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®